Monday, July 26, 2010

BERITA - UiTM juara Liga IPT


KAPTEN UiTM menerima trofi kejuaraan daripada Omar (kiri) selepas muncul juara edisi sulung Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010 semalam.


SEPERTI diduga, pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010 edisi pertama apabila mengalahkan pasu- kan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Turun sebagai pasukan pilihan, UiTM yang membariskan tujuh tonggak dalam skuad Harimau Muda B dan juga Sukan Malaysia (Sukma) XIII, jelas bukan tandi- ngan UKM pada aksi penentuan bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi itu yang baru diperkenalkan tahun ini.

Bagi UiTM pula, kejayaan ini juga sudah semestinya mengukuhkan lagi reputasi mereka sebagai pasukan terhebat di kalangan IPT, sekali gus menaikkan lagi imej universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan bola sepak IPT.

Pada aksi semalam, gol pertama UiTM dijaringkan Amirridzwan Taj (12) sebelum Fazrul Razi menambah gol kedua pada minit ke-37.

Manakala gol ketiga diperoleh menerusi jaringan sendiri pemain UKM, Muhammed Suffian pada minit ke-82.

Jurulatih UiTM, Omar Ali merupakan insan paling gembira dengan kejayaan anak-anak buahya itu yang disifatkannya sebagai membalas kepercayaan beliau terhadap kemampuan dan kualiti sebenar yang ada dalam diri pemainnya sepanjang kejohanan ini.

"Kami memang menyasarkan untuk menjadi juara kejohanan ini sejak dari awal lagi. Selaku pusat kecemerlangan sukan, UiTM perlu memenangi kejohanan ini.

"Saya berpuas hati dengan prestasi para pemain yang dilihat semakin menunjukkan peningkatan.

"Mengenai aksi malam ini (semalam), para pemain saya bermain agak perlahan selepas mendahului 2-0 tetapi saya bersyukur kami berjaya menambah jaringan, sekali gus memenangi kejohanan ini," kata Omar.

Sementara itu, jurulatih UKM, Sulai- man Hussin tetap gembira dengan pencapaian pasukannya yang tetap berjaya mencapai misi melangkah ke final meski- pun gagal menyekat kehebatan UiTM.

"Saya akui pasukan UiTM memang kuat dan berhak untuk memenangi kejo- hanan ini.

"Manakala bagi UKM, kejayaan layak ke final dianggap suatu pencapaian yang terbaik dan sudah tentu saya berpuas hati dengan apa yang kami lakukan."

Dengan berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010 edisi pertama ini, UiTM yang dinobatkan juara akan membawa pulang hadiah wang RM30,000 dan piala iringan.

Manakala bagi naib juara, UKM pula menerima hadiah wang tunai RM15,000.

Tempat ketiga kejohanan ini pula menjadi milik Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah menewaskan Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM'S) 3-1 menerusi penalti setelah terikat 2-2 pada pe- nentuan ketiga dan keempat di gelanggang yang sama kelmarin.

PKB membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala UiTM'S tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Anugerah penjaring terbanyak dimenangi Mohd. Faizuddin Manjur (17 gol), pemain terbaik final milik Fahrul Razi (UiTM) dan UiTM dipilih pasukan paling bersih.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd. Rahman.


Wan2day - Tahniah buat pasukan Uitm Fc dan tahniah juga buat pasukan UKM.. Tahniah sebab apa untuk UKM ni..?? Malam tadi aku sempat menonton perlawanan akhir diantara Uitm dgn Ukm yang berkesudahan Uitm menang 3-0.

Apa yang menarik perhatian aku, pasukan UKM yang rata2nya berpakaian menutup aurat atau memakai seluar tight. Dikatakan majoriti pemain memakai seluar tight. Isu ini bukanlah isu besar di mata kita, tapi kita boleh lihat sendiri di mana sensitif kita dalam menutup aurat. Lihatlah dalam Liga Super, Liga Perdana malah Liga Futsal yang boleh dikatakan ramainya beragama Islam namun berapa ramaikah yang menutup aurat. Kita boleh nilai sedikit walaupun isu ini sangatlah remeh dan kecil...

