Tuesday, October 26, 2010

SUKAN - Futsal Tarbawi ..!!


Futsal permainan sensasi waktu ini..

Dahulunya pada permulaan permainan futsal diperkenalkan, sesetengah orang mengatakan ianya sukan bermusim. Namun sekarang, realiti ini sangat berbeza apa yang dikatakan. Serata pelusuk bumi Malaya tumbuh bagaikan cendawan berkembang. Setiap daerah akan lahirnya gelanggan futsal yang baru. Sehingga kadangkala setiap gelanggang dipenuhi saban hari hingga ke awal pagi.

Inilah kegilaan anak muda masa kini. Secara automatiknya, futsal juga melahirkan ramai pemain2 semulajadi hasil dari permainan futsal. Aku sendiri 3 bulan direhatkan untuk bermain futsal. Alangkah sakitnya sendi tanpa berfutsal. Begitulah penangannya...

Namun, setakat manakah futsal ini kita babitkan diri dalam mencari redha Allah..?? Adakah kita terfikir..? Kita mudah melahirkan pemain2 berkualiti melalui futsal. Tidak terfikirkah kita melalui futsal juga boleh menyalurkan dakwah. Pendekatan melalui futsal adalah salah satu platform baru bagi mendekati golongan anak muda atau jiwa membara ini untuk bergerak dalam berdakwah. Futsal jugalah majoriti pemainnya adalah dari Muslim sendiri. Sudah berapa banyak hiburan karut yang telah ditarbiyah kepada kita. Inilah peluangnya untuk kita mencuba mendapatkan sebanyak mana kesan dakwah untuk melahirkan pemain futsal yang mempunyai kualiti Islam, bukan kuantiti yang tinggi jumlahnya.

Ini adalah sebahagian cita aku atau impian yang mustahil untuk kita laksanakan. Bahkan rasa ianya cukup sukar, namun aku mengharapkan pergantungan Allah semata-mata. Yang penting matlamatnya semestinya jelas. Berfutsal dalam memburu MardhoTillah. Ini adalah projek Long Term. Bahkan projek ini mestilah berkekalan, sebab melalui proses tarbiyah mestilah secara berterusan.

Strategi aku..  

Kita merancang, Allah pun merancang,,namun sebaik- baik perancangan adalah perancangan Allah Taala.

Aku mencitakan akan terdirinya satu pasukan aku sendiri yang ratanya pemain mesitlah berumur 16 thn ke bawah.Umur belasan tahun ini amatlah membara dalam memburu sesuatu perkara. Waktu inilah perasaan ingin mncuba mereka akan sentiasa terlonjak-lonjak. Aku pernah mengendalikan satu pasukan futsal bawah 17 tahun. Ianya merupakan sebahagian pengalaman untuk aku pelajari.

Sepanjang aku bersama mereka, ketaatan dan kepatuhan mereka pada ketua atau jurulatih amat tinggi. Tapi tidak pada guru yang mengajar mereka. Tidak juga pada tok guru yang mengajar mereka mengaji. Mereka berkeinginankan futsal. Mereka sukakan futsal. Masa dan arahan latihan, mudah mereka fahami dan turuti. Inilah yang aku cuba sampaikan, aku ingin mengambil kesempatan di atas keghairahan mereka. Cuba bawa mereka secara perlahan atau sedikit-sedikit unsur Islamik dalam sukan. Konsep tetap bermatlamatkan futsal, namun disebalik matlamat itu kita lencongkan ke arah pembentukan Muslim atau dakwah secara tidak langsung.

Projek ini memerlukan dana yang cukup. Perlukan sokongan kewangan, bukan untuk aku, tapi merupakan sumbangan jihad dalam usaha menjiwai dan membentuk pasukan futsal dalam mencari redha Allah. Aku ingin membawa jiwa muda ini ke mana saja asal ada pertandingan futsal yang dianjurkan. Walaupun kami satu pasukan, kami merupakan jemaah kecil. Disebalik apa yang kita buat dalam latihan atau perjumpaan, aku cuba selitkan elemen2 dakwah. Aku cuba 'perangkap' mereka dengan adakan usrah mingguan. Salah satu proses jiwa dan hati perlu di 'gasak' setiap minggu. Tidak cukup dengan khutbah Jumaat.


Memang usaha ini mustahil. Aku yang sememangnya peminat no 1 futsal, mengharapkan keajaiban dari Allah. Usaha aku ini aku iringkan dengan tawakkal. Yang penting istiqamah dalam berdakwah yang paling asas. Kita tidak mengharapkan pembentukan ini daripada kekuatan aku seorang, tetapi kekuatan dalam jemaah dari sahabat2 bahkan kawan2 yang mainkan peranan. Biarlah kejayaan dalam menghasilkan jiwa muda ini bukanlah dari segi kuantiti tapi dilihat dari segi kualiti. Dari 10 orang, aku mengharapkan 4 atau 5 orang malah untuk diri aku sendiri berjaya mendapat kesan dakwah dan tarbiyah ini. Bahkan mereka ini, lebih baik dari apa yang mereka lalui.

Usaha sedang dijalankan, doalah yang terbaik dalam usaha ini. Mudahan kita semua memperolehi ganjaran yang dijanjikan Allah.

Sekiranya dengan izin Allah ianya berjalan dengan lancar, Insyaallah aku updatekan perkembangan semasa.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010