Friday, July 31, 2009

SUKAN HALUAN ZON UTARA 2009


Salam, buat para sahabat jemaah Haluan, di mana Haluan Perak telah dilantik sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sukan Haluan Zon Utara 2009 yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos 2009 telah di batalkan di atas sebab-sebab isu semasa iaitu berkaitan dengan wabak Selsema Babi. Wan2day sebagai ajk sukan futsal merasakan arahan yang mengejutkan dari pihak Haluan Pusat (Induk) memandangkan persiapan telah hampir siap dalam 80%. Namun setelah difikirkan ada hikmah disebalik pembatalan hari sukan ini, di mana wan2day merasakan arahan Haluan Pusat adalah langkah yang baik bagi mengurangkan penyebaran wabak selsema babi ini yang melibatkan 4 negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Dari segi Islam itu sendiri apabila seseorang atau sesebuah negeri yang dilanda sesuatu wabak tidak dibenarkan keluar negeri bagi mengelak dari berjangkitnya wabak tersebut. Insyaallah satu tarikh baru akan ditetapkan bagi Sukan Haluan Zon Utara tapi tak tau bila...

-wan2day-

Read More...

Berita : Nizar akan teruskan tugasan Presiden PAFA




IPOH: DS Mohammad Nizar Jamaluddin akan meneruskan tugasan selaku presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) demi menyempurnakan tanggungjawab membina skuad pasukan negeri bagi menghadapi Piala Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PAFA di pejabat PAFA di sini.

Adalah tidak adil untuk tidak bertanggungjawab dengan membiarkan skuad negeri yang telah menempah tiket kelayakan ke pertandingan Piala Malaysia, katanya sambil menegaskan bahawa skuad yang dibentuk akhir tahun lepas itu berpotensi tinggi untuk maju.



Kita sedia maklum bahawa skuad tahun ini lewat dibentuk ekoran permasalahan dalaman PAFA (sebelum pengambilalihan akhir November 08) dan PAFA sendiri amat tenat ketika diambil alih dengan pelbagai masalah kewangan yang terkumpul hampir RM4.2 juta, kata Nizar.

"Beban hutan tanggungan PAFA ini terkumpul sejak beberapa tahun sebelum 2008 lagi dan ia diheret ke tahun 2009. Setakat tahun ini, PAFA hanya mampu memelihara agar hutang itu tidak bertambah dan tanggungan 2009 seperti gaji dan lain-lain mampu dilangsaikan bulan ke bulan."

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang memang tidak mengizinkan beliau untuk menyelesaikan bebanan hutang lapok itu tetapi berharap sekurang-kurangnya semua pihak tampil membantu kerana bola sepak adalah sukan rakyat.

Nizar dipilih menerajui PAFA setelah desakan pelbagai pihak termasuk oleh paduka seri Sultan Perak sendiri yang melihat pada ketika itu, hanyalah seorang ketua kerajaan negeri yang sesuai dan berkemampuan mengatasi kemelut PAFA.

Oleh kerana keadaan mendesak dan tiada pilihan, Nizar menyanggupi tanggungjawab berkenaan pada masa itu.

Sumber : http://perakite.blogspot.com

Read More...

Wednesday, July 29, 2009

Jangan Lupa Lirik ke Jangan Lupa Allah?


Oleh : Mr. President

Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Janga Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotntonkan saban hari. Tidak cukup dengan 'live', ada pula siaran ulangan, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu tersebut.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat meningati lirik lagu tersebut. Terpakasa di'kick' keluar awal-awal. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?



Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi lah akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Hmm...tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ke?. Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari meningati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang meningatai Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.

Macam mana kita mendakwa kita ingat Allah, sedangkan kita tidak menutup aurat. Sebab Allah wajibkan kita semua menutup aurat dalam setiap apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri merubahnya. Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih baik.

Read More...

Tuesday, July 28, 2009

Web site palsu - IMPORTANT

Oleh : Zailina Mahmud







Tak nampak perbezaannya, rite.. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.

The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.

Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.

Read More...

Penduduk haram Yahudi meningkat di Baitulmaqdis


BEBERAPA penduduk haram Yahudi mengubah suai sebuah rumah di Baitulmaqdis Timur semalam.


