Friday, July 10, 2009

PALESTIN : KISAHKAH KITA !!

Salam ukhwah. Salam perjuangan. Post kali ini untuk membuka minda tentang sebahagian sejarah perjuangan bangsa Palestin. Sejarah itu bukan sahaja dipelajari tetapi diambil sebagai ibrah. Sebagai pengajaran dan panduan. Bukan hanya kita baca secara kosong dan letakkan kembali buku yang kita baca dan mengatakan:

Bestnye cerita ni. Kuatnya perjuangan."

- Kisah yang dibawakan ini hanya sebahagian daripada kisah yang telah lama bermula di Palestin. Tetapi sebahagaian sahaja kisah ini diharap mampu membawa pengajaran dan mengetuk hati pembaca. Termasuk diri saya.

Sebahagian kisah bermula...



14 Mei 1948 - David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Israel (selepas Britain dan Amerika menggunakan PBB SEBAGAI PEMBUKA JALAN MEMBENTUK NEGARA HARAM ISRAEL)

Serangan Bangsa Arab

15 Mei - Pasukan Arab legion (jordan) brgrak ke palestin untuk menawan kembali Baitul Maqdis, Nablus dan Ramallah.


- Tentera mesir melalui jalan pantai gaza dan ke arah Barsheba di Selatan Tebing Barat

- Tentera Lebanon dan Syria bergerak dari Timur untuk menawan kembali Galilee

- Tentera Iraq bergerak ke Selatan dari pasukan Syria untuk memisahkan negara haram Israel kepada 2 bahagian.

- 10,000 tentera Pembebasan Arab Jais Al Inzaq dan Jihad Al Muqaddas bersedia untuk pertahankan penempatan arab

Ikhwan Muslimeen


Scout yang dihantar Ikhwan Muslimin ke Palestin berjuang dengan gagah berani dan berjaya menawan kembali beberapa kedudukan tetapi setelah peperangan arab itu tamat, mereka telah ditangkap dan dipenjara oleh pemerintah Mesir, PM Al-Naqrasyi kerana beliau tunduk pada tekanan British.

Inisiatif Ikhwan Muslimeen untuk menghantar 10,000 tentera ikhwan telah dihalang dan ditolak oleh tentera British. British membenarkan tentera Mesir berperang tetapi menghalang pasukan Ikhwan Muslimin untuk berperang di samping tentera Mesir. Pelikkan???


Sebuah Analisa


Harus diingat, tentera Israel kecil ketika itu. Jadi apa yang sebabkan kekalahan? Melalui analisa, tentera arab tidak ada koordinasi, tidak berpadu dan negara arab di bawah telunjuk kuasa Imperialisme Barat.

Saudara-saudaraku. Lihatlah,bukan sedikit tentera arab. Banyak. Lagi banyak daripada pasukan Badar. Kenapa pasukan Badar berjumlah 313 orang boleh mengalahkan tentera musyrik berjumlah 3000 orang???

Kenapa HAMAS yang tidak ada kereta kebal, cuma bersenjatakan roket Al-Qassam dan bom tangan hand made serta senapang Kalashnikov dan senjata “mundur” lain boleh mengasak tentera Israel pada serangan yang terbaru ini???

Kenapa jumlah tentera arab yangt besar tidak boleh mengalahkan Israel? Kenapa umat Islam yang banyak ini tidak boleh bebaskan Palestin? Kenapa PEMIMPIN YANG MELAUNGKAN ISLAM yang beragama Islam tak mampu buat apa-apa? Adakah jubah, serban serta nama Islam mereka itu cuma hiasan luaran???

Jadi apa yang dapat dilihat adalah:

Umat ini tak bersatu tanpa satu suara arahan yang jitu, yang tepat, yang clear datang cuma dari satu suara sahaja: sistem khalifah.

