Saturday, August 1, 2009

USRAH : PERJUMPAAN PEMUDA HALUAN PERAK


Kata-kata dan penyampaian dari Akhi Amran Yeop..(Diringkaskan)

Apa yang Allah kehendak pada diri kita adalah mendapat hasanah di dunia dan akhirat serta berusaha menjadi orang mukmin dan mujahid kerana semua ini adalah untuk mendapat redha Allah. Orang yang melalui proses tarbiyah dan menghilangkan proses tersebut merupakan orang yang hilang takutnya pada Allah, sebabnya hubungan dengan Allah agak jauh. Sentiasa berusaha menjadi mukmin terbaik. Kita perlu menjadi setiap hari sebagai modal (ibadah) untuk berjihad untuk meningkatkan kualiti diri. Tapi hendaklah dengan azam yang kuat maka kualiti akan meningkat sehari demi sehari. Walaupun kemajuan untuk mendapat kebaikan itu agak perlahan, adalah sebaik-baik amal adalah secara berterusan. Usaha-usaha dalam pembersihan jiwa tidaklah boleh berubah dengan sekelip mata kecuali dengan tarbiyah Islamiyah dan mengambil masa yang lama. Proses tarbiyah hendaklah dilakukan secara berterusan tanpa henti sehingga ke ahkir hayat. Yang utama, perbetulkanlah niat dan hubungan dengan Allah sentiasa dipelihara.

-wan2day-

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010