Monday, May 7, 2012

GAMBAR - Pemain dan Aurat

Di Malaysia ratanya, bolasepak merupakan satu-satunya minat yang paling tinggi bagi rakyat Malayisa. Baik bolasepak dalam Malaysia mahupun di luar negara. Bagaikan gila, makan bola, tidur bola. Semuanya bolasepak. Namun berapa ramai yang melihat dari sudut akhlak pemain-pemain itu sendiri. Dan juga dari sudut penjagaan aurat. Sebenarnya, pemain-pemain bolasepak boleh menjadi ikon @ contoh kebaikan pada golongan muda dan juga masyarakat. Siapa yang tak kenal pemain negeri masing-masing. Belum cerita pasal pemain-pemain handalan dunia. Tapi kita selalu menjadi 'jakun' tentang pemain handalan dunia yang Muslim, tapi sekarang kita beralih pada pemain di Malaysia.

Tapi akhir-akhir ini, semakin ramai pemain bolasepak dalam Malaysia tidak lagi 'malu-malu' nak pakai seluar tight untuk menjaga aurat. Dulu boleh dikira dengan jari, berapa kerat sahaja. Juga fenomena selebriti yang beralih kepada kebaikan. Berikut senarai pemain-pemain yang menjaga aurat. Pemain-pemain yang disenaraikan mungkin kita kenali. Tapi mungkin lebih ramai lagi pemain-pemain tidak ternama juga yang menjaga aurat. Sedikit tatapan gambar pemain untuk tatapan semua. Mudah-mudahan mereka ini terus beristiqomah dalam mencari redha Allah. Seterusnya memberi contoh yang baik pada masyarakat.

Khairi Zainuddin (Perak)

Fazliata (Kedah)

Sabree Abu (Kedah)

Nasril Nordin (Perak)

Bunyamin Omar (Selangor)

Helmi (Kedah)

Che Hishamudin (Ex Kelantan)

Sheikh Safi (Import Kedah) Eh..?..hehe

Yusri Che Lah (Ex Perlis, Selangor & Perak)

Manzoor Azwira (Ex Perlis)

Sharbinee Allawee (Terengganu)

Read More...

Thursday, March 22, 2012

Pemalasnya...

Syukur dan syukur, masih ada sinar dan peluang untuk mencoret di atas dinding blog ini. Sudah lama rasanya tiada catitan yang untuk dikongsikan. Setiap kali blog dibuka, rasa malas menguasai diri. Berkira-kira pula nak menghantar catitan terbaru. Mentang-mentanglah FB terpaut di hati, kini blog dibiar sepi. Saja-saja nak kongsi sikap yang membuatkan lama blog tersunyi sepi.
Bukan apa, inilah sikap yang memang ada pada segelintir manusia. Apa jua pun alasan yang dilontarkan, jawapannya hanya satu. MALAS. Tapi kenalah berpada-pada dan tidak selalu kalah. Hatta rancangan yang telah diatur, tapi bila tiba masanya sang Malas juga datang menganggu. Bukan apa, itulah sikap diri kita sendiri sebenarnya. Hendak-hendak lagi dalam melakukan ibadah. First class punya malas. Punyalah kedekut dengan diri dan Tuhan. Sikap malas ni sudah sebati dalam diri. Kadang-kadang bila berbual dengan kawan pun, jawapan selalunya malas. "Kenapa hang tak datang kelas?" Jawapnya, " Malas". Tapi benda tu dianggap perkara biasa, yang akhirnya malaslah jadi punca raja kelalaian. Tengok apa Allah firman:


"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."
Al-'Asr A:2
Benarkan, kalau dah semuanya jawapannya malas, semua benda dan perkara hanya jadi sia-sia. Buat benda dengan rasa malas, hasilnya juga seperti orang yang tiada daya untuk merajinkan diri. Lihat, betapa ramai yang ex SPM, semuanya malas hendak sambung belajar. Semuanya tidak nampak fikiran dan otak itu bergerak aktif. Malaskan..
Begitu juga halnya aku dalam menulis blog sendiri. Bukannya ada nama dan tempat, bahkan jauh sekali dikenali. Takkan nak tunggu jadi blogger hebat, baru nak jadi rajin yang terpaksakan? Kadang-kadang baru nak menaip, dah datang unsur-unsur malas. Tanpa fikri panjang, terus ambil langkah nanti dulu. Jadi semuanya atas sikap dan inisiatif sendiri. Yang perlu kita kena takutkan, jangan sesekali rasa malas berhubung diri dengan Allah. Malas berdoa? Malas berzikir? Malas solat? Seorang kafir pernah berkata, Sebab apakah yang menyebabkan runtuhnya akhlak dan masyarakat Islam? Sebabnya kita orang Islam khusunya pemuda, semua bersikap malas. Malas untuk ambil tahu dan mengkaji sirah Islam dan Nabi terdahulu. Salah satu juga penyebab Islam menjadi lemah, disebabkan kemalasan sikap umat Islam sendiri. Dan berapa ramaikah yang hadir untuk majlis-majlis agama dan juga kuliah di masjid-masjid.? Di situlah nilaian yang dapat ditafsirkan. Dan di situ kita lihat kenapa ummah sekarang malas dan jauh dengan agama. 
 

"Positifkan diri, hasilkan kualiti jatidiri. Pemuda yang rajin, Islam juga dipuncak gagah.



Read More...

Thursday, December 1, 2011

Taubatlah wahai diri.

Sila mainkan video di bawah sebelum membaca. Terima kasih.


Aku selitkan bersama video Opick yang memberi pengertian taubat. Sangat meyentuh dan tersentap ego diri seorang 'Penyombong pada Rabbnya'. 

Pagi hari yang cukup memberi ketenangan. Permulaan untuk kehidupan seharian. Samaada hari yang baik atau hari yang penuh ujian. Mungkin pagi hari kita sudah merancang, apakah maksiat yang akan dilakukan untuk hari ini..? Benarkan, kita ini sudah dan mudah terpalit dengan dosa. Adakah tiada ruang langsung untuk menutup ruang membuat dosa.? Benar kita bukan maksum, tapi adakah mustahil bagi kita menjadikan cebisan-cebisan atau sisa-sisa kebaikan yang Rasulullah sampaikan. Pernahkah bertanya wahai hati..? Adakah kita masih mahu menjadi hamba dosa kepada syaitan dan nafsu. Atau kita saja biarkan koleksi dosa bertambah terus bertambah.
Tahukah wahai hati, bahawa ada ruang untuk mensucikan dosa..? Walaupun apa jua dosa yang telah dilakukan, ingatlah bahawasanya Allah itu Al-Ghaffar Maha Pengampun. Tapi kita sombong. Kita membelakangi Allah. Wahai hati, Allah hanya menunggumu untuk mengharapkan ihsan dan simpati kepadanya. Allah pula mengharapkan pengampunan darimu. Patutkah? Rasanya tidak layak kita menghuni di bumi Allah. Semua yang ada pada diri, harta dan sebagainya, semuanya hak mutlak Allah. Kita ini hanya hamba wahai hati. Siapakah Raja @ Rabb yang patut sembah..? Tanyalah diri wahai hati.

