Monday, October 26, 2009

SAKIT - mc lagi..

Erm.. hari ni merupakan detik membanggakan kerana dapat bergandingan dan berduet di atas platform mc..hahaha..akibatnya kami suami isteri dilanda sakit mata dengan mendapat mc 3 hari..sakit mata yang hasilnya dari puteri kami sorfina umairah yang terlebih dahulu kena sakit mata, alhamdulillah dia telah sembuh dengan izinNya. Doakan kami semoga sembuh seperti sedia kala..

Read More...

Thursday, October 22, 2009

HALUAN : MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DI PADANG

Email : Sahabat Haluan Pusat

Catatan 2 . MK Padang 2

Hari pertama 14/10/09 kami terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum.Kehadiran team Perubatan Haluan memang dinanti-nantikan. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan org dewasa.Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka tinggal hanyalah didalam khemah-khemah dan dibawah runtuhan atap zing.Bila hujan turun, keadaan yang menjadi lebih sulit.Makanan pula, mereka sudah puas memakan mee segera.Mereka inginkan beras.Sedangkan bila nak membeli beras mereka tiada wang.Bagi kanak-kanak apalah yang mereka tau, mereka tetap ceria dan ketawa.

Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang.Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung.Kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.

Ada ketikanya perlukan kesabaran yang tinggi.Mana tidaknya, selepas ubat diberi, ada yang minta punya ubat untuk ibu dirumah, lepas selesai, minta pula ubat cacing untuk anak. Terasa memang geram…tapi bila ingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mental setting dari perasaan geram kepada perasaan kasihsayang dan simpati.Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terimakasih pak…” dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas. Akhie Zailani (Ketua) sungguh cekap bagi mengurus perjalanan klinik.Beliau seorang yang berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusian. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan di Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sebuk menjadi jurugambar kami.

Apabila menjelang maghrib, klinik ditutup sebentar. Kami dipelawa untuk menunaikan solat maghrib dirumah seorang penduduk berhampiran dengan klinik.Nasibnya agak baik kerana rumahnya hanya mengalami beberapa keretakan kecil.Ana kagum cara dia melayan kami.Dari percakapannya bolehlah dibuat kesimpulan yang dia amat gembira dengan rawatan dari kami (orang Malaysia). Klinik kemudiannya diteruskan sehingga jam 10 malam. Seorang penduduk wanita datang mendekati kami. Dia merupakan antara yang aktif menguruskan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan. Dia kata “Kami sudah lama ngak senyum pak…tapi hari ini kami boleh tersenyum…” Dari raut wajahnya memang dia nampak ceria.Ana bertanya balik kenapa kata begitu.Dia jawab “ Sebab semua bapak disini baik-baik dan selalu tersenyum…kami senang sekali.” Terlintas difikiran, rupa-rupanya senyuman kita pun boleh menghilangkan stress dan membuat orang lain tersenyum

Sebelum berangkat pulang, seorang kanak-kanak menyelinap masuk menaiki kenderaan kami. Dia tidak mahu turun walau beberapa kali telah dipujuk. Semua orang ketawa melihat telatah budak itu. Kemudian kenderaan kami bergerak. Terasa sebak didada…kita kembali menuju kemewahan hidup. Sedangkan mereka terus tinggal diselimut penderitaan. Rumah tiada, makan pun susah. Siapalah yang sudi membantu mereka.Kita hanya bersimpati, tapi pernahkah kita menghulurkan sedikit wang untuk membantu mereka, melihat anak-anak menangis. hati terasa sayu.... Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasihsayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian.Teringatakan maksud firman Allah "Berangkatlah kamu sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah.." Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu berdoa kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.InsyaAllah kalau rajin jumpa lagi…

Read More...

Wednesday, October 21, 2009

Bayangkan Sejenak..

Bayangkan, Andaikan anda..

Hari Jumaat merupakan hari termulia bagi umat Islam. Secara rutinnya, hari Jumaat aku mengamalkan amalan2 sunat dengan memotong kuku, mandi sunat Jumaat, memakai wangi-wangian dan sampai awal ke masjid untuk beriktikaf.

Setiba aku di Masjid, kelihatan para jemaah masih berkurangan memandangkan masuknya waktu solat agak lambat, ruang2 masjid kelihatan banyak ruang kosongnya. Aku terus mengambil tempat mengadap betul2 dihadapan Mimbar khatib mudah-mudahan mendapat pandangan jelas serta menghayati khutbah yang disampaikan. Aku terlebih dahulu melakukan sunat tahiyyatul masjid dan diiringi niat berikitikaf.. Penggera jadual waktu solat telah berbunyi yang menandakan telah masuknya waktu solat sambil para jemaah mendiamkan diri bagi menghormati laungan azan yang diperdengarkan.