Ada orang terpesona dengan Islam sebab akhlak dan pemakaian Muslim itu sendiri..

Hidupkan roh Islam hatta beriadah..


Read More...

PALESTIN - Bintang bolasepak dan tennis akan menyertai Floatilla 2.

Sabtu, 24/07/2010 – Bintang bola sepak, Iker Casillas dan legenda tenis, Rafael Nadal mungkin akan menghulurkan tangan bantuan bagi menamatkan kepungan Gaza, lapor akhbar al-Hayat yang berpusat di London hari ini.

Kepungan ini dilakukan oleh Israel sejak tahun 2007 selepas parti Hamas dipilih secara demokratik. Bintang sukan itu mungkin akan menyertai Flotilla Freedom 2 dengan lebih banyak kapal bantuan dijangka terlibat ke Gaza awal musim panas ini. Bantuan kemanusiaan pada Mei lalu terhenti seketika apabila sembilan anggota Flotilla maut di tangan tentera Israel.

sumber : PNN
penterjemah : hijjaz

Read More...

Friday, July 23, 2010

PALESTIN - Kejadian-kejadian misteri di Perang Gaza


Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan lautan Mediteranean, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.

Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini. Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Israel membuat pelbagai sekatan supaya rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan senjata, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki militer terkuat di dunia ini tidak mampu menguasai Gaza.

Dunia juga menyaksikan bagaimana kapal-kapal bantuan dari negara lain dihalang dari memasuki Gaza.

Umat Islam yang peka risau tetapi negara-negara kuasa veto buat tak tahu malah bersengkokol dengan Israel. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga seperti malu-malu alah dengan Amerika kecuali dua Perdana Menteri yang lantang menyelar Israel dan Amerika iaitu Mahmoud Ahmadinejad, PM Iran dan yang terkini PM Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Photobucket
Recep Tayyip Erdogan menyelar hebat Israel secara depan Shimon Peres di World Economic Conference di Davos sebelum meninggalkan konferen tersebut dengan lalu di depan Peres.

Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para Mujahidin mampu membuat “kaum pengganas” itu tidak dapat menguasai Gaza, walau mereka hanya dengan berbekalkan senjata-senjata “kuno”.

Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya “pasukan lain” yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumat mereka.

Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza
Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera Israel itu malah marah dan memukulnya hingga pemuda malang itu pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari pasukan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.

Suara Tak Bersumber

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

“Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam periuk api” kata pejuang tadi.

Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira periuk api itu tidak akan bekerja seoptimanya. Maklum, jumlah musuh amat ramai.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.

“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel meninggal terus. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”

Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.

“Kami menangis bukan karena khuatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya

Saksi Tentera Israel

Cerita tentang “serdadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa tentera pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Laman Al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih berjanggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”

Cerita ini menarik perhatian ramai penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?

Sudah meletup tetapi ranjau masih utuh

Semasa para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba ikut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.

Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah Ai Maghraqah. Semasa itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulung kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejak mereka. Bom pun dijatuhkan ke lokasi itu.

Nasib baik para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas.

Tak lama kemudian, beberapa kereta tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sahaja melintasi, kereta-kereta tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.

Apakan daya, kaum Mujahidin tak mampu berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara kereta-kereta tank Israel telah berkumpul di atas ranjau.

Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang bermaksud, “Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.

Setelah tentera israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Semasa pasukan Israel menembak peledak ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para Mujahidin rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.

Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa,”wahai dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”

Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para Mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu Wa Ta’ala (swt) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

Setakat ini dahulu admin ingin berkongsi keajaiban semasa Perang Gaza, admin ada lagi menyimpan cerita-cerita ini akan dikongsikan masa depan di isuhangat.

