Monday, June 28, 2010

BOLASEPAK - Pengadil Kayu...PD 2010


Assalamualaikum,

Pengadil mana mari ni..?
Piala Dunia 2010 tahun ini agak 'kureng' sikit dari venue Piala Dunia sebelum ini. Tampak sedikit kelainan dari segi permainan dan suasana semasa perlawanan berlangsung. Termasuk juga dari gangguan 'tebuan' . Yang amat aneh sekali gangguan yang berpunca dari pengadil sendiri. Rata2 rungutan dan cemuhan dilemparkan pada pengadil. Ambik kau reff...



Sepintas lalu membabitkan keputusan yang meragukan:

Layangan kad merah yang tak sepatutnya pada situasi yg patut dilayangkan.
Sebagai contoh tindakan terhadap Kaka. Setelah dilihat balik berulang kali pada tayangan Highlight di Astro, tindakan Kaka hanya untuk mempertahankan diri tanpa bersentuhan langsung atau menyiku seperti didakwa pengadil pada wajah pemain Ivary Coast. Namun disebaliknya berlaku, 'lakonan' pemain Ivary Coast berjaya memberi kepercayaan kepada pengadil lantas memberi kad kuning kedua serta merah. Ada juga layangan2 kad pada perlawanan2 lain yang juga meragukan...

Offsaid tapi gol.
Berbalik pada perlawanan antara Argentina dan Mexico dengan kesudahan 3-1. Gol pembukaan hasil dari tandukan Tevez yang memang jelas berada pada kedudukan offsaid. Tapi tetap dikira gol. Adakah penjaga garisan leka dengan bunyian 'tebuan' hingga mengaburi mata..?hehe

Sepatutnya Gol tapi tidak.
Anda pasti menyaksikan perlawanan membabitkan England dan Germany di mana kesilapan besar yang dilakukan penjaga garisan LAGI... Aku menonton secara langsung melalui Astro yang amat terkejut dengan keputusan pengadil. Sepakan Lampard yang terkena palang terlebih dahulu dan melantun ke dalam gol yang sudah melepasi garisan gol. Apa pengadil garisan jenis rabun ke..? Dekat dua jengkal bola melintasi garisan gol. (aku bukanlah peminat England apatah lagi EPL...hahaha)

Adakah disebabkan bunyian 'tebuan' yang menganggu sedikit tumpuan para pengadil dalam memberi fokus pada perlawanan??

Akhirnya FIFA mengakui juga akan kelemahan bola Jabulani....

-Selepas ini aku cuba hantar surat rasmi pada Presiden FIFA Blatter memajukan isu ini. Dan berharap dapat meletakkan Subkiddin sebagai pengadil utama yang tidak lagi menjadi pengadil ke-4.. Hahahahah...!!!!!

GO SUBKIDDIN GO...sorry...just kidding....

Read More...

Wednesday, June 16, 2010

BERITA - Piala Dunia cetus kegilaan vuvuzela

Dari Kosmo Online. (Komen di bawah)


VUVUZELA mampu menghasilkan bunyi sekuat 144 desibel yang bersamaan dengan bunyi letupan mercun.


JOHANNESBURG - Ketika ramai penonton televisyen di seluruh dunia merungut mengenai bunyi bingit vuvuzela sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010, serunai tradisi masyarakat Afrika Selatan itu mulai popular di seluruh dunia.

Jualan serunai panjang yang mampu membuat bising 144 decibel atau menyamai bunyi mercun itu semakin laris selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menolak gesaan mengharamkan vuvuzela di dalam stadium.

Di Britain, permintaan alat tiupan itu bertukar menjadi demam vuvuzela apabila banyak pasar raya mendakwa 22,000 buah serunai tersebut dijual dalam tempoh 12 jam menjelang perlawanan England bertemu Amerika Syarikat Ahad lalu.

Beberapa rangkaian pasar raya besar menempah 25,000 alat itu setelah mendapati setiap unit vuvuzela berjaya dijual setiap dua saat. Sementara itu, laman web runcit talian Amazon menyatakan jualan serunai tersebut meningkat sehingga 1,000 peratus.