Tapi sistem khalifah tak boleh terdiri tanpa kefahaman umat ini terhadap Islam. Berkata Umar r.a. ketika peristiwa pembukaan kota Palestin:

“Kita adalah umat yang dimuliakan ALLAH dengan Islam, kalau kita cari selain Islam maka Allah akan hinakan kita”

Saudaraku,sekarang KITA TELAH DIHINA! KITA TELAH DIMALUKAN~DIPANDANG RENDAH DAN DIOLOK-OLOK SERTA DIEJEK. Kerana apa? Rujuk balik kata-kata Saidina Umar, kerana kita mencari selain Islam. Kita ambil selain Islam sebagai panduan hidup. Sebagai jalan hidup kita. Izzah Islam itu kuat bilamana ummat ini mengambil Islam itu sebagai akar kehidupan.

Pokok yang akarnya rosak, bolehkah menghasilkan buah, bunga dan daun yang cantik???

Begitu juga akidah dan kefahaman terhadap Islam. Jika 2 akar itu rosak, bolehkah umat ini jadi kuat???

Kalau diri sendiri menangis bagai nak mati ditinggalkan kekasih, boleh jadi gila sebab kerugian, bergaduh sebab nakkan pangkat dan jawatan kabinet atau nak sangat jadi YB, bolehkah kalau tiba-tiba kita nak hantar orang-orang seperti ini pergi ke Palestin untuk bantu saudara kita???

Teringat forum Palestin yang panelnya adalah Tn. Guru Dr. Haron Din. Diceritakan tentera Hamas ini berjaya mengasak tentera Israel keluar. Dan objektif utama Israel menakluk Gaza dan sampai ke Centre of Gaza tak tercapai kerana kuatnya HAMAS. Kuat itu bukan terletak pada jumlahnya. Kita selalu fikir majoriti itu kuat. Majoriti itu terletak pada bilangan. Dulu jumlah Muslim di kota Madinah cuma 20 peratus sahaja ketika awal penubuhan tetapi beranikah kita kata negara itu tidak kuat? 313 pejuang Badar adalah minoriti berbanding 3000 pedang Ahzab. Tetapi mereka tidak dikalahkan.

Kita kasihankan saudara kita, HAMAS di Palestin, tapi sebenarnya kita ini lagi kasihan. Mereka sudah terbukti kuat untuk membentuk sebuah negara Gaza di dalam negara Israel. Kerana jiwa mereka kuat. Hati mereka teguh. Kita kasihankan pemimpin seperti Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Dr Abd Aziz Rantisi, Khaled Mishal dan lain-lain lagi, tapi sebenarnya kasihan lagi pemimpin kita.

Mereka, yakni HAMAS dan rakyat Gaza, telah ditarbiyah hasil acuan tarbiyah yang dibawa daripada Ikhwan Muslimin oleh As Shahid Sheikh Hassan Al-Banna (rujuk sejarah Hamas).kasihan lagi sebenarnya diri kita. Jiwa yang boleh hancur dengan mudah akibat cinta, pangkat, harta dan kedudukan. Kasihan kita yang bagai nak mati ditinggalkan kekasih. Kasihan kita yang berbunuh-bunuhan sebab wang ringgit. Kasihan pemimpin kita yang berbalah putus saudara sebab jawatan. Kasihan kita sebab kita sedar tak kekuatan akidah kita amat rapuh? Jiwa kita mudah goyah?

Kasihan kita sebab Islam tak diletakkan benar dalam kedudukan kehidupan..

*Jadi macam mana nak bawa kepada perpaduan kalau kefahamn terhadap Islam ni berbeza. Ada sebilangan orang meletakkan Islam itu sebagai ibadat, ada yang katakan ia nya sebagai sistem sahaja dan macam-macam lagi.

Maka bawakanlah mereka kepada kefahaman yang benar. Selari dengan yang dipandukan oleh Rasulullah Yang baru-baru ini digariskan oleh Sheikh Hassan Al-Banna. Jadi teruskan tarbiyah anda ya du'at. Teruskan da'wah anda ya du'at.

Sumber: cetusanminda.wordpress.com

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010