Tuesday, September 28, 2010

SAKIT - Kenapa dengan Wan..??


Syukur Alhamdulillah..

Itulah ungkapan wajib yg tidak ternilai. Sesungguhnya Allah lah Maha Kaya dan Maha Kuasa. Inilah posting yang dikeluarkan, bertujuan menjawab persoalan2 yang bermain difikiran buat saudara mara, rakan2 dan sahabat2.
Asalnya perkara ini tidaklah segah seperti yang dihebohkan, hanya silap sedikit membuat kenyataan yang mengundang seribu persoalan apabila ianya di keluarkan di WALL Facebook aku. Maka bertalu2lah persoalan yg timbul. Baik dalam Facebook juga melalui telefon.

Sebenarnya aku ingin kongsikan untuk semua, walaupun sakit ini bukanlah seteruk sakitnya jantung atau sakit2 yang kuat bahkan ianya jadi mainan bualan mahupun perkara malu khasnya buat kaum lelaki. Aku sebenarnya telah mengalami sakit Hernia selama lebih 5 tahun. Ada orang masih keliru dengan Hernia dan angin pasang. Sakitnya seolah2 sama, tapi ada sedikit perbezaan. Sila rujuk sini. Sepanjang aku mengalami sakit Hernia ini, jarang sekali rasa sakit. Cuma kurang selesa. Sekiranyan ia dibiarkan berlanjutan, pasti ianya membawa kepada kematian. Langkah yang aku ambil ini adalah langkah terakhir, iaitu dengan melakukan pembedahan. Menurut kata doktor, usus yang terlunjur itu akan di betulkan atau dimasukkan kembali pada tempat asalnya. Di mana tisu yang menampung usus tersebut telah pun terkoyak, dan sebab itu ianya telah terlunjur keluar di bahagian kemaluan.

Akhirnya pembedahan kecil telah selamat dijalankan. Kalau diikutkan hati, segala jarum, darah dan bedah amatlah merisaukan jiwa raga aku. Semua itu membuatkan aku berfikir beribu kali untuk melakukan pembedahan. Namun di atas kekuatan yang Allah limpahkan, sedikitpun aku tidak rasa takut untuk berdepan dengan pembedahan ini. Aku meletakkan semua pergantungan aku kepada Allah semata2.

Yang penting kita harus ingatkan diri tentang "Ingatlah 5 Perkara Sebelum 5 Perkara" Salah satunya sihat sebelum sakit. Betapa susahnya kita bila Allah beri ujian sakit. Dan dengan sakit jugalah kita akan kenangkan Allah. Dan mulut tidak putus dengan kalimah Allah. Namun di manakah kita di kala waktu kita sedang sihat. Kita biarkan dan abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yang patutnya di waktu sihat maka banyaklah masa terluang dalam mengabdikan diri pada Allah. Ada juga orang imannya yang tinggi bersyukur dengan nikmat sakit.

Semoga apa yang disampaikan ini mendapat jawapan yang masih dalam persoalan. Aku sedikit pun tidak rasa malu dengan posting yang dikeluarkan ini. Aku mengharapkan agar perkongsian ini membawa manfaat buat kita semua. Yang lemah dan buruk dan daifnya ini datangnya dari aku yang tiada daya kekuatan. Dan baik lagi hebatnya datangnya dari Tuhan Pencipta Alam, Allah Yang Esa.

INGATLAH..SIHAT SEBELUM SAKIT


Read More...

Friday, September 24, 2010

PALESTIN - Netanyahu : Palestin wajib iktiraf Israel sebagai Negara Yahudi


(Komen di bawah.)

Jumaat ,24/09/2010 –
Perdana Menteri rejim Zionis menyatakan lagi gesaannya agar pihak Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menegaskan bahawa pihaknya tidak sekali-kali akan menarik balik gesaan ini.

Kenyataannya itu diucapkan dalam satu mesyuarat ketua-ketua organisasi Yahudi di Amerika Syarikat. Netanyahu berkata bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak boleh mencari alternatif lain kepada gesaan ini dan mesti mengumumkan secara terang-terangan yang pihak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi kerana ianya adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Wan2day - Memang gila ..!! Hang pecah masuk rumah orang, lepas tu minta tuan rumah iktiraf hang sebagai tuan rumah. Memang dasar @#%& kerajaan haram Israel. Ada orang kisah tak dengan kenyataan PM Haram ni..?? Hatta PBB dan sekutunya bahkan negara Arab sekeliling pun tak ambil kisah. Terang-terang punya kenyataan angkuh, dan tentulah kezaliman mereka sendiri ke atas rakyat Palestin. Tapi bukan kerajaan Hamas yang dilabelkan sebagai pengganas atau dalang dalam ancaman proses damai. Sudah berabad proses damai..hasilnya..??? Proses damai adalah merupakan jalan untuk menutup kejahatan Israel. Mahmoud Abbas...?? Angguk-angguk, turutkan aja...

