- Memang benar Gaza merupakan penjara terbesar. Bila kita tonton pada babak ketika rakyat Palestin sedang bermandi manda di pesisiran pantai, kelihatan bot perang Zionis melepaskan tembakan untuk menghalau para nelayan agar tidak melepasi had 3km dari pantai. Seolah-olah mereka seperti banduan, yang askar Zionis ini ibarat warden yang mengawal gerak geri 'banduan'.
- Setiap kali ada serangan, rakyat Palestin berderu ke arah tempat serangan. Merekalah pegawai keselamatan, merekalah bomba, merekalah anggota ambulan. Setiap mangsa yang terkorban dijulang sebagai Syuhada bersama laungan takbir. Kematian mereka adalah kebanggaan bagi rakyat Palestin.
- Muslimah di sana sentiasa bertudung penuh, berjubah. Kisahkah mereka dengan panas dan ketidakselesaan.? Jauh benar perbandingan mereka di sana dengan di tanah airku.
- Di manakah tempat yang paling cantik di Gaza.? Semuanya berlatarbelakangkan bangunan runtuh. Kemusnahan dan kebinasaan.
- Kita dapat saksikan betapa ramainya anak-anak yang merupakan ahli-ahli syurga. Mati tanpa dosa.
- Anak-anak kesedihan. Mereka hilang ayah, emak, abang, adik bahkan segala-galanya.
Tuesday, September 27, 2011
Mesti Tonton - Palestina Again !
Tuesday, October 26, 2010
PALESTIN - Tembok Pemisah Binaan Isral Penjara Terbesar Dunia
- 102 km di Semenanjung Gaza
Kawasan tembok yang telah disiapkan:
- 178 km (28% dari panjang keseluruhan) di Tebing Barat
- Semenanjung Gaza: 102 km
- 182 km (28% dari panjang keseluruhan) masih dalam proses pembinaan
di Tebing Barat
- 126 km (19.5% dari panjang keseluruhan) terletak di kawasan Garis Hijau
Komuniti Palestin yang terganggu akibat pembinaan Tembok Pemisah:
- 55 komuniti Palestin termasuk 90,000 orang terpisah di bahagian Barat tembok
- 42 komuniti Palestin termasuk 42,000 orang terpisah di bahagian Timur tembok
- 172 komuniti Palestin termasuk 550,000 menerima kesan teruk dari pembinaan tembok
daripada pendatang haram Israel di Tebing Barat) mendiami Zon Barat Tembok
Pemisah.
Sumber HaluanPalestin.
Monday, October 25, 2010
PALESTIN - Fatwa Yahudi Larang Mahasiswanya Belajar Bersama Non-Yahudi
Dari HaluanPalestin
Tuesday, October 5, 2010
PALESTIN - 20 tentang Israel yang belum kita ketahui
"Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui : 3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi. 4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu. 5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika. 6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981. 7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear. 8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan. 9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam? 10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika? 11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”. 12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah. 13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel. 14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”…… 15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia. 16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi? 17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya. 18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. 19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin? 20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel. Sumber dari isuhangat.net1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.
2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.
Friday, September 24, 2010
PALESTIN - Netanyahu : Palestin wajib iktiraf Israel sebagai Negara Yahudi
(Komen di bawah.)
Jumaat ,24/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis menyatakan lagi gesaannya agar pihak Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menegaskan bahawa pihaknya tidak sekali-kali akan menarik balik gesaan ini.
Kenyataannya itu diucapkan dalam satu mesyuarat ketua-ketua organisasi Yahudi di Amerika Syarikat. Netanyahu berkata bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak boleh mencari alternatif lain kepada gesaan ini dan mesti mengumumkan secara terang-terangan yang pihak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi kerana ianya adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa
Wan2day - Memang gila ..!! Hang pecah masuk rumah orang, lepas tu minta tuan rumah iktiraf hang sebagai tuan rumah. Memang dasar @#%& kerajaan haram Israel. Ada orang kisah tak dengan kenyataan PM Haram ni..?? Hatta PBB dan sekutunya bahkan negara Arab sekeliling pun tak ambil kisah. Terang-terang punya kenyataan angkuh, dan tentulah kezaliman mereka sendiri ke atas rakyat Palestin. Tapi bukan kerajaan Hamas yang dilabelkan sebagai pengganas atau dalang dalam ancaman proses damai. Sudah berabad proses damai..hasilnya..??? Proses damai adalah merupakan jalan untuk menutup kejahatan Israel. Mahmoud Abbas...?? Angguk-angguk, turutkan aja...
