Monday, November 22, 2010

VIDEO - Bangkitkan zaman kegemilangan Islam...



sambungan video ke-2 di sini




Read More...

DAKWAH - Penyakit para daie..

Oleh : Almarhum Ustaz Abdullah Akhili

Muqaddimah

Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan lemah.

Futur adalah penyakit yang menimpa sebahagian daripada pekerja islam. Penyakit ini sering atau kadang-kadang timbul dalam reality kini. Paling minima futur yang menimpa pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami.

                
Makhluk yang tidak pernah futur adalah Malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.
Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.”
(Al-Anbiya’: 19, 20)

Manusia walaupun memiliki pelbagai kelemahan, namun manusia boleh menjadi lebih tinggi daripada malaikat kerana manusia mempunyai akal dan boleh melakukan jihad. Sebaliknya manusia juga boleh menjadi lebih rendah daripada haiwan.

Merawat futur
Futur memberi kesan yang buruk kepada orang Islam, khususnya kepada pekerja-pekerja Islam. Antara cara-cara untuk merawatnya adalah:

1.       Menjauhkan diri daripada melakukan dosa dan kejahatan sama ada besar atau kecil. Dosa yang kecil tidak boleh dipandang ringan kerana dosa ibarat racun. Dosa meracuni hati. Dosa merosakkan kejernihan hati. Hati menjadi lemah bila diganggu oleh racun-racun dosa. Titik-titik hitam dosa menutupi hati hingga lama-kelamaan hati menjadi hitam.
 Keterlibatan seseorang dengan suatu dosa boleh mengakibatkan Allah murka. Seseorang yang dimurkai Allah akan ditimpa kecelakaan.
 
2.       Terus-menerus melakukan amalan-amalan harian yang soleh. Amalan soleh bermula dengan yang wajib hinggga yang sunat. Amalan itu terus dilakukan mengikut jadual (istiqamah).
 Amalan soleh merupakan zat atau makanan. Rohani memerlukan makanan sepertimana badan memerlukan makanannya tersendiri. Amalan-amalan harian itu dapat menyegarkan keimanan kepada Allah SWT.
 
3.       Sentiasa merebut masa-masa yang baik. Menghidupkan masa-masa tersebut dengan menta’ati Allah seperti di waktu malam, hari Jumaat dan seumpamanya.
Selepas menunaikan solah kita perlu berdoa kepada Allah SWT. InsyaAllah dengan cara ini jiwa akan kuat.
 
4.       Membebaskan diri daripada melampau dalam din. Dalam sirah, ada sahabat yang ingin berpuasa terus-menerus. Ada yang ingin sembahyang malam terus-menerus tanpa tidur. Tetapi Rasulullah SAW tidak izinkan dan amalan-amalan itu dianggap melampau dalam din.
Sebenarnya, perjalanan kita jauh. Kita perlu bijaksana gunakan tenaga yang terbatas supaya dapat menempuh jalan itu. Dan supaya dapat istiqamah tanpa letih di pertengahan jalan.

5.       Memberi perhatian kepada sunnah Allah SWT yang berlaku kepada dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya sunnah Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan menemui perubahan bagi sunnah Allah dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu” (Fathir : 43)

Kita perlu membaca kisah anbiya’ dan mengetahui faktor-faktor kejatuhan sesuatu umat. Sebab apa sesuatu ummah seperti generasi para sahabat, menjadi ummah terbaik. Dan sebab apa sesuatu ummah itu Allah hancurkan.

6.       Sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi halangan-halangan di jalan da’wah. Berhati-hati dan bersedia sejak di awal-awal lagi. Janganlah, apabila berjumpa halangan-halangan, barulah terkejut dan kelam-kabut. Di tahap awal, biasanya ujian Allah SWT kecil. Ujian Allah SWT sesuai dengan mustawa. Apabila ditanya Rasulullah SAW mengenai orang yang paling berat menerima, maka baginda menjelaskan bahawa yang paling berat diuji ialah anbiya’, diikuti orang yang kemudian dan kemudian...”

7.       Berhati-hati dan teliti. Bekerja mengikut manhaj. Bekerja mengikut prioriti. Bekerja dengan mendahulukan yang utama. Kita tidak boleh terbawa-bawa dengan kerja-kerja sampingan. Kita tidak boleh hanyut dengan masalah yang remeh-temeh.

8.       Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh dan mujahid di kalangan orang-orang mukmin. Hadis Rasulullah SAW yang bermafhum: “Kamu janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang mukmin.” Yakni orang-orang yang soleh dalam pengertian syumul. Orang-orang yang berjihad dalam ertikata luas. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja untuk menegakkan din Allah SWT.

