Wednesday, February 17, 2010

KAHWIN - Penyelit untuk Sang Raja Sehari

Assalamualaikum wrh.

Pada hari Sabtu bersamaan 13 Feb 2010, berlangsungnya majlis gemilang buat Pengerusi KBHI saudara Fadhli iaitu majlis perkahwinan beliau disamping penyeri sang 'penyelit' aka pengapit. Tahniah buat beliau, dan hajatnya tercapai di atas pemberian baju batik kepada sang 'penyelit' yang akhirnya berjaya menjalankan amanah yg diberi. Setelah bergelar 'abang' orang atau 'daddy' masih ada yang sayang untuk menggunakan khidmat sambilan sebagai pengapit..hehe.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan sang raja tersenyum gembira, penantian keseorangan menemui juga jalan penyelesaian. Anda gembira, kami juga gembira. Tiada lagi rungutan SIAPA PILIHAN AKU..

Tu dia.. penyelit..
Hang memang steady Wan..kata Fadhli... ahaha
Tamat sudahh..

Read More...

Saturday, February 13, 2010

REVIEW LIGA FUTSAL : REGU FC vs REGGAE FC

LIGA FUTSAL AHAD

REGU FC VS REGGAE FC

AHAD 14 FEBRUARI 2010
JAM 12.00 TGH
SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Aswad
Rushdi (c)
Wan
Jai

Simpanan :
Kie
Wan kembo
Qayyim
Kecik
Tevez

*Untuk perlawanan ini, coach tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan penting yang tak dapat dielakkan. Semua perjalanan perlawanan akan diaturkan oleh pemain2 sendiri. Manakala kapten Regu fc dikenali sebagai Pedot juga tidak beraksi, disebabkan pertukaran kerja ke KL. Namun namanya masih lagi tersenarai bersama Regu fc. Pasukan Reggae fc juga merupakan antara pasukan terkuat dalam Kumpulan D. Kemenangan ke atas mereka harap2 diperlukan bagi mengekalkan kemenangan demi kemenangan serta mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan.

KEMENANGAN KEEMPAT ADALAH WAJIB!!

Read More...

Thursday, February 11, 2010

BOLASEPAK : Gunting siapa dalam lipatan ? PAFA.


Dari Seladang.net

Pengirim: Ahmad Bistaman via Email
Tarikh Email: 11 Februari 2010 12:42 AM

Beberapa perlawanan pasukan Perak telah pun berlangsung di Stadium Perak di mana keputusan perlawanan telah pun diketahui. Sebagai peminat dan penyokong bolasepak Perak, menonton sesuatu perlawanan di kedudukan ‘bertentangan’ dengan grandstand bersama-sama dengan penyokong fanatik Perak adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Bukan sahaja kita dapat mendengar jeritan, cemuhan, sorakan, tepukan, rintihan dari peminat semua tetapi ada perkara-perkara lain yang boleh diperolehi kalau kita rajin memasang telinga. Mungkin ramai yang tidak akan mempercayainya, tetapi marilah kita kongsi bersama ‘perkara-perkara’ yang telah menjadi topik perbualan ini.

Pertama sekali, tentulah tentang kemelut politik di negeri Perak di mana sedikit sebanyak ada kaitannya dengan pengurusan PAFA. Ada yang mengandaikan sekiranya Datuk Seri Nizar menang, begini akan jadinya kepada pasukan Perak dan PAFA, manakala sekiranya beliau kalah, begitulah pula nasib yang akan menimpa pasukan Perak dan PAFA.



Yang menarik setelah didengar dan untuk difikirkan bersama di sini ialah, belum pun keputusan mahkamah diumumkan tempohari sudah terdapat tiga kumpulan yang menaruh impian untuk menerajui kepimpinan PAFA. Mereka terdiri dari kumpulan bekas Timbalan Presiden, bekas Naib Presiden, dan kumpulan Pegawai Sukan Nombor 1 di Perak.

