Showing posts with label FUTSAL. Show all posts
Showing posts with label FUTSAL. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

SUKAN - Futsal Tarbawi ..!!


Futsal permainan sensasi waktu ini..

Dahulunya pada permulaan permainan futsal diperkenalkan, sesetengah orang mengatakan ianya sukan bermusim. Namun sekarang, realiti ini sangat berbeza apa yang dikatakan. Serata pelusuk bumi Malaya tumbuh bagaikan cendawan berkembang. Setiap daerah akan lahirnya gelanggan futsal yang baru. Sehingga kadangkala setiap gelanggang dipenuhi saban hari hingga ke awal pagi.

Inilah kegilaan anak muda masa kini. Secara automatiknya, futsal juga melahirkan ramai pemain2 semulajadi hasil dari permainan futsal. Aku sendiri 3 bulan direhatkan untuk bermain futsal. Alangkah sakitnya sendi tanpa berfutsal. Begitulah penangannya...

Namun, setakat manakah futsal ini kita babitkan diri dalam mencari redha Allah..?? Adakah kita terfikir..? Kita mudah melahirkan pemain2 berkualiti melalui futsal. Tidak terfikirkah kita melalui futsal juga boleh menyalurkan dakwah. Pendekatan melalui futsal adalah salah satu platform baru bagi mendekati golongan anak muda atau jiwa membara ini untuk bergerak dalam berdakwah. Futsal jugalah majoriti pemainnya adalah dari Muslim sendiri. Sudah berapa banyak hiburan karut yang telah ditarbiyah kepada kita. Inilah peluangnya untuk kita mencuba mendapatkan sebanyak mana kesan dakwah untuk melahirkan pemain futsal yang mempunyai kualiti Islam, bukan kuantiti yang tinggi jumlahnya.

Ini adalah sebahagian cita aku atau impian yang mustahil untuk kita laksanakan. Bahkan rasa ianya cukup sukar, namun aku mengharapkan pergantungan Allah semata-mata. Yang penting matlamatnya semestinya jelas. Berfutsal dalam memburu MardhoTillah. Ini adalah projek Long Term. Bahkan projek ini mestilah berkekalan, sebab melalui proses tarbiyah mestilah secara berterusan.

Strategi aku..  

Kita merancang, Allah pun merancang,,namun sebaik- baik perancangan adalah perancangan Allah Taala.

Aku mencitakan akan terdirinya satu pasukan aku sendiri yang ratanya pemain mesitlah berumur 16 thn ke bawah.Umur belasan tahun ini amatlah membara dalam memburu sesuatu perkara. Waktu inilah perasaan ingin mncuba mereka akan sentiasa terlonjak-lonjak. Aku pernah mengendalikan satu pasukan futsal bawah 17 tahun. Ianya merupakan sebahagian pengalaman untuk aku pelajari.

Sepanjang aku bersama mereka, ketaatan dan kepatuhan mereka pada ketua atau jurulatih amat tinggi. Tapi tidak pada guru yang mengajar mereka. Tidak juga pada tok guru yang mengajar mereka mengaji. Mereka berkeinginankan futsal. Mereka sukakan futsal. Masa dan arahan latihan, mudah mereka fahami dan turuti. Inilah yang aku cuba sampaikan, aku ingin mengambil kesempatan di atas keghairahan mereka. Cuba bawa mereka secara perlahan atau sedikit-sedikit unsur Islamik dalam sukan. Konsep tetap bermatlamatkan futsal, namun disebalik matlamat itu kita lencongkan ke arah pembentukan Muslim atau dakwah secara tidak langsung.

Projek ini memerlukan dana yang cukup. Perlukan sokongan kewangan, bukan untuk aku, tapi merupakan sumbangan jihad dalam usaha menjiwai dan membentuk pasukan futsal dalam mencari redha Allah. Aku ingin membawa jiwa muda ini ke mana saja asal ada pertandingan futsal yang dianjurkan. Walaupun kami satu pasukan, kami merupakan jemaah kecil. Disebalik apa yang kita buat dalam latihan atau perjumpaan, aku cuba selitkan elemen2 dakwah. Aku cuba 'perangkap' mereka dengan adakan usrah mingguan. Salah satu proses jiwa dan hati perlu di 'gasak' setiap minggu. Tidak cukup dengan khutbah Jumaat.