Pada waktu ini kelihatan masjid telah pun penuh dengan jemaah yang hadir untuk melaksanakan tanggungjawab wajib pada setiap Jumaat. Khatib telah pun naik ke mimbar khutbah, dengan nada semangatnya khatib menyampaikan dengan penuh penghayatan.

Sewaktu hendak memulakan solat Jumaat...
Sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam yang lengkap dengan bersenjatakan M16 sambil dikeliling pinggangnya terdapat beberapa butir bom tangan masuk ke dalam Masjid. Suasana cemas seketika, imam memberhentikan langkahnya untuk meneruskan solat. Terdengar juga suara kanak-kanak yang ketakutan, dan aku juga merasakan seperti masjid ini telah diserang atau dikepung oleh pengganas atau militan. Seorang lelaki yang merupakan seorang ketua bagi kumpulan itu berkata "Sesiapa yang tidak mahu dirinya dibunuh atau ditembak sila keluar dari masjid ini". Maka jemaah yang ramai tadi merasakan ketakutan amat sangat meluru keluar dari masjid bagi menyelamatkan diri. Riuh dan kelam kabutnya ketika itu.

Selepas daripada arahan itu, kelihatan sahaja imam, bilal dan beberapa orang jemaah yang masih tinggal dalam masjid tersebut. Ketua kepada kumpulan itu berkata pada imam "marilah kita teruskan solat, biarkan mereka sebagai orang2 munafik yang hanya takutkan akan mati dari takut akan Allah".

-Dari perisitiwa ini, cuba kita bayangkan di manakah tahap keimanan kita yang meletakkan Allah adalah segala-galanya, inilah realiti ummah sekarang. Umat Islam pada zaman ini adalah sangat ramai, tapi ramainya seperti buih-buih di lautan. Ramai dari segi kuantiti tapi kurang dari segi kualiti. Lihatlah di mana-mana, memang inilah suasana ummah pada hari ini -

-wan2day-

Read More...

Dahsyatnya Proses Sakaratul Maut

Email :Zailina Mahmud

Datangnya Kematian Menurut Al Qur'an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan resiko-resiko kematian. Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kokoh atau berlindung di balik teknologi kedokteran yang canggih serta ratusan dokter terbaik yang ada di muka bumi ini. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah",dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini(datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS al-Jumu'ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui(dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)



5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : "Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang" (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW : "Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?" (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW . Ka'b al-Ahbar berpendapat : "Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa".

Imam Ghozali berpendapat : "Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian,dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki".

Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. "Wahai manusia !", kata pria tersebut. "Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku."

Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeda untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.

Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezhaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah. Wallahu a'lam bis shawab.

Sakaratul Maut Orang-orang Zhalim

Imam Ghozali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim.. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pingsan tak sadarkan diri. Setelah sadar Ibrahim as pun berkata bahwa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.

Kisah ini menggambarkan bahwa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik paksa roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.

Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan)yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. (QS Al-An'am 6:93)

(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat lalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri(sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu.. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zhalim, si malaikat akan berkata, "Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! " Ketika itulah orang yang sekarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.

Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka".

Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zhalim di neraka, "Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka". Naudzu bila min dzalik!

Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa

Sebaliknya Imam Ghozali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum..

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan".. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat(pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki.. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, "Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak,bergembiralah dalam masa-masa menunggumu".

Wallahu a'lam bish-shawab.

Read More...

LIGA FUTSAL AHAD


Salam,

Satu pertandingan futsal yang dinamakan Liga Futsal Ahad yang akan berlangsung pada 1 Nov 2009, dan tempohnya selama 5 bulan serta dijangka akan tamat pada bulan April. Melibatkan 25 pasukan yang bertanding dalam liga futsal ini. Jadi, team futsal kami yang dikira sebagai pasukan 'underdog' berhasrat untuk mencuba setakat mana kemampuan kami, boleh dikatakan pertemuan buku dengan ruas. Hampir seminggu lebih mencari pemain2 luar (import) untuk diserap ke dalam pasukan kami, namun banyak keputusan yang mengecewakan.