Mungkin ada di kalangan pengunjung isuhangat yang anti benda-benda miracle ni tapi ingatlah di dalam Islam kita wajib beriman dengan benda-benda ghaib ini.


Dari www. isuhangat.net

Read More...

Thursday, July 22, 2010

HALUAN - Lagu Rasmi Haluan

HALUAN terus mengorak langkah. MARS Haluan pencetus semangat buat sahabat semua..

Lirik : Tate Qomaruddin
Komposer : Ronny Rachmat
Penasyid : Shoutul Harokah
Studio : Kubu Studio... Lihat seterusnya..
Penerbit : ShouHAR Event Management

Haluan peneraju perubahan
Bina masyarakat berakhlak mulia
Berteraskan Islam Iman Taqwa dan Ihsan
Prihatin penyayang sedia berkorban

Chorus:
Haluan akan terus berbakti
Haluan tiada henti mengabdi
Haluan sentiasa berjuang
Haluan jayalah haluan

Haluan cergas tangkas dan kreatif
Jalin kehidupan yang penuh harmoni
Berakhlak mendidik dan berbakti
Melahirkan pemimpin sejati

Read More...

Wednesday, July 21, 2010

BERITA - Mufti Perak: Saya tidak berbohong

Dari Malaysiakini. (Komen di bawah)

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya hari ini.


Kedua-dua naib presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu berkenaan.

Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.

Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.

"Saya pun tidak faham...pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.

Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

- Bernama

Wan2day - Cuba perhatikan highlight yang pertama
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Apa yang meragukan di sini kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf MUFTI seolah-olah menunjukkan kesombongan atau riak. Mufti bukannya maksum, sepatutnya seorang mufti mestilah bersifat merendah diri, bukannya mengeluarkan kenyataan yang bersifat bangga diri .Sedangkan Nabi yang sememangnya maksum pun tak penah membanggakan diri atau merasa hebat bahkan lagi Nabi merendah diri seboleh2nya.

Highlight kedua :
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur. Kenapa mesti bila Melayu berpecah, Islam akan hancur..?? Bukankah bila Islam berpecah, Melayu yang akan hancur..?? Di mana keutamaan yang Mufti ni letak..?? Melayu dahulukah atau Islam kemudian..?? Di Malaysia ini, mentaliti orang kita meletakkan asas Melayu sebagai perpaduan rakyat dan kaum, sedangkan Islam itu adalah lengkap yang sepatutnya kita dahulukan. Bila Islam kita sempurna dan lengkap, dengan secara mudahnya Melayu bersatu atas dasar Islam..

Aku bukanlah hebat dari Mufti bahkan ustaz2 yang ada. Tapi aku terkilan apabila seorang yang diangkat sebagai Mufti sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Semoga Allah memberi perlindungan dan pelihara buat kita semua..

Read More...

AGAMA - 50 tanda-tanda orang munafik..

50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

  1. Malas beribadah kepada allah.

  2. Lupakan kepada allah.

  3. Lalaikan solat fardhu.

  4. Mempercepatkan mengerjakan solat.

  5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.

  6. Meninggalkan solat jumaat.

  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

  9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

  10. Mengamalkan riak.

  11. Hasad dengki.

  12. Dusta.

  13. Mungkir janji.

  14. Bakhil.

  15. Fitnah.

  16. Mencaci maki.

  17. Mengumpat.

  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

  19. Mengengkari Takdir allah.

  20. Mempersendakan kesucian Agama.

  21. Enggan berjihad dijalan allah.

  22. Menghina sahabat Rasullah.

  23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

  24. Menangguhkan pembayaran Hutang.

  25. Menipu dalam jual beli.

  26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

  27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

  28. Memakan harta anak yatim.

  29. Membuka rahsia orang lain.

  30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

  31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

  32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

  33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

  34. Bermuka dua (talam dua muka).

  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

  36. Sombong antara sesama manusia.

  37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

  40. Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

  42. Menghianati sesuatu amanah.

  43. Memutuskan hubungan silaturahim.

  44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

  45. Menghalalkan perkara yang haram.

  46. Membuat kerosakan dimuka bumi.

  47. Menuduh orang beriman bodoh.

  48. Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

  49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

  50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

Dari http://www.ustaznoramin.com.