Memang usaha ini mustahil. Aku yang sememangnya peminat no 1 futsal, mengharapkan keajaiban dari Allah. Usaha aku ini aku iringkan dengan tawakkal. Yang penting istiqamah dalam berdakwah yang paling asas. Kita tidak mengharapkan pembentukan ini daripada kekuatan aku seorang, tetapi kekuatan dalam jemaah dari sahabat2 bahkan kawan2 yang mainkan peranan. Biarlah kejayaan dalam menghasilkan jiwa muda ini bukanlah dari segi kuantiti tapi dilihat dari segi kualiti. Dari 10 orang, aku mengharapkan 4 atau 5 orang malah untuk diri aku sendiri berjaya mendapat kesan dakwah dan tarbiyah ini. Bahkan mereka ini, lebih baik dari apa yang mereka lalui.

Usaha sedang dijalankan, doalah yang terbaik dalam usaha ini. Mudahan kita semua memperolehi ganjaran yang dijanjikan Allah.

Sekiranya dengan izin Allah ianya berjalan dengan lancar, Insyaallah aku updatekan perkembangan semasa.

Read More...

Wednesday, April 28, 2010

KEPUTUSAN - REGU FC VS CHA CHA

LIGA FUTSAL AHAD (FAILED)

SUKU AKHIR

REGU FC 3 VS CHA CHA 6

AHAD 25 APRIL 2010
JAM 4.00 PTG
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :

Langkah terhenti..akhirnya terkandas..
1st sekali, amat2 mengecewakan.. segala persiapan seperti tidak bermakna. Namun kami redha dengan kemampuan kami yang terbatas ini. Sudah ditakdirkan kekalahan dengan pasukan ada 'nama' ini.

Rata2 pemain banyak meluahkan rasa kecewa dan sedih. Kami bermain mati-matian, namun kapten pasukan yang diharapkan seolah2 bermain hanya sekadar latihan. Pemain2 meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindak tanduk permainan kapten kami. Bukanlah disebabkan kapten pasukan regu kalah, tapi semangat juang yang ditunjukkan serta corak permainan yang dipamerkan amat mendukacitakan. Tenaganya seolah2 disimpan. Sepakan penalti yang tidak masuk serta sepakan padu mautnya hanya simpan sahaja. Ada pula yang nakal mulut mengatakan kapten jual game.. macam-macam...Amat berbeza sekali dengan perlawanan yang sebelum ini. Bayangkan kalau memakai baju seluar yang cantik tapi kasutnya usang dan buruk. Begitulah ibaratnya kapten kami dalam pasukan Regu. Lagipun perlawanan ini amat penting buat kami untuk melonjakkan kedudukan ke Separuh Akhir.

Namun sasaran pasukan Regu telah tercapai, menjejakkan kaki ke Suku Akhir.
Tahniah kepada semua pemain yang banyak memberi kerjasama sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan yang dijalankan. Jadikan kekalahan sebagai pembuka minda dan belajar dari kesilapan. Keringat dan semangat anda akan kita teruskan pada saingan Liga Premier yang akan dilangsungkan pada Jun nanti. Insyaallah kita akan mengharungi saingan baru ini bersama pasukan2 yang terlibat dalam Suku Akhir ini. Thnaks All.. Satu pasukan bagaikan adik beradik...


- Posting agak lambat dibuat, sedang memendam rasa dan dalam tempoh berkabung...heheh -

* Video rakaman untuk perlawanan ini,tidak dapat disiarkan. mood dah tak seronok..hehe

Read More...

Friday, April 23, 2010

REVIEW LIGA FUTSAL SUKU AKHIR - REGU FC vs CHA CHA

LIGA FUTSAL AHAD
SUKU AKHIR

REGU FC VS CHA CHA

AHAD 25 APR 2010
JAM 3.30 PTG
SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Pedot ( C )
Rushdi
Wan
Tevez