Sudah melibatkan hampir sepuluh orang pemain yang pada mulanya mereka bersetuju, kemudiannya mereka berubah fikiran di atas faktor2 yang tak dapat dielakkan. Ada juga pemain2 yang kami terpaksa ketepikan di atas komitmen mereka yang masih belajar,serta bekerja sementara di Ipoh. Kami lebih berhasrat mencari pemain yang memberi 100% komitmen untuk pasukan disamping menetap dan bekerja di Ipoh. Tugasan sebagai ajen @ pengantara @ pengurus mencari pemain dan membentuk pasukan adalah perkara yang terlalu sukar hinggakan membuat sakit kepala. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Okt 2009, dan kami telah berjaya mendapatkan 12 orang pemain (cukup kuota) untuk membentuk pasukan ini. Dan berharap sangat pemain2 yang terpilih, tidak akan berubah fikiran hinggakan ada pemain yang terpaksa kami membuat tawaran istimewa. Pasukan kami juga melibatkan 2 orang pemain bangsa lain, iaitu bangsa India dan Cina. Adakah nama pasukan kami 1Malaysia??..hahah..

Pasukan2 yang bertanding hendaklah juga mendaftarkan pengurus, jurulatih dan FISIOTERAPI tu.. Masalah juga dalam mencari fisio, akhirnya mendapat keputusan meletakkan sesiapa sahaja sebagai kehendak penganjur. Buat syarat. Sebelum pertandingan bermula, kami telah merancang untuk mengadakan lebih kerap perlawanan persahabatan bagi meningkatkan lagi persefahaman pemain2 baru dengan yang lama untuk memantapkan lagi pasukan bagi mencapai tempat terbaik dalam Liga Futsal. Sasaran kami tidaklah menggunung, cuma mensasarkan berada dalam senarai TOP10. Mudah-mudahan pertandingan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan pasukan serta pemain2 pasukan lain juga menjaga akhlak seorang pemain Muslim dalam menjaga hubungan dengan Allah.

Senarai Pemain :
WAN2DAY
ALANG
KIE
FADHLI
AM
QAYIM (gk)
WAN GK (gk)
WAN KEMBO
DANIEL (IMPORT)
VINCENT (IMPORT)
PEDOT MYTEAM (IMPORT)-status berjaga2.
AZNAN

Read More...

Monday, October 19, 2009

Program 1Malaysia - SYABAS !!!



Salam 1MALAYSIA..
Tahniah di atas pelancaran program 1Malaysia, meriah dan sesak serta panass... TAPIKAN, ish..ish.. kesian budak2 sekolah yang nak santai dengan mak ayah di rumah, dah kena kerah ke Stadium Perak untuk meraikan program 1MALAYSIA. Atok2 dan opah2 di kampung di ajaknya juga memeriahkan suasana serta kakitangan kerajaan tidak ketinggalan..nasib badan.. Berilah rakyat peluang dan dapat hadir dengan relahati serta ikhlas tanpa sebarang syarat atau paksaan..Baru rasa erti nilai sebuah perjuangan..bukan aku kata, orang yang kata.. Agak2 berapa ribu yang akan hadir kalau diikut dari segi keikhlasan..??

Read More...

Kawalan ketat terhadap Masjid al-Aqsa

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)


BINGKISAN DARI YAMAN

Dunia Islam dikejutkan lagi dengan insiden terbaru yang berlaku di kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Mimbar masjid di seluruh dunia memperkatakan isu yang berlaku baru-baru ini akibat tekanan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel terhadap umat Islam di kota suci itu.

Pihak berkuasa Israel telah mengerahkan sejumlah besar anggota polis di sekitar Masjid al-Aqsa setelah berlaku beberapa pergelutan pihak polis dengan para jemaah di kawasan masjid suci itu.

Keadaan menjadi tegang apabila kaum muslimin yang berusia 50 tahun ke bawah telah dihalang daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa menyebabkan ramai penduduk kota al-Quds melahirkan rasa tidak berpuas hati lalu meledakkan insiden tunjuk perasaan.

Manakala para jemaah yang sudah berada di dalam kawasan al-Aqsa enggan keluar dan terus beriktikaf di dalamnya sepanjang solat lima waktu. Mereka bimbang tidak dibenarkan masuk semula setelah keluar dari kawasan masjid suci itu.

Solat Jumaat hanya dapat ditunaikan oleh para jemaah di luar kawasan tembok al-Aqsa akibat kepungan dan halangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel .

Kekacauan terbaru yang berlaku itu dikatakan berpunca daripada tindakan pihak berkuasa Israel yang dikatakan bertujuan menjaga keselamatan para pengunjung Yahudi ke tembok barat Masjid al-Aqsa yang dikuasai mereka.

Dianggarkan lebih kurang 7000 orang Yahudi yang terdiri dari kalangan penganut Judaisme sedang mengadakan upacara ibadat di tembok barat untuk meraikan perayaan Sukkoth. Perayaan yang disambut pada musim luruh ini merupakan salah satu daripada tiga perayaan suci yang disebutkan di dalam kitab Taurat mereka.