Ketiga-tiga mereka ini mempunyai ‘orang-orang’ mereka di dalam Ahli Majlis PAFA dan secara senyap-senyap telah pun mula memainkan peranan masing-masing dengan penuh keyakinan bahawa Datuk Seri Nizar akan kalah. Seandainya keputusan mahkamah menyebelahi Datuk Seri Nizar, ketiga-tiga ini dikatakan akan berkompromi dan bergabung untuk menjatuhkan Datuk Seri Nizar selaku Presiden PAFA dengan apa jua cara sekalipun.

Apapun, dalam perbualan tiga sahabat tadi, salah seorang daripadanya ada mengatakan bahawa mana-mana pihak yang mengambil alih kepimpinan PAFA dari Datuk Seri Nizar, sudah pasti ianya akan ‘hancur’ seperti mana di era sebelum ini kerana ketiga-tiga tokoh tadi adalah pemimpin politik yang mempunyai tujuan dan agenda yang tersembunyi serta tidak ikhlas untuk memertabatkan sukan bolasepak di negeri Perak.

Apa tidaknya, sudah tentu dana akan dicari untuk mengisi tabung kewangan PAFA yang kononnya ‘kosong’ di bawah kepimpinan Datuk Seri Nizar ketika ini. Mereka sebenarnya hanya mahu mengisi ‘kantung’ masing-masing dengan menggunakan PAFA sebagai ‘platform kewangan’ dan mengukuhkan kedudukan politik masing-masing.

Menurut cerita si ‘B’ pula, satu Malaysia sudah pun mengetahui bahawa dalam PAFA, terdapat dua ‘kem’ iaitu satu menyokong dan satu lagi menentang Datuk Seri Nizar. Puak yang menentang telah cuba untuk menjatuhkan beliau dengan usul untuk diadakan EGM, seperti mana yang tersiar di akhbar beberapa bulan yang lalu. Tetapi usaha mereka itu gagal kerana tidak mendapat sokongan dari semua Ahli Majlis dan Ahli Gabungan PAFA.

Justeru itu, sekira nya Datuk Seri Nizar kalah, sudah pasti puak-puak ini tidak akan berdiam diri selagi hajat mereka tidak kesampaian. Mereka akan melancarkan ‘perang saraf’ yang kedua dan ‘dalang’ di sebalik kuncu-kuncu ini ialah seorang ‘ahli korporat’ yang dijadikan kambing hitam oleh seseorang yang bercita-cita menjadi Presiden PAFA.

Ahli korporat ini pula mempunyai kepentingan secara tidak langsung dalam perniagaan yang beliau usahakan dengan pertolongan pihak tersebut. Cerita mengenainya telah pun kedengaran di Ipoh, dan kata ‘B’ lagi keadaan akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya kepada beliau dan pasti ianya menjadi ‘tajuk panas’ dalam masa yang terdekat.

Apapun, mari kita tumpukan kepada isu ‘UTAMA’ yang akan mengejutkan semua peminat bolasepak Perak ketika ini. Berdasarkan maklumat dari ‘pengadil’ yang pernah bertugas tempohari, terdapat ‘arahan tidak rasmi’ dari segelintir ‘Orang Dalam PAFA’ yang terlibat dengan perlawanan di tempat sendiri untuk ‘mengarahkan’ pengadil yang bertugas supaya memberikan ‘tekanan mental’ kepada pemain-pemain Perak yang beraksi.

Semua ini dilakukan supaya pemain-pemain terbabit hilang fokus dalam perlawanan yang dihadapi. Apabila pemain tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap permainan kerana ‘gangguan’ ini, sudah pasti Perak akan tewas dan inilah yang diidamkan oleh puak-puak ‘mereka’ untuk mencantikkan lagi jalan cerita penuh sandiwara ini.

