Sunday, August 30, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan tahun ini berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan, mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir Ramadhan. Tatkala seluruh umat Islam yang berpuasa masuk hari ke-9, kelihatan surau-surau dan masjid-masjid semakin dijauhkan oleh pengunjungnya tidak seperti pada awal Ramadhan yang lalu. Isu ini adalah perkara lumrah atau biasa bagi tiap2 kalinya apabila menyambut Ramadhan. Ghairah, semangat dan girang pada awalan bulan Ramadhan. Apakah menjadi penyebabnya?? Sedangkan syaitan dan iblis telah dibelenggu yang bermakna kekurangan godaan dan hasutan dari mereka ini. Nyatalah nafsu yang mengawal akan diri kita, kerana kita sering sekali kecundang dan dikecewakan oleh nafsu dan kehendak kita sendiri. Aku sering berpesan pada diri sendiri, ingatlah dan sedarlah bahawasanya Ramadhan yang
bermakna,menguntungkan dan paling istimewa ini hanya hadir pada setahun sekali selama sebulan. Yang mana Allah menjanjikan ganjaran-ganjaran yang cukup hebat berbanding ganjaran pada bulan dan amalan2 lain. Kita lebih cenderung dan berpusu-pusu untuk mendapatkan ganjaran dunia dengan jualan2 murah dan barang2 yang menarik. Di manakah persepsi kita yang mengatakan kita ini seorang Muslim?? Cukupkah dengan berpuasa shaja, sedangkan mata,telinga dan mulut masih tidak berpuasa?

Menyingkap kembali khutbah Jumaat pada Ramadhan thn 2008, di mana khatib merasakan kekecawaan bagi kalangan umat Islam pada bulan Ramadhan. Beliau menyebut, Kenapakah pada bulan Ramadhan, pada siangnya kita bekerja dan berpuasa tetapi malamnya kita boleh berterawih hingga ke rakaat 8 bahkan ada yang rakaat 20?? Sedangkan bulan2 yang lain, siangnya kita tidak berpuasa bahkan cukup dengan makan minumnya serta bertenaga, tetapi malamnya surau dan masjid sepi kurang berpenghuni.. Di mana silapnya kita.. Sempena bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, ambillah peluang mendekatkan diri dengan Allah. Hidupkan suasana Islami dan berkat Ramadhan dengan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Ampunkanlah segala dosa2 hamba2 mu ini yang lalu, kerna engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun dan engkau berilah hambamu ini peluang untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang..

-wan2day-

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010