Monday, May 31, 2010

PALESTIN - Hebahan

31 Mei (9:30pm) – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memberi persetujuan untuk mengeluarkan arahan kepada masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat hajat.

Wakil Dewan Pemuda Masjid di dalam CMT-LL4G, Ust Taqiudin, memaklumkan telah mengajukan kepada JAKIM permohonan agar masjid-masjid di seluruh negara melakukan solat hajat. Permohonan telah diterima oleh pihak JAKIM dan tindakan susulan akan dibuat.

Solehuddin Shuib
Setiausaha CMT-LL4G

Dari http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/31/kenyataan-cmt-ll4g-1/

Read More...

PALESTIN - Perkembangan aktivis Malaysia

Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.


Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.



Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

Sumber Harakahdaily.

Read More...

PENGUMUMAN - Wan2day mencapai pengunjung ke-100

Assalamualaikum,


Terima kasih di atas kepada semua pengunjung2 blog wan2day yang mengikuti perkembangan melalui blog ini khususnya tentang isu Palestin. Alhamdulillah, keprihatinan terhadap isu Palestin ini amat membanggakan kerana sebaik paparan posting mengenai konvoi Palestin ini, jarang sekali blog wan2day menerima pengunjung sebegini ramai. Kesedaran masyarakat dan sensitiviti tentang isu agama Allah ini akan dapat di teruskan sehingga Yahudi laknatullah ini dihapuskan dari mukabumi Allah ini. Insyaallah. Nasib rakyat Palestin adalah tanggungjawab kita. Aktivis yang shahid adalah merupakan sebahagian pejuang2 mujahidin di Palestin. Dan nasib aktivis dari Malaysia masih belum diketahui. Semoga Allah lindungi mereka, mudah-mudahan syahid hendaknya.

Insyaallah setiap perkembangan terkini akan disampaikan sebaik mungkin. Mudahan usaha kecil ini merupakan sebahagian medan jihad dalam memerangi Zionis..

TAKBIR !!
BERSAMA PALESTIN !!!

Read More...

PALESTIN - Laporan Video

Read More...

PALESTIN - Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza Malaysia Gesa Kerajaan Mengutuk Tindakan Israel

May 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Mei:Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia menggesa kerajaan Malaysia mengutuk tindakan tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang kapal induk Mavi Marmara yang menyertai konvoi bantuan antarabngsa Gaza.

“Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel,” kata pengerusinya, Zulkifli Mohd Nani.

Tambahnya lagi, ianya jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

Bagi Zulkifli, berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman, katanya.

Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan, katanya.

Beliau juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

Beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

Pihaknya juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, katanya.

Selain itu pihaknya menyokong sebarang tindakan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan, katanya.

Seterusnya beliau menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajatbagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Tujuh buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean diserang awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.

Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.

Read More...

PALESTIN - Terkini dari Mavi Marmara

Sumber dari website rasmi.

Sejumlah 16 orang syahid dan lebih 50 orang telah cedera. Angka terkorban dijangka terus meningkat. Segala perhubungan komunikasi dengan kapal Mavi Marmara telah diputuskan.

Bertalu2 komandan Israel diturunkan dari helikopter ke atas kapal Mavi Marmara. Kapal Mavi Marmara berkemungkinan besar telah ditawan oleh pihak zionis. Kelihatan aktivis2 yang ke hadapan cuba menghalang komandan Israel, malah ada juga yang mencuba melawan dengan kerusi atau sbgnya.

Dikhabarkan, pihak Ngo Haluan Perak dan JIM Perak akan mengadakan solat hajat demi memohon keselamatan bagi aktivis2 yang terlibat di Gaza.

Pihak HALUAN masih menunggu maklum balas dari Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia hasil sidang media yang diadakan di DePalma Kl.

Read More...

PALESTIN - Bantuan Allah shj sebaik2 penyelesaian

Qunut Nazilah

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

Read More...

PALESTIN - Video Laporan Misi Bantuan Gaza

Read More...

PALESTIN - Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel
Mei 31, 10 12:51pm
Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.


Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Dari Malaysiakini.

Read More...

Friday, May 28, 2010

BERITA - Khemah untuk aktivis Gaza


BEBERAPA pegawai tentera rejim Zionis berdiri di luar khemah untuk aktivis Palestin di Pelabuhan Ashdod, Israel semalam.


BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Israel membina tiga buah khemah putih yang besar di bahagian timur pelabuhan utamanya untuk aktivis-aktivis pro-Palestin yang diarah supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod bagi tujuan pengenalan diri dan diberikan bantuan perubatan.

Aktivis-aktivis pro-Palestin itu yang menaiki sebuah kapal dengan bekalan bantuan kemanusiaan seberat 10,000 tan dalam perjalanan ke Gaza.

Namun, Israel menutup Genting Gaza dan menegaskan ia tidak akan membenarkan ratusan aktivis bolos ke pantai Gaza, Palestin. – AP

Dari Kosmo Online.


Wan2day - Jangan sesekali bersangka baik dengan Israel ni. Belum apa2 kenyataan nak menghalang aktivis bolos ke pantai dikeluarkan. Belum tiba lagi.. herm...

Read More...

BERITA - Ibu bapa budak 2 tahun merokok disiasat


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain kelmarin menunjukkan Ardi Rizal merokok di rumahnya di Sumatera.


JAKARTA - Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.

"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.

Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan. - AFP

Dari Kosmo Online.


