Dari Malaysiakini. (Komen di bawah)
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.
"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Wan2day - Jangan jadi bodoh la ...!!! Patut mau support la apa yang rakyat nak buat. Tambah2 lagi dalam perhimpunan membantah kezaliman Zionis ni. Pasai ada contract dengan APCO ke..????Itulah sumbangan kecil yang mampu rakyat bagi, polis lagi nak halang la apa la.. Apa yang bahayanya perhimpunan ini hingga membahayakan keselamatan awam..? kenyataan seolah tentera zionis plak.. Bangang !!!!
2 comments:
smlm join demonstrasi...alhamdulillah,tiada tindakan ganas dari mana2 pihak...pelik,knapa mesti melarang???kata nye malaysia negara Islam,tp umpama melindungi Zionis...
syabas..rugi btul lepas peluang brsama. itulah persoalannya..? membela Palestin atau membela Zionis..? alhamdulillah, tiada sebrg larangan yang dikatakan..
Post a Comment