Dari Kosmo Online.
GAZA - Seorang askar Mesir terbunuh manakala empat penduduk Palestin cedera dalam satu pertempuran bersenjata semalam semasa satu perhimpunan diadakan bagi membantah pembinaan tembok antipenyeludupan di sempadan Gaza.
Keganasan itu merupakan yang paling serius melibatkan pentadbiran Mesir dan pasukan Hamas sejak Kaherah mula membina tembok besi bawah tanah sebulan lalu bagi mengekang penyeludupan senjata dan barangan melalui terowong-terowong bawah tanah ke Gaza.
Di sempadan Mesir, beberapa pegawai keselamatan berkata, askar berusia 21 tahun itu maut terkena tembakan yang dilepaskan dari bandar Rafah di sebelah Palestin.
Saksi-saksi di Gaza memberitahu, beberapa anggota polis Hamas melepaskan
Beratus-ratus penduduk Palestin keluar bagi membantah pembinaan tembok itu yang digelar sebagai 'tembok maut'.
Beberapa saksi menyatakan berpuluh-puluh penunjuk perasaan membaling batu ke arah askar-askar Mesir yang kemudian melepaskan tembakan sehingga mencederakan empat penduduk Palestin. - Reuters
Wan2day - Ya Allah, kau bukakanlah dan lembutkanlah pintu hati pemimpin Mesir serta seluruh pemimpin2 negeri2 Arab. Detikkan dihati mereka di atas kesengsaraan saudara seIslam mereka di Palestin. Hambamu memohon kekuatan ke atas umat Islam di Palestin, berilah kemenangan dalam mereka mempertahankan agamamu juga Masjid Al Aqsa.. Amin
No comments:
Post a Comment