Simpanan :
Kie
Qayyim
Kecik
Awan
Jai
Wan Kembo
Aswad

*Ini merupakan perlawanan penentu bagi pasukan Regu, yang merupakan saingan kalah mati.
yang berjaya, pasti akan melangkah ke saingan seterusnya. Perlawanan kali ini adalah yang paling mencabar bagi pasukan Regu, di mana pasukan Cha Cha adalah pasukan pilihan dalam kejohanan ini serta pilihan di Ipoh khususnya. Rata-rata pemain Cha Cha merupakan pemain-pemain berpengalaman besar hingga ke peringkat kebangsaan. Walaupun di atas kertas kelebihan memihak kepada pasukan Cha Cha, pasukan Regu tetap akan memberi saingan yang sengit mudah-mudahan akan memperoleh kemenangan 'mental' bagi pemain Regu. Dengan adanya latihan2 yang telah dijalankan serta iringan doa untuk dipermudahkan kemenangan yang akan memberikan kegembiraan yang amat bermakna buat kami.. Regu..Regu..Regu...

KEMENANGAN SUKU AKHIR ADALAH WAJIB!!

Read More...

Monday, April 5, 2010

KEPUTUSAN - X T TEAM VS REGGAE FC

LIGA FUTSAL AHAD

X T TEAM 4 VS REGGAE FC 2

Dengan ini, pasukan X T TEAM berjaya melangkah ke Suku Akhir mengiringi Regu fc bagi mewakili kumpulan D. Seperti yang dijangka perlawanan malam tadi merupakan perlawanan 'panas'. Kedua2 pasukan mempamerkan permainan agresif. Nasib tidak menyebelahi pasukan Reggae fc yang mensia2kan 2 sepakan penalti. Tahniah buat pasukan yang berjaya..


Read More...

Sunday, April 4, 2010

KEPUTUSAN - REGU FC vs KPJ ISH B

LIGA FUTSAL AHAD (PASSED)

REGU FC 3 VS KPJ ISH B 0

AHAD 4 APRIL 2010
JAM 12.00 TGH
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :

Akhirnya melangkah setapak ke peringkat Suku Akhir.
Pasukan kami telah berjaya memperolehi kemenangan percuma di atas ketiadaan pasukan lawan. Kemenangan ini amat dinantikan dengan secara automatiknya pasukan Regu melangkah ke Suku Akhir dengan kelebihan mata daripada pasukan X T Team dan Reggae Fc.
Namun kami telah mengetahui terlebih dahulu akan ketidakhadiran pasukan Kpj Ish B dalam perlawanan hari ini.

Di khabarkan juga, perlawanan di antara pasukan X T Team dan Reggae Fc telah ditunda yang asalnya bermula jam 4.00 ptg ini, namun pasukan Reggae Fc telah menunda kepada jam 9.00 mlm di atas faktor2 tertentu. Yang pastinya perlawanan kedua2 pasukan ini merupakan perlawanan 'maut' yang menentukan kedudukan bagi kedua2 pasukan. Penyokong2 pasukan ini juga merupakan penyokong yang konsisten setiap2 perlawanan melibatkan pasukan mereka. Perlawanan malam ini pastinya hangat dan riuh dengan sokongan kedua2 pasukan.

Insyaallah selepas selesainya perlawanan malam ini, kita akan mengetahui pasukan mana yang akan mengekori Regu fc untuk ke Suku Akhir.


- Kemenangan keenam adalah wajib, alhamdulillah kami berjaya melangkah ke Suku Akhir -

* Video rakaman untuk perlawanan ini,tidak dapat disiarkan. Jururakam tiada buat kali ini.

Read More...

Monday, March 29, 2010

FUTSAL - Keputusan terkini Liga Futsal Ahad

Pada 28 Mac 2010, berlangsungnya satu perlawanan Liga Futsal Ahad yang melibatkan pasukan X T Team dengan KPJ ISH B dengan kesudahan pasukan X T Team berjaya mengalahkan KPJ ISH B dengan 9-4. Ini bermakna mata pasukan Regu dengan X T Team telah sama yang hanya membezakan jaringan gol di mana pasukan Regu melebihi jaringan gol.

Namun peluang untuk melayakkan ke Suku Akhir telah terbuka kepada 3 pasukan iaitu Regu Fc , X T Team dan Reggae Fc. Harus diingatkan bahawa pasukan Reggae fc masih mempunyai baki perlawanan sebanyak 3 perlawanan. Dan ini pasukan Reggae fc berpeluang untuk menambahkan jaringan gol bagi melebihi bagi pasukan Regu dan X T Team.

