Monday, March 14, 2011

VIDEO - Allah beri amaran ni.. (Gempabumi dan tsunami Jepun)





Lihatlah dengan mata dan hati kurniaan Allah. Melihat dan berfikir bukanlah dengan logik akal semata-mata. Melihat sambil merasai kekuatan Allah dan mempunyai setiap kejadian adalah hak mutlak Allah. Sejauhmanakah tersentuh hati kita yang keras ini dengan video-video tsunami yang melanda Jepun. Hanya sekecil sentuhan Allah pada bumi ini. Yang tiada besar mananya kita ini. Satu daerah Jepun hapus ditelan air. Seluruh genap penjuru, celah2 bangunan bahkan rumah-rumah lenyap sama sekali. Dimana kah kita hendak menyelamatkan diri..? Sudah beberapa kali amaran atau 'raptai' kiamat ini Allah tunjukkan. Namun kita masih lagi angkuh dengan dunia pinjaman ini. Takkan sekadar geleng2 kepala selepas menyaksikan video-video ini. Apakah inisiatif kita selepas ini..? Jika ditakdirkan Allah, selepas ini benar2 berlakunya kiamat., bagaimana agaknya. Suasana hari kiamat nanti jauh lagi dasyat apa yang kita saksikan. Sedangkan ujian Allah yang kecil ini, kita meratapi seolah bagaikan hilang semuanya. Allah masih memberi peluang pada yang masih hidup. Agar kita sentiasa kembali kepada Allah selagi peluang2 ini masih terbuka. Namun kita disini masih berada dalam situasi selesa. Bahkan ada juga memperkecilkan dengan kuasa Allah ini. Ultraman lah dan sebagainya...

Perhatikan ayat Allah ini :









Sedikit gambaran yang tidak boleh digambarkan melalui akal logik kita. Cukup dasyat gambaran suasana hari kiamat seperti yang dinyatakan dalam Surah Az-Zalzalah.

Marilah kembali pada Allah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik tempat pergantungan dan pengharapan.


Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010