Ingat sikit..!! Israel cukup takut dengan kebangkitan INTIFADA rakyat Palestin berbekalkan batu..
HIDUP PALESTINA !! SELAMATKAN AL-QUDS..
Thursday, August 5, 2010
PALESTIN - Israel Akhirnya Bebaskan Kapal Freedom Flotilla
Dari Lifeline 4 Gaza.
Rejim pengganas Israel akhirnya terpaksa mengalah berhadapan dengan tekanan dan desakan pemilik kapal-kapal yang menyertai konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla akhir bulan Mei lalu. Semua kapal-kapal yang diserang dan disamun oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa itu akan dikembalikan kepada pihak Turki, demikian menurut pengumuman rasmi rejim Zionis hari ini, Khamis 5 Ogos 2010.
Para pemilik kapal enggan tunduk kepada desakan Israel supaya menandatangai perjanjian untuk tidak menggunakan kapal tersebut bagi tujuan pelayaran ke Gaza.
Semua kapal-kapal tersebut dilabuhkan di pelabuhan Ashdod, kecuali kapal penumpang Mavi Marmara yang berada di pelabuhan tentera laut di Haifa.
Dalam kenyataan mereka yang dilaporkan oleh Haaretz, Kementerian Pertahanan Israel akan menyerahkan kapal-kapal tersebut kepada wakil Turki. Untuk tujuan itu, Turki menghantar tiga buah kapal tunda untuk menarik kapal-kapal tersebut dari perairan Israel. Kapal-kapal tunda tersebut dijangka sampai di Israel pada hari Khamis.
Israel tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkenaan kargo barang-barang bantuan dan juga barangan peribadi relawan yang mereka rampas. Walaubagaimanapun, Haaretz menyebut bahawa semua kapal Turki akan diserahkan bersama-sama barangan peribadi relawan yang belayar menggunakan kapal-kapal tersebut.
Pada 31 Mei lalu, Zionis Israel telah menyerang dan seterusnya memaksa armada freedom flotilla beserta relawan kemanusiaan dan anak-anak kapal dibawa ke negara haram Israel secara paksa. Seramai 9 orang relawan terkorban dan puluhan yang lain tercedera dalam serangan tersebut. Semua relawan ditahan di beberapa buah penjara di Israel. Atas desakan pihak antarabangsa, relawan-relawan dibebaskan daripada tahanan dalam tempoh 72 jam. (mn/Haaretz/PIP)
Tuesday, August 3, 2010
PALESTIN - Lontaran negatif pada Konvoi LL4G Pertama
Assalamualaikum..
Palestin datang lagi... Isu Palestin berterusan, bukanlah isu bermusim.
Berbalik pada tajuk asal posting ini, di mana perkhabaran yang kurang enak kita dengar. Bahkan aku sendiri rasa terkejut di atas beberapa pandangan dan juga kenyataan orang ramai yang bernada negatif terhadap Misi Bantuan LL4G yang pertama lalu.. Cerita yang aku dengar sendiri dari sumber2 kebanyakan, yang memang boleh dipercayai.
Salah satu kenyataannya "Dah tau Israel macam tu, nak cari penyakit kenapa..?" Lagi.. "Pegi sana ibarat jolok sarang tebuan.." dan mungkin ada yang lebih dasyat dari ini.
Agak2 apa yang mereka nampak hasil dari konvoi pertama ini..? Apa yang aku nampak, mereka2 ini hanya seolah2 mengharapkan matlamat utama konvoi ini adalah MESTI KENA SAMPAI GAZA.. Pihak2 konvoi LL4G sendiri pun sudah maklum akan apa yang bakal terjadi dalam misi ini dan kita juga tahu akan kezaliman Zionis ini. Satu kita kena tahu bahawa selain daripada bangsa Yahudi adalah Sub-Normal yang terkandung sendiri dalam Kitab Talmud. Memang mereka tak heran dengan siapa2 sahaja termasuk konvoi LL4G. Jadi sememangnya pihak LL4G amat faham akan situasi dan apa cabaran yang mendatang. Kalau bercakap melalui fikrah orang biasa, inilah jawapan2 bagi mereka. Fikrah yang berlogikkan akal semata2.