BAITULMAQDIS - Jumlah penduduk haram Yahudi di Tebing Barat meningkat kepada 304,569 orang, lapor sebuah akhbar Israel semalam.

Akhbar Haaretz melaporkan, jumlah itu adalah 2.3 peratus lebih tinggi berbanding 289,600 orang pada 2008 dan ia merupakan angka tertinggi setakat ini.

Pendudukan haram itu sekali gus mencabar permintaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu Israel menghentikan semua bentuk penempatan bagi memudahkan proses damai dengan Palestin.

Jurucakap tentera, Mejar Guy Inbar enggan memberikan sebarang komen berhubung perangkaan itu.

Sementara itu, Utusan Khas Presiden AS, Barack Obama iaitu George Mitchell kembali ke Israel semalam untuk menemui Presiden Israe, Shimon Peres dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hari ini. - AP

wan2day : Ya Allah berilah kekuatan kepada umat Islam di Palestin dan peliharalah Masjid Al Aqsa dari kecaman yahudi laknatullah..

Read More...

KISAH SEDIH SEBAGAI IKTIBAR

Sekeping duit RM1 saya gengam kemas di telapak tangan. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. “Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan lapar dan sengsara.

Maha Suci Allah

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata. Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. “Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.Remove Formatting from selection

Roti canai...” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula. Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah..ambik ni, kami teringat kat Azamin tadi, saja beli nasi goreng nii..lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Dari albanjari.

Read More...

Monday, July 27, 2009

Empayar Nestle dan Kejahilan Umat Islam

Oleh : Zamri Keciks

Komen wan2day : Semenjak berlakunya peristiwa ke atas Palestin yang terbaru dan kejahilan wan2day, baru ada kesedaran kepentingan rakyat Palestin kepada kita. Nestle diharamkan kepada keluarga wan2day.

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.



Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan.

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

* Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
* Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Read More...

KEBESARAN ALLAH

saran mehzalan


Renungkanlah, disaat umat Islam China ( Etnik Han) di tindas dan dibunuh, Allah tiba-tiba menunjukkan kebesarannya di bumi bertuah tersebut. Gambar ini gerhana matahari ini dikeluarkan oleh China's Xinhua News Agency. Gambar menunjukkan fenomena gerhana separuh ( kelihatan seperti bulan sabit) di puncak kubah sebuah Masjid di Yinchuan, ibu kota Wawasan Autonomi Ningxia Hui, China. Takbir........

In this photo released by China's Xinhua News Agency, the minaret of a mosque is silhouetted against the solar eclipse in Yinchuan, capital of northwest China's Ningxia Hui Autonomous Region, at 8:43 a.m. on Wednesday, July 22, 2009. Scientists, students and nature enthusiasts gathered in open spaces in parts of India Wednesday to watch the longest total solar eclipse of the 21st century, although heavy cloud cover and overnight rains threatened to spoil the party.(AP Photo/Xinhua, Wang Peng)

Read More...

Friday, July 24, 2009

Caj Astro naik RM12 kerana EPL : HARAMPITT !! UPDATED..


KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.

Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.

Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Read More...

Thursday, July 23, 2009

FRIENDLY : LIVERPOOL VS THAILAND



BANGKOK - Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Thailand dalam perlawanan pra-musim pertama di Stadium Nasional Rajamangala, semalam.

The Reds gagal mempertahankan gol yang dijaringkan Ryan Babel seawal minit keenam apabila pemain gantian skuad bimbingan Peter Reid itu memperoleh gol penyamaan melalui pemain gantian, Panupong Sutee pada minit ke-72.

Thailand terlebih dahulu melakukan serangan terhadap pasukan bimbingan Rafael Benitez dan Datsakorn Thonglao melakukan percubaan dari jarak 28 meter, namun bola tersasar.

Liverpool yang rata-rata menurunkan pemain muda memperoleh gol pertama melalui penyerangnya, Babel pada minit keenam selepas menerima hantaran dari ketua pasukan,

Jamie Carragher.

Selepas 15 minit beraksi Thailand lebih banyak bertahan tatkala Liverpool melakukan beberapa serangan melalui gandingan penyerang muda, David Ngog dan Krisztian Nemeth.