Menurut jurucakap polis Israel , Micky Rosenfeld, "Pertimbangan ini dibuat untuk menghindari insiden baru di kawasan ini dan kota lama ( Jerusalem ) bagi mengelakkan batu-batu dilontarkan kepada orang Yahudi yang datang untuk beribadat di Tembok Barat."

Pihak berkuasa Israel juga mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang memainkan isu ini dan mengapi-apikan bahang permusuhan dengan menyeru penduduk al-Quds supaya bertindak ganas untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Manakala Hamas dalam kenyataan rasminya menyatakan, "Kami tidak akan duduk diam dan kami akan bangkit mempertahankan tempat suci kami."

Hamas juga menegaskan bahawa tindakan prejudis terhadap Masjid al-Aqsa ini adalah satu 'bom jangka' yang bakal meledak di hadapan pengganas Zionis.

Hamas juga menyeru warga Palestin agar berarak beramai-ramai ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat sebagai tindakan penentangan secara terbuka menghadapi halangan pihak polis Israel . Manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengajak rakyat supaya melakukan protes secara aman.

"Kami menyeru warga Palestin yang berani, seluruh kaum Arab dan orang-orang Islam agar bangkit mempertahankan tempat-tempat suci kita dan melancarkan intifadhah (gerakan kebangkitan) yang baru untuk mempertahankan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa," tambah pergerakan Hamas dalam kenyataannya.

Ramai para pengkaji berpendapat, tindakan Israel ini bakal meledakkan Intifadhah ke-3 dalam sejarah kebangkitan rakyat Palestin menghadapi penjajahan Zionis.

Apa yang menambahkan kemarahan rakyat Palestin ialah tindakan pihak polis Israel tidak membenarkan para penganut agama Islam daripada masuk untuk menunaikan solat. Akan tetapi, mereka membenarkan kumpulan ekstremis Yahudi dan para pelancong untuk masuk.

Pihak polis Israel juga mengadakan banyak sekatan di jalan-jalan masuk ke al-Quds dan menghalau rakyat Palestin yang tidak tinggal atau bekerja di kota tersebut daripada memasuki kota al-Quds.

Pergerakan Islam telah dipersalahkan oleh pihak polis Israel kerana menyebabkan suasana tegang sepanjang minggu tersebut. Mereka juga menahan pemimpin gerakan tersebut, Syeikh Raed Salah kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menaikkan kemarahan awam.

Syeikh Raed Salah yang pernah menjalani hukuman penjara selama 2 tahun, baru-baru ini telah mengulangi seruannya agar kaum muslimin mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Manakala perkembangan di Genting Gaza pula menyaksikan lebih 10 ribu rakyat berdemonstrasi mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang dikepung pihak polis Israel melebihi tempoh seminggu.

Seorang pemimpin Hamas, Yahya Musa menyatakan dalam ucapannya, "Al-Aqsa bukan sahaja berada dalam bahaya, bahkan ianya bakal dimusnahkan. . al-Aqsa adalah sebahagian daripada akidah kita, ia adalah titik asas pertarungan di antara yang hak dan batil. Sudah tiba masanya umat Arab dan Islam bangun dan mempertahankannya!

Kami sudah bersedia menghadapi pertempuran terakhir dengan Israel dan orang-orang Arab mesti bersatu, kami ingin menyatakan kepada mereka, bahawa kamu semua tiada alasan sekiranya al-Aqsa dimusnahkan… kaum muslimin mesti berarak di jalanan."

Tambah beliau lagi, "Kepada para pemimpin Arab kami mengatakan: Apakah kamu tidak berasa malu menjadi alat mainan di tangan Zionis!?"

Beliau juga mengajak seluruh rakyat meneruskan perjuangan dan menentang pentadbiran di Ramallah sehinggalah presiden Mahmoud Abbas meletakkan jawatan atau digulingkan secara paksa. 'Jenayah' Abbas ini tidak boleh dibiarkan sehingga seluruh bumi Palestin dijual kepada musuh.

Tekanan yang berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa pada ketika ini didakwa mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat para pemimpin Palestin di Ramallah.

Sehingga bingkisan ini ditulis, suasana tegang di sekitar Masjid al-Aqsa masih berterusan walaupun pihak polis Israel menambah pasukan keselamatannya.

Dilaporkan para penunjuk perasaan dan orang-orang yang tidak dibenarkan masuk untuk solat terus-menerus melontarkan batu ke arah pihak polis. Pertempuran berlangsung selama lebih 1 jam di kebanyakan jalan-jalan utama menuju ke Masjid al-Aqsa.