Hasilnya, pintu sempadan Rafah kembali dibuka walaupun sementara, sekurang-kurangnya impak dari kesan konvoi ini. Bukan setakat itu sahaja, beribu2 kapal dari pelbagai negara pun cuba menghantar melalui jalan laut dan pelbagai ngo memasuki melalui pintu Rafah. Kesannya kesinambungan penghantaran bantuan ini makin bertambah2 sambil tahap kemarahan dan kebencian pada Zionis terus memuncak.
Sayyid Hawwa telah menggariskan 5 jenis Jihad :
1. Jihad Tenaga.
2. Jihad Harta.
3. Jihad Penulisan.
4. Jihad Ilmu.
5. Jihad siasi @ politik.
Pilihlah salah satu cabang jihad yang kita termampu, walaupun ianya kecil.
berterusan. - Hadis
Kita didalam suasana perang, tapi berperang dengan sistem dan fahaman jahiliyah..
Monday, July 26, 2010
PALESTIN - Bintang bolasepak dan tennis akan menyertai Floatilla 2.
Sabtu, 24/07/2010 – Bintang bola sepak, Iker Casillas dan legenda tenis, Rafael Nadal mungkin akan menghulurkan tangan bantuan bagi menamatkan kepungan Gaza, lapor akhbar al-Hayat yang berpusat di London hari ini.
Kepungan ini dilakukan oleh Israel sejak tahun 2007 selepas parti Hamas dipilih secara demokratik. Bintang sukan itu mungkin akan menyertai Flotilla Freedom 2 dengan lebih banyak kapal bantuan dijangka terlibat ke Gaza awal musim panas ini. Bantuan kemanusiaan pada Mei lalu terhenti seketika apabila sembilan anggota Flotilla maut di tangan tentera Israel.
sumber : PNN
penterjemah : hijjaz
Friday, July 23, 2010
PALESTIN - Kejadian-kejadian misteri di Perang Gaza
Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan lautan Mediteranean, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.
Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini. Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Israel membuat pelbagai sekatan supaya rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan senjata, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki militer terkuat di dunia ini tidak mampu menguasai Gaza.
Dunia juga menyaksikan bagaimana kapal-kapal bantuan dari negara lain dihalang dari memasuki Gaza.
Recep Tayyip Erdogan menyelar hebat Israel secara depan Shimon Peres di World Economic Conference di Davos sebelum meninggalkan konferen tersebut dengan lalu di depan Peres.
Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.
Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para Mujahidin mampu membuat “kaum pengganas” itu tidak dapat menguasai Gaza, walau mereka hanya dengan berbekalkan senjata-senjata “kuno”.
Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya “pasukan lain” yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumat mereka.
Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza
Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.
Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.
Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.
Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera Israel itu malah marah dan memukulnya hingga pemuda malang itu pengsan.
Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”
Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”
Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari pasukan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.
Suara Tak Bersumber
Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).
Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.
“Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam periuk api” kata pejuang tadi.
Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira periuk api itu tidak akan bekerja seoptimanya. Maklum, jumlah musuh amat ramai.
Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.
“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.
Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel meninggal terus. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.
Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”
Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.
Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.
“Kami menangis bukan karena khuatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya
Saksi Tentera Israel
Cerita tentang “serdadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa tentera pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.
Laman Al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.
“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.
Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.
Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih berjanggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”
Cerita ini menarik perhatian ramai penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?
Sudah meletup tetapi ranjau masih utuh
Semasa para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba ikut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.
Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah Ai Maghraqah. Semasa itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulung kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejak mereka. Bom pun dijatuhkan ke lokasi itu.
Nasib baik para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas.
Tak lama kemudian, beberapa kereta tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sahaja melintasi, kereta-kereta tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.
Apakan daya, kaum Mujahidin tak mampu berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara kereta-kereta tank Israel telah berkumpul di atas ranjau.
Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang bermaksud, “Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”
Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.
Setelah tentera israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.
Masih dari wilayah Al Maghraqah. Semasa pasukan Israel menembak peledak ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para Mujahidin rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.
Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa,”wahai dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”
Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para Mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu Wa Ta’ala (swt) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.
Setakat ini dahulu admin ingin berkongsi keajaiban semasa Perang Gaza, admin ada lagi menyimpan cerita-cerita ini akan dikongsikan masa depan di isuhangat.