Carta popular iTunes Apple pula merekodkan beberapa laman muat turun bunyi daripada alat muzik itu. Antaranya, satu laman web yang dikenali sebagai Vuvuzela 2010 telah mencatatkan muat turun lebih 750,000 kali.

Firma Van Schalkwyk pula memberitahu, mereka telah menjual vuvuzela yang diubah suai daripada asalnya tanduk lembu kepada serunai plastik. Ia dijual pada harga semurah £2.50 (RM12) di seluruh Eropah sejak Oktober tahun lalu.

Setakat ini, lebih 1.5 juta unit vuvuzela berjaya dijual di seluruh benua tersebut. Di Afrika Selatan sahaja, jutaan unit alat tersebut sudah dijual sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu berlangsung. - Agensi


Wan2day - Benda alah ni la yang menganggu sorakan ribuan penyokong. Kalau tengok live di TV seolah bunyi jutaan tebuan. Memang kurang selesa dengan bunyian 'tebuan' ini. Apa gunanya ribuan penyokong yang hadir tapi sorakan mereka tenggelam kerana bunyian 'tebuan'. Ahhh...ikut suka laah... hehe

Read More...

BERITA - Kenali Para syuhada Mavi Marmara

Dari Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:



1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.


2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.




7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.


Read More...

Tuesday, June 15, 2010

VIDEO - Lawak Jepun main bola pakai teropong

Hahah..kelakar betul. Meleleh air mata nengoknye..

Read More...

PALESTIN - Mahmoud Abbas berkata kepada Obama : “ Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!”

Selasa, 15/06/2010 – Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.

Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.

Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad


Wan2day - Lihatlah PM Haram Palestin sendiri yang menjadi barua dan ejen Zionis untuk menzalimi umat Palestin..

Read More...

BERITA - Bicara lafaz cerai Anne Ngasri 21 Jun


ANNE bersama Abdul Wafi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga pelakon Naszriah Ngasri atau Anne dan suaminya, Abdul Wafi Hassan ditetapkan untuk perbicaraan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam pada 21 Jun depan.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menetapkan tarikh tersebut setelah membenarkan permohonan peguam syarie, Mohd. Hamidullah Che Hassan yang memohon supaya ditetapkan perbicaraan penuh kes itu dalam tempoh seminggu.

Mohd. Hamidullah mewakili Abdul Wafi, 29, selaku defendan manakala Anne, 26, yang bertindak sebagai plaintif tidak melantik peguam.

Terdahulu, peguam defendan memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan pembelaan terhadap tuntutan plaintif dan menyerahkan penyata pembelaan tersebut kepada plaintif pagi semalam.


Wan2day - Tergamaknya si suami meletakkan talak 3 terhadap si isteri. Apa agaknya yang bermain difikiran si suami ketika itu..? Mereka ini juga merupakan pasangan bahagia yang suatu ketika berada di atas pentas Sehati Berdansa. Persoalannya..?? Adakah trend kawin cerai menjadi lumrah biasa dalam dunia selebriti..? Tak dinafikan ini semua kerja Allah, tapi apakah langkah pencegahan2 yg diambil dari berlakunya perkara sedemikian. Komen2 artis yang baru bercerai seolah2 seperti menyalahkan Allah shj. Sebagai contoh, "Dah tiada jodoh, takdir yang tentukan ".. Lihat balik jalan perkahwinan, adakah binanya rumah tangga hanya kerana menegakkan Baitul Muslim..? Adakah rumah tangga yang dibina sekadar memenuhi kehendak nafsu..? Adakah tertegaknya ibadah suami isteri di dalam rumah tangga itu sendiri..? Jagakah hubungan dengan Allah dalam rumahtangga..? Bila kita menjaga hubungan dengan Allah, pasti Allah memelihara kita..