Read More...

BERITA - Banyak negara sudah tapis Internet

Dari Kosmo Online (Komen dibawah)


BAGI pengguna Internet di sesetengah negara, akses kepada laman web tertentu termasuk lucah sudah disekat.


KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.


Wan2day - Elok sangatlah tindakan kerajaan membendung atau membuat sekatan ketat mengenai penggunaan internet ni. Banyaknya yang tak baik dari internet. Namun banyak juga ilmu2 yang diperolehi dalam internet. Sekatlah yang mana buruk, banyakkan yang mana baik. Salah satu punca keruntuhan akhlak dan moral yang kritikal masa ini. Mencegah itu lebih baik dari merawat...

Read More...

Tuesday, July 13, 2010

BERITA - Sotong Paul akan bersara

Dari Kosmo Online.
(Komen dibawah)


PAUL berenang dekat replika trofi Piala Dunia di dalam
Akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman semalam.


BERLIN - Sotong kurita selebriti, Paul yang menjadi sensasi kerana meramalkan tujuh perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan bersara daripada membuat ramalan perlawanan bola sepak.

Menurut jurucakap Akuarium Sea Life du Oberhausen, Tanja Munzig, haiwan itu tidak lagi melakukan urusan ahli nujum.

"Ia tidak lagi membuat sebarang ramalan sama ada bola sepak atau politik, gaya hidup atau ekonomi.

"Paul akan kembali dengan pekerjaan lama iaitu membuat kanak-kanak gembira," kata Munzig.

Ramalan terakhir yang dibuat sotong itu ialah kemenangan Sepanyol ke atas Belanda.

Namun semalam, kakitangan akuarium itu yang menjadi tempat tinggal haiwan berkenaan menghadiahkan Paul dengan piala emas mirip Piala Dunia.

Semasa piala itu yang dihiasi dengan tiga kupang, Paul pada mulanya tidak menghiraukannya selama beberapa minit semasa ia dimasukkan ke dalam akuarium.

Akhirnya, sotong itu mengambil salah satu kupang dan memakannya di depan kamera televisyen.

Paul mendapat perhatian peminat bola sepak apabila ia meramalkan dengan tepat perlawanan melibatkan Jerman termasuk kekalahan skuad itu kepada Sepanyol.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan Sepanyol mahu membeli Paul dengan harga AS$38,000 (RM121,676) dan mahu menamakannya Paulo.

Ahli perniagaan itu mahu menjadikan haiwan tersebut sebagai maskot untuk satu majlis makanan yang besar.

Sebelum ini, sotong itu menjadi kemarahan penduduk Jerman dan Argentina yang mahu memakannya selepas dia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman dan Sepanyol menewaskan Jerman. - Agensi


Wan2day - Cukup time kena pencen la juga..kalau tak jadi lauk la jawabnya. Sotong 'hebat' kononnya memberi keputusan ramalan tepat untuk Piala Dunia 2010. Tiba2 nama si Paul Sutun ni melonjak naik, gara2 ramalannya. Rasanya team yang kalah atas ramalan sutun ni, mesti 30 % mental down tekanan keputusan sutun ni. Arhhh...jangan dok percaya sangat. Layan tengok boleh, jangan dok bergantung pada sutun ni. Kekuasaan Allah semuanya... Sutun Masak Halia Terbaik...hahaha

Read More...

Tuesday, July 6, 2010

PALESTIN - Perkongsian bermakna di Program Bicara Palestin


Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. tahniah buat HALUAN Perak dan Ajk Masjid Ghufran serta kerjasama dengan KBHI di atas menjayakan program yang gilang ini yang telah berjaya menarik pengunjung seramai hampir 300 orang. Diserikan lagi dengan tetamu terhormat yang tidak asing lagi Saudara Noorazman Ketua Misi LL4G dengan ucapan dan penerangan yang cukup mengkagumkan. Sedikit gambar sebagai cerita ringkas suasana di sana.