Mungkin ada di kalangan pengunjung isuhangat yang anti benda-benda miracle ni tapi ingatlah di dalam Islam kita wajib beriman dengan benda-benda ghaib ini.
Dari www. isuhangat.net
Tuesday, July 6, 2010
PALESTIN - Perkongsian bermakna di Program Bicara Palestin

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. tahniah buat HALUAN Perak dan Ajk Masjid Ghufran serta kerjasama dengan KBHI di atas menjayakan program yang gilang ini yang telah berjaya menarik pengunjung seramai hampir 300 orang. Diserikan lagi dengan tetamu terhormat yang tidak asing lagi Saudara Noorazman Ketua Misi LL4G dengan ucapan dan penerangan yang cukup mengkagumkan. Sedikit gambar sebagai cerita ringkas suasana di sana.

Diruang pameran. Disediakan oleh SU KBHI.
Aulad mengambil bahagian penjualan majalah HALUAN.
Majlis yang baru bermula..
Anak2 mengambil bahagian mnyampaikan Sajak Palestin.
Saudara Noorazman dari HaluanPalestin merangkap Ketua Misi LL4G.
Apa yang nak dikongsikan menurut cerita saudara Noorazman, sewaktu beliau berada di Rafah untuk masuk ke Gaza melalui sempadan Mesir, beliau menonton siaran tv Israel dimana seorang tentera Israel yang buta diwancara akan kisahnya. Mengikut kisah tentera Israel, di suatu kawasan di Gaza yang mana bangunan2 semuanya telah musnah yang boleh diibaratkan padang jarak..lapang.. Tentera Israel cuba masuk melalui kawasan tersebut dalam usaha untuk menyerang bumi Gaza habis-habisan. Namun sebaliknya berlaku di mana terdapat sebaris tentera yang berpakaian putih. Tentera Israel terus melancarkan serangan bertali arus terhadap tentera baju putih. Agak mustahil dan pelik, tentera2 tersebut dengan mudah mengelak setiap peluru yang dihadapi. Malah setiap serangan, tentera2 tersebut mara kehadapan hingga berhadapan dengan tentera Israel. Akhirnya, dengan lemparan pasir atau tanah oleh tentera berbaju putih terhadap tentera Israel yang mengakibatkan mata2 tentera Israel menjadi buta. Subhanallah..Saudara Noorazman berpeluang bertanyakan pada penduduk di Gaza tentang tentera berbaju putih ini. Namun mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan tentera2 ini, malah mereka sendiri pernah melihat semasa peristiwa itu berlaku.
Ada juga peristiwa yang berlaku semasa sekumpulan Mujahid Palestin sedang memasang peluru roket untuk melancarkan serangan ke atas tentera Israel disebalik tembok kematian. Ajaibnya 2 peluru tersebut dengan sendirinya terbang menuju ke sasaran. Dengan izin Allah, peluru itu menepati tepat sasaran pada kem2 tentera Israel yang mengakibatkan 200 orang tentera Israel terkorban.
Mungkin ini adalah tentera bantuan Allah yang memberi pertolongan pada para Mujahidin serta rakyat Palestin. Dan sampai bila pun Israel tidak akan berjaya melenyapkan bumi Palestin, sebaliknya Israel yang akan hancur sehancurnya...
Sebagai peringatan !! Kalian semua amat2 digalakkan mengikuti ceramah2 mengenai Palestin dikawasan anda. Waktu ini, di mana2 sahaja pasti ada ceramah2 mengenai Palestin. Yang pasti, akan ada sentuhan hiba dan semangat jihad.. Mudah-mudahan kita berada golongan orang2 beruntung..
Tuesday, June 15, 2010
PALESTIN - Mahmoud Abbas berkata kepada Obama : “ Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!”
Selasa, 15/06/2010 – Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.
Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.
Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad
Wan2day - Lihatlah PM Haram Palestin sendiri yang menjadi barua dan ejen Zionis untuk menzalimi umat Palestin..
Monday, June 14, 2010
PALESTIN - Pengalaman sukarelawan Gaza
"KAMI tidak makan sejak tiga hari lalu." Kata-kata seorang penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Tal Al Sultan di Rafah masih terngiang-ngiang di telinga Dr. Jamnul Azhar Mulkan.