“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

(Surah Ghaffir A:44)

Bukan apa, kita boleh lihat dalam dunia2 selebriti tanah air, punca penceraian banyaknya hanyalah disebabkan orang ketiga.. Jadi salah siapa..???? Semoga Allah memberi kebahagiaan dan memelihara rumahtangga aku hingga ke akhir hayat kami.. Mudahan berada di dalam lindunganNya.

Read More...

Monday, June 14, 2010

PALESTIN - Pengalaman sukarelawan Gaza




"KAMI tidak makan sejak tiga hari lalu." Kata-kata seorang penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Tal Al Sultan di Rafah masih terngiang-ngiang di telinga Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Biarpun kejadian itu berlaku lebih setahun yang lalu, namun jawapan kanak-kanak itu membuka matanya terhadap kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Pada masa itu, beliau dan para sukarelawan Misi Keamanan Palestin 2009 sedang melakukan lawatan ke rumah kebajikan yang menempatkan kira-kira 200 orang penghuni.

Jamnul tidak dapat melupakan bagaimana kanak-kanak itu sanggup berbohong di hadapan sukarelawan bagi menyembunyikan kesengsaraannya.




"Saya bertanya sama ada mereka sudah makan? Rata-rata menjawab sudah, tiba-tiba seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun menghampiri saya lalu berbisik mereka tidak makan sejak tiga hari lalu," katanya.

Mendengar jawapan itu, beliau berlari ke kenderaan dan mengambil gula-gula yang sempat dibeli ketika tiba di Mesir.

"Kami hanya mampu memberi mereka gula-gula kerana konvoi makanan telah dihalang memasuki Gaza oleh kerajaan Mesir. Walaupun tidak mengenyangkan namun ia sudah cukup menceriakan mereka," katanya yang terharu mengenangkan peristiwa itu.

Malah Jamnul juga tidak dapat melupakan kata-kata seorang remaja Palestin yang beliau temui ketika cuba menghulurkan sedikit wang kepadanya.

"Kami tidak mahukan wang anda. Apa yang kami mahu ialah sokongan dan bantuan daripada negara-negara Islam untuk membantu perjuangan dan membangunkan semula negara kami," kata seorang remaja yang kecewa dengan nasib mereka yang diperkotak-katikkan oleh rejim Zionis Israel.

Serangan besar-besaran


SELAIN terpaksa tinggal di dalam khemah kerana rumah mereka dimusnahkan oleh tentera Israel, wanita ini menunjukkan peti sejuknya yang kosong tanpa makanan.


Perbualan singkat dengan remaja itu membuka matanya terhadap realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Palestin lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yatim di rumah itu yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.

Bercerita mengenai misi yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) pada 21 Januari 2009 itu membawa pelbagai barangan asas seperti makanan dan perubatan untuk rakyat di wilayah yang mengalami krisis kemanusiaan selepas dikenakan sekatan oleh rejim Zionis sejak Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006.

Ia disertai kira-kira 13 sukarelawan, petugas media termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Rombongan tersebut tiba selepas serangan besar-besaran rejim itu yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang rakyat Palestin dan 13 warga Israel.

Biarpun berdepan dengan kerenah birokrasi yang ketat ketika tiba di pintu masuk sempadan termasuk terpaksa menunggu hampir lapan jam, para sukarelawan akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Gaza.


RAKYAT Palestin mendapat bantuan bekalan makanan daripada Agensi Kerja dan Bantuan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Bandar Gaza.


Menceritakan saat sukar di sana, beliau bersama sukarelawan lain terlibat dalam pembedahan bagi menyelamatkan mangsa perang di Hospital Darul Syifa di Gaza.

"Semua wad penuh dengan mangsa pengeboman tapi kepakaran doktor dan peralatan tak cukup, banyak pesakit tak dapat melepasi sempadan kerana ditahan dan terpaksa duduk dalam ambulans selama dua hari sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Kekejaman rejim Zionis jelas terserlah apabila menjadikan orang awam sebagai mangsa malah mereka juga menggunakan peluru fosforus putih bagi menghancurkan pejuang Hamas.