Andai Allah mengisytiharkan jangka hayat yang penghabisan, ketika itu berharganya mensucikan dosa. Berharganya pengampunan pada Allah. Kunci keselamatan di hadapan Allah adalah TAUBAT.. Adakan ruang untuk mohon ampun.? Memang ada. Allah menantimu wahai hati. Angkatlah tangan, tangisilah semahu-mahunya. Allah mendengar isi hatimu. Merayulah, mungkin kali terakhir untuk memohon pengampunan Allah gembira dengan taubatmu. Allah mendekatimu dengan kasih sayang kepada hambanya yang mencari redhaNya. Buanglah ego dan bersangka baiklah dengan Maha Menciptakanmu. Berserahdirilah pada Allah. Kerna pada Allah jua kita dikembalikan. Kerna taubat jua lah memberi kebahagiaan di akhirat nanti.

Ya Allah, aku berdosa padamu,
Aku mengingkari perintahmu,
Tuhan pencipta alam yang layaknya disembah,
Diriku kotor dengan dosa yang hina,
Timbangan dosaku melebihi daripada kebaikan,

Ya Allah, ampunkan dosaku Ya Allah,
Dekatilah denganku, 
Engkau berilah petunjuk dan hidayahMu padaku,
Siapakah lagi tempatku mengadu dan mohon pengampunan,
Lahirkan rasa kasih, cinta dan rinduku hanya padaMu Ya Allah.
Ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku.


Read More...

Friday, November 4, 2011

Kem Minda Kreatif (KMK 2011)

Ayuh pemuda-pemuda harapan Islam. Sibukkan lah masa kalian dengan kesibukkan peningkatan diri. Agar jatidiri Pemuda Islam terus memancar sinarnya akan datang. Insya Allah.







Read More...

Tuesday, November 1, 2011

Aku & Blog

Tup tap..tup tap..keyboard kuat berbunyi. Bila pantas menaip, maka kuatlah lagi deretan bunyi. Aku dulu asalnya sebagai pembaca blog sejati. Setiap hari ada saja blog yang menjadi tatapan. Era bacaan blog menjadi lagi hit bila hampirnya musim Pilihanraya Umum yang lalu. Di situlah, aku jadikan blog akhbar politik utama sebagai rujukan untuk bahan bacaan santai tentang dunia politik. 

Maka bermulalah. Hadirnya ilham dalam diri. Apa pentingnya blog bagi aku. Sepupu aku berulangkali, "kalau hang minat mancing, hang boleh kongsi minat hang dengan orang lain." Hehe.. menarik. Sama juga lah si empunya blog-blog yang lain. Ada yang blognya sebagai penyumbang berita, perkongsian ilmu, perkongsian hobi dan minat, luahan perasaan dan catitan peribadi. Jadi, aku memilih method blog sebagai catitan peribadi. 


Aku terus merangka dari segi layout, top header blog, nama blog dan memilih beberapa kriteria sesuai untuk blog aku. Alhamdulillah. Semuanya berjalan sempurna. Pada mulanya agak rumit. Kerumitan dapat diselesaikan dengan merujuk kepada Encik Google. Aku menambah gadget-gadjet yang perlu. Termasuklah jam, gambar, iklan kecil, ruangan chat dan jumlah pengunjung. Segala-galanya tampak menarik dan bergaya. Bergantung juga pada isi kandungan yang disampaikan. Penulisan dalam blog mulanya, nampak agresif. Semangat baru berblog katakan. Ada saja idea dan posting baru nak dikongsikan.

Namun, akhir-akhir ini, blog wan2day tidak lah lagi berupa catitan peribadi. Semuanya kecenderungan kepada membawa masyarakat kepada kebaikan melalui perkongsian-perkongsian tarbawi. Aku merasakan ianya adalah keperluan. Lihatlah suasana keruntuhan umat Islam yang membimbangkan. Aku lebih minat untuk berkongsi hal seharian kehidupan yang mempunyai hubungan dengan Allah. Kadangkala kita lupa, benda yang kecil dan remeh itulah juga dikira ibadah. Tidak semestinya terletak pada solat, puasa, haji dan sebagainya.


Apa pun yang penting, harus difikirkan apakah matlamat kita yang asal bila menulis dalam medan dakwah. Adakah gelaran ustaz atau orang alim yang diharapkan.? Harapnya tidak. (Mudahan Allah melindungi kita semua.) Semuanya hanya untuk keredhaan Allah. Blog merupakan salah satu platform. Kadang-kadang aku sendiri terganggu dengan blog sendiri. Manakan tidak, gadget kehadiran pengunjung menunjukkan ramai yang berkunjung ke blog kita. Mulalah datang rasa riak, bangga, hebat, blog dah dikenali. Segala rasa perasaan tidak baik, semuanya hadir. Adakah masih tetap niat asal kita..? Tetapkan pendirian, tetapkan matlamat mardhotillah. InsyaAllah. Harap adanya perasaan tadi di sisi Allah.


Ada sahabat berpesan pada diri, "Kita yang menulis blog ni, tiba-tiba Allah ambil nyawa. Tinggallah blog kita ni, blog kita ni lah merupakan amalan yang berjalan selepas mati. Sebab perkongsian kita yang memberi manfaat pada orang lain." Begitulah hendaknya. Kalaupun seseorang itu berubah di sebabkan "jom solat", ianya merupakan manfaat besar pada kita. Kita mengajak orang lain kepada kebaikan, orang lain pula memanfaatkan apa yang kita sampai, Tapi itu semua bergantunglah pada niat dan ikhlas. Ikhlas berdakwah kerana Allah. Ikhlas untuk menyumbang pada masyarakat.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Tidak lain dan tidak bukan, niat sememangnya kerana Allah. Cuma, diri sendiri harapnya benar-benar ikhlas. Sentiasa memperbaharui niat. Biarlah blog tidak sehebat mana. Walaupun hanya seorang untuk sehari sahaja, mungkin seorang itulah yang memberi pengajaran dan kebaikan bermakna untuk dia. Semoga Allah menerima semua amalan-amalan kita.


Read More...

Tuesday, September 27, 2011

Mesti Tonton - Palestina Again !

Aku bawakkan tentang isu sepanjang zaman. Palestin bukanlah isu bermusim. Terkini, aku baru menonton filem ala dokumentari. Yang mengisarkan suasana sebenar di Gaza khususnya. Kesedihan, kezaliman, kedhaifan dan semua jenis kesengsaraan semuanya ada di Gaza. Filem berdasarkan dari rakaman sebenar, mungkin disunting sedikit dengan babak lakonan. Sedikit ulasan aku selepas menonton filem ini.

  • Memang benar Gaza merupakan penjara terbesar. Bila kita tonton pada babak ketika rakyat Palestin sedang bermandi manda di pesisiran pantai, kelihatan bot perang Zionis melepaskan tembakan untuk menghalau para nelayan agar tidak melepasi had 3km dari pantai. Seolah-olah mereka seperti banduan, yang askar Zionis ini ibarat warden yang mengawal gerak geri 'banduan'.
  • Setiap kali ada serangan, rakyat Palestin berderu ke arah tempat serangan. Merekalah pegawai keselamatan, merekalah bomba, merekalah anggota ambulan. Setiap mangsa yang terkorban dijulang sebagai Syuhada bersama laungan takbir. Kematian mereka adalah kebanggaan bagi rakyat Palestin.
  • Muslimah di sana sentiasa bertudung penuh, berjubah. Kisahkah mereka dengan panas dan ketidakselesaan.? Jauh benar perbandingan mereka di sana dengan di tanah airku.
  • Di manakah tempat yang paling cantik di Gaza.? Semuanya berlatarbelakangkan bangunan runtuh. Kemusnahan dan kebinasaan.
  • Kita dapat saksikan betapa ramainya anak-anak yang merupakan ahli-ahli syurga. Mati tanpa dosa.
  • Anak-anak kesedihan. Mereka hilang ayah, emak, abang, adik bahkan segala-galanya.
Aku syorkan, tontonlah filem tersebut hingga habis. Sedih, geram, marah pasti menyelebungi. Cuba kita letakkan isteri, anak-anak dan ibubapa kita berada dalam situasi dalam filem tersebut. Pemuda-pemuda, kanak-kanak, wanita-wanita bahkan warga emas di sana adalah orang yang hebat. Cukup Hebat.




