Tuesday, June 30, 2009

CARREFOUR MILIK ISRAEL



Koor Industries Ltd, sebuah perusahaan BUMN Israel diberitakan akan mengakuis isi jaringan supermarket Carrefour Prancis. Koor mengumumkan rancangan itu setelah pihak pengarahnya sepakat untuk mengambilalih Carrefour Prancis awal tahun depan.

Web Bisnis.com mengulas berita di Flexnews menyebutkan, selama ini Koor Industries sudah memiliki 1,76 juta saham atau sekitar 0,25 persen kepemilikan perusahaan Carrefour Prancis, yang tercatat sebagai perusahaan retailer terbesar kedua di dunia itu. Dan Koor diberitakan akan mengeluarkan dana sekitar 886 juta dollar untuk peralihan tersebut. Koor yang dimiliki pengusaha di Israel bernama Eli Hurvitz ini, sudah membuat perjanjian prinsip dengan HSBC yang akan menambah pinjaman sebesar 300 juta euro pada perusahaan Koor untuk keperluan perpindahan itu.

Jika peralihan ini terwujud, maka di Malaysia akan beroperasi sebuah perniagaan milik Israel. Padahal Malaysia sampai sekarang ini tidak menjalin hubungan diplomasi dengan Israel dan Malaysia belum mengiktiraf kedaulatan negara Yahudi itu. Terlebih lagi, isu Israel sangat sensitif bagi Muslim Malaysia, karana penjajahan dan penindasan rezim Zionis itu terhadap bangsa Palestin.

Perusahaan Carrefour yang berdiri sejak tahun 1959 ini memiliki jaringan yang luas di berbagai negara, mulai dari Eropa, Amerika dan Asia antara lain di negara Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Agaknya bagaimana pendirian kerajaan Malaysia jika Israel mengambil alih kepentingan dalam Carrefour. Meungkinkah kita terpaksa mengkayakan lagi Israel dan secara tidak langsung membela mereka. Fikir-fikirkan lah..

Dari belacansedap.

Read More...

PENGUMUMAN


Salam..nampaknya blog ini masih lagi dalam proses membaikpulih, usaha2 sedang dijalankan serta posting2 terbaru tetap disiarkan buat tatapan pengunjung blog ini..Hiraukan saje header blog ini yg blogger wan2day sendiri pun pening..

Read More...

Friday, June 26, 2009

10 LALUAN MENUJU AKHIRAT

Oleh : Hazlan hj. Mohammad

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?



LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.


Read More...

Thursday, June 25, 2009

AKTIVIS AMERIKA ADAKAN KEMPEN BOIKOT PRODUK ISRAEL


Pada hari Sabtu, 20 Jun, kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Don’t Buy Into Apartheid-QUIT (Queers Undermining Israeli Terrorism) berkumpul di Trader Joe di Oakland dan San Francisco, Amerika Syarikat bagi menuntut pemberhentian syarikat-syarikat pasaraya dari menjual barangan Israel.



Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan

Para aktivis membuang produk buatan Israel dari rak-rak jualan sebagai satu protes dan isyarat keapda para pelanggan untuk tidak membeli produk Israel. Mereka juga bertemu dengan pengurus-pengurus kedai dan memohon agar mereka memaklumkan kepada ibu pejabat mereka bahawa mereka tidak lagi membekalkan produk-produk buatan Israel, seperti herba dan keju. Tindakan-tindakan serupa telah diadakan di Pittsburgh, Pennsylvania, Seattle, Washington, dan Sacramento, California. Aktivis tersebut telah mendapat inspirasi bagi mengadakan kempen tersebut setelah mengetahui pendekatan tersebut dilakukan oleh aktivis dari Wales dan Perancis.

Salah seorang pengurus yang bekerja di Trader Joe memberitahu aktivis-aktivis itu, “Jika anda meyakinkan pelanggan-pelanggan kami untuk berhenti membeli produk Israel, kita akan berhenti menjual kepada mereka.”

Kumpulan aktivis ini memberikan kupon-kupon untuk para pelanggan kepada petugas juruwang di situ agar mengagihkan kepada pelangan mereka untuk tidak membeli produk Israel. -

Menurut Sunaina Maira, Profesor Madya dari Asian American Studies at University of California-Davis, Israel merupakan antara Negara yang mengamalkan polisi penghapusan etnik dan dasar aparteid, dan masih meneruskan pelanggaran resolusi-resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga hari ini. Pemulauan produk mereka adalah satu strategi yang berkesan dan tidak ada unsur keganasan. Melalui pendekatan ini akan dapat memberi tekanan kepada mereka bagi mematuhi undang-undang antarabangsa.”ei

Dari haluanpalestin.