Perlawanan terakhir bagi pasukan Regu adalah pada 4.4.2010 yang akan bertemu dengan pasukan KPJ ISH B. Keputusan seri sudah memadai untuk melayakkan ke Suku Akhir. Di atas kertas pasukan KPJ ISH B tidak lagi berpeluang untuk menempatkan tempat untuk peringkat seterusnya dan hanya sekadar bermain untuk pelengkap jadual. Ada2 sumber yang dipercayai, pasukan KPJ ISH B tidak berhasrat untuk hadir bagi untuk perlawanan dengan Regu fc. Adakah pasukan Regu berjaya memungut 3 mata penuh?? Sama2 kita nantikan..

Perlawanan penentuan atau perlawanan terkahir bagi pasukan X T Team adalah perlawanan dengan Reggae fc. Boleh diibaratkan sebagai perlawanan hidup dan mati kedua2 pasukan. Sekiranya menangnya X T Team, slot ke Suku Akhir adalah milik mereka. Jika menangnya pasukan Reggae Fc, peluang juga terbuka namun haruslah mencapai kemenangan bagi baki perlawanan yang ada. Jalan yang sukar harus ditempuh bagi kedua2 pasukan.

Kita saksikan pasukan manakah yang akan melayakkan bagi ke pusingan Suku Akhir. Kami sendiri akan berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan Regu Fc berada dalam kelompok Suku Akhir. Insyaallah, seterusnya menjadi pasukan bukan pilihan yang akan membuat kejutan.

Read More...

Monday, March 22, 2010

KEPUTUSAN - REGU FC VS X T TEAM

LIGA FUTSAL AHAD (FAILED)

REGU FC 3 VS X T TEAM 8

AHAD 21 MAC 2010
JAM 11.00 PG
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :
Bagaikan kapal yg hilang nakhoda...
Akhirnya, rekod tanpa kalah lebur buat Regu. Tahniah buat X T Team, yang kami memang sudah maklum, anda memang mahukan kemenangan ke atas kami. Rata-rata pemain Regu berada dalam di luar prestasi sebenar. Di mana ada yang kelihatan gugup, serta ada yang nampak keletihan @ pancit. Mungkin disebabkan faktor tiada latihan buat sementara
waktu.

Untuk makluman semua, kapten kami saudara Pedot telah kehilangan bapanya yang telah kembali ke rahmatullah kerana kegagalan fungsi jantung. Allahyarham bapa Pedot telah meninggal dunia pada jam 10.00 mlm, di mana keesokkannya perlawanan Liga Futsal. Kami seluruh warga Regu fc merakamkan ucapan takziah buat Pedot, mudah2an Allahyarham ditempatkan bersama orang2 soleh.

Jelas sekali ketiadaan Pedot dibahagian tengah selaku kapten memberi kesan besar pada pasukan yang merupakan nadi @ enjin untuk gerakan dalam pasukan. Seolah2 pemain2 lain tidak mampu membuang mentaliti yang hanya bergantung pada kapten seorang. Namun dibahagian pertahanan juga amat2 lah longgar hinggakan pasukan lawan mudah menolak hantaran yang menghasilkan gol. Kawalan pemain man to man juga tidak ketat.

Kebanyakan gol2 pasukan lawan adalah gol2 mudah diciptakan, dengan sentuhan2 sedikit sahaja mereka mampu menghasilkan gol. Goalkeeper juga kelihatan seperti sedikit gugup, banyak gol2 mudah dilepaskan. Secara keseluruhannya, mental kami amat2lah lemah. Ada waktu ketika kami hanya dibezakan dua gol, namun pemain2 sudah menampakkan usaha berjuang kian luntur.

Saingan bagi Kumpulan D kini semakin terbuka bagi merebut tempat ke Suku Akhir untuk 3 pasukan iaitu Regu fc, Reggae Fc dan X T Team di mana ketiga2 pasukan sudah memiliki kekalahan yang sama. Perlawanan berikutnya, kami akan bertemu dengan pasukan KPJ ISH B dan yang pasti kemenangan kali ini amatlah dinanti. Mudah2an dengan kekalahan ini memberi pengajaran dan sebagai lonjakan semangat bagi meneruskan saingan berikutnya.

Kelainan untuk game kali ini (secara peribadi) -
  • Kapten tiada.
  • Pakai jersi warna hijau, jersi tak rasmi.
  • Tiada sorakan regu..regu..regu..
  • Isteri aku tak datang.
  • Tiada pertukaran penjaga gol.
  • Tiada rakaman video.