Read More...

Tuan Haji Tenang


"Pengalaman dan iktibar seseorang itu memberi kesan dan kesedaran pada diri kita."

Aku alami peristiwa ini yang diluahkan dan disampaikan sendiri seorang 'Tuan Haji' yang merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan. Tak sangka, pertemuan singkat dan pertama kalinya aku bertemu TH merupakan pertemuan yang berharga. Aku sendiri tidak mengenali, tapi pertemuan kami ini seolah-olah sudah lama saling kenal mengenali. Mungkin apa yang dihajat tidak tercapai, tetapi aku dapat pula satu input yang berharga dari kisah TH sendiri yang banyak dijadikan pengajaran untuk kita semua. Cerita-cerita TH masih lagi berlegar-legar di telinga aku, hinggakan aku rasa terpanggil untuk dikongsikan dalam blog ini untuk perkongsian bersama.


Pada asalnya tujuan aku bersama seorang sahabat adalah di atas tujuan untuk kepentingan kelab kami KBHI. Kami masing-masing mengharapkan agar pertemuan kami berjalan dengan lancar. Maklumlah, nak berjumpa dengan orang besar kakitangan kerajaan. Aku hanya mengenali TH melalui telefon. Jauh sekali hendak mengagakkan perwatakan TH. Tiba kami di pejabat beliau, aku kehairanan. Kenapa pula buka kasut untuk masuk ke bilik beliau. Jarang sangat pejabat kerajaan begitu. Tidak seperti bilik-bilik pegawai yang lain. Rupa-rupanya bila aku menjejak kaki ke dalam bilik TH, terpampang kopiah dan sejadah di satu sudut. Baru aku faham. Orang yang berpangkat tinggi, tapi masih berasa kerdil di sisi Allah. SubhanALLAH.
Perbincangan kami bermula. Dari raut wajah TH menampakkan, dia seorang yang tenang. Berlemah lembut dalam bicara. Aku suka melihat wajahnya yang tenang juga bersih. Banyak tunjuk ajar TH sampaikan, yang merupakan hari ini aku belajar dari sesuatu yang baru. Input berfaedah yang tidak dicari. Alhamdulillah.




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Ali-Imraan 3:200

Hampir sejam lebih kami berbual, TH menceritakan kisahnya. Tidak sengaja aku menanyakan hal peribadi dan keluarga TH. Mungkin TH ingin meluahkan apa yang terpendam dihati, yang membuatkan TH berasa puas dan tenang apa yang TH alami. Tapi, siapakah kami yang TH meluahkan isi hatinya. 
Kisahnya lagi. Sebenarnya TH baru kematian isteri tercinta pada 4 hari sebelum menyambut Syawal. TH amat sedih dengan kematian isteri tercinta. Mereka jarang bertemu. TH berada di Perak, dan isteri berada di Pantai Timur. Sebelum pemergian isterinya, sudah 2 minggu mereka tidak berjumpa disebabkan isterinya diberi rawatan di sana. Salah seorang anak TH pula menghadapi penyakit kanser yang tidak dimaklumkan oleh TH pada kami. Semua pembiayaan kimoterapi anaknya, TH yang menanggungnya. Kini bebanan anak-anak TH di bahu TH seorang. Aku nampak wajah TH tika itu sedikit sedih. Namun tidak nampak ia membebankannya. Bayangkan dengan tugasan besar seorang pegawai tinggi kerajaan, bagaimana TH dapat menghadapi ini dengan tabah. Antara bebanan kerja dengan bebanan keluarga. Berulang kali TH menyatakan 'kuat benar ujian Allah bagi.'
Tamparan buat TH, ditawarkan untuk pertukaran tempat bekerja ke Kelantan pula. Anaknya yang bongsu menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Sepatutnya pertukaran TH telah berkuatkuasa 2 hari yang lalu. Namun di atas faktor-faktor keluarga, TH menangguhkan dahulu pertukaran tersebut. TH tidak mahu mengganggu tumpuan anaknya yang bakal menghadapi SPM. Sudahlah tumpuannya banyak terganggu dengan kematian ibunya, ditambah lagi dengan perpindahan tempat dan sekolah. TH mementingkan kebaikan anaknya. Semua makan minum dan pakaian diuruskan semuanya TH seorang. Kalau dulu TH ada pembantu, sekarang tidak. TH berpesan pada kami, "Sementara isteri masih ada, ringan-ringankan tulang membantu isteri memasak dan membasuh baju. Mereka juga penat bekerja.Bila isteri dah tiada nanti, tidaklah rasa berat tanggungjawab menguruskan rumah." Aku betul-betul yakin, yang TH ini banyak bergantung pada Allah. Nampak kesulitan yang TH lalui, seolah-olah semuanya dipermudahkan. Fail-fail bertimbunan di atas meja. Layanan telefon yang tidak putus, semuanya dilayan baik. Kakitangannya sendiri beliau hormati. Aku cukup kagum perwatakan sedemikian rupa. Semuanya berlaku di depan mata. Mungkin itu merupakan sedikit sebanyak luahan dari TH. Bagi kami, ianya satu impak untuk kami bagi rumahtangga masih lagi segar.


Apa yang aku dapat lihat, kesabaran adalah kekuatan dalam menempuh setiap dugaan kehidupan yang mendatang. Hatta kita berjawatan tinggi, kedudukan yang hebat dan disanjung orang ramai, namun di sisi Allah jua kita tunduk. Berserah diri juga bergantung hidup. Kita tidak tahu, apakah situasi yang bakal kita tempuh. Jangan lah bersikap mudah, janganlah bersikap semuanya sempurna. Sentiasalah merasai diri berada dalam kesusahan. Kita akan lebih merasai syukur dan berlapang dada bilamana merasakan sedemikian.


Read More...

Thursday, September 15, 2011

Obat Hati Ada 5 Perkaranya

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
- Opick
Kalau kita demam, demam ada penawarnya. Kalau kita lapar, perut ada habuannya. Kalau kita mati, ada tempatnya. Kalau hati keras, apakah obatnya..? InsyaAllah, sebahagian petikan lirik dari penyanyi Opick yang sedikit sebanyak memberi peringatan untuk sentiasa mengingati Allah. Mudahan lirik ini adalah benar-benar obat yang dapat memperbaiki kecacatan hati dan iman kita.