Kata Hassan Al-Basri,

“Apabila ulama’ mengumpulkan harta yang halal, maka orang awam akan mengumpulkan harta yang syubhat. Apabila ulama’ mengambil yang syubhat, maka orang awam akan mengambil yang haram. Apabila ulama’ mengambil yang haram, maka orang awam akan kufur”

9.       Memberikan hak-hak badan seperti berehat. Bukanlah bererti seperti yang difahami umum. Rehat di sini ialah rehat dalam rangka membina kekuatan untuk bekerja seterusnya. Janganlah badan kita langsung tidak diberikan hak berehat. Tubuh perlukan keadilan.
Begitu juga, kita perlu memakan makanan yang sesuai, seimbang, berzat dan berkualiti. Namun kita tidak boleh makan secara melampaui batas. Kita boleh mengambil contoh seperti seekor kuda perang. Ada masa dia perlu berehat dan makan.
Kita hendak bekerja dan berjalan terus menerus. Kerja-kerja kita lahir dari dorongan iman. Kita tidak mahu kerja yang begitu bersungguh-sungguh, tetapi hanya sekejap sahaja, selepas itu letih dan berhenti.

10.   Memberi peluang kepada diri untuk melakukan perkara-perkara yang harus seperti meraikan keluarga, berenang dan bersukan. Namun ini semua tetap dalam rangka tarbiyyah.

11.   Sentiasa melihat, membaca dan mengkaji buku-buku seperti buku-buku sirah dan sejarah pejuang-pejuang Islam. Kisah-kisah tokoh penting, mujahid dan ulama’ perlu didalami agar memberikan dorongan kepada ktia.

12.   Mengingati mati  dan peristiwa yang akan berlaku selepas kematian. Di alam barzakh setiap orang akan didatangi dua malaikat. Malaikat akan menyoal dan bertindak dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa di akhirat nanti, manusia akan dibangkitkan dalam tiga keadaan:

a.       Dalam keadaan menaiki kenderaan
b.       Dalam keadaan berjalan kaki
c.       Dalam keadaan berjalan dengan muka

Mendengar penjelasan itu, ada sahabat bertanyakan baginda: “Bagaimanakah berjalan dengan muka ya Rasulullah”. Jawab baginda, “Allah berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan kaki, maka Allah juga berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan muka”.
Begitu juga mengingati peristiwa-peristiwa di Padang Mahsyar. Ada manusia yang berteduh di bawah bayangan ‘arasy, ada manusia yang lemas dalam peluh dan sebagainya.

13.   Mengingati syurga dan neraka. Akhirat adalah tempat yang kekal. Syurga adalah tempat tinggal yang lebih baik. Perlulah kita selalu melihat hadis-hadis yang mengisahkan tentang nikmat syurga dan azab neraka. Seperti azab yang paling ringan di neraka ditanggung oleh bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib, di mana bara api diletakkan di bawah kakinya hingga menyebabkan otaknya mendidih (na’uzubillah).
Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita beramal kerana inginkan syurga atau kerana takutkan neraka.

14.   Menghadiri majlis ilmu. Ilmu menghidupkan mati. Mendapatkan ilmu adalah sebahagian daripada tarbiyyah Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Ilah melainkan Allah”

Sesiapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah hidayah Allah terhadapnya, maka dia semakin jauh daripada hakikat kebenaran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’.” (Fathir : 28)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“...dan katakanlah: Ya Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan” (Thooha: 114)

15.   Mengambil dan menghayati Islam secara keseluruhannya. Bukan secara serpihan atau juz’i.

Read More...

Friday, November 5, 2010

BERITA - Saman ekor aniaya pengguna

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan saman ekor dilihat tidak mampu meningkatkan kesedaran pengguna untuk mematuhi peraturan lalu lintas, sebaliknya hanya membuatkan pengguna merasakan diri mereka dianiaya.



Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail berpendapat, saman ekor adalah saman yang tidak adil kerana dikeluarkan tanpa pengetahuan pengguna.
“Saman seharusnya dibuat secara terang-terangan dan dikeluarkan di tempat kejadian, bukannya mengambil kesalahan orang lain secara sorok-sorok, kemudian dihantar melalui pos.

“Saman yang diambil dengan cara menyorok ini dilihat seperti hendak menganiaya, bukannya memberikan kesedaran kepada pengguna dan ini sangat tidak adil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman ekor adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wan2day - Kes macam ni, boleh dikategorikan kes pukul curi. Tumbuk-tumbuk pastu lari. Samalah tembak-tembak kereta, surat sampai. Boleh jamin ke alat penempak had laju tu baik?? Ada tak dimaklumkan kemampuan penembak had laju tu pada umum. Apa yang aku risau, sekiranya kawasan had laju 90 km, tapi si penembak laju dapat kesan 100 km. Sedangkan meter kita 90 km. Tak ke naya.. Itu yang aku ragui tentang alat penembak had laju ni. Kami yang bekerja sebagai ukur tanah pun ada tempat dan waktu harus diuji alat2 penembak jarak dan bering. Dan disahkan kepada Jabatan Ukur sendiri. Itu dari segi kemampuan alat. Dan pastikah kita melalui jalan itu. Bayangkan kalau samannya tahun 2002, surat sampai tahun 2010. Amacam..?? Boleh tau ke kita lalu jalan tersbut..Bukan apa, kalau kes2 naya macam ni, kami yang miskin ini lah jadi mangsa. Ibarat macam kena pau ikut belakang...

