Teluk Rubiah Beach & Golf Resort ataupun Teluk Rubiah sepertimana yang dikenali, telahpun menutup pintunya. Teluk ini telahpun dijual kepada syarikat besi Brazil. Mulai bulan Oktober, teluk ini akan ditutup kepada orang ramai selama-lamanya dan padang golfnya pula akan bertukar menjadi kilang besi.
Pantai Teluk Rubiah, mulai Oktober 2010, hanya yang 500 pekerja kilang besi yang bertuah dapat menikmatinya
Pengambil alihannya mungkin telah dirancang sekian lama kerana melibatkan wang yang begitu banyak (khabarnya RM20 juta. Jika ianya masih tidak mencukupi...beberapa kilometer ke tengah laut akan dibina pula platform yang baru sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal besar.)
Apa akan jadi dengan Seri Manjung dan juga Pulau Pangkor? Kapal-kapal besar akan datang untuk membawa besi mentah dan membawa pulang bahan yang telah diproses?
Ini bermakna, pencemaran alam yang teruk akan berlaku disekitar kawasan tersebut dan akan memberikan kesan kepada pantai-pantai di Teluk Batik dan seluruh pulau Pangkor.
Walaupun jika kilang tersebut berusaha sedaya upaya untuk memelihara alam sekitar (saya difahamkan yang ianya akan dilaksanakan), kapal-kapal itu sudah pasti akan membuang sampah-sarapnya kedalam laut sepertimana yang berlaku sekarang.
Cuba jalan-jalan ke Teluk Batik dan saksikan apakah barangan yang terapung-apung kepantai. Dan anda akan faham sekarang mengapa industri pelancongan merosot.
Teluk Rubiah yang mempunyai pantainya yang tersendiri pasti akan kehilangan pelancong juga. Anda akan tertanya-tanya, mengapa perlunya sebuah kilang yang begitu besar ingin didirikan bersebelahan dengan destinasi pelancongan seperti Pangkor?
Bermain Golf di Teluk Rubiah... ianya tinggal kenangan....
Kesemua 29 chalet tradisional tidak akan dimusnahkan, sebaliknya akan digunakan sebagai penempatan untuk pengurusan dan kakitangan kilang.
Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup.
Sebenarnya, resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat.
Dengan kurangnya promosi yang baik sudah tentu tidak dapat menarik pelaburan yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya.
Untuk setiap chaletnya, hanya SATU set cadar dan tuala sahaja yang disediakan beberapa tahun kebelakangan ini. Ini amat menyedihkan dan lebih teruk lagi, tiada siapa pun yang peduli akan keadaan di Seri Manjung dan Sitiawan.
Keputusan telah pun dibuat dan kilang tersebut akan tetap didirikan. Teluk Rubiah akan dibangunkan semula berkeluasan yang kecil berdekatan dengan Teluk Batik. Untuk penggemar golf pula, sebuah driving range sedang dibina di Teluk Batik.
Apakah ini yang dikatakan "pembangunan"? Apalah salahnya jika kawasan ini yang amat berhampiran dengan Teluk Batik dan Pulau Pangkor diberikan lebih tumpuan sebagai destinasi pelancongan?
Kita hanya boleh berharap agar industri perikanan di Pangkor tidak terjejas dengan projek ini. Manakala di Teluk batik pula, setiap hari kita dapat melihat sampah yang dihanyutkan kepantai daripada kapal-kapal dilaut. Ianya akan bertambah lagi dan kualiti air semakin berkurangan.
Tetapi, seperti biasa, wang lebih berkuasa. Kita hanya boleh tertanya, siapakah yang mengaut keuntungan didalam hal ini.
Sumberi Ajijoi
1 comment:
omg..so sad..so what happen now?i mean the progress..satu hari nanti, bila semua sumber alam da tak ada untuk dikikis,org mcm ni baru terfikir duit diorg tu takde nilai..bila ikan da tak ade untuk dimakan,makan le duit ye..kesian dkt rakyat biasa yg tak tahu ape2 :(
Post a Comment