Tuesday, September 28, 2010

SAKIT - Kenapa dengan Wan..??


Syukur Alhamdulillah..

Itulah ungkapan wajib yg tidak ternilai. Sesungguhnya Allah lah Maha Kaya dan Maha Kuasa. Inilah posting yang dikeluarkan, bertujuan menjawab persoalan2 yang bermain difikiran buat saudara mara, rakan2 dan sahabat2.
Asalnya perkara ini tidaklah segah seperti yang dihebohkan, hanya silap sedikit membuat kenyataan yang mengundang seribu persoalan apabila ianya di keluarkan di WALL Facebook aku. Maka bertalu2lah persoalan yg timbul. Baik dalam Facebook juga melalui telefon.

Sebenarnya aku ingin kongsikan untuk semua, walaupun sakit ini bukanlah seteruk sakitnya jantung atau sakit2 yang kuat bahkan ianya jadi mainan bualan mahupun perkara malu khasnya buat kaum lelaki. Aku sebenarnya telah mengalami sakit Hernia selama lebih 5 tahun. Ada orang masih keliru dengan Hernia dan angin pasang. Sakitnya seolah2 sama, tapi ada sedikit perbezaan. Sila rujuk sini. Sepanjang aku mengalami sakit Hernia ini, jarang sekali rasa sakit. Cuma kurang selesa. Sekiranyan ia dibiarkan berlanjutan, pasti ianya membawa kepada kematian. Langkah yang aku ambil ini adalah langkah terakhir, iaitu dengan melakukan pembedahan. Menurut kata doktor, usus yang terlunjur itu akan di betulkan atau dimasukkan kembali pada tempat asalnya. Di mana tisu yang menampung usus tersebut telah pun terkoyak, dan sebab itu ianya telah terlunjur keluar di bahagian kemaluan.

Akhirnya pembedahan kecil telah selamat dijalankan. Kalau diikutkan hati, segala jarum, darah dan bedah amatlah merisaukan jiwa raga aku. Semua itu membuatkan aku berfikir beribu kali untuk melakukan pembedahan. Namun di atas kekuatan yang Allah limpahkan, sedikitpun aku tidak rasa takut untuk berdepan dengan pembedahan ini. Aku meletakkan semua pergantungan aku kepada Allah semata2.

Yang penting kita harus ingatkan diri tentang "Ingatlah 5 Perkara Sebelum 5 Perkara" Salah satunya sihat sebelum sakit. Betapa susahnya kita bila Allah beri ujian sakit. Dan dengan sakit jugalah kita akan kenangkan Allah. Dan mulut tidak putus dengan kalimah Allah. Namun di manakah kita di kala waktu kita sedang sihat. Kita biarkan dan abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yang patutnya di waktu sihat maka banyaklah masa terluang dalam mengabdikan diri pada Allah. Ada juga orang imannya yang tinggi bersyukur dengan nikmat sakit.

Semoga apa yang disampaikan ini mendapat jawapan yang masih dalam persoalan. Aku sedikit pun tidak rasa malu dengan posting yang dikeluarkan ini. Aku mengharapkan agar perkongsian ini membawa manfaat buat kita semua. Yang lemah dan buruk dan daifnya ini datangnya dari aku yang tiada daya kekuatan. Dan baik lagi hebatnya datangnya dari Tuhan Pencipta Alam, Allah Yang Esa.

INGATLAH..SIHAT SEBELUM SAKIT


1 comment:

along said...

doakan anda semoga cepat sembuh, tq atas post yg bguna

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010