Dari HaluanPalestin
Seorang Rabbi Yahudi Israel mengeluarkan fatwa yang kembali mencetuskan ketegangan masyarakat antarabangsa. Dalam fatwanya, rabbi itu melarang mahasiswa Yahudi untuk belajar dengan orang-orang non-Yahudi, samada Muslim atau Kristian di dalam institusi akademik dan universiti. Beliau mendakwa fatwa itu bertujuan untuk memelihara kemurnian dari pemikiran Yahudi.
Akbar Maariv melaporkan seorang Rabbi Yahudi bernama Zelman telah mengeluarkan fatwa rasis setelah seorang mahasiswanya bertanya kepadanya, apakah dibolehkan dirinya belajar di sebuah institusi akademik yang di dalamnya ada umat Islam.
Kemudian rabbi itu menjawab seraya mengeluarkan fatwa; “Jika anda menyedari apabila bersama dengan non-Yahudi boleh mempengaruhi keyakinan yahudi anda, maka lebih baik anda tidak berada bersama mereka dalam rangka menjaga kemurnian keyakinan Yahudi anda.”
Beliau menambah kampus-kampus sebaiknya bersih dari orang-orang non-Yahudi, kerana akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini.(fq/imo/em)
2 comments:
orang2 yahudi ni diberi ilmu yg lebih kalau x silap aku...
sebab tu kot diorang angkuh smpai macam ni~
dorg berilmu dgn penjagaan makan yg baik.. kecerdikan mereka disalahgunakan. Rabbi Yahudi berkata "Selain Yahudi,merupakan "Haiwan".. apa la sangat setakat fatwa bodoh mereka ni.
Post a Comment