Pada minit ke-20 Lucas melakukan hantaran cantik kepada Babel, namun sepakan voli yang dilakukannya tidak menepati sasaran.

Sebaik separuh masa kedua bermula The Reds melakukan tujuh pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman termasuk Glen Johnson, Andriy Voronin dan Javier Mascherano.

Mascherano melakukan percubaan dari jarak jauh pada minit ke-63 tetapi ditumbuk keluar oleh penjaga gol Thailand, Kosin Hathairattanakool.

Thailand memperoleh gol penyamaan pada minit ke-72 hasil gerakan menarik Sutee yang berjaya melepasi pertahanan Liverpool.

Pada minit ke-80 Liverpool memasukkan penyerang sensasi mereka, Fernando Torres menggantikan Daniel Pacheco, namun gagal mencari gol kemenangan sehingga perlawanan tamat.

Dari Utusan Malaysia.


Komen wan2day :
Aku berpeluang tengok perlawanan di antara Liverpool dengan Thailand di Astro, di mana pasukan Thailand banyak maju dan ada terkelas tersendiri berbanding Malaysia. Kawalan bola yang baik, stamina juga baik dan memberi tentangan sengit sehingga wisel penamat. Bila menyaksikan perlawanan ini, sedap mata memandang dengan kedua2 pasukan menyerang balas. Daya semangat juang yang tinggi, kalau dilihatkan pada penyokong lebih 80% penyokong Liverpool. Senang cakap tak bosan dan tak lembap. Apa la alasan pemain Malaysia, fizikal sama saiz je dengan orang Malaysia dan makan pun ada la beza sikit..

Read More...

Wednesday, July 22, 2009

Flashback : Muda Mudi dahulu



Terkenang kembali zaman-zaman muda mudi dahulu, sekadar berkongsi sebagai pengalaman. Ambillah yang jernih, buanglah yang keruh, semoga menjadi iktibar untuk semua..

1. Waktu best melepak : waktu maghrib di kedai makan , nak-nak lagi waktu azan berkumandang lagi la rancak.

2. Siang dan malam : Bila siang dijadikan malam, malam dijadikan siang. Bukan ke dah jadi musang, tambahan lagi melanggar fitrah kehidupan manusia seorang Muslim.



3. Rumah : Rumah bukan lagi untuk berehat, luangkan masa bersama ibubapa, membaca Al-Quran tetapi hanya dijadikan sebagai sebuah hotel yang sekadar untuk mandi dan tidur sahaja.

4. Hari minggu : Tiap2 minggu sangatlah indah, kerna lebih suka bertempek di shopping complex, buang masa, buang duit dan buang pahala.

5. Waktu melepak : Kalau berborak perkara yang lagha @ lalai ketawa berdekah2 siap dengan puji-pujian. Bila berborak perkara2 yang soleh rasa macam alim sangat2, nak tegur benda yang baik rasa bersalah, rasa malu..terbalik kuang.. benda yang tak baik orang rasa biasa dan normal dan benda yang baik orang rasa PELIK ???

6. Mengumpat : Topik berborak lebih pada mengumpat, dia tu la dia ni la...yang mendengar hanya mengangguk-anggukkan lagi, menjawab la depan Allah nanti..Astaghfirullah..

7. Kawan dan adik beradik : Di antara kawan dan adik beradik sendiri, kita lebih senang dengan kawan sendiri, kedekut dan bakhil dengan adik beradik yang hanya mementingkan kawan. Ingatlah..kawan banyaknya yang lawan, senang bila bersama, susah cabut lari la..

8. Sakit : Waktu sakit, ibulah yang kita harap2kan, yang selama ini kita buat mcm tiada je. Barulah nak minta adik beradik tolong itu ini.

9. Naik moto : Guna satu tayar je, pasal nak jimat kos untuk beli tayar depan.. ubah bagi laju untuk cepat sampai..sampai mana??

Last sekali, siapa yang rugi??kita la, siapa lagi. Sendiri buat sendiri tanggung. Tengah mak ayah masih ada, berjasa la sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi orang yang menyesal. Tengah masih dipinjamkan nyawa gunalah amal2 soleh sebelum expired. Derhaka ibubapa balasannya didunia dah dapat..tengah hidup pun masih berhutang dengan Allah, dah mati nanti pun masih berhutang dengan Allah..Faham2kan lah.


