Wednesday, December 30, 2009

MELAKA VER.1 : Aku kembali membawa cerita baru. .updated!!

Assalamualaikum wrh.

Syukur, alhamdulillah. Selamat jua kami perjalanan pergi dan pulang serta dimudahkan segala urusan sepanjang perjalanan dan semasa kami berada di Melaka. 1st aku nak sebut kat sini, Melaka Ok Juga..hehe. Dari 5 bintang aku bagi 4 Bintang, apsal 4 bintang? Pasal Melaka sesak, jadi aku potong satu bintang.
Perjalanan yang bermula dari jam 7.00 pg seperti yang dijanjikan, kami bergerak dalam perjalanan bersama ahli2 yang 'berdaftar' untuk destinasi yang dituju.. Kata orang, sebelum perjalanan janganlah 'ingker' sangat, nanti suka2 bawa ke duka..Jadi kami tak ambil risiko 'ingker' , kami lebih mengambil sikap 'mematikan' diri, memandangkan masa masih di awal pagi, jadi tidor lah dulu.. kecuali aku lah, kalau aku pun tidor sapa nak bawa SagaTku..huhu.
Lebih kurang pkl 11.00 pg kami tiba di Tol Ayer Keroh. Biar lah gambar menceritakan segalanya, sebab aku malas nak menaipnya...hehe

TAMAN MINI MALAYSIA
yE..Ye..dah sampai Melaka. Destinasi pertama yg dituju.
*Melalui pengalaman aku ke Tmn Mini Msia ni, aku syorkan tak payah la datang ke sini. Satu nya tiket Rm12.00 dan pemeliharaan terhadap rumah2 yang ada di dalam amat2 mendukacitakan. Boleh luka kaki ooo... Tempat tak jaga..rugi tu..
suka bergambar ye..
Layan betul tu..
Aku sedang perhatikan.....

Huh..ini macam ka..
Gile..reput2 macam ni. kalau terbenam ke dalam tasik tu tak naya. tak berbaloi RM12.00... #$#%@$..
Ni takde kena mengena dgn lawatan kami, tapi ada kena dengan jiwa raga aku..huh.


Sambungan di posting Ver.2.



No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010