Wednesday, January 13, 2010

PALESTIN : Bandar moden Palestin mula dibina.

Dari Kosmo Online.

Bandar moden Palestin mula dibina


SEORANG pekerja melakukan kerja-kerja mengukur tanah dekat Kampung Atara, Palestin pada Rabu lalu.


ATARA, Tebing Barat - Sejumlah pekerja pembinaan mula melakukan kerja-kerja memecah tanah dalam projek yang diharapkan bakal menjadi sebuah bandar raya Palestin moden yang pertama dan terancang di sini.

Usaha itu, kata beberapa pegawai Palestin, akan menjadi langkah pertama yang akan membantu membina sebuah negara merdeka.

Kawasan yang mahu dimajukan itu dikenali sebagai bandar raya Rawabi.

Namun, rancangan tersebut menimbulkan tanda tanya ekoran kebuntuan proses damai dengan jirannya, Israel.

Tanpa kelulusan daripada pemerintah Israel untuk membina sebatang jalan raya di kawasan itu, ia mungkin menyebabkan projek bandar Rawabi bernilai AS$500 juta (RM1.67 bilion) tidak dapat disiapkan dengan lancar seperti mengikut jadual.

"Kami mampu membina bandar raya tetapi timbul persoalan, bagaimanakah penduduk di sebuah kota yang tidak mempunyai sebatang jalan keluar?" kata pengarah urusan sebuah syarikat yang mengendalikan projek itu, Bashar Masri.

Sejak awal bulan ini, ramai pekerja memecahkan bukit berbatu dekat sebuah perkampungan di Tebing Barat yang akan menyediakan 40,000 penduduk Palestin dengan kediaman mengikut gaya Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dimajukan firma hartanah Bayti Real Estate Investment Co. di Ramallah

dengan dibiayai syarikat Qatar, Diar Real Estate Investment Co. dan Massar International berpejabat di Ramallah serta dijangka mula diduduki pada 2013.

Bashar enggan mendedahkan harga kediaman tetapi beliau berkata 5,000 unit kondominium mampu dimiliki dengan bayaran bulanan serendah AS$400 (RM1,337) sehingga AS$700 (RM2,339). - AP


Wan2day - Semoga berjaya dan dipermudahkan urusan dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Yang mengukur tu budak office aku kahh???..huhu


No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010