-wan2day-

Read More...

30 Larangan & 19 Hadis Rasulullah SAW Tentang Wanita



1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram


13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi


19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Dari virtualfriends.net

Read More...

INDUSTRI GERAGAU

Posted in bebas by Rudy

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Dari http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

Read More...

Tuesday, July 21, 2009

BERITA : FILEM TERBITAN HAMAS

Sewaktu menjamu sarapan pagi di Jalan Kuchai Lama ... mata saya terterjah kepada satu tajuk berita yang agak menarik di Utusan Melayu ... tajuknya " Hamas terbitkan filem aksi Emad Akel" ... yang lebih menarik penulis skripnya adalah Dr. Mahmud Zahar bekas menteri Luar Hamas dan pemimpin utama Hamas ...

yang lebih menarik lagi ialah bagaimana Hamas masih sempat membikin filem di kala pejuang mereka masih dimedan peperangan ... skop dakwah Hamas begitu menarik sekali! Hamas sanggup berbelanja RM715,298 untuk tujuan tersebut !



Itu adalah Jihad ! ... Saya harap Dewan Pemuda PAS ada sesuatu yang boleh difikirkan dengan berita tersebut... ikuti laporan berikut berkenaan filem tersebut ...

Utusan Malaysia melaporkan : Hamas terbitkan filem aksi Emad Akel

GAZA CITY 19 Julai - Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.

Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .

''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.

"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.

Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.

Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.

Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.

Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.

Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.

Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel. - AP

Read More...

Monday, July 20, 2009

BOLASEPAK : MALAYSIA VS MAN U


wan2day penyokong Malaysia bukan Man U..hehe

Bola..bola..dan bola.. Terbaru adalah perlawanan persahabatan di antara Malaysia dengan Manchester United yang berkesudahan Malaysia tewas 3-2. Wan2day bukanlah nak hina pasukan Malaysia bahkan bangga sekiranya Malaysia betul2 dalam kebangkitan, tetapi 'hebohan' yang berganda2 mengatakan Malaysia boleh menandingi pasukan kelas A. Maka hebohlah satu Malaya yang Malaysia sudah berada di landansannya tidak kurang juga yang menyatakan Malaysia sedang berada dalam kebangkitan. Persoalannya, adakah dengan jaringan 2 gol Malaysia betul2 bangkit atau sudah 'power'?? Terdapat beberapa faktor yang boleh di ambilkira sebabnya Manchester United lepasnya 2 gol :


  1. PADANG : kalau ikut standard perlawanan yang melibatkan Manchester United, agak mendukacitakan apabila kualiti padang Stadium Bukit Jalil amat teruk sekali. Melihat jaringan Amri yang kedua adalah faktor padang yang jelas perlu diambil kira..so, kena la sebutir..
  2. PERLAWANAN : Secara keseluruhannya kawalan permainan bagi Malaysia memang hancur, wan2day bukanlah baik sangat dalam bermain bolasepak, tetapi sebagai seorang pemain Malaysia takkanlah basic bolasepak pun teruk. Pass bola pun mana2 halatujunya, bila dapat bola jelas nampak ketakutan untuk memegang bola lama. Tak semena2 terus menghantar hantaran jauh pada team lawan, bukannya team sendiri. Gerakan individu itu sendiri pun tiada, bukannya pemain Man U merantai pemain Malaysia seketat2nya. Sekadar menunggu nasib dan kesilapan pemain Man U sendiri baru pemain Malaysia mendapat bola. Kalau begini perlawanan kedua yang ditonjolkan pada malam ini, kalah sudah tentu tapi jaringan lebih besar dan Malaysia tidak akan dapat sebarang jaringan.
  3. GOL : Melihat dari segi serangan yang bertali arus Man U, mungkin jaringan Man U dapat dengan 5 gol atau lebih. Dan gol Malaysia adalah lebih pada nasib, sebab apa dikatakan nasib sebabnya Amri berani cuba dan cubaan membuahkan hasil pada gol pertama.Bagi wan2day, gol kedua merupakan gol saguhati dimana kesilapan pertahanan dan penjaga gol yang membuatkan lonjakan pada Malaysia. Antara kedua2 gol ini bukanlah gol yang hasilnya dari gerakan-gerakan atau rentak permainan yang dianjurkan oleh pemain Malaysia sendiri tapi lebih pada nasib. kata orang bola itu bulat, itulah bolasepak.itulah nasib..