Sejauh mana kebenaran perkara ini, sama-samalah kita semua nilaikan mutu pengadilan di setiap perlawanan yang membabitkan pasukan Perak terutamanya di gelanggang sendiri. Apakah ini ada kaitan dengan ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan Datuk Seri Nizar atau ianya ‘arahan’ dari mana-mana pihak yang terlibat untuk mengejar jawatan?.

Kita cuma mengharapkan bahawa ini hanyalah cakap-cakap kosong, tetapi sekiranya ianya adalah benar maka pihak yang terlibat adalah ‘petualang dan pengkhianat’ yang sebenar kepada negeri Perak. Peminat yang datang dari dekat dan jauh ingin memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, dan mengharapkan kemenangan tetapi dengan mainan ‘jijik’ dari pegawai yang terlibat ianya akan menghampakan peminat dan sudah pasti mereka akan menyalahkan pemain-pemain dan pegawai pasukan yang terlibat.

Secara tidak langsung tujuannya adalah untuk menyingkirkan jurulatih dan pengurusan pasukan serta menjejaskan reputasi Datuk Seri Nizar sebagai Presiden PAFA. Mungkin ini juga adalah salah satu cara yang dijalankan oleh ‘pihak-pihak tertentu’ supaya dapat dijadikan ‘modal berkempen’ untuk bertanding pada pemilihan PAFA akan datang.

Kalau tidak, masakan pada musim 2009 yang lalu terdapatnya pemain yang telah dibayar dan diarahkan supaya jangan bermain pada tahap kemampuan sebenar mereka oleh ‘pengkhianat-pengkhianat’ di dalam PAFA sendiri. Rumusannya tanpa menggunakan ‘modal’ perkara seperti di atas tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Inilah risiko yang harus ditanggung oleh kita semua apabila tokoh korporat yang tidak ‘bermoral’ diberi ruang untuk berada di dalam Persatuan Sukan seperti PAFA kerana pada mereka segalanya boleh dibeli dengan wang ringgit tanpa mengambil kira pengorbanan dari peminat-peminat bolasepak yang datang memberikan sokongan ikhlas kepada pasukan.

Read More...

Friday, February 5, 2010

KAHWIN : SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU

Buat..
MUHAMMAD FADHLI DENGAN PASANGANNYA FARHAH HAZIRAH



Kalau diikutkan dari arahan pengantin, aku telah dipilih sebagai orang no2 dalam majlis raja sehari ini sebagai pengapit kepada pengantin. Namun percaturan Allah adalah sebaik2nya, aku mengalami kesihatan yang tidak memuaskan serta tidak mengizinkan dalam menghadiri majlis gemilang buat sahabat. Aku berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kalian serta menjadikan perkahwinan ini salah satu cabang dakwah yang diharungi penuh cabaran.


DALAM MENUJU KE ARAH BAITUL MUSLIM.


* Muhammad Fadhli merupakan selaku Pengerusi KBHI serta orang kuat PEmuda HALUAN Perak.

Read More...

HALUAN - PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN


*Masih ada kesempatan dalam mempromosi yang tinggal berapa jam shj lagi..

Read More...

Wednesday, February 3, 2010

IKTIBAR : Di landa Ujian Duniawi


Assalamualaikum wrh.

"Kemiskinan akan membawa kekufuran" - Hadis Sahih.
Hadis di atas boleh juga diibaratkan juga sebagai kemewahan juga akan membawa kekufuran. Apa yang aku cuba sampaikan di sini ianya tentang kehendak kita akan sesuatu perkara mahupun yang duniawi atau ukhrawi.

Jadikan cerita ini sebagai iktibar, mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri terutama untuk diri aku sendiri.