Biarpun kejadian itu berlaku lebih setahun yang lalu, namun jawapan kanak-kanak itu membuka matanya terhadap kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Pada masa itu, beliau dan para sukarelawan Misi Keamanan Palestin 2009 sedang melakukan lawatan ke rumah kebajikan yang menempatkan kira-kira 200 orang penghuni.
Jamnul tidak dapat melupakan bagaimana kanak-kanak itu sanggup berbohong di hadapan sukarelawan bagi menyembunyikan kesengsaraannya.
| |
| |
"Saya bertanya sama ada mereka sudah makan? Rata-rata menjawab sudah, tiba-tiba seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan lima tahun menghampiri saya lalu berbisik mereka tidak makan sejak tiga hari lalu," katanya.
Mendengar jawapan itu, beliau berlari ke kenderaan dan mengambil gula-gula yang sempat dibeli ketika tiba di Mesir.
"Kami hanya mampu memberi mereka gula-gula kerana konvoi makanan telah dihalang memasuki Gaza oleh kerajaan Mesir. Walaupun tidak mengenyangkan namun ia sudah cukup menceriakan mereka," katanya yang terharu mengenangkan peristiwa itu.
Malah Jamnul juga tidak dapat melupakan kata-kata seorang remaja Palestin yang beliau temui ketika cuba menghulurkan sedikit wang kepadanya.
"Kami tidak mahukan wang anda. Apa yang kami mahu ialah sokongan dan bantuan daripada negara-negara Islam untuk membantu perjuangan dan membangunkan semula negara kami," kata seorang remaja yang kecewa dengan nasib mereka yang diperkotak-katikkan oleh rejim Zionis Israel.
Serangan besar-besaran
Perbualan singkat dengan remaja itu membuka matanya terhadap realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Palestin lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yatim di rumah itu yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.
Bercerita mengenai misi yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) pada 21 Januari 2009 itu membawa pelbagai barangan asas seperti makanan dan perubatan untuk rakyat di wilayah yang mengalami krisis kemanusiaan selepas dikenakan sekatan oleh rejim Zionis sejak Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006.
Ia disertai kira-kira 13 sukarelawan, petugas media termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Rombongan tersebut tiba selepas serangan besar-besaran rejim itu yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang rakyat Palestin dan 13 warga Israel.
Biarpun berdepan dengan kerenah birokrasi yang ketat ketika tiba di pintu masuk sempadan termasuk terpaksa menunggu hampir lapan jam, para sukarelawan akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Gaza.
| |
| RAKYAT Palestin mendapat bantuan bekalan makanan daripada Agensi Kerja dan Bantuan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Bandar Gaza. |
Menceritakan saat sukar di sana, beliau bersama sukarelawan lain terlibat dalam pembedahan bagi menyelamatkan mangsa perang di Hospital Darul Syifa di Gaza.
"Semua wad penuh dengan mangsa pengeboman tapi kepakaran doktor dan peralatan tak cukup, banyak pesakit tak dapat melepasi sempadan kerana ditahan dan terpaksa duduk dalam ambulans selama dua hari sebelum dihantar ke hospital," katanya.
Kekejaman rejim Zionis jelas terserlah apabila menjadikan orang awam sebagai mangsa malah mereka juga menggunakan peluru fosforus putih bagi menghancurkan pejuang Hamas.
Apabila kelongsong peluru dikeluarkan fosforus putih yang terdedah kepada oksigen akan terbakar sehingga mengakibatkan daging dan kulit pesakit luruh dengan sendirinya.
| |
| BANGUNAN Kementerian Pendidikan Palestin di Gaza terbakar akibat serangan bom. |
Mengakui pertama kali berhadapan situasi itu, pakar perubatan terpaksa menggunakan air zam zam untuk memadamkan api pada luka berkenaan dan mengurangkan penderitaan pesakit.
"Kesudahannya ialah kaki atau tangan pesakit terpaksa dipotong, mereka yang cedera parah pula rata-ratanya mempunyai peluang tipis untuk hidup," ujarnya.
Bom hospital
Sepanjang berada di hospital itu, para sukarelawan juga berdepan dengan situasi mencemaskan apabila hospital itu dibom oleh pihak rejim yang mengakibatkan 12 kematian orang awam.
Bagaimanapun kesemua mereka terselamat dan sempat keluar dari bangunan itu yang menyasarkan sebuah makmal perubatan.
Beliau menambah, tentera Zionis turut bertindak kejam apabila memusnahkan stor makanan milik Persatuan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ladang ternakan dan tanaman yang diusahakan oleh rakyat Palestin dengan kereta kebal.