Yang pertama baca Quran dan maknanya
Sebenarnya ramai dikalangan kita yang mampu mmbaca Al Quran dengan baik. Bahkan lengkap dengan bertajwid di samping alunan-alunan tarannum sebagai perencah bacaan. Namun sejauh mana penghayatan kita dalam setiap baris kata apa yang kita bacakan. Diri sendiri masih kekurangan dalam penghayatan membaca Al Quran, kadang-kadang ada pula gangguan merasakan diri seorang pembaca yang hebat dan alunan lagu yang sedap. Sebab itu Al Quran sendiri akan mencela pada orang yang membacanya disebabkan atas urusan dan niat yang lain. Aku pernah melalui kelas bahasa Arab yang menggunakan tafsir Al Quran sebagai panduan untuk belajar. Apa yang aku dapat rasa, bila kita faham apa yang kita baca, kita dapat rasa yang kita ini adalah benar-benar seorang Muslim yang lengkap. Melengkapi dengan pemahaman kalam Allah melalui Al Quran. Kita rasa faham, kita rasa dilengkapi, kita rasa diri dikawal dengan Al Quran, sebabnya baca Quran dan maknanya. Memang tepat, baca Al Quran bersama tafsirnya betul-betul rasa hati dan iman dipelihara. Kita mampu mengawal diri untuk setiap aspek kehidupan bahkan untuk hati dan jiwa.

Sholat malam dirikanlah
Di sinilah kita melihat potensi diri, adakah kita seorang hamba yang betul-betul tunduk dan mengharapkan sesuatu pada Allah. Satu yang amat berat untuk dilaksanakan. Kadang-kadang bermusim pula solat malam kita. Seorang sahabat berpesan, dia tak rasa hebat kalau solat Subuh berjemaah, tapi dia rasa bangga kalau dapat tunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh. Seharian. Kita ini usah katakan Subuh berjemaah, kadang-kadang Subuh pun di hujung waktu. Apakah kelebihan-kelebihan solat malam? 
~ Waktu Mustajabnya Doa
~ Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
~ Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
~ Ibadah Ahli Syurga
~ Keteladanan Salafussoleh    
~ Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu. 
Memang betulkan, salah satu obat hati yang mustajab. Disebabkan solat malam ini juga memancarkan wajah seseorang benar-benar beriman dan bertaqwa pada Allah. 

Berkumpullah dengan orang sholeh
Kita boleh lihat rakan-rakan disekeliling kita. Apakah peranan-peranan baik kawan-kawan dalam hidup kita. Ada kawan yang baik. Ada kawan yang mengajak melakukan maksiat. Ada kawan yang mengajak kita ingat Allah. Sebab itu bila ada kawan yang cuba menyampaikan kebenaran, janganlah mencemuh. Mungkin Allah telah menghantar seseorang dalam memperbaiki kelemahan diri. Ye lah, kita ini bila lagi nak cari sendiri  kebaikan dengan usaha dan tenaga yang kedekut ini. Paling kurang pun, berkawanlah dan duduk bersama kawan-kawan yang jaga solat 5 waktu. Baik juga dari segi akhlak. Akhlak seseorang itu pun sudah memberi kebaikan pada diri kita. Hingga boleh menjadikan penawar untuk hati yang sentiasa gundah dan sakit selalu.


Perbanyaklah berpuasa
Selepas berpuasa Ramadhan, Allah tawarkan pula puasa 6 hari di bulan Syawal. Malangnya, sehari kita nak berpuasa pun rasa cukuplah berat. Bukan apa, berpuasa ini lah banyak menghindari dari membuat maksiat. Secara tidak langsung dapat memelihara hati. Bukan lapar dan dahaga sahaja dapat dikawal, bahkan semuanya terkawal. Percayalah, walaupun bukan di bulan Ramadhan, bila kita berpuasa seolah-olah berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bila nafsu dapat diikat, iman kita berasa bebas untuk memburu ibadah kepada Allah.

Zikir malam perpanjanglah
Zikir malam dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Banyak manfaat yang di dapat andai kita sering melakukan dzikir di malam hari. Terlebih jika di dalam dzikir kita juga melafalkan ayat kursi. Dzikir malam mampu mengendalikan emosi. Dzikir malam mampu memberi kita kecerdasan spiritual. Dzikir malam yang sungguh-sungguh dengan sepenuh hati mampu mendatangkan ilham untuk menentukan langkah ke mana kita harus melangkah. Dan masih banyak pula keunggulan dan faedah yang di dapat dengan melakukan dzikir malam. Di dalam dzikir malam kita akan mampu meraba setiap masalah yang kita hadapi. Apa yang baik buat kita, belum tentu baik bagi Allah SWT. Dan begitu pula sebaliknya. Serahkan sepenuhnya jiwa dan masalah yang anda hadapi di tangan Allah SWT, dan biarkan Allah SWT dan kekuatannya yang maha dahsyat bekerja untuk memberi keputusan yang akan anda lakukan.  Dzikir malam bak pelita yang akan menerangi jiwa kita di tengah kegelapan. Dzikir malam laksanan air yang mampu memberi kita keteduhan di tengah gurun yang luas. Dzikir malam sanggup menembus hati seseorang yang anda tuju walau di seberang lautan. Dzikir malam akan semakin mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Dzikir malam akan mampu memberikan yang terbaik di dalam hidup. (Petikan asal dari blog INI.)



Read More...

Friday, September 9, 2011

Khutbah Lesu


Sayangnya makanan roh dan jiwa pada tiap-tiap minggu kurang memberi kesan dan impak untuk para jemaah disebabkan khutbah yang angin sepoi-sepoi bahasa. Mana kan tidak, lagi lama khutbah di bacakan, lagi sedap buaian mimpi-mimpi taktkala khubah disampaikan. Memanglah tidur lebih baik daripada berkata-kata. Tapi bukankah dengar khutbah lagi baik dari tidur. Seminggu sekali kan.


Maafkan di atas kata-kata. Bukan apa, inilah realiti yang pasti dapat dilihat di masjid-masjid pada setiap minggu. MELAINKAN, khutbah yang disampaikan betul-betul 'umphh' atau 'mengejutkan'. Maksud aku di sini, khutbah yang disampaikan tak lah terlalu mengikut teks dan skrip yang yang disediakan. Sebabnya satu, kita dapat mengagak bahasa-bahasa dalam teks khutbah yang disampaikan. Jadi kekuatan pengisian khutbah tak rasa hebat. Di kawasan aku, ada seorang khatib yang khutbah disampaikannya berdasarkan kata-kata hati. Khutbahnya ringkas, tapi cukup-cukup rasa padat. Walaupun cara penyampaiannya tidak lah menggunakan suara yang tinggi, sekadar suara yang ringan. Disebabkan pengisian khutbah yang lebih secara 'pandang terus' pada jemaah, dan penghayatan khatib dalam memberi khutbah, itu memberikan khutbahnya betul-betul memberi kesan. Kata-katanya penuh hikmah dan lebih terarah kepada sasaran hati dan jiwa. Kadang-kadang khutbah hari ini, seolah-olah macam karangan Bahasa Melayu yang Islamik. Tersusun bahasa-bahasa baku dan susunan ayat mengikut format. Berbanding pula tersusun kata-kata hikmah yang menyasarkan pada hati.


Hebatnya khutbah itu, bilamana pengisian mengikut akan realiti mengikut isu semasa. Dengan hujah dari penyampai khutbah itu sendiri. Betul-betul rasa hidupnya khutbah Jumaat. Ada pula tajuk khutbah yang bertajuk Menanam Hidroponik dan sebagainya.(rujuk ceramah Ust Shamsuri). Bagi aku hal-hal yang bersifat pada keduniaan dan tidak terarah kepada pembentukan jiwa pada jemaah itu sendiri, rasanya tak perlulah. Tajuk-tajuk sebegini  kita sendiri sedia maklum, dan kita sendiri boleh perolehi. Aku selalu bandingkan khatib yang membaca teks dengan khatib tidak membaca teks memang banyak perbezaan. Memang ada perbezaan dari segi jemaah itu sendiri. Penghayatan, kekusyukan, tumpuan dan jemaah yang tidur.

