Thursday, August 12, 2010

PALESTIN - Abbas Setuju Memperlahankan Suara Azan

(Komen di bawah.)

Selasa , 10/08/2010 – Akhbar Yedeot Aharonot menyiarkan berita berkenaan tindakan kementerian Wakaf kerajaan Abbas yang menerima permintaan Zionis agar memperlahankan suara azan di Tebing Barat.

Dalam terbitan Ahad (8/8) akhbar tersebut menyiarkan berkenaan pegawai urusan sivil Entiti Zionis yang diketuai, Yuve Mardakhoi, dalam beberapa hari terakhir telah melakukan pertemuan dengan beberapa orang menteri kerajaan Abbas.Sumber tersebut menambah, pihak pemerintah Israel telah berjaya mencapai kesepakatan untuk memperlahankan suara azan di Tebing Barat.

Kesepakatan tersebut sudah direalisasikan di beberapa bandar dan penempatan di Tebing Barat. Kesepakatan ini meliputi memperlahankan suara azan, mengurangkan bilangan masjid yang boleh mengadakan solat jumaat, mengurangkan jumlah masjid yang boleh melakukan panggilan azan disamping menyekat pelaksanaan solat Jumaat dengan hanya boleh dilaksanakan di satu masjid pada setiap daerah.

Ketua jawatankuasa penempatan Israel, Istzak Shadami menyatakan, langkah tersebut sangat penting dan ia sudah dimulakan di wilayah mereka. Sementara itu, kerjasama keamanan terus berlangsung dan giat diusahakan antara pemerintahan Abbas dengan pihak keamanan Zionis termasuk menangkap para aktivis masjid dan Hamas serta para muazin dan orang-orang soleh.

sumber : COMES
penterjemah : osman


Wan2day - Lihatlah PM Haram ni.. sanggup jual agama kerna tunduk pada Zionis. Banyak2 syarat zionis tetapkan dan Abbas turutkan sahaja.. Elok sangat la Abbas tak layak jadi wakil bagi rakyat Palestin. Aku memang tak setuju apa2 syarat yang zionis keluarkan. Walaupun patutnya menghormati agama lain, tapi zionis amat2 zalim lagi memerangi Islam bahkan lain2 agama. Patutkah..? Jangan bagi CAN langsung....

1 comment:

Shafika Syuhada Rosli said...

semuga our PM will not do the same thing as abbas .

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010