Read More...

Wednesday, June 24, 2009

MAKSUD SEBENAR...


cuba renungkan sejenak
mungkin ramai tidak mengetahui perkara ini
jom !!! bongkar !!


Read More...

Tuesday, June 23, 2009

PERUBAHAN WAJAH

Dalam masa terdekat ni akan ada tranformasi seperti kancil kepada proton...hahah...tunggu..

Read More...

MODEN TAPI BENGONG












By ZAMRI'S kecik's

Read More...

Monday, June 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA


Imbas kembali kisah-kisah silam waktu kecil hingga ke hari ini.. Dikalangan adik beradik yang ramai, aku salah sorg anak yang selalu buat ayah angin satu badan. Ayah ibarat ada penggerun, dalam Islam itu sendiri bila ayah seorang yg tegas dan anak2 rasa gerun dan takut dengan ayah adalah bakal menjadi anak yang soleh..tapi entah la, memang jenis degil agaknya aku ni. Yang dikata gerun, bila tiba waktu solat subuh kalau mak datang kejutkan bangun solat siap dengan goncangkan badan pun kami buat tak endah, rasa sedap dan nyaman je tidor tu. Agak ayah balik surau solat subuh je, dengan berdehem atau kedengaran langkah kaki ayah je, kami ada gear automatik dengan segera dan sepantas kilat bangun dengan rasa segar dan ceria..mungkin inilah satu yang dikata penggerun tu..hehe.


Bila selalu je kena pukul dan marah, timbul kat hati rasa fed up, geram,benci dan rasa plak ayah dah tak sayangkan aku lagi. Sampai terdetik hati rasa hendak meninggalkan rumah..tu kira ganas la tu..

Tapi bila hidup dah rasa dewasa dan matang, rupa2nya semua yang aku alami sebelum ini adalah kesan atau bagaikan didikan sedangkan aku waktu itu hanya memikirkan seronok..seronok..seronok..rupa2nya pukul dan marah bukanlah tanda benci dan geram, tapi adalah didikan yang penuh berhikmah. Sehingga ke hari ini, aku merasakan yang memberi contoh pada aku adalah ayah aku hingga timbul dialah seorang idolaku..yang penting didikan agama adalah didikan paling atas yang ayah letakkan pada kami. Boleh dikatakan semua adik beradik aku adalah lepasan sekolah2 agama, cuma aku lepasan sekerat jalan..hehe...

Aku doakan semoga ayah mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat serta terima kasih segalanya yang telah ayah curahkan selama ini..


-wan2day-

Read More...

Sunday, June 21, 2009

IKLAN LAGI..

Simbolik mancing...benda dah lama, aku je rasa baru..hehe..

><{{{(' > < ')}}}><

Read More...

IKLAN PERINGATAN


- Bila hati itu mati , sering berbicara dengan nafsu -

..segala tindak tanduk , di persoaljawabkan dengan kata-kata nafsu tanpa memikirkan iman dan hati diutamakan, akibatnya merugikan diri sendiri..

Fikir2kan..

-wan2day-

Read More...

SEMOGA MENDAPAT HIDAYAH


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?


Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam.

Read More...

Friday, June 19, 2009

GAMBAR-GAMBAR MALAIKAT?




Gambar ini diterima melalui email. Aku tak berhasrat nak mengulas dengan lebih lanjut mengenai gambar-gambar ni, tapi korang boleh baca teks yang disertakan.

Wallahua'alam....... Salam,
Gambar nie diceritakan sendiri pada aku oleh jurugambar yang amik gambar nie.
Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).
Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.
Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.
Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.
Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..
Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .
Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..
Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.
So, kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.
Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......
Panjang2 kan lah email nie.....
Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...
Wallahualam. ..

Read More...

Thursday, June 18, 2009

TANDA-TANDA MATI









Sebagai org islam.. mengingati mati adalah sunat... tetapi meminta mati adalah berdosa..



Berkaitan dengan kematian... marilah sama2 kita renungkan ...tanda2 sblm mati...

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. wallahua'lam.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak...

Dari http://malaysiasensasi.blogspot.com

Read More...

Monday, June 15, 2009

KARNIVAL FUTSAL HIDUP BOLA

Pada 13 Jun 2009 berlangsungnya pertandingan futsal bawah 16 thn yang bertempat di MP3 Futsal di Manjung. Pasukan ini telah mendapat suntikan dari hasil tangan aku sendiri..hehe..nama team pun budak2 ni letak nama 'HUNG HING FC'..kalau sebut laju2, sengau bunyinya..haha.. Pasukan ini didirikan gabungan pelajar2 sekolah yang terdiri dr sekolah Ampang, G Rapat, Teknik dan MRSM..