Sekurang-kurangnya 4 orang rakyat Palestin dan 5 orang polis tercedera dalam pergelutan itu. Jumlah sebenar yang tercedera masih belum dapat dipastikan.

Tindakan Israel yang melakukan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa ini bukan sahaja telah meningkatkan penentangan rakyat Palestin, bahkan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Para khatib di seluruh dunia Islam disarankan agar terus membangkitkan kesedaran di kalangan umat dalam setiap khutbah Jumaat. Adalah tidak wajar, umat Islam terus mendiamkan diri sehingga Masjid al-Aqsa dirobohkan. Ketika itu kita hanya mampu mengeluh melihat Haikal (Kuil) Sulaiman tertegak di tengah-tengah runtuhan Masjid al-Aqsa.

Read More...

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Raya Di Surau - Tercemar...


Salam,

Bersempena di akhir2 bulan Syawal ini, umat2 Islam berkesempatan untuk mengadakan Rumah Terbuka mahupun jamuan raya tidak kira di mana2, pasti ada jamuan raya di sana sini. Alhamdulillah, wan2day telah berpeluang bersama2 penduduk setempat menghadiri majlis jamuan raya yang telah di adakan di Surau (dirahsiakan) dengan kehadiran yang amat menggalakkan dengan juadah2 yang telah disediakan.

Di sini terjadi rasa sedih dan terkilan, wan2day ingin membangkitkan isu di mana Surau yang sepatutnya menjadi tempat beramal dan bersolat jemaah telah menjadikan syiar dan kemakmuran surau itu tercemar. Tidak salah pada penduduk2 setempat yang jarang2 ke surau, malah ada juga yang tidak pernah menjejak kaki di Surau memandangkan majlis yang dianjurkan hanyalah untuk merapatkan lagi ukhwah di antara jiran2 dan penduduk lain serta beramah mesra sempena bulan Syawal.

Silapnya di sini, apabila surau yang tempat suci telah dicemarkan dengan alunan2 lagu yang melalaikan yang dinyanyikan oleh kaum wanita, beserta dengan sound system (majlis diadakan diperkarangan surau) bagi menjayakan lagi serta memeriahkan suasana, adakah ini mempunyai unsur2 maksiat yang sepatutnya lebih baik dimainkan sahaja alunan2 zikir atau bacaan Al Quran? Wan2day merasakan tidak ubah seperti berada di majlis rumah terbuka yang diadakan di padang Ipoh atau tempat awam. Apakah persepsi atau tanggapan bagi orang bukan Islam terhadap majlis tersebut? Perkara utama adalah Ajk2 surau tidak mengambil peluang ini dengan mengajak para2 penduduk supaya memakmurkan atau mengimarahkan lagi Surau memandangkan bukannya selalu dapat mengumpul penduduk2 yang ada.Bila dilihatkan kembali, matlamat majlis itu hanya untuk meramaikan majlis tersebut, hanya untuk menggembirakan penduduk dan tiada langsung unsur Islam yang sepatutnya menjadi asas utama dalam majlis ini. Sedih melihat keadaan surau yang terbina indah tetapi jumlah yang hadir untuk bersuka2 lebih ramai dari penghuni jemaah surau ini, sepatutnya matlamat majlis ini akan menjadikan surau ini akan bertambah jemaah dan apa yang ditakutkan dengan adanya majlis seperti ini jemaah pula yang akan berkurangan. Mudah2an Surau ini terus mendapat rahmat dan berkat dengan beramal didalam rumah Allah ini..

-wan2day-


Read More...

Friday, October 16, 2009

Cara Buat Read More..

Kini pihak Blogger telah membolehkan pengguna/pemiliknya memasang Auto Read More pada setiap post/entry blog.Tanpa perlu bersusah payah mencari template yg menyediakan sekali fungsi Read More atau menambah kod-kod ke dalam template yg digunakan.Tips/tutorial memasangnya sgt mudah dan cara menggunakannya juga senang seperti blog Wordpress.

Bagi mengaktifkan fungsi Read More ni,anda perlulah Log-in ke Dashboard.



Dalam akaun blog anda,klik Setting..


dan klik pada tab Basic,dan scroll ke bawah-pada heading 'Global Seting-Select post editor' tandakan pada 'Updated editor'..


Seterusnya klik pada Layout-Page Elements-klik edit pada Blog Post body



Anda boleh menukar perkataan Read more kepada yg anda suka seperti Baca selanjutnya dan lain2..bagi tutorial ini saya just follow aje..pakai default Read More


Buatkan satu post/entry baru,dan klik pada 'Insert Jump Symbol' seperti gambar dibawah untuk bahagikan post untuk full post review.Perhatikan akan wujud dotted line pada antara post/entry anda dan itu menandakan setelah Read More di-klik,sambungan post dibawah dotted line akan dipaparkan.