Inilah peluang yang terbaik dalam memberi peringatan dan pengisian pada setiap Muslim. Hari Jumaatlah yang dapat menghimpunkan ramainya umat Islam. Jadi ambillah peluang seminggu sekali ini sebagai makanan roh kita. Ambillah pendekatan ini untuk memberi sentuhan pada hati jemaah bahkan dalam pembentukan umat Islam yang mantap. Dan khutbah ini jugalah dapat memperbaiki iman dengan hasil pengisian khutbah. Aku sendiri kerinduan dengan khutbah sebegini hebat. Sekurang-kurangnya kita dapat sedikit 'bekalan makanan jiwa' daripada khutbah.

 Khutbah yang hebat, bukanlah kelantangan suaranya. Tapi kata-katanya mampu menjentik hati kita yang keras ini.


Read More...

Monday, August 29, 2011

Doa Emak Bersamaku

Sila mainkan video di bawah sebelum membaca. Terima kasih.



Ramadhan bakal meninggal pergi. Bulan berharga yang tiada ganti lagi istimewa. Semakin dekat Syawal, semakin dingin cuaca hari-hari. Sambil-sambil memenuhkan ruang masa yang singkat ini, saja-saja perkongsian santai petang hari. Tambahan lagi sambil mendengar irama lagu dari blog ini. Betul-betul menghambat perasaan. Tiba-tiba aku mengimbau kembali detik-detik pada tika dahulu.


Ayah dan Emak

Dua insan yang memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup aku. Dari saat diriku dikandungkan. Sampai lah saatnya diriku dibesarkan hingga kan mempunyai keluarga sendiri. Dorongan dan pencetus semangat terus berjalan dan tidak akan putus. Apakah bimbingan dan didikan mereka tidak cukup sempurna.? Perlukah kita salahkan emak dan ayah disebabkan kerosakan anak-anak waktu ini. TIDAK. 100 peratus aku katakan TIDAK. Mereka telah berjaya dan memang berjaya mencorak kehidupan kita. Tapi sayangnya anak-anak sendiri seperti tidak redha pula untuk menjadi seorang anak yang benar-benar soleh seperti yang mereka harapkan. Aku masih ingat, seawal aku berada di alam tadika, didikan agama dan pembentukan jiwa telah berjalan. Bahkan mungkin semasa aku dikandungkan, aku percaya. Doa mereka sentiasa diperkenankan, cuma mungkin mengambil masa atau mungkin 'disana' doa terbalas. Berapakah nilai yang harus dibayar di atas pengorbanan mereka.? Cukup tinggi, jauh dari jangkauan akal..

Doa emak
Emak selalu menangis. Bukan disebabkan kebaikan diriku. Emak sedih dengan perihal anak-anak. Ayah juga begitu, cuma tidak pula menampakkan kesedihan. Mungkin kesakitan yang ayah alami sekarang menunjukkan ayah berasa sedih. Aku sedar, sepanjang waktu emak menangis. Setiap waktu lepas solat, pasti emak menangis. Meratapi, merayukan yang terbaik untuk anak-anak pada Allah. Doa emak selalu memburuku, ke mana saja aku pergi. Di manakah tempat yang terbaik untuk luahkan perasaan emak melainkan mengadu pada Allah. Emak dan ayah mempunyai ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Tidak sesekali terkeluar dari lidah untuk menghukumi kami. Bahkan untuk mengiktiraf derhaka yang anak lakukan. Emak tak pernah mengherdik aku, apatah lagi memukul. Jauh sekali emak berbuat demikian. Hakikatnya, aku derhaka emak dan ayah. Ampunkanku emak dan ayah..

Mengajar dan mendidik
Rupa-rupanya apa yang ayah tunjukkan adalah mengikut kehendak Allah tetapkan. Pukul kerana sayang. Pukul kerana mendidik. Pukulnya juga kerana Allah. Sebab apa, aku sudah merasainya sekarang. Baru aku faham, kenapa ayah terlalu garang. Aku takutkan ayah disebabkan takutkan Allah. Sebab Allah menyuruh kita mentaati kedua ibubapa. Itulah ayah cuba sampaikan. Mereka takut, di sana nanti disebabkan aku,  adalah punca bebanan untuk mereka diakhirat kelak. Setiap apa yang ayah cuba sampaikan adalah didikan untuk mengajar aku menjadi anak yang benar-benar soleh.

Diriku yang sombong
Kenapa sekarang.? Kenapa baru sekarang aku merasai semua yang baik emak ayah sampaikan? Kebodohan diri aku sendiri. Aku menindakkan semua yang emak dan ayah cakapkan. Kononnya aku sudah besar. Tidak perlu lagi nak dikawal setiap waktu. Aku pandai berdikari. Aku tak rasa takut pada Allah seperti emak dan ayah takutkan pada Allah. Mereka nampak tanggungjawab mereka untuk dibekalkan ke sana. Aku buang pula tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik. Bahkan juga sebagai seorang Muslim yang baik. Nasihat-nasihat emak dan ayah tidak pernah tembus ke hati. Hatiku keras. Hati aku gelap lagi kosong. Jiwaku penuh dengan keseronokan yang bersifat sementara. Tiada langsung membawa apa-apa kebaikan. Ya Allah.. aku pernah mencaci emak. Sampai sebegitu rupa. Emak tiada salah. Apakah dosa yang emak telah lakukan.? Ampunkanku emak. Benarlah, hatiku yang kotor lagi keras, tidak nampak akan apa-apa kebaikan. Aku tak nampak yang emak memberi manfaat pada aku waktu itu. Aku jatuh dilandasan doa yang emak harapkan. Benar, aku memang anak derhaka. Rasa tidak layak aku jadi anak emak. Hakikatnya aku lebih bersama kawan-kawan, tapi aku salahkan diri aku sendiri. Pembawakan diri sendiri adalah menentukan jalan yang baik dengan jalan dimurkai. Pergilah ke mana pun, hatta ke hujung dunia. Bahkan sampai di alam kubur. Doa emak pasti bersama dan sentiasa di sisi aku.

Pengajaran
Alhamdulillah. Allah memberi jalan pada aku. Allah memberi peluang kedua untuk memperbaiki kelemahan diri. Doa emak yang tidak putus-putus, mungkin sekarang menampakkan hasilnya. Benih-benih didikan dari ayah, telah pun berputik. Aku bakal nampak hasilnya nanti. Perubahan yang aku harapkan, bukan mengharapkan hidayah semata-mata. Doaku juga dipanjatkan agar Allah dapat membantu aku dalam membuat perubahan hidup. Yang paling penting, bukanlah doa perubahan itu yang utama bagiku tapi adalah doa susulan agar kita terus beristiqamah dengan perubahan diri untuk selamanya. Itu yang penting. Sebab Allah sentiasa menguji hambanya, tak mustahil kalau Allah memberi ujian seperti dahulu. Sekarang aku sudah pun berkeluarga. Aku pula membina dan mencorakkan untuk anak-anak. Adakah aku berjaya seperti emak dan ayah.? Adakah aku cukup tabah dan sabar untuk mendidik mereka.? Emak telah pun mengharungi cabaran dalam membesarkan anak-anak. Berbagai suka dan duka yang emak tempuhi. Hanyalah untuk menjadikan anak-anak yang berjaya, tambahan lagi untuk akhirat. Bagaimana pula dengan aku. Aku juga akan mengirimkan bersama doa dan rayuan dalam membesarkan anak-anak pada Allah. Aku mempelajari dari kesilapan diri sendiri dalam meneruskan hidup. Aku redha dengan setiap ketentuan yang Allah aturkan. Sehebat mana pun ujian dan cabaran yang bakal aku lalui nanti, tidak dapat ditanding dengan ujian yang emak dan ayah lalui. Memang sukar.