Apabila kelongsong peluru dikeluarkan fosforus putih yang terdedah kepada oksigen akan terbakar sehingga mengakibatkan daging dan kulit pesakit luruh dengan sendirinya.


BANGUNAN Kementerian Pendidikan Palestin di Gaza terbakar akibat serangan bom.


Mengakui pertama kali berhadapan situasi itu, pakar perubatan terpaksa menggunakan air zam zam untuk memadamkan api pada luka berkenaan dan mengurangkan penderitaan pesakit.

"Kesudahannya ialah kaki atau tangan pesakit terpaksa dipotong, mereka yang cedera parah pula rata-ratanya mempunyai peluang tipis untuk hidup," ujarnya.

Bom hospital

Sepanjang berada di hospital itu, para sukarelawan juga berdepan dengan situasi mencemaskan apabila hospital itu dibom oleh pihak rejim yang mengakibatkan 12 kematian orang awam.

Bagaimanapun kesemua mereka terselamat dan sempat keluar dari bangunan itu yang menyasarkan sebuah makmal perubatan.


JAMNUL (kanan) melihat keadaan salah seorang mangsa yang terkena serpihan bom.


Beliau menambah, tentera Zionis turut bertindak kejam apabila memusnahkan stor makanan milik Persatuan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ladang ternakan dan tanaman yang diusahakan oleh rakyat Palestin dengan kereta kebal.

"Ini merupakan taktik halus mereka bagi memastikan rakyat Palestin yang dikenakan sekatan sebelum ini terputus bekalan makanan.

"Pada masa yang sama, bekalan air bersih juga sering terputus menyebabkan mereka terpaksa menggali air bawah tanah bagi mendapatkan sumber berkenaan," ujarnya yang kagum dengan perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah luntur.

Perbualan beliau dengan Pengarah Hospital Darul Syifa, Dr. Jaafar Abd. Tayib ketika itu menemukannya dengan satu fenomena luar biasa sebagai bukti kekuasaan Allah.

Beliau diberitahu sebelum serangan besar-besaran pada Disember 2008, kadar kelahiran di Gaza mencatatkan pe ningkatan iaitu sekitar 3,000 hingga 4,000 orang setahun.

"Bagaimanapun pada Januari 2009 kadar kelahiran yang dicatatkan menyamai jumlah dalam tempoh setahun, malah rata-ratanya pula ialah bayi lelaki.


SEBUAH van musnah selepas serangan di Hospital Darul Syifa di Gaza.


"Ia merupakan satu keajaiban, kita tahu bayi-bayi lelaki ini akan membesar dan kemudiannya bakal menjadi pejuang seperti pejuang-pejuang lain yang mati syahid dalam mempertahankan negara mereka," katanya.

Bagaimanapun, para sukarelawan terpaksa keluar dari Gaza berikutan ancaman tentera Israel yang dikatakan mahu memusnahkan terowong yang menghubungkan Palestin ke Mesir.

Walaupun berat hati, mereka terpaksa mengambil keputusan yang menyedihkan itu atas dasar keselamatan kerana mendapat perkhabaran Israel mula menyerang kawasan sempadan.

"Biarpun perjalanan kami agak singkat, pengalaman yang dilalui cukup menginsafkan, apa yang lebih penting kami mahu menyampaikan kekejaman yang berlaku kepada masyarakat di luar sana," katanya.

Dari Kosmo Online.

Read More...

Thursday, June 10, 2010

PENCERAHAN - Hukum berFACEBOOK

Salam....

Apa hukum facebook ustaz...dengar kata dana keuntungan dari facebook disalurkan untuk yahudi?

Jawapannya

Facebook adalah laman sesawang yang sangat popular dan sangat mudah berkomunikasi di seluruh dunia. Facebook juga merupakan laman yang sangat efektif untuk menyebarkan apa-apa maklumat dan apa-apa iklan perniagaan, kerana ia dapat dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Lazimnya facebook digunakan untuk ahlinya berkomunikasi bersama kawan-kawannya dan juga kemudahan untuk soal-soal tugasan atau pekerjaan. Ada individu mengunakan facebook untuk mengisi masa lapangnya, ada mengunakan facebook untuk mencari kawan-kawan lama, ada mengunakan facebook untuk perniagaan dan sebagainya.



Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama. majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008.

Status hukum

Menurut Ustaz Zaharuddin dalam blognya berkata :

“Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.”

Katanya lagi :

“Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.”

Hujah yang mengatakan harus adalah disandarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari)

Muamalah Islam tidak melarang umatnya untuk berniaga atau urusan keduniaan dengan orang bukan Islam, kerana ini tidak melibatkan perkara yang dilarang oleh agama Islam. Sebagai ingatan, selagimana muamalah atau urusan keduniaan itu tidak melibatkan agama atau sensitiviti agama, maka selagi itulah ianya menjadi harus. Kalau melibatkan sensitiviti agama, maka ia jatuh haram.

Pandangan saya

Pertama : Harus

Facebook merupakan medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Saya juga mempunyai akaun facebook dan saya hanya menggunakan akaun facebook untuk menyebarkan artikel-artikel blog saya yang berkaitan dakwah kepada sahabat-sahabat di facebook dan jarang saya gunakan facebook untuk sembang-sembang kosong dan tidak pernah sembang perkara-perkara yang laqa atau tidak berfaedah.

Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya. Kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal makruf dalam Islam.

Kedua-dua perkara di atas ini tidak melibatkan transaksi kewangan kepada facebook dan ianya semata-mata sosial. Ada orang mengatakan bahawa sebahagian keuntungan facebook akan diberikan kepada negara haram Israel. Awas!!! Jangan sesekali klik kepada iklan yang terdapat di sisi kanan facebook, kerana facebook akan memperolehi duit dari iklan tersebut.

Kedua : Haram

Jika facebook dijadikan sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, laqa sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.

Menyertai segala skim atau pelaburan yang ditawarkan oleh facebook, sepertimana skim infinity downline, iklan perklik facebook dan sebagainya, maka ini menjadi haram kerana bisnes tersebut bercanggah dengan muamalah Islam dan sedikit sebanyak menyumbangkan dana kepada negara haram Israel untuk membunuh umat Islam Palestin.

Kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, maka itu tidak mengapa dan mungkin anda mempunyai hujah yang tersendiri. Pesanan saya lagi, setiap perkara yang dilakukan bersandarlah kepada 4 sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas atau bersandarlah kepada dalil naqli dan aqli. Berbeza pendapat adalah fitrah kejadi manusia. Selagimana setiap perkara itu tidak mempunyai dalil qat’i atau dalil yang jelas mengatakan itu adalah haram, maka selagi itulah kita perlu merujuk kepada yang alim atau berijtihad (orang yang ada ilmu sahaja) bersandarkan dalil naqli dan qat’i.

Orang yang ragu-ragu dan takut, maka lebih baik tolak terus dan jangan menggunakan facebook. Perbuatan ini lebih baik dan orang tersebut tidak was-was dan ragu-ragu lagi akan tindakkannya. Kaedah Islam lebih baik elak dari melakukan perkara yang subhah atau tidak jelas halal dan haramnya. Janganlah pula terus menuding jari mengatakan ustaz-ustaz yang ada akaun facebook itu tak betul atau menyokong Yahudi membunuh umat Islam Palestin. Anda semua perlu faham, setiap ustaz itu ada hujahnya tersendiri dan hujah mereka selalunya bersandarkan kepada nas-nas Al-Quran, Hadis dan pendapat ulamak yang muktabar.

Dari Ustaznoramin.

Read More...

Wednesday, June 9, 2010

BERITA - Erdogan Rancang Lawat Gaza

Rabu, 09/06/2010 – Akhbar “masa depan” Lubnan mengatakan hari ini bahawa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan sedang memikirkan untuk melawat Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan oleh tentera rejim Zionis.

