Friday, July 10, 2009

BERITA : (Terkini) Lagi kematian rakyat Palestin akibat kepungan kejam Israel di Gaza.


Khamis , 09/07/2009 – Seorang lelaki Palestin dari Gaza telah diumumkan meninggal dunia pada Rabu lepas selepas para doktor tidak mampu untuk menyelamatkannya disebabkan pengepungan Israel terhadap wilayah tersebut.

Abed Al Haleem Zo’rob berumur 44 menghidapi kanser otak dan dia telah ditahan daripada meninggalkan wilyah itu untuk mendapat rawatan perubatan yang diperlukan. Para doktor telah cuba untuk menyelamatkan nyawanya tetapi kerana kekurang peralatan dan ubat yang diperlukan menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk sehingga dia diumumkan mati Rabu lalu,menurut laporan sumber perubatan.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan dengan kematian Zo’rob, jumlah bilangan pesakit yang mati akibat pengepungan Israel itu kini telah mencapai 349 orang. Israel mengepung sepenuhnya Semenanjung Gaza sejak Jun 2007. Cebisan makanan ,ubat-ubatan dan bekalan bahan api yang masih tinggal di hospital-hospital Gaza tidak mampu merawat kebanyakan pesakit yang ada. Tentera jarang sekali membenarkan pesakit-pesakit meninggalkan Gaza bagi mendapatkan rawatan perubatan di Tebing Barat atau di Mesir.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010