Read More...

Wednesday, November 3, 2010

BERITA - Nak kiamat sangat dah..(Enam letusan Gunung Merapi)

Sumber Kosmo Online. (Komen Di Bawah)


GUNUNG Merapi menghamburkan debu semalam.



GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi dijangka meletus selama beberapa bulan, kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Subandrio semalam.

Amaran itu diberikan semasa 50,000 penduduk masih berlindung di pusat perlindungan manakala sejumlah penerbangan ke Yogyakarta dibatalkan.Semalam, Gunung Merapi itu meletus lagi sebanyak enam kali selepas subuh termasuk mengeluarkan lahar.
Letusan itu menyebabkan orang ramai panik manakala pemerintah memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan untuk mengelak melalui kawasan tengah Pulau Jawa.
Hampir 40 orang terbunuh sejak Gunung Merapi itu meletus pada minggu lalu.
Setakat ini, tiada laporan kematian dalam letusan terbaru yang berlaku ketika Indonesia masih bergelut untuk menghantar bekalan kepada mangsa-mangsa tsunami di pedalaman Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.
Kedua-dua bencana itu telah menyebabkan hampir 500 orang terbunuh.
Pegawai-pegawai turut meningkatkan tahap amaran melibatkan sejumlah daripada 129 gunung berapi aktif di Indonesia dengan dua daripadanya diramal meletus dalam tempoh dua minggu manakala 19 yang lain menunjukkan peningkatan aktiviti sebanyak dua kali ganda.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk kampung yang berpindah kini bimbang mengenai keselamatan ternakan mereka selepas mereka terserempak dengan tapak kaki harimau di sekitar cerun Gunung Merapi semalam.


GAMBAR yang dirakamkan dari Kampung Cangkringan di Sleman menunjukkan Gunung Merapi di Pulau Jawa mengeluarkan lahar awal pagi semalam.


Penemuan tapak kaki itu mencetuskan desas-desus bahawa seekor harimau bintang atau harimau belang merayau-rayau di ladang-ladang ternakan yang ditinggalkan mereka untuk mencari makanan.
Seorang penduduk, Ratmo Supomo berkata, dia dan isterinya melihat tapak harimau sebesar penumbuk ketika memeriksa ternakan mereka di Kampung Boyong, kira-kira lima kilometer dari puncak Gunung Merapi.
Sementara itu, di zon tsunami yang terletak lebih 1,300 kilometer ke barat Gunung Merapi, bantuan kini dihantar ke pulau-pulau terpencil di Kepulauan Mentawai selepas tsunami yang dicetuskan oleh satu gempa bumi kuat berhampiran Sumatera Barat pada minggu lalu telah memusnahkan beratus-ratu rumah, sekolah, gereja dan masjid.
Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia melaporkan, angka kematian bencana tsunami kekal 431 orang.
Sementara itu, Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mengeluarkan gas beracun dan batu semalam.
"Saat ini Gunung Anak Krakatau sudah mengeluarkan muntahan gas beracun, selain mengeluarkan material batu dari dalam perut gunung," kata Ketua Pos Pemantau Gunung Anak Krakatau GAK di Desa Pasauran, Kecamatan Cinangka, Kabupaten Serang, Provinsi Banten, Anton S Pam budi. - Agensi

Lain2 Berita (Banjir) 
Lihat video SINI.


Wan2day - Istighfar lah selalu. Bersedialah sebarang apa kemungkinan.  Sudah uzur sangat hayat dunia ni. Banyak amaran2 yang telah Allah alertkan. Walaupun negara kita masih berada di atas zon 'selamat', janganlah kita berasa sombong diri atau yakin dengan keadaan sekarang. Bala yang menimpa negara jiran adalah merupakan peringatan buat seluruh umat di mukabumi ini. Takkanlah bila bergoncang bumi Malaysia maka bergoncanglah kesedaran kita? 

Apa saja ni`mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
An-Nisaa`:079 

Bermuhasabahlah diri seketika. Walaupun bala Allah ini tidak terputus, kita harus ingat atau waspada bahawasanya mati adalah paling hampir dengan kita. Persiapkan diri untuk kematian, bukan siapkan diri untuk nikmat dunia. 

 Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
Al-An`aam:044  

Dunia sudah hampir ke tamat tempohnya. Bersiap sedia untuk menghuni akhirat kekal abadi...Kekal abadi....KEKAL ABADI.. KEKAL ABADI..

Read More...

Tuesday, November 2, 2010

VIDEO - Pemikiran sempit...



Video ini bukanlah untuk mencari publisiti untuk mana2 pihak. Fahamkan apa yang ustaz ni cuba sampaikan. Dan kenapa wujudnya individu2 seperti ini setiap kalinya PRK. Untuk perkongsian bersama...

Read More...

Monday, November 1, 2010

LAGU - Syukur pada ALLAH.. (Lirik Thank You Allah - Maher Zain)


Hayati lirik ini, kita patut mensyukuri nikmat yang dipinjamkn ini.

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.


Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Read More...

BERITA - Tiada lagi Teluk Rubiah..

Teluk Rubiah Beach & Golf Resort ataupun Teluk Rubiah sepertimana yang dikenali, telahpun menutup pintunya. Teluk ini telahpun dijual kepada syarikat besi Brazil. Mulai bulan Oktober, teluk ini akan ditutup kepada orang ramai selama-lamanya dan padang golfnya pula akan bertukar menjadi kilang besi.

Teluk Rubaih
Pantai Teluk Rubiah, mulai Oktober 2010, hanya yang 500 pekerja kilang besi yang bertuah dapat menikmatinya


Pengambil alihannya mungkin telah dirancang sekian lama kerana melibatkan wang yang begitu banyak (khabarnya RM20 juta. Jika ianya masih tidak mencukupi...beberapa kilometer ke tengah laut akan dibina pula platform yang baru sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal besar.)

Apa akan jadi dengan Seri Manjung dan juga Pulau Pangkor? Kapal-kapal besar akan datang untuk membawa besi mentah dan membawa pulang bahan yang telah diproses? 

Ini bermakna, pencemaran alam yang teruk akan berlaku disekitar kawasan tersebut dan akan memberikan kesan kepada pantai-pantai di Teluk Batik dan seluruh pulau Pangkor.
Walaupun jika kilang tersebut berusaha sedaya upaya untuk memelihara alam sekitar (saya difahamkan yang ianya akan dilaksanakan), kapal-kapal itu sudah pasti akan membuang sampah-sarapnya kedalam laut sepertimana yang berlaku sekarang.

Cuba jalan-jalan ke Teluk Batik dan saksikan apakah barangan yang terapung-apung kepantai. Dan anda akan faham sekarang mengapa industri pelancongan merosot.
Pemandangan yang aneh di Teluk Rubiah yang diambil daripada salah satu bukit disekelilingnya 
Teluk Rubiah yang mempunyai pantainya yang tersendiri pasti akan kehilangan pelancong juga. Anda akan tertanya-tanya, mengapa perlunya sebuah kilang yang begitu besar ingin didirikan bersebelahan dengan destinasi pelancongan seperti Pangkor?
 Bermain Golf di Teluk Rubiah... ianya tinggal kenangan....

Kesemua 29 chalet tradisional tidak akan dimusnahkan, sebaliknya akan digunakan sebagai penempatan untuk pengurusan dan kakitangan kilang.
Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup. 

Sebenarnya, resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat.
 Dengan kurangnya promosi yang baik sudah tentu tidak dapat menarik pelaburan yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya. 

Untuk setiap chaletnya, hanya SATU set cadar dan tuala sahaja yang disediakan beberapa tahun kebelakangan ini. Ini amat menyedihkan dan lebih teruk lagi, tiada siapa pun yang peduli akan keadaan di Seri Manjung dan Sitiawan.

Keputusan telah pun dibuat dan kilang tersebut akan tetap didirikan. Teluk Rubiah akan dibangunkan semula berkeluasan yang kecil berdekatan dengan Teluk Batik. Untuk penggemar golf pula, sebuah driving range sedang dibina di Teluk Batik.


Apakah ini yang dikatakan "pembangunan"? Apalah salahnya jika kawasan ini yang amat berhampiran dengan Teluk Batik dan Pulau Pangkor diberikan lebih tumpuan sebagai destinasi pelancongan? 

Kita hanya boleh berharap agar industri perikanan di Pangkor tidak terjejas dengan projek ini. Manakala di Teluk batik pula, setiap hari kita dapat melihat sampah yang dihanyutkan kepantai daripada kapal-kapal dilaut. Ianya akan bertambah lagi dan kualiti air semakin berkurangan.

Tetapi, seperti biasa, wang lebih berkuasa. Kita hanya boleh tertanya, siapakah yang mengaut keuntungan didalam hal ini.


Sumberi Ajijoi

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010