Hari ini Sabtu 1 ogos 2009 merupakan satu lagi perhimpunan 'HALAL' yang tiada undang-undang bagi demonstrasi aman ini yang menyatakan himpunan suara rakyat untuk memansuhkan akta ISA serta penghantaran memorendum untuk Istana Negara. Namun sehingga jam 12.00 tghari tangkapan sudah dibuat melibatkan hampir 100 orang awam yang memakai baju merah dan hitam. Posting ini dibuat bukanlah untuk menceritakan tentang himpunan ini, tetapi lebih kepada abang2 dan kakak2 polis kita..
Sebabnya..?? Bila diperhatikan lebih kurang atau sama banyak polis dengan peserta2 yang berhimpun ini yang mengawal venue2 yang ditetapkan. Cuba fikirkan balik, himpunan ini bukan lah satu himpunan untuk melakukan rusuhan atau provokasi tapi hanyalah suara rakyat untuk menghapuskan Akta Isa ini untuk disampaikan pada Istana Negara. Itu je..Gile beb, kena tangkap tak tentu pasal lawyer tak boleh pakai, tau2 kena dakwa kat mahkamah. Ntah yang kena tangkap tu betul ke salah nya. Senang cerita Akta Serkap Jarang la. Tak payah la polis-polis ini nak sembur air ke, bom pemedih mata ke, sekadar untuk mengawal dah la. CONFIRM !! Penyokong Anti IsA tidak akan melakukan rusuhan, provokasi atau merosakkan harta benda awam, melainkan geng2 uniform ni yang mula dulu. Diorang masih dalam kumpulan dan bergerak perlahan-lahan menuju ke Istana Negara. Ingat kisah perhimpunan BERSIH..? Clear beb.. Yang provoke pun geng2 ni la..
Berbalik pada abang2 polis dan kakak2 polis, andaikata la pihak atasan polis memberi arahan dengan melibatkan jumlah besar anggota2 polis seperti berlakunya dalam pengawasan perhimpunan ini, letakkan anggota2 polis ini mengawal semua tempat2 risiko-risiko jenayah tinggi bagi mengelak sebarang jenayah..Oiii..takkan polis yang ramai jaga orang berhimpun yang tanpa buat apa2 salah geng2 polis boleh tak boleh nak banteras jenayah..
Kak oi..dok rilek apa, peragut belambak dlm KL tu..
Tangkap pakcik2 tua, makcik2 tua, kaum wanita boleh la, padahal geng2 jahat dok bermaharajalela juga. Tempatkan saja polis2 yang ramai ini di kawasan jenayah2 tinggi.. BUAT HARI-HARI !! Baru la orang ramai rasa tenteram dan selamat. Peragut2 pun tak berani nak sentap beg orang.. Ni tak, meramaikan lagi orang yang berhimpun..
Semua ini salah siapa?? Tanya pemimpin sekarang la.. Hampeh..
-wan2day-

No comments:
Post a Comment