Untuk Edit HTML anda hanya perlu masukkan kod '<'--more--'> bagi membahagikan post/entry anda.Lihat gambar dibawah..


Setelah selesai..Publish Post-kan post/entry anda dan akan kelihatan seperti gambar dibawah.


Jadi,senangkan tak payah pening kepala nak edit Html template korang,
Harap tutorial ini dapat membantu anda berblogging.

Dari belacansedap.blogspot.com

Read More...

Thursday, October 15, 2009

Terang lagi bersuluh - Hadis Pilihan

Ingat peringatan Nabi SAW:

" akan berlaku dikalangan umat ku akan datang, apabila baik dia, maka akan baik lah ummah dan apabila buruk dia, maka akan buruklah ummah, sahabat bertanya siapa dia? Rasulullah SAW berkata " dia adalah Ulama dan Pemerintah".


Read More...

Wednesday, October 14, 2009

PIALA MALAYSIA - Berakhir perjuangan anak2 muda Seladang


Salam,
Memang terbaik dari ladang..Terbaik lagi sang seladang..hehe. Game terbaik yang pernah disaksikan untuk thn 2009. Pujian melambung2 buat anak2 muda ini, tapi apakan daya, sudah tertulis dalam jadual Piala Malaysia untuk saingan Suku Akhir tiada tercatat pasukan Perak..hehe

Wan2day bersama rakan dan Kie berkunjung ke Stadium Perak bagi menyaksikan perlawanan di antara Perak vs Johor Fc yang dikira sebagai dramatik dan 'wow' ibarat perlawanan akhir. Ye lah,ibarat hidup dan mati pasukan Perak yang berjuang ke titisan peluh yang terakhir..Haha.. Dan rasanya perlawanan semalam merupakan himpunan teramai penyokong sekitar 5000 orang. Kira layan la, siap ada nyanyi Ipoh Mali Talak Sombong, agak meriah juga..



1st Half
Permainan agak teratur di mana pasukan Perak lebih kerap melakukan serangan balas yang boleh menghasilkan 2 gol untuk Perak, apabila Razali berhadapan 1 lwn 1 dengan GK tetapi berjaya ditempis oleh GK. Kalau diperhatikan, GK boleh di'trickkan' sebelum Razali mudah untuk menolak masuk memandangkan posisi GK sudah menjatuhkan badan..huh..Dan bakal gol kedua hanya terkena palang,kalau bengkok sikit masuk dah rasanya. Bagi pasukan JFC lebih banyak bermain short pass ala-ala samba zaman Netto dengan kawalan kemas serta gerakan yang laju dan merbahaya. Ada seorang player JFC yang kecil tubuhnya yang wan2day rasa dia layak diberikan Man OF the Match disebabkan kelincahan, kawalan bola yang kemas serta pantas sehingga player Perak tidak mampu membaca gerakan player ini. Pada minit ke 44, pasukan JFC berjaya mengegarkan jaring gol Perak hasil tindakan berani mencuba di dalam kotak penalti apabila satu rembatan padu yang menuju tepat ke bucu gol sebelah kanan Megat yang hanya mampu men'dive'kan badan sebagai syarat seorang GK..hehe..memang tak boleh tempis bola tu.. Tiba2 stadium senyap, terkejut...gol ke?hahaha..

Iklan - ada brader baju hijau tu macam bagus je...cakap kuat2 nak tarik perhatian ke. Konon dia die hard fan la, aku pun sama wehh...hahah.. die sangat. Cirit or die kot..

2nd Half
Game bermula dengan hantaran2 pendek oleh kedua2 pasukan. Semuanya terkawal dan teratur, pada masa kedua, pasukan Perak lebih banyak mengawal permainan dengan JFC sekali sekala melakukan serangan. Pada minit 59, pasukan Perak sepeti mendapat semangat atau rasukan roh penyokong Perak apabila mereka melakukan serangan bertali arus dengan gerakan2 yang pantas sehingga mengkucarkacirkan pertahanan JFC. Minit ke 72, Saufi Sa'adi telah memecahkan tekak penyokong Perak dengan menjaringkan gol dengan satu rembatan hasil perebutan dalam kotak penalti JFC.. Hahah...puas. Dah terbayang suku akhir. Tinggal lagi 15 minit, pasukan Perak terus melakukan serangan, JFC hanya mampu bertahan sehinggakan pasukan Perak sepatutnya mampu menjaringkan satu gol lagi kerana tampanan Razali yang tidak tepat dan bola tersasar ke sebelah kiri gol..ARGHHHH...satu stadium dah jerit GOL dah, tapi... Razali Punca... akhirnya tamat perlawanan yang berkesudahan 1-1 dan membuatkan keputusan ini tidak melayakkan pasukan Perak ke saingan suku akhir. Yang peliknya Selangor pula bagi can kat K. Muda Naza, sudahnya Perak juga kempunan.

