Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN - Kami menantimu Ramadhan..

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah : 183

Selamat datang Ramadhan..
Kami menantimu dengan penuh pengharapan, mudahan berjayalah kami hingga ke Syawal. Insyaallah..


Seberapa ketika lagi, kita akan memasuki bulan yang bermakna, bulan yang penuh berkat, bulan yang penuh pengampunan dan bulan yang penuh dengan ganjaran berganda-ganda. Amat beruntunglah kita yang dipanjangkan umur ini dipertemukan jua bersama Ramadhan. Allah telah memilih bulan Ramadhan ini sebagai bulan istimewa berbanding bulan2 yang lain. Namun ada golongan orang yang bergembira dan bersedih dengan kedatangan Ramadhan.


Inilah masanya yang amat sesuai, kita bangkitkan motivasi diri serta pembentukan iman juga pemeliharaan akhlak amat tepat di atas landasan bulan Ramadhan ini. Bukan sekadar tidak makan atau tidak minum, keseluruhan anggota berpuasa dan secara tidak langsungnya akhlak peribadi Muslim terbentuk.

Insyaallah dengan berada di dalam bulan barakah ini, latihan pada diri akan mendapat kesannya yang baik kepada yang terbaik.

Kita terkilan juga, tatkala sebahagian ummah berlumba mengabdikan diri pada Allah, namun ada jua yang mengejar keuntungan dalam Ramadhan. Terdapat jenis2 golongan di dalam bulan Ramadhan, golongan orang yang membuat keuntungan (bazar,jualan2 persediaan Hari Raya), orang yang sedih dengan kedatangan Ramadhan dan orang yang tidak sabar menantikan kedatangan Syawal.

Aura Ramadhan amatlah kuat penangannya, kita keletihan berpuasa seharian tanpa makan dan minum bahkan bekerja lagi. Tapi di malam harinya rumah2 Allah dipenuhi dengan jemaah yang mendirikan solat dan sunat Terawih. Hatta solat 5 waktu menjadi tumpuan kita, malah jarang2 sekali waktu Subuh juga dipenuhi jemaah. Inilah kekuatan Ramadhan, yang kita harapkan agar kekuatan di dalam bulan Ramadhan ini dapat di bawa pada bulan2 berikutnya.

Beruntungnya kita yang mengambil kesempatan ini yang hadirnya setahun hanya sekali. Entah atau tidak kita temui lagi Ramadhan akan datang.

Aku berazam untuk memperbaiki diri, dan mengharapkan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang lalu.. Insyaallah..


Ramadhan Bulan Tarbiyah, Ramadhan Bulan pengumpulan Reward...

2 comments:

Zaidah said...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN....TINGKATKAN USAHA LIPATGANDAKAN IBADAH

Khairunnisa' said...

Insha'Allah. Ramadan Mubarak to all Muslims!

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010