"Ini merupakan taktik halus mereka bagi memastikan rakyat Palestin yang dikenakan sekatan sebelum ini terputus bekalan makanan.
"Pada masa yang sama, bekalan air bersih juga sering terputus menyebabkan mereka terpaksa menggali air bawah tanah bagi mendapatkan sumber berkenaan," ujarnya yang kagum dengan perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah luntur.
Perbualan beliau dengan Pengarah Hospital Darul Syifa, Dr. Jaafar Abd. Tayib ketika itu menemukannya dengan satu fenomena luar biasa sebagai bukti kekuasaan Allah.
Beliau diberitahu sebelum serangan besar-besaran pada Disember 2008, kadar kelahiran di Gaza mencatatkan pe ningkatan iaitu sekitar 3,000 hingga 4,000 orang setahun.
"Bagaimanapun pada Januari 2009 kadar kelahiran yang dicatatkan menyamai jumlah dalam tempoh setahun, malah rata-ratanya pula ialah bayi lelaki.
"Ia merupakan satu keajaiban, kita tahu bayi-bayi lelaki ini akan membesar dan kemudiannya bakal menjadi pejuang seperti pejuang-pejuang lain yang mati syahid dalam mempertahankan negara mereka," katanya.
Bagaimanapun, para sukarelawan terpaksa keluar dari Gaza berikutan ancaman tentera Israel yang dikatakan mahu memusnahkan terowong yang menghubungkan Palestin ke Mesir.
Walaupun berat hati, mereka terpaksa mengambil keputusan yang menyedihkan itu atas dasar keselamatan kerana mendapat perkhabaran Israel mula menyerang kawasan sempadan.
"Biarpun perjalanan kami agak singkat, pengalaman yang dilalui cukup menginsafkan, apa yang lebih penting kami mahu menyampaikan kekejaman yang berlaku kepada masyarakat di luar sana," katanya.
Dari Kosmo Online.
Wednesday, June 9, 2010
BERITA - Erdogan Rancang Lawat Gaza
Rabu, 09/06/2010 – Akhbar “masa depan” Lubnan mengatakan hari ini bahawa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan sedang memikirkan untuk melawat Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan oleh tentera rejim Zionis.
Surat khabar itu menyebarkan maklumat dari sumber yang dipercayai dari Turki, bahawa Erdogan menyakinkan kerajaan Amerika bahawa dia membuat permintaan dari Tentera Laut Turki untuk mengawal setiap armada kapal yang siap untuk pergi ke Gaza, tapi para pegawai Amerika telah memintanya untuk menunggu dan mengkaji dengan sedalamnya.
Kerajaan Turki berada di bawah tekanan rakyat dan politik untuk membatalkan perjanjian ketenteraan dengan Israel. Namun, tentera Turki menentangnya. Dalam apa yang dianggap sebagai peningkatan belum pernah terjadi sebelumnya dari bahasa Turki dalam proses memainkan-lengan dengan Israel, Erdogan di sebuah festival popular di bandar Konya, terletak di Anatolia pusat, berkata bahawa “nasib Baitulmuqaddis ini berkaitan dengan nasib Istanbul dan bahawa nasib Gaza berkaitan dengan nasib Ankara “, dan bersumpah untuk memberikan Turki dan Palestin hak-hak mereka, walaupun jika dunia meninggalkan mereka.
Pandangan dari perkembangan ini datang dalam konteks konfrontasi terbuka antara Turki dan Israel dalam serangan armada kebebasan ke Gaza diikuti dengan gelombang protes dan kutukan besar di dunia.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen
Wan2day - Jangan berlengah lagi wahai PM Erdogan.. bagi rasa kegentaran pada Zionis yang memang patut diajar pada mereka yang tak mahu diajar..kurang ajar..!!(banyak ajar da..) Memang Israel sangat takut akan gertakan dari Turki ini, disebabkan salah satunya sokongan tunggal yang sudah lama. Jadi, Israel khuatir akan kehilangan rakan 'lipatan dalam gunting ini'..
Saturday, June 5, 2010
PALESTIN - Kisah bergambar di Gaza
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.
Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...
Mesir
Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.
Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)
Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).
Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).
Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.
Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga...
Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...
Israel
Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de.
Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.
Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.
Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wassalam
Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...

