Penutup
Selagi kita masih mempunyai ibubapa, berbaktilah pada mereka hingga ke akhir nyawa. Siapakah kita hari ini, kalau disebabkan mereka yang membesarkan kita. Setiap didikan dan tarbiyah untuk diri hendaklah berterusan. Tiada rehat. Tiada relaks. Kita mungkin tak kenal apa itu emak, apa itu ayah.? Merekalah permulaan hidup kita. Aku tenungkan kembali wajah ayah dan emak, berguguran air mata. Aku rasa sedih aku perlakukan mereka sebegitu rupa. Sampaikan lah doa kesejahteraan kedua ibubapa kita setiap kali selepas solat. Itu saja pengorbanan kecil yang aku mampu lakukan. Mudah-mudahan Allah memberkati dan merahmati emak dan ayah.


Read More...

Friday, August 26, 2011

Amalan kita di Hari Raya


Wah... makin semangat lagu-lagu raya berkemundang. Suasana kini tidak lagi berada dalam keadaan kehangatan Ramadhan sepatutnya. Bahkan makin menganggu mental bagi mereka yang sedang berjuang untuk hari-hari terakhir Ramadhan. 

Saja nak kongsikan apa yang berlaku dipersekitaran kita pada Aidilfitri nanti. Tak terlepas juga untuk diri sendiri. Kita renung-renungkan bersama ye.






Amalan Kita di Hari Raya 
  • Bermaaf-maafan serta bersalam salaman. / Tapi.. tak kira mahram atau tidak.
  • Mohon ampun kepada ayah bonda. / Tapi.. salam bermaafan, mohon ampun. Mata dah nampak sampul raya. Kan dah lari niat asal tu. Bagilah peluang kat diri, kitakan selalu buat mak ayah bersedih dan kecil hati.
  • Bergembira di Aidilfitri sebab seronok semata-mata. / Tapi.. gembira yang sepatutnya disebabkan kita meraih ketaqwaan sepanjang bulan Ramadhan. Jadi raikan pada Awal Syawal yang bahgia.
  • Meramaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah di pagi Syawal. / Tapi.. Solat Sunat Aidilfitri pula ramainya sampai ke jalan. Silapnya yang mana diutamakan. Ada juga Solat Subuh nya tidak, Solat Aidilfitri buat pula. Aik...
  • Menghidupkan malam Hari Raya. / Tapi.. Masa ni lah tawaran lelong kuih raya dan baju raya yang gila-gila. Last minute punya shopping memang berbaloi.
  • Disunatkan makan sebelum Solat Aidilfitri. / Tapi.. Memang kita makan, tapi melantak bukan main. Biasa lah, 30 hari tak sarapan pagi. Dendam kesumat.
  • Solat Sunat Aidilfitri. / Tapi.. rasa konfius dengan niat. Terawih dengan Aidilfitri. Solat Terawih dah 30 hari, Solat Aidilfitri setahun sekali. Celaru gak. Kadang-kadang ada gak Tok Imam tersilap niat. hehe..
  • Mandi Sunat Aidilfitri.  / Tapi.. entah buat entah tidak. Lupa atau tak tahu. Kira mandi, pakai baju raya dah selesai. Ruginya terlepas pahala pagi-pagi Syawal.
  • Ziarah menziarahi sanak saudara. / Tapi.. kita ni sibuk pula nak ke rumah pakwe makwe. Kawan-kawan pula lebih diutamakan. Dok la dulu rumah saudara mara. Esok-esoklah rumah kawan. ok !!
  • Malas nak keluar rumah. / Tapi.. masa ni lah cerita kat tv cerita best-best. Rugi tak tengok. Cerita wayang baru pulak tu.. hehe.. Hiburan tak sudah..
  • Bertakbir raya. / Tapi.. bukan main mantap alunan lagu mendendangkan takbir raya. Tahukah maksud takbir raya. Sama-samalah kita hayati maksud takbir raya. Baru rasa sebab berhari raya. SINI.
  • Memakai pakaian cantik. / Tapi.. Nabi pakai jubah kesayangan dia. Jubah yang paling cantik antara yang lain. Jubah yang dah terpakai. Kita pula, kalau bukan baju baru namanya bukanlah baju cantik. Betul tak..? hehe.. Tapi ok lah.. Daripada pakai baju mancing..
Setakat ini sahaja termampu yang dapat disenaraikan. Kelemahan-kelemahan ini aku lebih merujuk pada kelemahan diri sendiri. Selagi kita ada masa untuk bertemu Syawal, kita perbaikilah mana yang silap dan kurang. Biarlah apa jua amalan, asalkan kita tidak bercanggah dengan syarak. Apa yang lebih utamakan, kita fikirkan bersama nanti pada pagi Syawal. Setakat mana kesan daripada melalui Madrasah Ramadhan selama sebulan. Adakah sedikit atau banyak perubahan? Adakah masih sama pada sebelumnya Ramadhan.? Atau adakah lagi teruk pula dari hasil Madrasah Ramadhan.? Sama-samalah kita muhasabah diri. 

Yang lemah lagi banyaknya silap, adalah datangnya dari diriku yang dhaif ini. Yang baik lagi Teragung datangnya dari Illahku Yang Satu, Allah SWT. Semoga Engkau terimalah amalan-amalan, ibadah-ibadahku dan doa-doaku sepanjang bulan Ramadhan ini. Agar Engakau pilihlah aku untuk berada pada Ramadhan tahun hadapan. Insya Allah.

Dariku, Ampun Maaf di atas salah dan silap. Di atas ketelanjuran kata dan perkataan yang kurang menyenangkan.

Salam Aidilfitri



Read More...

Tuesday, August 23, 2011

SOMALIA - Mereka di sana, kita di sini ?

Aku nak kongsikan posting ini untuk semua. Semenjak akhir-akhir ini, kerap berita-berita mengenai kedaifan di Somalia baik di akhbar mahupun di facebook. Ada pula yang memaparkan video tentang kesengsaraan mereka berjuang untuk terus hidup. Jauhnya lebih selesa berbanding kita di Malaysia. Aku mengajak merasai sedikit sahaja kesusahan mereka untuk kita di sini. Oleh itu kita fikirkan sejenak dengan gambar yang cuba paparkan ini.


Apakah maksud disebalik gambar ini?
Perhatikan, mereka ini tiada keselesaan. Apatah lagi untuk berehat sambil bersantai-santai sambil membaca akhbar ataupun bermain sms. Boleh dikatakan mereka ini tiada mempunyai apa-apa. Tiada apa yang penting bagi mereka melainkan makan dan minum. Itu sahaja. Tapi, kesusahan, ketidakselesaan mereka ini dizahirkan dengan mengadu pada Allah tidak kiralah di mana. Semoga Allah membayar harga yang amat tinggi untuk mereka.
 