Diruang pameran. Disediakan oleh SU KBHI.



Aulad mengambil bahagian penjualan majalah HALUAN.


Majlis yang baru bermula..


Anak2 mengambil bahagian mnyampaikan Sajak Palestin.


Saudara Noorazman dari HaluanPalestin merangkap Ketua Misi LL4G.


Apa yang nak dikongsikan menurut cerita saudara Noorazman, sewaktu beliau berada di Rafah untuk masuk ke Gaza melalui sempadan Mesir, beliau menonton siaran tv Israel dimana seorang tentera Israel yang buta diwancara akan kisahnya. Mengikut kisah tentera Israel, di suatu kawasan di Gaza yang mana bangunan2 semuanya telah musnah yang boleh diibaratkan padang jarak..lapang.. Tentera Israel cuba masuk melalui kawasan tersebut dalam usaha untuk menyerang bumi Gaza habis-habisan. Namun sebaliknya berlaku di mana terdapat sebaris tentera yang berpakaian putih. Tentera Israel terus melancarkan serangan bertali arus terhadap tentera baju putih. Agak mustahil dan pelik, tentera2 tersebut dengan mudah mengelak setiap peluru yang dihadapi. Malah setiap serangan, tentera2 tersebut mara kehadapan hingga berhadapan dengan tentera Israel. Akhirnya, dengan lemparan pasir atau tanah oleh tentera berbaju putih terhadap tentera Israel yang mengakibatkan mata2 tentera Israel menjadi buta. Subhanallah..

Saudara Noorazman berpeluang bertanyakan pada penduduk di Gaza tentang tentera berbaju putih ini. Namun mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan tentera2 ini, malah mereka sendiri pernah melihat semasa peristiwa itu berlaku.

"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."
-Al-Insan A:30-

Ada juga peristiwa yang berlaku semasa sekumpulan Mujahid Palestin sedang memasang peluru roket untuk melancarkan serangan ke atas tentera Israel disebalik tembok kematian. Ajaibnya 2 peluru tersebut dengan sendirinya terbang menuju ke sasaran. Dengan izin Allah, peluru itu menepati tepat sasaran pada kem2 tentera Israel yang mengakibatkan 200 orang tentera Israel terkorban.

Mungkin ini adalah tentera bantuan Allah yang memberi pertolongan pada para Mujahidin serta rakyat Palestin. Dan sampai bila pun Israel tidak akan berjaya melenyapkan bumi Palestin, sebaliknya Israel yang akan hancur sehancurnya...

Sebagai peringatan !! Kalian semua amat2 digalakkan mengikuti ceramah2 mengenai Palestin dikawasan anda. Waktu ini, di mana2 sahaja pasti ada ceramah2 mengenai Palestin. Yang pasti, akan ada sentuhan hiba dan semangat jihad.. Mudah-mudahan kita berada golongan orang2 beruntung..


Read More...

Thursday, July 1, 2010

HEBAHAN - Program Palestin bersama Ketua Misi Noorazman.

ASSALAMUALAIKUM

PROGRAM PAMERAN & BICARA PALESTIN

BERSAMA
KETUA MISI LL4G SAUDARA NOORAZMAN MOHD SAMSUDDIN

PADA 4 JULAI 2010
JAM 5 - 10 MLM
BERTEMPAT DI MASJID GHUFRAN KG MANJOI, IPOH
ACARA : PKL 5 - PAMERAN DAN JUALAN AMAL
PKL 8 - BICARA PALESTIN BERSAMA AKHI NOORAZMAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR..

BERSAMALAH PALESTIN, PERTAHANKAN AL AQSA....

ANJURAN HALUAN PERAK, AJK MASJID GHUFRAN DAN KELAB BELIA HALUAN IPOH.

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010