Apa yang aku alami adalah asalnya aku berada dalam kesempitan semenjak sebulan yang lalu. Aku sering serba kekurangan dalam menampung perbelanjaan harian dan simpanan aku semakinnya susut. Iktiar aku hanya satu, berdoa terus berdoa mudahan Allah memberi aku jalan dalam menambah rezeki. Beberapa bulan aku langsung tidak mempunyai kerja tambahan. Di samping juga aku berusaha mendapatkan kerja sampingan untuk terus tingkat kewangan aku. Doaku, Allah masih belum makbulkan, kerana aku yakin pertolongan Allah mesti tercapai samaada cepat dan lambat. Mungkin cepat ada hikmahnya dan lambat ada hikmahnya. Aku hanya bergantung pada Allah semata-mata sambil menunggu penuh pengharapan.



Rupa-rupanya... segala doa2ku telah Allah makbulkan, permintaanku yang amat aku harapkan telah dimakbulkan. Berduyun2 kerja tambahan yang aku terima. Kalau diikutkan jumlah semua hasil2 kerja yang aku dapat, cukup2 lumayan. Jadi, tanpa membuang masa disebabkan di atas perjanjian dengan 'client', aku banyak menghabiskan masa dengan membuat kerja bagi mengikut kehendak 'client'. Baik waktu pagi, petang, malam. adakalanya sampai awal pagi, hanya kerana mencari redha dunia.

Di sinilah silapnya, barulah aku perasan.. Rupa2nya..ini adalah salah satu ujian yang Allah telah berikan. Aku kerahkan seluruh masaku hanya untuk mengejar habuan dunia yang tak seberapa. Di mana Allah melihat dengan cara memberikan peluang untuk menambah rezeki disamping agar aku menjaga hubunganku denganNya serta bersama ujianNya. Aku menjadi leka dengan mengejar waktu hanya memenuhi kehendak dunia. Solat berjemaahku di surau agak terbatas. Bacaan Quran selepas solat tidak lagi kedengaran. Kelas tahfizku telah aku berhentikan. Peluang untukku masa berzikir telah disempitkan. Aku menjadi lagha..lagha..lagha...

Sehingga ke hari ini, aku sedari. Allah telah menarik nikmat keupayaanku dengan memberikan aku sakit. Wang yang banyak tidak menjamin apa2. Masa yang banyak, hanya menunggu untuk sihat kembali. Kini aku kembali mengingatkan masa2 ku dengan Allah sepanjang aku sibuk dengan kerja2. Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku sakit dengan menyedarkan aku dari di lamun nikmat2 tak seberapa.

Kesimpulannya, ada baiknya aku sekadar bersyukur dengan apa yang ada sebelum aku menerima peluang2 kerja tambahan ini. Hubunganku dengan Allah lebih terpelihara sepanjang aku tiada membuat kerja tambahan. Usahalah kita dalam mencari kebahagiaan ukhrawi sepertimana kita mencari kebahagiaan duniawi. Bermuhasabah setiap waktu, kerana kita seringkali membuat dosa serta melupakan sururanNya. Alhamdulillah di atas rezeki yang engaku limpahkan. Sesesungguhnya engkaulah yanG Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

*Kerja tambahan yang dimaksudkan ialah kerja2 sambilan membuat pelan ukur tanah.

Read More...

Monday, February 1, 2010

IKAN : Wan, ayah dapat ikan besor..

Assalamualaikum,

Jam 3.00 petang.
Setelah pulang daripada xpdc Gua Tempurung, aku melabuhkan badan yang keletihan untuk merehatkan badan buat seketika, mudah-mudahan tidur aku ini adalah tidur yang berkualiti.

Tidurku yang baru mencecah tahap keselesaan yang menyedapkan, tiba2 telefonku berbunyi lagu bunkface. huh.. arhh... gangguan ni. Rupa2nya mak mertuaku telefon yang juga merupakan komuniti ahli pancing kami sekeluarga..hehe. ooo.. mak rupanya.

