Dari Lifeline 4 Gaza.
Rejim pengganas Israel akhirnya terpaksa mengalah berhadapan dengan tekanan dan desakan pemilik kapal-kapal yang menyertai konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla akhir bulan Mei lalu. Semua kapal-kapal yang diserang dan disamun oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa itu akan dikembalikan kepada pihak Turki, demikian menurut pengumuman rasmi rejim Zionis hari ini, Khamis 5 Ogos 2010.
Para pemilik kapal enggan tunduk kepada desakan Israel supaya menandatangai perjanjian untuk tidak menggunakan kapal tersebut bagi tujuan pelayaran ke Gaza.
Semua kapal-kapal tersebut dilabuhkan di pelabuhan Ashdod, kecuali kapal penumpang Mavi Marmara yang berada di pelabuhan tentera laut di Haifa.
Dalam kenyataan mereka yang dilaporkan oleh Haaretz, Kementerian Pertahanan Israel akan menyerahkan kapal-kapal tersebut kepada wakil Turki. Untuk tujuan itu, Turki menghantar tiga buah kapal tunda untuk menarik kapal-kapal tersebut dari perairan Israel. Kapal-kapal tunda tersebut dijangka sampai di Israel pada hari Khamis.
Israel tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkenaan kargo barang-barang bantuan dan juga barangan peribadi relawan yang mereka rampas. Walaubagaimanapun, Haaretz menyebut bahawa semua kapal Turki akan diserahkan bersama-sama barangan peribadi relawan yang belayar menggunakan kapal-kapal tersebut.
Pada 31 Mei lalu, Zionis Israel telah menyerang dan seterusnya memaksa armada freedom flotilla beserta relawan kemanusiaan dan anak-anak kapal dibawa ke negara haram Israel secara paksa. Seramai 9 orang relawan terkorban dan puluhan yang lain tercedera dalam serangan tersebut. Semua relawan ditahan di beberapa buah penjara di Israel. Atas desakan pihak antarabangsa, relawan-relawan dibebaskan daripada tahanan dalam tempoh 72 jam. (mn/Haaretz/PIP)
2 comments:
Tau pun takut israel ni..mmg tabik kt iran n turki..tegas n xtunduk pd israel n amerika..negara2 lain byk ckp je..
Israel mmg bangsa penakut...air pancut pun lari.
Post a Comment