Tahun 2009 ini merupakan tahun sebagai latihan dan pembentukan persefahaman antara pemain bagi memantapkan pasukan Perak yang telah sedia mantap..hehe. Tahun depan diharapkan dapat mengaut kembali pemain2 yang telah merantau.

-wan2day-



Read More...

JODOH OOOhh JODOH - Doa

Assalamu’laikum,

Ikhtiar Penymbuhan Penyakit

Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Sumber: MyJodoh

Read More...

Thursday, October 8, 2009

Funny??....5 STAR


No komen...tapi heheh...

Read More...

SEMOGA KEMENANGAN PADA ISLAM



SEMOGA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PARTI YANG
MEMPERJUANGKAN ISLAM SEMATA2.

DAN TERLANTIKLAH KHALIFAH SEBAGAI PEMIMPIN YANG HANYA TUNDUK PADA ALLAH DALAM MENCARI REDHANYA..
SEBAIK-BAIK PERANCANGAN MANUSIA, YANG TERBAIK ADALAH PERANCANGAN ALLAH SWT..TAWAKKALTU A'LALLAH..

Read More...

GAMBAR RAYA 2009

Salam,

Sedikit paparan gambar sambutan Aidilfitri 2009, dan juga penampilan pertama Nikon S220 beraksi.. Ganas, cergas dan panassss...heheh..

Menantikan anakanda..


Perasmian, pasal yg sulung turn org rumah dia..




Macam2 hal, ada yg minta ampun ada yg 'kawtim' hehe..gurau..yg tercium janggut la..lawak jadinya..


Duit raya dituju dulu.


Beraya rumah pak mertua along bersama kak yong nuha..


Yang dah kawin sahaja..


Semua ada..tak terkecuali..ada 2 persamaan..huhu


Para2 menantu...


Para2 bujang..


Pewaris Ibn Rahman..

Sekian sahaja gambar2 yang dipaparkan, paparan kualiti gambar sedikit teruk sebab terlalu kecilkan saiz gambar.. Masih dalam mempelajari penggunaan teknik terbaik dalam mengendali nikon ini. Harap kalian berpuashati.. suka-suka buat-buat suka...hehe...Wasalam




Read More...

Monday, October 5, 2009

Perbalahan di luar Masjid Al-Aqsa


ANGGOTA-ANGGOTA polis menyekat penduduk palestin memasuki laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis semalam.


BAITULMAQDIS - Polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin berbalah dekat pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Menurut polis dan beberapa saksi, perbalahan itu berrlaku selepas pihak berkuasa Israel menutup laluan untuk pergi ke masjid itu di Baitulmaqdis menyebabkan 150 hingga 200 orang bersolat di luar Pintu Singa.

Perbalahan itu berlaku selepas solat apabila sekumpulan penunjuk perasaan membaling batu menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan air, kata saksi-saksi.

Menurut anggota paramedik, sebanyak lapan orang mengalami kecederaan dan sebanyak tiga lagi ditangkap.

Suasana di Bandar Lama di Baitulmaqdis tenang tetapi kembali tegang beberapa jam kemudian selepas perbalahan tersebut.

Anggota-anggota keselamatan ditempatkan di beberapa laluan sempit di bandar itu.

Polis menyatakan pihaknya menutup laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas satu pembesar suara di majlis itu meminta penganut Islam berhimpun.

"Kami menutup laluan ke majlis itu berikutan hasutan yang dikeluarkan menerusi pembesar suara," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld. - AFP

Dari Kosmo.

Read More...

Sunday, October 4, 2009

PRK : BAGAN PINANG N9

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar. Mereka berdua bersalaman selepas diumumkan sah bertanding berdasarkan borang pencalonan yang diserahkan dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

wan2day :
Cakap banyak tak guna, antara dua lah.. PELIHARA ISLAM ATAU MELAYU...ATAU BERSIH DENGN RASUAH.... HAHAHA..takkan tak boleh pikiaq kot..

Read More...

PADANG : Lebih empat kampung lenyap


SEKURANG-KURANGNYA empat buah kampung di Padang dipercayai lenyap akibat ditimpa tanah runtuh menyebabkan lebih 4,644 dipercayai tertimbus termasuk satu rombongan perkahwinan, kata seorang pegawai semalam.