- Kemenangan keempat adalah wajib, namun kami gagal melaksanakannya -

* Video rakaman untuk perlawanan ini,tidak dapat disiarkan. Jururakam tiada buat kali ini.

Read More...

Saturday, March 20, 2010

REVIEW LIGA FUTSAL - REGU FC vs X T TEAM

LIGA FUTSAL AHAD

REGU FC VS X T TEAM

AHAD 21 MAC 2010
JAM 11.00 PG
SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Pedot ( C )
Rushdi
Wan
Tevez

Simpanan :
Kie
Qayyim (Kad merah)
Kecik
Awan
Jai
Fadli
Aswad

*Untuk perlawanan kelima ini, kami perlu menang untuk memudahkan serta membawa kelebihan selesa untuk peringkat seterusnya. Regu..Regu..Regu...

KEMENANGAN KELIMA ADALAH WAJIB!!

Read More...

Wednesday, February 17, 2010

KEPUTUSAN - REGU FC vs REGGAE FC

LIGA FUTSAL AHAD (PASSED)

REGU FC 6 VS REGGAE FC 4

AHAD 14 FEBRUARI 2010
JAM 12.00 TGH
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :
GOL2 telah dijaringkan oleh Tevez 1, Kecik 4 dan Pedot 1. Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan yang menyaksikan dicemari dengan kad merah dan kad kuning. Di mana penjaga gol Regu fc iaitu Qayim telah dikenakan kad merah di atas tindakan mengasari pemain Reggae. Qayim yang diperintahkan keluar, dan posisinya digantikan dengan baik oleh Kie yang juga merupakan dummy goalkeeper. Kad kuning telah diberikan juga kepada Jai yang mengasari pemain Reggae dari belakang secara sengaja. Secara umumnya, perlawanan ini amat kami nantikan kemenangan bagi melonjakkan lagi semangat dan momentum untuk terus berada dipuncak liga bagi kumpulan D. Dan diharapkan kemenangan demi kemenangan terus dicipta bagi mengharungi pusingan yang berikutnya. Man of the match SEMUA PEMAIN.
Kedua pasukan yang keras kepala, akhirnya kedua2 pasukan memakai warna jersi yang sama. Hitam vs Black.
Apsal dengan wan kembo ni..?? Saje aku keluarkan gambar dia ni. Dia telah memalukan aku secara sengaja. Apabila kiraan 1 2 3 , tidak disambut dengan Regu..Regu..Regu.. Hanya aku keseorangan yang ada suara. Kurang hajorr... dia gelakkan aku yang marah ni.. huh

- Kemenangan keempat adalah wajib, dan kami berjaya melaksanakan. Syukur di atas kurniaan yang tidak terhingga -

* Video rakaman untuk perlawanan ini,tidak dapat disiarkan. Jururakam tiada buat kali ini.

Read More...

Monday, January 18, 2010

FUTSAL : IPOH FUTSAL CHALLENGE

Salam,

Pada hari Sabtu bersamaan 16 Jan 2010, di mana berlangsungnya satu pertandingan futsal yang melibatkan pasukan Regu Fc. Mengikut pada jadual asal, pertandingan akan tamat pada hari Ahad. Namun pihak pengurusan telah meminda dengan pertandingan berakhir pada hari Sabtu juga di atas faktor-faktor tertentu. Akhirnya persoalan terjawab mengenai juara pada pertandingan itu dan juga nasib bagi Regu Fc.

Regu Fc telah membariskan Kie sebagai penjaga gol, Rushdi, Wan2day, Pedot, A.P (Budak baru, ntah mana datang tiba2 ada plak waktu pertandingan), Aswad, Awan dan Jai sebagai penggalas pasukan Regu fc. Namun percaturan dan latihan yang dijalankan serba tidak menjadi. Regu Fc hanya berjaya melayakkan diri pada peringkat kedua, serta kecundang untuk melangkah ke Suku Akhir. Amat berbeza pada perlawanan yang lain. Serba sedikit yang aku nampak di atas kelemahan Regu Fc pada pertandingan tersebut :