Apa yang menyedihkan kita lihatkan balik kegunaan institusi-intitusi masjid di Malaysia. Dibina cukup indah. Senibinanya memukau para jemaah bahkan para pelancong asing. Daya tarikannya sahaja pasti menggamit umat Islam untuk memenuhi masjid. Kebanyakannya pula sudah dipasang dengan penghawa dingin. Cukup selesa. Kita lebih berbangga dengan pembinaan masjid-masjid yang cantik dan indah. Tapi, kenapa dengan tarikan-tarikan ini jemaah masjid masih lagi tidak mencapai memuaskan. Bahkan statistik di Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak Jakim, jumlah orang Islam yang menunaikan solat tidak sampai 20%. Cukup menyedihkan. Cuba lihat balik pada gambar tadi, adakah sekiranya Allah turunkan ujian ke atas negara kita seperti Somalia, mungkinkah ketika itu kita berlumba-lumba mencari Allah. Kita terlalu berada dalam 'comfort zone'. Semoga kita dilindungi Allah dan dalam peliharaNya.

Aku sertakan bersama poster bantuan rakyat Somalia.

"Kita mati sebabkan makanan, tapi mereka mati sebab kekurangan makanan."

Read More...

Saturday, August 20, 2011

Pemburuan Bermula.. 10 Ramadhan terakhir.

Yeah.. memang bermula dan sedang dimulakan. Apa dia..? InsyaAllah, pemburuan dalam mencari Lailatul Qadr untuk sisa-sisa hari terakhir Ramadhan tahun ini. Tibalah kemuncak dan penantian yang sebenar dalam amalan-amalan ibadah dalam Ramadhan. Boleh kita gambarkan ibarat raptai Hari Penganugerahan untuk Institusi @ Madrasah Ramadhan, yang masih menjadi rahsia bilakah hari sebenar tersebut.





Bersandarkan Ayat Allah : Al-Qadr 1-5.







Tapi sayang..
Antara ganjaran akhirat yang Allah janjikan, dengan ganjaran Sales 80%, yang manakah jadi buruan..? Aku sendiri tewas.. Kecenderungan kita pada khazanah dunia, amat mudah merasai nikmat dan indah. Kita seolah2 tak nampak apa yang Allah janjikan. Di mana-mana suasana pasaraya, bagaikan menanti roboh pada bila-bila masa.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Tak rasa rugikah kita? Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu. Berapa banyak dosa kecil dan dosa besar yang telah menjadi koleksi terhebat kita? Sedangkan kita ini hamba yang tak putus dengan dosa. Rasulullah SAW yang maksum, suci dari dosa bahkan dijanjikan syurga pun tak lepas peluang menggandakan ibadah berbanding pada malam bulan yang lain.

InsyaAllah. Hasil sepanjang berada Madrasah Ramadhan, sekurang-kurangnya ada perubahan untuk bulan-bulan yang berikutnya.

Dari solat sendirian kepada solat berjemaah.
Dari bercakap tak elok kepada bercakap baik.
Dari melihat benda tak elok kepada melihat benda yang bermanfaat.
Dari jarang baca Al Quran kepada kerap baca baca Al Quran.
Dari solat sunat Terawih kepada solat sunat yang lain.
Dari berpuasa Ramadhan kepada puasa-puasa sunat.


Tahniah, Selamat Berjaya dan Beruntung Serta Berbanggalah pada kalian yang dapat bertemu dengan Malam Seribu Bulan.

Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Read More...

Tuesday, July 26, 2011

Islam : Penganas @ Kumpulan Militan ?

Komen di bawah.
Sumber - Kosmo Online


IBU bapa disaran mengawasi anak-anak mereka yang melayari Internet kerana dikhuatiri mereka terpengaruh dengan blog dimiliki kumpulan militan. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Ancaman beberapa kumpulan militan di negara ini belum berakhir. Jika dahulu kumpulan-kumpulan tersebut merekrut anggota dengan menghantar orang baharu menghadiri usrah sulit kini cara merekrut dikesan lebih mudah iaitu melalui Internet. 


Perkembangan teknologi maklumat itu secara tidak langsung memberi ruang dan peluang kepada rangkaian militan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qeeda meneruskan misi mereka menubuhkan negara Daulah Islam Nusantara. Satu sumber keselamatan berkata, dari tahun 2000 hingga kini, dikesan terdapat 6,000 buah blog di miliki beberapa kumpulan militan yang menyebarkan ideologi Salafiah Jihadiah. Salafiah Jihadiah merupakan satu ideologi yang memperjuangkan sebuah negara Islam melalui perjuangan bersenjata.

Individu yang mendokong ideologi itu menolak demokrasi, sistem pilihan raya termasuk perlembagaan Malaysia yang dianggap tidak Islamik atau murtad. "Blog-blog yang diwujudkan oleh kumpulan militan ini menyasarkan golongan muda dan pertengahan kerana kumpulan tersebut lebih cenderung melayari Internet dalam urusan kerja seharian mereka," kata sumber keselamatan itu kepada Kosmo! baru-baru ini. 

Selain Jemaah Islamiah (JI), kumpulan militan lain menggunakan blog bagi menyebar dan merekrut anggotanya ialah Jemaah Ansarut Tauhid, Al-Qaeda dan Al-Shabab. Sumber keselamatan itu berkata, pada permulaan operasi, penulisan di dalam blog-blog terbabit hanya berkisar mengenai hal-hal berkaitan dengan penindasan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan serta kaedah-kaedah mempertahankan Islam.

Wan2day - Berlambaklah jemaah Islam yang menyeru ke jalan jihad. Tapi masalah besarkah dengan seruan jihad ni. Dari sekaranglah kita membina jatidiri agar cintakan jihad. Skop jihad adalah besar, dan salah satu dengan adakan pertempuran atau peperangan fisabilillah. Mungkin itulah tujuan sebahagian gerakan-gerakan Islam ini. Tujuan mereka mungkin benar, tapi di salah tafsirkan mengikut kefahaman mereka. Asal jihad je, angkat senjata berperang dengan kerajaan sedia ada. Itulah kot anggapan mereka. 

Ini adalah langkah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari musuh-musuh Islam. Mereka hari-hari memikirkan untuk menghancurkan Islam, tapi kita di sini, bila di adakan 'Usrah Sulit' di katakan pula pakatan jihad yang ekstrimis. Sedarkah kita siapa yang mainkan sentimen-sentimen ini? Musuh Islam sentiasa meniupkan api perpecahan untuk umat Islam. Bukankah Israel Laknatullah yang hari-hari mengganas membunuh umat Islam di Palestin. Selatan Thai? Iraq? Tak pula kita melenting, bahkan memberi sokongan lagi. Isu ini lebih melarikan serta menutup kejahatan sedikit sebanyak yang dilakukan pihak musuh Islam. 

Mungkin juga gerakan-gerakan ini hanyalah rekaan untuk mengadakan cerita semata-semata yang memburukkan Islam semata-semata.

Read More...

Wednesday, July 13, 2011

Pertaruhan Dalam Futsal..??

