Wednesday, December 30, 2009

MELAKA VER.2 : Sambungan..

HOMESTAY PADANG TEMU
Memang berbaloi2...banyak bezanya kalau menginap di hotel. Kerana di homestay kami hanya bayar RM170 untuk satu malam, dengan kelengkapan seperti berada di rumah sendiri. Cuma di homestay kami tidak pula tuan rumah sediakan dapur untuk memasak, bukan apa terjadinya rekod silam yang menghantui tuan rumah dek kerana gas dapur.


MEDAN IKAN BAKAR UMBAI/PERNU
Satu lagi tarikan pelancong di Melaka, cukup terkenal dengan nama Umbai. Jadi kami pun teringin merasai apa yang menariknya di Umbai. Hampir 30 minit untuk cari tempat parking, memang sesak dan ramainya 'pemakan' yang 'memburu'..

LAWATAN SEKITAR BANDAR HILIR
Muzium Samudera
Sebahagian replika di Muzium Islam Melaka.
*Dalam banyak2 tempat untuk dilawat, Muzium Islam Melaka la paling sedikit orang lawati..sebab apa..??biasa la suasana Islam hari ini..
Sebelah atas pedang Asia terbesar yang tercatat ayat kursi. Sebelah bawah Pedang Zulfakar yang digunakan Nabi Muhammad SAW.
Takpasti samaada Quran atau sebaliknya tapi memang besar. Dan di sebelah bawah, Muzium Islam sendiri pun kena tipu dengan yahudi, kubah warna emas bukanlah Masjidil Aqsa yang sebenar.

Masjidil Aqsa yang sebenar..sekadar petunjuk shj.
Dan gambar surat Nabi Muhammad SAW.
Gambaran dari Bukit St Paul.
Gambar sebelah bukan nak promote tentang Gereja st Paul, tapi lebih pada tangkapan gambar semata2..

ZOO MELAKA

Cerita sikit tentang Zoo Melaka.. Bayaran di sini memang berbaloi dengan harga RM7.00 untuk dewasa dan RM4.00 kanak2. Rasanya lagi besar dari Zoo Taiping.
Haha..Kuda Padi Indie..
si owl mengeyit aku..pandai..
Ni sebahagian, jenuh den kalau satu zoo nak letak dalam ni..

Sambungan di posting Ver.3.






Read More...

MELAKA VER.1 : Aku kembali membawa cerita baru. .updated!!

Assalamualaikum wrh.

Syukur, alhamdulillah. Selamat jua kami perjalanan pergi dan pulang serta dimudahkan segala urusan sepanjang perjalanan dan semasa kami berada di Melaka. 1st aku nak sebut kat sini, Melaka Ok Juga..hehe. Dari 5 bintang aku bagi 4 Bintang, apsal 4 bintang? Pasal Melaka sesak, jadi aku potong satu bintang.
Perjalanan yang bermula dari jam 7.00 pg seperti yang dijanjikan, kami bergerak dalam perjalanan bersama ahli2 yang 'berdaftar' untuk destinasi yang dituju.. Kata orang, sebelum perjalanan janganlah 'ingker' sangat, nanti suka2 bawa ke duka..Jadi kami tak ambil risiko 'ingker' , kami lebih mengambil sikap 'mematikan' diri, memandangkan masa masih di awal pagi, jadi tidor lah dulu.. kecuali aku lah, kalau aku pun tidor sapa nak bawa SagaTku..huhu.
Lebih kurang pkl 11.00 pg kami tiba di Tol Ayer Keroh. Biar lah gambar menceritakan segalanya, sebab aku malas nak menaipnya...hehe

TAMAN MINI MALAYSIA
yE..Ye..dah sampai Melaka. Destinasi pertama yg dituju.
*Melalui pengalaman aku ke Tmn Mini Msia ni, aku syorkan tak payah la datang ke sini. Satu nya tiket Rm12.00 dan pemeliharaan terhadap rumah2 yang ada di dalam amat2 mendukacitakan. Boleh luka kaki ooo... Tempat tak jaga..rugi tu..
suka bergambar ye..
Layan betul tu..
Aku sedang perhatikan.....

Huh..ini macam ka..
Gile..reput2 macam ni. kalau terbenam ke dalam tasik tu tak naya. tak berbaloi RM12.00... #$#%@$..
Ni takde kena mengena dgn lawatan kami, tapi ada kena dengan jiwa raga aku..huh.


Sambungan di posting Ver.2.



Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010