  • Kekurangan mengasak atau marking pemain pasukan lawan.
  • Terbawa-bawa gaya permainan sewaktu perlawanan liga :- bezanya di sini, pertandingan ini menggunakan masa yang terlampau singkat (5 minit+ 5 minit), rata-rata pemain lebih bermain secara santai, bukan dengan secara kepantasan dan kekuatan untuk menekan pasukan lawan.
  • Tidak bermain secara all out atau kerahan stamina habis-habisan.
  • Lebih kepada create perlawanan.
  • Beberapa pemain kelihatan hilang punca.
  • Pergerakan permainan agak perlahan, contoh boleh dilihat bila berdepan dengan pasukan yang mempunyai pergerakan kepantasan tinggi. Akan kehilangan bola dengan mudah.
Mungkin pihak jurulatih lebih arif, dan nampak akan kelemahan pasukan di atas pengamatan beliau sendiri.

Dengan kekalahan ini dapat membukakan lagi mata para pemain, yang takut2 mungkin ada segelintir kita mungkin ada merasai diri terasa hebat dan star serta di buai mimpi tentang kemantapan semasa dalam pertandingan liga futsal. Ambillah yang keruh, simpanlah yang jernih. Kerana yang keruh itu dapat kita bersihkan dan atasi bagi dapat yang jernihnya.

1..2..3... Regu......Regu.......Regu...

Makluman : Pertandingan ini telah di menangi oleh Soccer A dari KL(apa nama team ntah) Naib Juara Soccer B dari KL. Pada perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan dari Lembah Kelang sahaja. Tak terbuat lagi pasukan dari Perak...hehe.. Pasukan pilihan dari Perak leboh pada peringkat suku akhir .

*Sebarang gambar tidak disiarkan, Nikon tak dibawa. Hanya hp Sony shaja, jadi.... aku malas nak upload..hehe

Read More...

Monday, January 11, 2010

FUTSAL : IPOH FUTSAL CHALLENGE 2010

IPOH FUTSAL CHALLENGE 2010

Sila klik untuk rujukan.

Insyaallah pada 16 & 17 Januari 2010 akan diadakan pertandingan futsal yang dianjurkan oleh Sport Planet Ipoh di mana meletakkan hadiah yang lumayan. Dengan menawarkan hadiah yang lumayan ini telah menarik pelbagai pasukan di seluruh Perak termasuk juga pasukan luar Perak.
Aku menjangkakan lebih 40 pasukan yang akan bertanding, termasuk Regu Fc yang juga menempatkan dalam pertandingan ini. Pertandingan ini juga merupakan platform sebagai kayu pengukur bagi menguji tahap kekuatan Regu Fc dalam usaha mensasarkan berada pada peringkat yang terbaik.

Format pertandingan:
Masa permainan 5 minit + 1 minit(rehat) + 5 minit.
Bermain secara berkumpulan dan peringkat kalah mati.

Senarai pemain:
*Walaupun bermain di atas nama Regu fc, pihak pengurusan telah mengenalpasti untuk membawa masuk seorang pemain untuk diserapkan ke dalam pasukan untuk pertandingan ini.

Ki (GK) - rombakan ketara yamg mengejutkan, kedua2 GK asal Regu fc telah direhatkan.
Rushdi
Pedot (c)
Aswad
Kecik
Khairul - pemain baru merupakan salah seorang pemain terpilih untuk myteam2.
Wan2day - kemungkinan akan diganti atau sebaliknya di atas masalah kecederaan.
Tevez

Read More...

Friday, December 25, 2009

FUTSAL : Team Cha Cha dengan PAS ???

Cha Cha, pasukan yang akan mewakili DPPK Ipoh Timor nanti bakal mempersembahkan gaya latin Amerika Selatan yang biasanya digunakan oleh pasukan bolasepak gergasi dunia seperti Juara Dunia Brazil dan pasukan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009, Argentina. Sesuai dengan nama yang telah diberikan pada kumpulan tersebut, pasukan Cha Cha berjanji tidak akan menghampakan penonton yang datang dari jauh dengan niat menyaksikan sajian skill² bolasepak terbaik dunia masakini. Formasi permainan masih dirahsiakan buat masa ini oleh pengurus pasukan, Mat Khaiyyom. Namun beliau berjanji akan hanya mengumumkannya pada satu sidang media bersama para penganjur utama sedikit masa lagi.