Surat khabar itu menyebarkan maklumat dari sumber yang dipercayai dari Turki, bahawa Erdogan menyakinkan kerajaan Amerika bahawa dia membuat permintaan dari Tentera Laut Turki untuk mengawal setiap armada kapal yang siap untuk pergi ke Gaza, tapi para pegawai Amerika telah memintanya untuk menunggu dan mengkaji dengan sedalamnya.

Kerajaan Turki berada di bawah tekanan rakyat dan politik untuk membatalkan perjanjian ketenteraan dengan Israel. Namun, tentera Turki menentangnya. Dalam apa yang dianggap sebagai peningkatan belum pernah terjadi sebelumnya dari bahasa Turki dalam proses memainkan-lengan dengan Israel, Erdogan di sebuah festival popular di bandar Konya, terletak di Anatolia pusat, berkata bahawa “nasib Baitulmuqaddis ini berkaitan dengan nasib Istanbul dan bahawa nasib Gaza berkaitan dengan nasib Ankara “, dan bersumpah untuk memberikan Turki dan Palestin hak-hak mereka, walaupun jika dunia meninggalkan mereka.

Pandangan dari perkembangan ini datang dalam konteks konfrontasi terbuka antara Turki dan Israel dalam serangan armada kebebasan ke Gaza diikuti dengan gelombang protes dan kutukan besar di dunia.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen


Wan2day - Jangan berlengah lagi wahai PM Erdogan.. bagi rasa kegentaran pada Zionis yang memang patut diajar pada mereka yang tak mahu diajar..kurang ajar..!!(banyak ajar da..) Memang Israel sangat takut akan gertakan dari Turki ini, disebabkan salah satunya sokongan tunggal yang sudah lama. Jadi, Israel khuatir akan kehilangan rakan 'lipatan dalam gunting ini'..

Read More...

Saturday, June 5, 2010

PALESTIN - Kisah bergambar di Gaza

Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama...

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.

Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...

Mesir

Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.

Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.


Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).

Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).

Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.

Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga...

Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...

Israel

Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de.

Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.

Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wassalam

Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...
Dari PerisikRakyat.

Read More...

PALESTIN - Poster

Read More...

Friday, June 4, 2010

BERITA - Kapal tak akan tiba di Gaza - Israel

Dari Kosmo Online. (Komen di bawah)


GAMBAR menunjukkan kapal Rachel Corrie.

TEL AVIV - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman semalam mengeluarkan kenyataan tegas bahawa negaranya tidak akan membenarkan mana-mana kapal sampai ke Genting Gaza sekali gus melanggar sekatan laut Israel ke atas wilayah Palestin.

Kenyataan berbaur amaran itu merujuk kapal MV Rachel Corrie, satunya-satunya kapal misi bantuan antarabangsa yang masih meneruskan pelayaran ke Gaza dengan membawa bertan-tan bekalan dan 15 sukarelawan termasuk enam sukarelawan Malaysia serta seorang pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Ireland.

"Tiada kapal akan sampai ke Gaza. Kapal Rachel Corrie juga tidak akan sampai ke Gaza," katanya dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio Israel.

Menurut pemilik kapal itu, Rachel Corrie akan tiba di Gaza lewat malam ini atau pada pagi esok.

"Kami nekad meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya yang turut serta dalam misi kemanusiaan antarabangsa tersebut. Seorang anggota Kempen Perpaduan Palestin Ireland, Freda Hughes menyatakan aktivis-aktivis di atas kapal itu tidak akan tunduk dengan permintaan Israel yang mahu kargo kemanusiaan kapal tersebut dihantar ke Pelabuhan Ashdod di Israel. - Reuters


Wan2day - Memang sifat yahudi yang angkuh,bongkak,sombong lagi putar belit. Hanya padaMu sajalah yang memberi balasan pada Yahudi laknatullah. Turunkanlah tentera2Mu dan binasakanlah mereka....

Read More...

BERITA - Larangan yang tak cerodik !!!

Dari Malaysiakini. (Komen di bawah)

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.


Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Wan2day - Jangan jadi bodoh la ...!!! Patut mau support la apa yang rakyat nak buat. Tambah2 lagi dalam perhimpunan membantah kezaliman Zionis ni. Pasai ada contract dengan APCO ke..????Itulah sumbangan kecil yang mampu rakyat bagi, polis lagi nak halang la apa la.. Apa yang bahayanya perhimpunan ini hingga membahayakan keselamatan awam..? kenyataan seolah tentera zionis plak.. Bangang !!!!

Read More...

Thursday, June 3, 2010

VIDEO - Sejarah Perjuangan Palestin (MESTI TENGOK)

Read More...

BERITA - Ratusan penduduk lintasi sempadan

Dari Kosmo Online.


BEBERAPA penduduk Palestin melintasi sempadan Gaza dengan Mesir di selatan Genting Gaza semalam.


RAFAH, Mesir – Sekitar 600 penduduk Palestin melintasi sempadan Rafah di selatan Genting Gaza setelah Mesir mengumumkan ia membuka pintu sempadan tersebut bagi tujuan kemanusiaan, kata seorang pegawai.

Langkah mengejutkan yang dibuat Presiden Mesir, Hosni Mubarak dengan mengarahkan pembukaan pintu sempadan itu diumumkan selepas serangan berdarah tentera Israel terhadap armada kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan menyebabkan sembilan orang terbunuh pada Isnin lalu.

Pegawai berkenaan berkata, sekitar 400 penduduk Palestin melintasi sempadan Rafah untuk ke Mesir manakala kira-kira 200 lagi memasuki wilayah Genting Gaza.

Menurutnya, lebih 800 warga Palestin dijangka melintasi pos sempadan itu di antara pukul 9 pagi dan 7 petang (waktu tempatan) pada setiap hari.

Hosni bagaimanapun tidak menetapkan berapa lama lintasan sempadan tersebut akan dibuka.

Golongan yang dibenarkan melintasi pintu sempadan itu merupakan pesakit yang memerlukan rawatan di luar negara atau pelajar yang memiliki visa untuk belajar di seberang laut negara atau mereka yang perlu meninggalkan Genting Gaza kerana sebab kemanusiaan.

Pihak berkuasa Mesir turut membenarkan kemasukan empat generator elektrik ke Genting Gaza, kata pegawai sama.

Sebanyak sembilan lagi generator dan bantuan dari Rusia, Jordan dan Bulan Sabit Merah Mesir termasuk pakaian, khemah, tilam serta penyaman udara dibawa masuk ke Gaza semalam.

Sempadan Rafah merupakan satu-satunya lintasan yang tidak menyeberangi Israel.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini menutup lintasan Rafah dan hanya membukanya bagi tujuan kemanusiaan selama dua hari pada setiap minggu.

Mesir dikritik hebat oleh masyarakat rantau Arab kerana menutup sempadannya dan membina dinding bawah tanah dalam usaha negara itu untuk mengekang aktiviti penyeludupan.

Mesir menganggap aktiviti bawah tanah itu menjejaskan keselamatan negara. – AFP

Wan2day - Dalam bersangka baik, mudahan PM Mesir membuka pintu sempadan ini bukanlah sebab takut akan ancaman dunia tapi takutkan Allah semata2. Janganlah tunduk lagi pada kerajaan haram Zionis. Diharapkan juga para aktivis kemanusiaan seluruh dunia ambil peluang semasa pembukaan pintu sempadan ini.

Read More...

PALESTIN - Lemahnya ummah di Malaysia, kuatnya ummah Palestin

Assalamualaikum,

Keadaan kesihatan semenjak 2 hari ni, tidak mengizinkan. Berbekalkan dengan mc 2 hari ni, insyaallah dengan kudrat tak seberapa ini akan digagahkan jua untuk memajukan posting2 tentang isu Palestin ini.

Alhamdulillah. Kesemua aktivis dari Haluan iaitu Sahabat Nurzaman, Dr Arbaie, Dr Syed Muhammad Haleem, Ust Al-Hami dan Mohd Nizam juga aktivis2 dari pelbagai Ngo serta wartawan telah selamat dan kini berada di Amman Jordan.