Memanglah perlawanan hanyalah persahabatan, tapi janganlah diambilkira dan melambung2kan pemain Malaysia yang diuji dengan pasukan Man u. Mungkin arahan Fergie supaya bermain dalam 30% shj sedangkan Malaysia 100% bermain tetapi sudah layu menyembah bumi. Tujuan posting ini dibuat hanyalah luahan dari wan2day yang cintakan pasukan Malaysia yang merasakan perlunya rombakan segelintir untuk pemain2 Malaysia. Banyak yang kepenatan dan kepancitan. Kalau cakap pada pemain Malaysia, apsal main teruk sangat? Diorang akan kata 'KORANG MAIN TENGOK'...hampeh.. kita nantikan perlawanan yang kedua nanti..

*wan2day bukan pengkritik seperti Shebby, tapi bercakap sebagai seorang penyokong Malaysia yang melihat seperti penyokong Malaysia yang lain.

-wan2day-

Read More...

MOH KE KUGIRAN : BELANG BARA

Sentuhan wan2day..ahak..hak..

Read More...

Thursday, July 16, 2009

7 Kalimah Mulia


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walausebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hariesok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siangmalam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Read More...

Rahsia Jari Anda


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.



Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

Read More...

Beza Rm 50 Original & Palsu!!!!

Di bawah ini diletakkan beberapa keping gambar duit RM 50... jd bhati2 la..kpd para peniaga diharap bhati2 bila mnerima duit RM 50 nie drpd org yg dicurigai... dan bg pembeli pn kena bhati2 gak la...

moral of the story:sama2 la kt bhati2..







Read More...

Kesan Dari Radiasi Handphone

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.





Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Read More...

Tuesday, July 14, 2009

ISLAM ITU MUDAH












Read More...

Monday, July 13, 2009

SELAMAT DIIJABKABULKAN..


ALhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar. Begitulah, di mana berakhirnya era bujang atau wakil bujang si teruna yang terakhir di pejabat kami dengan sekali lafaz serta di adakan pada hari utama Islam hari Jumaat. Majlis yang cukup sederhana dan simple selari mengikut kehendak agama mementingkan yang wajib. Akhirnya pejabat kami tiada lagi wakil2 bujang atau bujang terlajak melainkan pekerja2 luar sahaja..tu pun ada la dua tiga kerat je. Pengantin lelaki juga dapat mengubat luka di hati yang sudah terubat, dengan ubat yg umphh..Tahniah buat Abdul Rahman dengan pasangannya Hafsah yang selamat diijabkabulkan di Masjid Parit Buntar. Kata orang tua, lawannya orang dari Parit Buntar..



Catitan :


Dorg ni nak mengantor ke nak pi clubbing..
(bersiap2 di masjid Bgn Serai)


Barisan Naib Kadi dan Saksi..simple


Syaitan nak nangis dah..


*wak memulakan pembukaan dengan tarian zapin, giless.


Pak mertuanya mengakadkan, sekali nafas.perghh..lega.

*Selesai majlis akad nikah, kami bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan untuk sesi menyarung cincin serta bergambar dan best sekali...MAkan..


*Eh man ni, masuk2 bilik je main acan2 dah..ish..


*haha..siap menari tu.


Confirm dah..lesen besor.

Ingat !! Bila berumahtangga sanggup melakukan perubahan dalam diri sendiri serta isteri.. Mudah2han berkekalan sehingga ke akhir hayat dan menjadi rumahtangga yang sentiasa menjaga ISLAM itu sendiri serta merupakan jalan lain untuk menjalankan kerja dakwah.. Sekarang baru berharga betapa pentingnyaMalam Isnin dan Malam Jumaat..Pahala beb...hehe

*Candid camera bukannya betul..

-wan2day-






Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010