banner kejohanan

ko agak kita leh bantai parit baper mr. manager?


cheh, bau ketiak mamat nih cam longkang…hilang selera makan aku. ptuiiih


nin diaaaaaa… sponsor baju kita dari TM… potong potong


setakat balun 2 pinggan aku xde masalah. pasnih nak balun parit lak


team manager, Mat Khaiyyom ngah check material kain jersi yang mencecah rm10k nilai tajaan


Lihatkannn, mancung kannn…pandangan sisi idung kapten team “Speker Halal”


bukan dada Karpal Singh jek ada bulan yop


tok imam masjid (berkopiah) dipanggil bagi memulakan upacara tepung tawar


peminat² setia tidak melepaskan peluang bergambar dengan pasukan pilihan

Sumber asal Di sini

Wan2day - See... bila team dah ada nama dan tempat, berduyun2 pihak2 penaja nak taja. Ni salah satu contoh. Regu fc bila lagi.. Tahniah untuk Cha Cha berada di atas 'landasan' yang benar..haha..



Read More...

Monday, December 21, 2009

KEPUTUSAN LIGA FUTSAL AHAD : SKFC vs X T TEAM

LIGA FUTSAL AHAD
KUMPULAN D

SKFC 3 VS X T TEAM 7
AHAD 20 DISEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
SPORT PLANET IPOH

*
Regu fc pernah mengalahkan SKFC dengan jaringan 6 - 3. Namun X T Team kecundang ke atas Redzone 6 - 5 sebelum ini manakala kami berjaya membenam Redzone dengan 12 - 1. Syukur..

Read More...

Sunday, December 20, 2009

KEPUTUSAN : REDZONE vs REGU FC

LIGA FUTSAL AHAD (PASSED)

REDZONE 1 VS REGU FC 12

AHAD 20 DISEMBER 2009
JAM 11.00 PG
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :
GOL2 telah dijaringkan oleh Wan 1 , Pedot 3 , Kie 1 , Jai 1 , Kecik 4 , Tevez 1 , Rushdi 1.. Penampilan kedua Kecik amat membanggakan yang berjaya membuat gerakan yang mampu menghasilkan jaringan besar. Namun kecik haruslah lebih memberi komitmen terhadap pasukan, hadir setiap sesi latihan dan perlawanan. Regu fc memerlukan khidmat 'lipas kudung' anda. Secara kesimpulannya, Kecik telah diangkat sebagai Man Of The Match untuk perlawanan kali ini.

Sedikit luahan dari aku, walaupun Regu Fc memperolehi kemenangan besar, namun terasa sedikit ketidakpuasan terhadap diri aku. Gaya dan kualiti permainan amat mendukacitakan. Terasa seolah2 aku tak layak bermain untuk perlawanan hari ini. Setelah dimuhasabahkan diri seketika, aku percaya akan kelemahan2 yang telah aku kenal pasti.Mungkin kegembiraan tidak terhingga untuk rakan seperjuangan, tapi tidak untuk aku. Mohon maaf untuk semua, terasa sungguh akan perlawanan kali ini... Regu..Regu..Regu

- Kemenangan ketiga adalah wajib, dan kami berjaya melaksanakan. Syukur di atas keurniaan yang tidak terhingga -

*Nantikan siaran tertunda pada posting akan datang.

Read More...

Saturday, December 19, 2009

REVIEW LIGA FUTSAL : REDZONE FC vs REGU FC

LIGA FUTSAL AHAD

REDZONE FC VS REGU FC

AHAD20 DISEMBER 2009
JAM 11.00 PG
SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Pedot ( C )
Rushdi
Wan
Tevez

Simpanan :
Kie
Wan kembo
Qayyim
Kecik

*Untuk perlawanan ketiga ini,terdapat ramai pemain tidak diturunkan di atas faktor2 urusan peribadi. Cabaran digalas dengan 3 orang shj pemain simpanan. Mudah2an masalah berikut tidak mematahkan semangat kami.

KEMENANGAN KETIGA ADALAH WAJIB!!

Read More...

Monday, December 14, 2009

KEPUTUSAN : LIGA FUTSAL AHAD

LIGA FUTSAL AHAD
KUMPULAN D

REDZONE 6 VS X T TEAM 5
AHAD 13 DISEMBER 2009
JAM 12.00 TGH
SPORT PLANET IPOH

REGGAE FC 7 VS KPJ B 3
AHAD 13 DISEMBER 2009
JAM 4.00 PTG
SPORT PLANET IPOH

Read More...