Wannn...!!!
Eh.. kenapa plak ni. Ada perkara yang tidak diingini berlaku ke..? Siapa..? Kenapa..? Serabutt.. tidur ku tersentak, mataku menegang.. " Kenapa mak..? " " Ayah kamu wan..." "Mak cakap pun dah menggeletor ni." Sudah.. apahalnya ni.. Fikiranku dah melalut dah.. "Ayah kamu dapat ikan besor benor..Menggeletor mak nengok".. Hah...memang aku terkejut la. Ikan besor punya pasal beb. Biar betul ni. Besor sangat ke?? "7 kg Wan.. ikan ara." Memang besor, pecah tradisi kami memancing lombong ikan sebesar itu. Sebelum ni pernah juga ikan ara sebesar 4kg lebih. Rezeki tu rezeki...


Sensor.. tu dia.. 7kg



Sama besar dengan anak aku.


Difahamkan seekor lagi telah terlepas, gara2 tali mata kail putus. Lingkungan berat yang sama. Ayah mertuaku dapat mengusap saja tanpa dapat mendarat ara kedua. Janji dapat layan menarikk.. perghh...jeles nih.


Telur banyak tu.


Settle..

*Persoalannya..kenapa pergi tak ajak wann... aahhhh

Read More...

KBHI : XPDC Gua Tempurung


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan jayanya di mana sasaran untuk peserta xpdc pada mulanya hanyalah 30 orang sahaja. Namun hasil kerja berjemaah, KBHI dapat mengumpulkan seramai 64 orang di mana peserta-peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar2 IPTA dan anak2 HALUAN. Xpdc ini juga merupakan salah satu aktiviti kelab bagi memenuhi aktiviti yang dianjurkan serta aktiviti yang menjalinkan ukhwah antara peseta dan bertujuan menarik lebih ramai golongan belia mendekati dengan KBHI serta jemaah HALUAN itu sendiri. Objektif program telah berjaya, diharapkan lagi matlamat sebenar penubuhan KHBI akan dapat mendekati golongan belia dalam menjadikan Belia Muslim yang berjaya.



Sekitar sebelum menembusi gua.



Pengerusi KBHI melabun para peserta.






Photographer KBHI ni..bayar lebih..


Taklimat keselamatan dari pihak pengurusan.


Bermulanya..







Eh..eh..nak pi main futsal ka..?


Sedikit info yang diperolehi dari pihak pengurusan, Gua Tempurung ini telah berusia lebih kurang 4oo Juta Tahun yang lalu. Dahulunya, gua ini juga merupakan tempat berlindung penduduk dari serangan tentera Jepun semasa Perang Dunia dahulu serta dijadikan tempat penempatan Komunis. Gua ini juga merupakan perlombongan bijih timah. Di sini lah, aku termenung sambil terfikir, tak terjangkau dalam fikiran aku seusia gua ini sebegitu lama tanpa kekuasaan yang Maha Mencipta. Mana kan tidak, usia sebegitu masih lagi kukuh tanpa apa2 sebarang runtuhan yang terjadi. Sungguh besar dan hebatnya ciptaan Allah ini, apa la sangat usia kita setakat 70 tahun. Allah Maha Mengetahui Segala2Nya.






kelihatan macam permata berlian..huh




Salah satu cabaran yang ditempuh..gelongsor semulajadi. Untuk cabaran ini sahaja mengambil masa hampir satu jam. Memerlukan seorang demi seorang untuk turun ke bawah.

Abang renjer menenangkan salah seorang peserta yang ketakutan untuk menggelongsor..


Giliran peserta perempuan menyambut untuk kaum perempuan. Nasib baik abang2 takde nak volunteer.. huhu


Lubang yang menembusi bahagian bawah tanah yang mempunyai sungai.



Abu membuktikan ketahanan kameranya dalam air.. fuhhh

Berjaya menyusuri keluar.


Khalimah akhirah untuk majlis penutup dari Akhi Kamaruddin selaku SU Haluan Perak.

Gambar kenangan dari para peserta bersama Ajk2 yang terlibat.

Penutup segala penutup..

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010