Dalam hidup aku, ada beberapa hobi yang betul-betul aku minat. Salah satunya adalah futsal. Namun bangkitnya satu persoalan, di mana dari dahulu lagi merasai keraguan dalam pertaruhan sebelum bermain futsal. Pertaruhan?? Iya.. merupakan perjanjian bersyarat sebelum sesuatu perlawanan persahabatan. Contoh, kalah bayar, RM60-RM30 @ RM50-40. Mungkin sesiapa yang mengamalkannya, mesti faham makna bahasa futsal ini. Untuk mudah faham, aku sendiri telah kemukakan persoalan ini kepada Ustaz Nor Amin melalui lawan web nya. Berikut adalah persoalan aku dan jawapan daripada Ustaz  Nor Amin.




Soalannya :

Assalamualaikum,

Saya merupakan peminat futsal. Rata-rata pasukan futsal mengadakan perlawanan berserta dengan satu perjanjian. Untuk makluman, kadar sewaan gelanggang sejam adalah RM90. Sebelum perlawanan, kedua-kedua pasukan telah mengadakan perjanjian yang telah dipersetujui iaitu sekiranya pasukan yang kalah kenalah bayar RM60 dan pasukan yang menang bayar RM30. Ada juga perjanjian 'kalah bayar'. Cukup untuk kadar byrn sewa RM90. Apakah hal ini terletak dalam judi,riba @ pertaruhan? Mohon penjelasan ustaz bersama nas. Saya mahu lampirkan maklum balas ustaz ke dalam blog saya.Jazakallah..

Jawapan Ustaz :
 
Wan2day :

Baca sini

http://www.ustaznoramin.com/2010/04/pertaruhan-dalam-permainan-adalah-judi.html

Saya ada kekeliruan dalam bersukan seperti badminton, golf dan lain-lain yang mana sebelum permainan bermula ada dibuat perjanjian antara pemain seperti berikut :
  1. Siapa yang kalah akan belanja makan atau air atau membayar kos bola atau bayaran kemasukkan dan lain-lain.
  2. Siapa yang menang akan dapat duit yg terkumpul dari setiap pemain atau dapat makan free dan lain-lain.
Perkara diatas dilakukan dengan alasan untuk menjadikan perlawanan itu lebih bersemangat dan pemain akan bermain bersungguh2 untuk menang dan tidaklah bermain dalam keadaan bersahaja/longlai.

Soalan saya, adakah perkara diatas dikira bertaruh/berjudi?

Jawapannya

Maksud judi ialah mempetaruhkan wang atau seumpama dengannya bagi sesuatu permainan seperti permainan bola sepak, golf, badminton dan sebagainya. Judi juga merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam, kerana ia mempunyai pertaruhan, harapan dan hilang wang pertaruhan apabila perlawanan itu dimenangi oleh orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah : 90)

Judi ini tidak semestinya dengan bermain daun judi, main game kuda, sport toto, nombor ekor dan sebagainya. Setiap benda yang ada wang pertaruhan atau mempertaruhkan apa-apa benda adalah dikira sebagai judi. Jadi merupakan perkara yang telah diharamkan dalam Islam dan mempunyai dalil yang jelas (qat’i) dan tidak perlu dipertikaikan lagi untuk mencari kehalalannya.

Menjadi tradisi dalam permainan bola sepak, badminton dan sebagainya siapa yang kalah mesti membayar kos permainan tersebut atau belanja lawannya makan free dan sebagainya. Bagi pendapat saya berdasarkan dalil di atas, pertaruhan ini adalah haram, kerana ia melibatkan pertaruhan dan harapan untuk seseorang itu menang. Masalah ini sama dengan permainan daun judi yang mempertaruhkan duit dalam permainannya, sesiapa yang menang dalam permainan tersebut dia akan mendapatnya.

Di haruskan perlawanan bola sepak, badminton, golf dan sebagainya yang menawarkan hadiah bagi pemenang oleh penganjur dengan tidak mempunyai wang pertaruhan daripada pemain. Wang yang dikenakan sebagai wang pendaftaran sahaja dan tidak melibatkan apa-apa pertaruhan yang boleh disamakan dengan judi.

Hal ini sama juga dengan peraduan-peraduan sms yang mengenakan caj setiap jawapan yang diberikan dan peraduan sms itu tidak diketahui apa jadi dengan jawapan tersebut. pihak yang mengetahui hanyalah penganjurnya sahaja. Kadang-kadang itu soalan yang ada cukup mudah dan boleh dijawab oleh pelajar darjah 1. Orang yang menyertainya memang betul jawapannya tetapi tidak menang juga. Ini yang dikatakan judi dan penindasan. JAKIM dan bekas Mufti Perlis iaitu Dr. Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan fatwa mengenai peraduan sms ini dengan mengatakan peraduan tersebut adalah haram sebab tidak mematuhi syarak dan membazir.

Ringkasnya, setiap perkara yang dipertaruhkan adalah judi, tidak kira jenis perkara dan barang apa yang dipertaruhkan. Sesiapa yang berjudi adalah dosa besar kerana melanggar perkara yang telah jelas diharamkan oleh syarak. Makanlah dari rezeki yang dihalalkan oleh syarak, iaitu rezeki yang dicari dari hasil penat lelah kita sendiri. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

Semoga jawapan ini memberi pencerahan kita semua. Permulaannya kita rasakan ianya perkara syubhat. Tapi lebih baik elakkan perkara syubhat kerana ianya lebih terjerumus kepada haram. InsyaALLAH..

Sumber : Ustaz Nor Amin

Read More...

Friday, July 1, 2011

Mereka Yang Berubah... Alhamdulillah..


Kepada Allah kita kembali.
Saban ini, semakin ramai artis yang cenderong kepada jalan yang berliku kepada jalan yang mendekatkan diri kepada Allah Swt. Untuk perkongsian bersama, di mana beberapa artis yang telah mencari keredhaan Allah supaya meletakkan diri sepenuhnya untuk ketaqwaan pada Allah. 


Perubahan mereka-mereka ini merupakan motivasi untuk diri kita, agar terus beristiqamah dalam meletakkan diri dalam golongan orang2 Soleh. Bahkan memberi pengaruh untuk artis-artis lain yang masih belum melakukan perubahan. Alhamdulillah. Semoga berkekalanlah kita di atas nikmat Islam dan Iman hingga bertemunNYA. Dunia hiburan penuh melalaikan tanpa ada hubungan dengan Allah, dan mereka memilih jalan selamat untuk mencari keredhaan Allah.


Kita lebih suka dan gembira atas perubahan mereka, tp bagaimanakah perubahan kita..?

Sebahagian artis yang berubah dan masih beristiqamah di atas jalan dakwah.
Iwan Dangdut.

Bob Lokman

Azan Ruffedge
Sham Kamikaze
Amer Munawer Ruffedge
Ust Radzi Melissa

Allahyarham Fendi A TO Z

 InsyaALLAH untuk seketika ini. Mungkin masih ramai artis yang berubah daripada pengetahuan kita semua. Agar ianya terus bertambah, demi Islam terus mekar di bumi Malaysia. Skop dakwah adalah luas, artis-artis ini telah menggunakan platform mereka untuk terus mengajak masyarakat kepada kebaikan.

Jangan dipersoal dan dipertikai keikhlasan mereka. Bab ikhlas atau tidak, itu adalah rahsia Allah. Tutuplah mulut mereka-mereka yang masih memperlekehkan mereka yang ingin membuat kebaikan.

 

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010