Team ni kira underdog la. Lebih kurang seminggu dorg training dgn 'jurulatih' dorg ni, ada sedikit nampak peningkatan dan yang penting kesungguhan dan semangat anak2 muda ni.. Akhirnya hasil berbaloi hingga pusingan Suku Akhir je.. kira hampir dengan target yg 'jurulatih' harapkan utk ke Semi Final.. Sekadar tu je rezeki Hung Hing Fc.. kredit diberikan untuk Irfan GK dan Zarib.

Peringkat Kumpulan

Hung Hing Fc 1 - Remaja VCB 2
Hung Hing Fc
2 - AdaOng 0
Remaja VCB 1 - AdaOng 5

Peringkat Kalah Mati

Hung Hing Fc 3 - CT Nurnilam 0

Peringkat Suku Akhir

Hung Hing Fc 0 - Sri Remaja 3


Jersi yg 'tuah'..hehe


Dgr kata 'jurulatih' tu..


Milik kami..hehe


Tahniah kpd semua pemain2 yang memberi perhatian sewaktu latihan dan sepanjang pertandingan. Mungkin kita cuba untuk pertandingan akan dtg..

-wan2day-

Read More...

Wednesday, June 10, 2009

TOLONG SEDARKAN DIRI ANDA


Sedih, simpati, geram, bimbang dan mcm2 perasaan lagi.. Manalah sensitiviti kita sebagai umat Islam?? Bila di tv dah tak main isu Palestin, umat-umat melayu kononnya Islam kemaruk gila babun kt McD, KFc dan produk-produk lain yang perlu diboikot. TV pun baik punya iklankan produk-produk yahudi laknat ni..WAHAI UMAT ISLAM...TAK TERASAKAH KITA SAUDARA ISLAM DI PALESTIN HARI-HARI DOK KENA BUNUH MCM PIJAK SEMUT..??KITA KAT SINI DOK BUAT JAKUN DOK PELAHAP BENDA2 YAHUDI PUNYA.. APA LA KITA NAK JAWAB KAT ALLAH NANTI, SAUDARA-SAUDARA KITA DIBUNUH DIKALA MEREKA MEMERLUKAN KITA..NAK HARAP KITA PI PALESTIN UTK BERPERANG, KIRIM SALAM..NAK HARAP KITA HULURKAN BANTUAN, BERAT TANGAN..NAK HARAP KITA MEMOHON DOA UTK KEKUATAN RAKYAT PALESTIN, JAUH PANGGANG DARI API...DAH TU APA YG KITA BUAT..??? DEPA PUNYA PASAI, LANTAK PI...ASTAGHFIRULLAH..BODOHLAH KITA NI...

Apa agaknya kalau depa tu saudara kandung kita??

Ampunkanlah dosa hambamu yang daif lagi hina ini, yang sentiasa melakukan kemungkaran dan kemaksiatan padaMu dan terhadap umat Islam yang lain..

-wan2day-




Read More...

Sunday, June 7, 2009

DULU DAN SEKARANG

Ada seseorang bg email ni kat aku, buat bahan dlm blog aku ni dikala panas malam..panas wehh malam..sikit-sikit tu ada kena juga..

Perkara

Sebelum Kahwin

Selepas Kahwin

1. ANGKATKAN BEG

Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...

Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU

'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'

Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3.. PAKAI SEXY

Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!

'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC

Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!

Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN

U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...

Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN

Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN

U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.

Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX

Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.

Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN

Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang.. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?

Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN

Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM

Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap.. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK

Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)

Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN

Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?

You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT

Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai

Takpe la. Da biasa da!

15. BUANG ANGIN

You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Read More...

Monday, June 1, 2009

SELAMAT DILAHIRKAN



Alhamdulillah..aku dikurniakan lagi seorang anak, iaitu anak saudara atau senang difahami anak kepada adik aku Alang yang dilahirkan pada 28 Mei 2009 . Tahniah diucapkan dan semoga menjadi ibubapa yang sentiasa mendidik anak dengan baik dan penuh dengan nur islam. Namanya Firzanah Rusydina.. sempoi..

Read More...

OPAH OFFDAY



Untuk hari Isnin - Selasa Pusat Jagaan Kanak-kanak Opah Parit telah bercuti selama 2 hari. Jadi, aku dan isteri men'takeover' jaga anak kami, anak org jaga la sendiri..hehe. Alamatnya pejabat jadi tempat tempat asuhan plak. 'Bos' pun takda hal nak bawa anak, tu yang aku sayang 'bos' aku ni macam ayah sendiri..hahah..

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010