Saturday, December 12, 2009

LIGA FUTSAL AHAD : Perlawanan Kumpulan D

Insyaallah sekiranya tiada penundaan atau aral melintang, perlawanan yang melibatkan dalam kumpulan D (satu kumpulan dengan Regu Fc) akan diadakan. Keempat2 pasukan ini, Regu Fc belum lagi bertemu dalam Liga Futsal Ahad ini, inilah masanya untuk mengintai atau mencongak strategi terhadap pasukan lawan.Berikut adalah jadual perlawanan :

AHAD 13 DIS 2009
12.00 TGH
Redzone vs X T Team

AHAD 13 DIS 2009
4.00 PTG
Reggae Fc vs KPJ B

*Buat pengetahuan, pasukan X T Team merupakan pasukan yang selalu kami adakan perlawanan persahabatan. Namun pencapaian yang dianggapkan sama kuat berdasarkan atas penilaian perlawanan2 yang telah diadakan.

Read More...

Monday, December 7, 2009

KEPUTUSAN : ILP IPOH VS REGU FC

LIGA FUTSAL AHAD (PASSED)

REGU FC 9 VS ILP IPOH 1

AHAD 6 DISEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :
GOL2 telah dijaringkan oleh Wan 1 , Pedot 3 , Kie 1 , Aswad 1 , Fadhli 2 , Rushdi 1...huh..kalau tak aku dah 4 gol la...siapa yang gol lebih dari 1 adalah poyo..haha..gurau je ye..


- Kemenangan kedua adalah wajib, dan kami berjaya melaksanakan.Nantikan kemenangan ketiga Insyaallah -

*Nantikan siaran tertunda pada posting akan datang.

Read More...

Saturday, November 28, 2009

REVIEW LIGA FUTSAL : REGU FC vs ILP IPOH (TANGGUH)

- DITANGGUHKAN -

LIGA FUTSAL AHAD


REGU FC VS ILP IPOH

AHAD 29 NOVEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
KEPADA
AHAD 6 DISEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Pedot ( C )
Rushdi
Jai
Aswad

Simpanan :
Fadhli
Wan2day
Kie
Azrul
Wan kembo
Qayyim
Kecik


KEMENANGAN KEDUA ADALAH WAJIB!!

Read More...

Wednesday, November 25, 2009

REGU FC : KEMENANGAN KITA ADALAH...

SYABAS & TAHNIAH KE ATAS KEMENANGAN PERTAMA

TAPI INGAT !!!!

Persoalan..???
Lahirkanlah rasa kesyukuran tidak terhingga bukan sebab kemahiran kita, latihan kita, taktikal kita & kekuatan pemain kita. Tapi Kesyukuran Pada Allah swt di atas kurniaan yang telah dipinjamkan buat kita. Tanpa pinjaman harta Allah ini, adakah kita mampu perolehi kejayaan demikian?? Hatta untuk makan dan minum..?? Allah telah kurniakan kaki,tangan,kemahiran serta tenaga bagi memudahkan urusan kita. Tapi adakah kita bersedia dengan kaki,tangan,kemahiran serta tenaga bertujuan untuk urusan Allah..?
Ambillah peluang ini untuk melahirkan rasa syukur tanpa berbelah bagi, SOLID pada Tuhan Robbil A'lamin. Jangan kita hipokrit pada diri sendiri, bahkan lagi pada Allah. Berdoa untuk memohon sesuatu bukanlah untuk suatu ketika, tapi ianya berpanjangan..Peliharakah amal ibadah kita, solat kita sebelum kehendaknya kita sesuatu perkara..? Bayangkan sekiranya telah ditakdirkan Allah menarik keperluan kaki kita, bagaimana perasaan kita..? Berbaik sangkalah pada Allah..

-Peliharalah solat kita..
Teruskan berdoa, kerana doa adalah jalan hubungan kita dengan Nya..
Cetuskan dalam hati, kita beriadah ini hanyalah untuk mencari redha Allah dan kerana Allah Taala.-

"Percayalah, bila kita kasihkan Allah, maka Allah lebih kasihkan kita.."

Wallahu A'lam..

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010