Gegaran kuat berukuran 7.6 skala Richter pada Rabu itu menyaksikan ratusan buah kampung di kawasan berbukit Padang mengalami kerosakan menyeluruh.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, perkampungan di Pulau Aiya, Lubuk Lawe dan Jumena di daerah Pariaman lenyap ditimbus tanah runtuh.

Tinjauan agensi berita AFP mendapati puluhan rumah penduduk dari bandar raya itu ke kawasan tanah tinggi hancur.

Pasukan pencari dan penyelamat tempatan berkata, dianggar lebih 400 orang dikhuatiri maut apabila empat buah kampung di tepi bukit itu runtuh tertimbus.

"Operasi menyelamat mangsa amat sukar kerana rumah mereka 'disedut' ke bawah tanah sedalam empat meter," kata seorang pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Topan.

"Setakat ini, kami terpaksa menggunakan tangan untuk menggali tanah," katanya.

Beberapa mayat ditemui di sebuah sungai berdekatan dan dijangka banyak lagi akan timbul.

Satu pasukan 100 anggota telah tiba namun mereka tidak mampu mengalihkan pelbagai jentera berat ekoran kebanyakan jalan terputus dan sempit untuk dilalui.

Ketua delegasi Indonesia untuk Persekutuan Bulan Sabit dan Palang Merah Antarabangsa, Bob McKerrow berkata, rakaman foto udara menunjukkan kawasan pedalaman terjejas teruk.

Ratusan buah kampung ujarnya, terletak di dalam zon bencana dan sebahagian yang ditinjau melaporkan semua penduduk maut manakala yang hidup mengalami cedera parah.

Di bandar Padang, pasukan-pasukan penyelamat bersaing dengan masa untuk mencari mangsa yang hidup.

Harapan menemui mangsa selamat mulai timbul apabila polis menerima mesej ringkas (SMS) memberitahu ada lapan orang masih hidup terperangkap di bawah runtuhan Hotel Ambacang.

Sebelum itu, penyelamat menganggar 100 orang dipercayai tertimbus di dalam hotel tersebut manakala ratusan lagi di beberapa hotel, sekolah dan kediaman penduduk.

"Saya berasa yakin tentu ada yang masih hidup," kata ketua pasukan pakar dari Jepun, Yoshiaki Shimazu, yang datang dengan beberapa ekor anjing penyelamat.

Seorang pekerja bantuan, David Lange antara yang selamat. Lange yang berkhidmat dengan sebuah pertubuhan perubatan kecemasan SurfAid menceritakan pengalaman membawa keluar seorang wanita hamil sejurus sebelum bangunan runtuh.

"Saya tidak percaya masih hidup kerana mereka di belakang saya gagal keluar apabila hotel runtuh. Malah saya sempat menyambut seorang bayi dilahirkan wanita itu," katanya.

Ramai warga Barat dikhuatiri terperangkap di beberapa buah hotel sekali gus pasukan penyelamat asing dengan anjing pengesan dan peralatan inframerah mula memasuki Padang.

Ini kerana kumpulan penyelamat tempatan kurang peralatan dan ramai anggota turut terkorban. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan ribuan masih lagi terperangkap.

"Kami menganggarkan di antara 3,000 hingga 4,000 orang terkandas di bawah runtuhan dan 1,100 lagi maut, kata Koordinator Kemanusiaan PBB di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih. - Agensi

Dari Kosmo.

Wan2day : Cuba kita renungkan dan fikirkan dengan menggunakan aqal dan iman. Betapa hampirnya hayat dunia ini yang semakin ke penghujungnya, adakah kita masih lagi membiarkan atau tidak mengambil tahu serta iktibar selagi negara ini belum ditimpana bala sedemikian rupa?? Orang sering mempersoalkan, kenapa negara Indonesia ini sering berlakunya bala2 ini? Negara mereka selalu melakukan maksiatkah atau kemungkaran?? Memang benar, bahkan seluruh dunia sudah tidak lagi takut akan perintah Allah, maka Allah turunkan sebahagian bala yang 'kecil' ini kepada sesetengah tempat. Supaya kita ini yang hamba2nya sentiasa bermuhasabah diri dan memikirkan kekuasaan Allah bahawa Allah mengkehendaki segala2nya. Tidak semestinya negara kita tidak dilanda bala, bahawa negara kita selamat dari peringatan Allah ini. Bersyukurlah dan sentiasa dekatkan diri padaNya dan memohon keampunan kerana kita sering kali melanggar perintahNya dan melihat akan kebesaran Allah ini yang tiada tanding kekuasaanNya...

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010