Ingat sikit..!! Israel cukup takut dengan kebangkitan INTIFADA rakyat Palestin berbekalkan batu..

HIDUP PALESTINA !! SELAMATKAN AL-QUDS..

Read More...

TREND - Pakai tudung ada bonggol unta



Komen -
Terpanggil untuk siarkan tentang artikel berkenaan pemakaian tudung trend ala masa kini. Zaman moden, zaman rosak akhlak, jadi kena la ikut. Suasana sekarang tidak ubah seperti "Biar Islam ikut kita". Begitulah ciri2 Islam sekarang, ciri2 Islamnya ada had ada hari. Islam bertempat senang kata.


Di mana2 sekarang pasti kita dapat lihat pemakaian tudung cara ini. Sengaja di angkat seperti benjolan bonggol unta. Bahkan sekarang di dalam drama2 televisyen pun pelakon-pelakonnya bertudung sedemikian rupa. Iklan secara tidak langsung. Sungguh licik mainan musuh2 Islam sendiri, di mana orang Islam sendiri jugalah yang memainkan peranan. Serius cakap la, MEMANG TAK CANTIK LANGSUNG. AGAK PELIK ADA BONGGOL2 NIH...
Di bawah disiarkan sebahagian artikel yang dicopy di blog Cina Islam. Disertakan dengan hadis Sahih yang meletakkan hukumnya haram. Aku mohon perlindungan dengan Allah, agar keluargaku dijauhkan dengan fitnah ini. Ameen ..


Oleh: Nik Noor Azman Ghazali

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.

Read More...

Thursday, September 9, 2010

RAYA - Salam I'dilfitri Maaf Zahir & Batin


Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Kami sekeluarga selamat tiba di kampung halaman isteri di Jitra. Perjalanan yang lancar cuma ada beberapa tempat kenderaan agak sesak. Namun tidaklah hingga menganggu perjalanan kami. Apa yang sdikit terkilan, sepanjang perjalanan kami, kelihatan beberapa kenderaan yang telah 'beraya' terlebih dahulu. Kelihatan seronok menghalau nyamuk yang sememangnya tiada nyamuk dalam kereta bahkan lagi di atas lebuhraya.

Memang betullah mereka musafir. Tapi takkanlah Ramadhan terakhir ini kita tak sanggup memperjuangkan sisa cebisan Ramadhan ini. Janganlah jadikan alasan musafir sebagai tiket untuk tidak berpuasa. Tak berpuasa satu hal, tapi lagak gaya seolah2 berada bukan di bulan Ramadhan. Hormatilah pengguna jalan yang lain, anda pula rasa bangga dengan menghebus racun 'nyamuk''. Hari ni last, esok nak raya. Puasa sehari tak mampu..??

Di kesempatan ini, aku merasakan sayu apabila Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Tiada lagi kedengaran selawat Nabi pada malam harinya, tiada lagi ganjaran berganda ditawarkan, tiada lagi keistimewaan malam berupa seribu bulan, tiada lagi pembukaan pintu syurga seluas2nya. Pasti kita merindui suasana ini. Dan yang aku khuatir, kurangnya amal ibadah untuk bulan2 yang lain. Apa yang aku lalui sepanjang bulan yang penuh motivasi diri serta tarbiyah diri dan jiwa akan memberi kekuatan dalam menempuh 11 bulan mendatang. Aku mengharapkan janji Allah, agar Allah menerima segala amal2 soleh yang telah aku lakukan. Semoga Engkau pilihlah hambamu yang lemah ini agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM
SALAM I'DILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
DARI WAN2DAY SEKELUARGA

Read More...

Tuesday, September 7, 2010

GAMBAR - Sambutan Hari Merdeka ke53 di Kelantan

Di ambil dari Tranungkite.net

Sambutan yang dalam suasana Islam, sederhana dan terpancar roh Islam secara tidak langsung. Inilah orang kata, benda sikit tapi berkat.




Read More...

RAYA - Perkara2 Sunat di Hari Raya



1. Menghidupkan Malam Hari Raya
As-Syeikh Qulyubiy di dalam kitab Hasyisyatan telah menyebutkan bahawa sunat hukumnya menghidupkan malam hari raya dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih. Adalah memadai menghidupkan malam ini pada sebahagian besarnya dan sekurang-kurangnya ialah dengan menunaikan sembahyang Isyak berjemaah serta berazam menunaikan sembahyang Subuh (dengan berjemaah).