Terkenang akan satu program di KL di mana penyampaian ketika itu disampaikan oleh Akhi Nurazman tentang nasib2 rakyat Palestin. Berkisarkan tentang kehidupan seharian rakyat2 Palestin, satu tamparan hebat buat kita yang hidup aman damai serta mempunyai tempat tinggal selesa di mana rakyat2 Palestin yang berada dalam kedaifan lagi tidak aman masih mampu menghafaz Al Quran 30 Juzu dikala peluru2 beterbangan, telinga tidak lekang dari bunyian letupan. Subhanallah..

Cuba bayangkan kita ini yg hidupnya lebih baik tapi tidak mampu menghafaz Al Quran malah doa2 pilihan pun kita masih berkira2. Kata2 Akhi Nurazman ini, benar2 buat rasa diri ini tersangat daif dan lemahnya berbanding rakyat Palestin. Sambil itu juga, Akhi Nurazman berazam untuk menghafaz Al-Quran sepertimana rakyat2 Palestin lakukan yang memberi tamparan hebat buat kita. Dalam usrah ada sahabat pernah berkata, bila susahnya kita maka senanglah kita, bila senangnya kita maka susahnya kita yang merujuk dalam bentuk ibadah. Fikir2kan......

Read More...

PALESTIN - Pengalaman wartawan Astro Awani

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi Isnin lalu.

Menceritakan insiden itu melalui telefon setelah dihubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata aktivis Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu.

Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi mereka pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.


"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari ini.

Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.

Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.

"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.

Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.

"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.

"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.

Dari Malaysiakini

Read More...

PALESTIN - Hebahan

Yang dihormati,
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.

Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:

Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum

Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.

Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)

Tarikh: 4 Jun, 2010

Untuk penyelarasan, sila SMS setiausaha Crisis Management Team (CMT-LL4G) di talian 019-5511-600 untuk penyelarasan SENARAI ORGANISASI/NGO YANG AKAN MENYERTAI DEMONSTRASI MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS MISI KEMANUSIAAN GAZA selewat-lewatnya pada hari Khamis 3/6/2010 jam 6 petang.

Read More...

Tuesday, June 1, 2010

PALESTIN - 12 orang rakyat Malaysia terlibat di atas Kapal Mavi Marmara.

Selasa, 01/06/2010 – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin

2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

sumber : CMT-LL4G


Wan2day - Pujian harus diberi kepada wartawan dari Astro Awani yang merupakan wartawan muda berumur 25 thn. Berdepan dengan berbagai rintangan, ditakdirkan Allah menjemputnya. Ambillah sebagai seorang syuhada. Beliau bersama jurukamera masih belum diketahui nasib mereka. Selamatkanlah mereka dan lindungilah mereka. Tanpa mereka, perkhabaran dari atas kapal Mavi Marmara untuk rakyat Malaysia amat terbatas. Dikhabarkan juga wartawan Astro Awani amat2 dikehendaki bagi pihak Zionis disebabkan penyampaian sumber2 terkini tentang misi konvoi kepada masyarakat dunia.

Read More...

VIDEO - Lagu buat para syuhada..

Lagu ini ditujukan khas buat para syuhada yang terlibat dalam misi kemanusiaan Konvoi LL4G.

Read More...

PALESTIN - Kibarkan bendera Palestin..


MOHON SEMUA...

Kibarkan bendera Palestin dalam mana2 paparan profail milik anda seperti blog, facebook, twitter, friendster, myspace dan sebagainya.
Tunjukkan sokongan dan solidariti kita yang tidak berbelah bagi terhadap nasib rakyat Palestin juga pada Konvoi Lifeline 4 Gaza dalam usaha misi bantuan kemanusiaan.
Mengecam terhadap Zionis yang telah melancarkan serangan terhadap konvoi ini LL4Gaza.

KIBARKAN BENDERA PALESTIN !!!


Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010