2. Melaungkan Takbir Hari Raya
Sunat melaungkan takbir dengan suara yang jahr (nyaring), sama ada di rumah, masjid, pasar atau sebagainya pada malam hari raya fitrah dan hari raya adha selepas terbenamnya matahari sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Takbir ini dinamakan mursal dan mutlaq (takbir yang tidak terikat selepas sembahyang dan dilaungkan bila-bila sahaja). Sementara takbir muqayyad (takbir yang terikat dan dilaungkan sebaik sahaja selesai sembahyang fardhu, sunat, tunai atau qadha), takbir muqayyad ini khusus bagi hari raya adha dan bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bermula takbir tersebut pada Subuh hari arafah sehinggalah asar di akhir hari tasyriq.

Apabila bertepatan malam hari raya itu dengan malam Jumaat, menurut asy-Syibramalisiy, lakukanlah pada malam tersebut dengan bertakbir, membaca surah al-Kahfi dan berselawat kepada Nabi Shallahu alaihi wassalam.

Orang yang menunaikan haji atau umrah tidak disunatkan bertakbir hari raya adha melainkan selepas dia mengerjakan sembahyang zohor di hari raya Aidil Adha. Mereka disyariatkan bertalbiah di malam hari raya itu.

3. Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya Fitrah Dan Sunat Tidak Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya Adha
Sunat makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang hari raya fitrah dan sunat menahan diri sebelum mengerjakan sembahyang hari raya adha.

Pada hari raya fitrah itu sunat makan beberapa biji tamar (dengan bilangan yang ganjil) sebelum mengerjakan sembahyang hari raya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu anhu, katanya:
"Rasulullah Shallahu alaihi wasallam tidak keluar di awal pagi hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan beberapa biji tamar. Berkata Murajja bin Raja: Diceritakan kepadaku Ubaidullah katanya: Diceritakan kepadaku Anas daripada Nabi Shallallahu alaihi wasallam: dan Baginda memakannya (tamar) dengan bilangan ganjil."

4. Mandi Sebelum Sembahyang Hari Raya
Sunat mandi sebelum mengerjakan sembahyang hari raya sebagaimana disunatkan mandi sebelum sembahyang Jumaat. Ini kerana hari tersebut berkumpul ramai orang untuk mendirikan sembahyang.

Demikian juga sunat berharum-haruman, menghilangkan bulu-buluan, memotong kuku dan menghilangkan bau-bauan pada badan dan pakaian. Dalam hal memotong kuku dan menghilangkan bulu-buluan ini tidak disunatkan bagi mereka yang hendak melakukan ibadat korban melainkan setelah menyembelih binatang korbannya.

Sementara waktu mandi pula, menurut pendapat yang ashah dan disepakati oleh ulama-ulama Syafieyyah harus mandi selepas fajar atau sebelumnya.

5. Memakai Pakaian Yang Cantik
Sunat memakai pakaian yang terbaik. Afdhal memakai pakaian berwarna putih. Jika seseorang itu terdapat dua pakaian yang sama terbaik dan eloknya, maka yang putihlah diutamakan. Jika pakaian yang terbaik itu bukan berwarna putih, maka pakaian tersebut lebih afdhal daripada pakaian yang putih. Sunat juga memakai serban.

Menurut ulama-ulama Syafieyyah, bahawa memakai pakaian yang terbaik, berharuman, mandi, menanggalkan bulu-buluan dan menghilangkan bau-bauan, selain disunatkan bagi orang yang pergi mengerjakan sembahyang hari raya, bahkan disunatkan juga bagi yang duduk di rumah. Ini kerana hari tersebut merupakan hari perhiasan.

6. Makmum Lebih Awal Datang Daripada Imam
Sunat bagi makmum datang awal selepas fajar bagi mengambil tempat duduk untuk mengerjakan sembahyang hari raya. Sementara sunat bagi imam keluar apabila tiba waktu untuk berjemaah sembahyang hari raya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri yang bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam selalu keluar pada hari raya adha dan hari raya fitri, lalu Baginda terus memulakan dengan sembahyang (hari raya). (Hadis muttafaq alaihi)
7. Berjalan Kaki Ke Tempat Mengerjakan Sembahyang
Sunat berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat mengerjakan sembahyang hari raya dan jangan menaiki kenderaan melainkan ada uzur seperti sakit, lemah atau sebagainya. Jika dia menaiki kenderaan juga, itu tidaklah mengapa. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat sembahyang hari raya, kerana itu adalah sesempurna akhlak dan tinggi kedudukan.

8. Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Yang Panjang Dan Balik Melalui Jalan Pendek
Sunat bagi setiap orang yang hendak pergi ke tempat sembahyang hari raya, melalui jalan yang lebih panjang dan balik daripada sembahyang melalui jalan yang lain yang lebih pendek. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam di hari raya mengikuti satu jalan kemudian balik mengikut jalan yang lain." (Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut Imam asy-Syafie, sunat bagi imam ketika balik, berdiri di suatu tempat dengan menghadap kiblat sembil berdoa.

9. Menyeru Dengan Seruan
Sunat menyeru untuk mendirikan sembahyang dengan seruan ketika hendak mengerjakan sembahyang hari raya. Ini diqiaskan dengan sembahyang kusuf, di mana disunatkan padanya menyeru dengan seruan tersebut. Tidak ada seruan azan dan iqamah bagi sembahyang hari raya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam mengerjakan sembahyang hari raya tanpa azan dan iqamah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Dari www.ustazmelaka.net.

Read More...

Monday, September 6, 2010

VIDEO - Selebur2nya dunia..

Jadikan pedoman melalui video ini, walaupun ianya bukanlah gambaran sebenar, bahkan lebih dasyat apa yang kita saksikan. Berilah peluang pada diri kita, paksa lah diri untuk bertaubat dan beserah dirilah pada Allah swt. Sesungguhnya pinta taubat sentiasa terbuka, Allah Maha Pengampun Maha Mengasihani.

Read More...

BERITA - Iklan raya TV3 ditarik balik

Dari Kosmo Online (Komen Di bawah)


BABAK kanak-kanak menaiki beca terbang turut diselitkan pada iklan Aidilfitri yang ditarik balik TV3 serta-merta berkuat kuasa semalam.

KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

Wan2day - KAYU !!... Takkan la benda simple macam ni pereka iklan ni tak sensitif..? Kalau lah dia seorang Muslim, sangatlah jahil. Sekolah tinggi2, benda macam ni tak boleh fikir. Boleh pula main2 macam ni. Tadak akai ka..? Tapi kalaulah dia kafir, tak boleh nafikan la. Memang jahil dah, nama pun kafir. Konon2 1Malaysia la... Cehh.... Semangat sangat !!!

Read More...

Thursday, September 2, 2010

PUASA & RAYA - Syawal seronok, Ramadhan sedih..


Maka, bergempak gepitalah lagu2 raya dimainkan.. Awal lagi yob oii...

Fenomena saban tahun, inilah suasana yang kita lalui. Yang patutnya diimarahkan, dibiarkan ia berlalu. 2 minggu akan tibanya Syawal, kerancakan sambutan Aidilifitri telah terasa bahangnya. Seakan2 bulan yang dinantikan buat umat masa kini. Pada awalnya Ramadhan, pesta menghuni rumah Allah mampu bertahan dalam 2 minggu. Hilang jemaah tanpa kesan..



Bahkan kedatangan Ramadhan juga tidak disambut atau diwarkan seperti kerancakan menyambut Syawal. Ada orang terasa kecewanya apabila perut2 dibelenggu tanpa makan. Adakah kita tergolong dalam orangnya yang berpuasa di bulan Ramadhan tapi tidak sabar menunggu Syawal..?? Kita sudah pun memasuki fasa yang terakhir, di mana sepatutnya amat di harapkan amal ibadah dipertingkatkan pada 10 Ramadhan terakhir ini. Yang telah dijanjikan satu malam yang diturunkan malaikat dengan nikmat merupakan lebih baik daripada seribu bulan. Hebat !!

(Al-Qadr 1 -5)
[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


Tapi adakah usaha kita dalam menjejaki malam lailatur Qadr..? Atau kita sanggup bersengkang mata untuk sibuk membuat kuih raya atau menjahit langsir2 dan baju raya..? Cuma apa yang cuba ditekankan, terasa jurang antara dua bulan ini amat jauh bezakan sekali. Allah telah menetapkan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk mengecaskan jiwa dan mengubati hati dalam menempuh 11 bulan yang mendatang. Maka, patutnya bersyukur kita masih berada dalam bulan Ramadhan yang akan datang tidak pasti akan bertemu lagi atau tidak. Ambillah peluang, rasailah nikmat keindahan Ramadhan pada Ramadhan terakhir ini..

RANCAKNYA MENYAMBUT SYAWAL, SURAMNYA KITA TINGGALKAN RAMADHAN..

Read More...

VIDEO - Cita Pemuda (Shoutul Harokah)

SATU HATI BEBASKAN PALESTINA !!!!

Mudah-mudahan terdetik semangat jihad buat para pemuda !!

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010