Wan2day - Takkan budak umur 2 tahun boleh pandai hisap rokok. Dah tentu di ajarnya menghisap rokok. Sebaya anak aku ni, mustahil betul..

Read More...

Tuesday, May 25, 2010

PALESTIN - Ancaman Israel Dibalas Gemuruh Takbir dan Tahlil di Pelabuhan Istanbul

PROJEK LIFELINE 4 GAZA

ISTANBUL– Israel mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal berisi rakyatnya yang bersenjata dengan tujuan menghalangi masuknya kafilah kapal-kapal kemanusiaan ke Gaza.

Kabar ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH (lembaga kemanusiaan internasional terbesar di Turki) Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribu orang dengan meneriakkan takbir dan tahlil saat melepas kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza” meninggalkan dermaga pelabuhan Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5).

Kapal Mavi Marmara yang bercat putih dan biru muda dan berbendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 siang (jam 6 sore WIB), menuju pelabuhan Antalya, dan rencananya pada hari Selasa akan melanjutkan perjalanan menembus kepungan Angkatan Laut Israel ke Gaza bersama dengan 8 kapal lainnya dari Turki, Yunani, dan Inggris.

Kafilah kapal kemanusiaan ini ditumpangi oleh lebih dari 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota parlemen, dan wartawan dari 42 negara. Dari Indonesia telah hadir di Istanbul tim dari KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), MER-C (Medical Emergency Rescue Committee) dan Sahabat Al-Aqsha.Kafilah kapal kemanusiaan ini membawa muatan lebih dari 20 ribu ton bantuan kemanusiaan berupa bahan bangunan seperti semen dan besi, obat-obatan, peralatan rumah sakit, peralatan sekolah dan kebutuhan gizi balita dan bayi-bayi di Gaza.

Bertolaknya Kapal Mavi Marvara diiringi dengan dentuman puluhan mercon berukuran besar yang diledakkan di dekat buritan kapal pesiar berkapasitas 1000 orang itu. Di atas kapal, beberapa peserta konvoi menyalakan asap-asap pengirim sinyal darurat beraneka warna. Di dek belakang kapal ratusan balon berwarna merah-hitam-putih-hijau seperti bendera Palestina dilepas.

Para hadirin yang terdiri dari pemuda, pemudi, orangtua dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut diangkatnya jangkar Mavi Marmara dengan pekik yang membahana, “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar.. Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!” Mereka tak henti-hentinya mengibarkan bendera-bendera Palestina, Turki, bendera Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.

Pada saat yang sama lebih dari 20 kapal berukuran kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki ikut melepas bertolaknya Mavi Marmara (yang berarti Marmara Biru, diambil dari nama laut Istanbul) menuju Gaza. Mereka ikut meneriakkan yel-yel membela Palestina serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestina dan Turki.

Sudah lebih dari 3 tahun Gaza diembargo secara internasional oleh Israel, Amerika Serikat, dan negara-negara Eropa akibat rakyat Gaza memilih untuk melawan penjajah Israel. Negara Zionis Israel didirikan di atas tanah Palestina sejak 63 tahun yang lalu, dan sejak itu mempertahankan keberadaannya dengan teror, penculikan, penyiksaan, pembunuhan, perampasan rumah dan tanah, serta penghancuran harta benda rakyat Palestina.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com & www.lifeline4gaza.org

Read More...

BERITA - Tangkap ikan air tawar 88.90kg

Dari Kosmo Online.


JOE BALL (tengah) memegang sejenis ikan air tawar selepas dia berjaya menangkapnya di sebatang sungai di Thailand baru-baru ini.


BANGKOK - Seorang rakyat Britain, Joe Ball berumur 21 tahun berjaya menangkap seekor ikan air tawar seberat 88.90 kilogram (kg) dengan jorannya di sebuah lokasi di Thailand, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemuda itu yang berasal dari Mitcham, Surrey menangkap ikan tersebut semasa dia bercuti di negara berkenaan, baru-baru ini.

Namun, dia kemudian melepaskan kembali ikan itu ke sebatang sungai. - Agensi


Wan2day - Huh...patin mekong ni. Dia punya berat pun lagi berat dari badan aku. Tak terlayan dipancing ni.

Read More...

Thursday, May 20, 2010

IKTIBAR - Orang kafir yang budiman

Assalamualaikum.


Telah lama sekali aku tidak memasukkan sebarang posting Namun 3 minggu yang sudah, aku terkenang akan peristiwa di suatu pagi yang menyentuh fikiran tentang kemuliaan seorang lelaki cina.

Benar, fitrah seorang manusia baik Muslim atau orang kafir mempunyai sifat kasih sayang yang tidak terperi. Peristiwa ini terjadi di kala pagi, aku bersama anak perempuanku pergi untuk membeli juadah sarapan pagi yang berhampiran dengan tempat tinggal kami.

Sedang kami asyik menunggu pesanan roti canai, tiba sebuah kereta BMW yang mewah yang mencuri perhatian kami yang berada di situ. Keluarlah seorang lelaki cina muda yang lengkap perpakaian sukan.
Mungkin beliau baru saja selesai bersenam, barangkali.. Kelihatan juga beberapa orang dalam kereta, mungkin juga ahli keluarganya. Sewaktu lelaki cina itu berjalan keluar dari kereta sambil membawa sebungkus bijiran atau semacam dedak. , peniaga2 di situ seperti mengenali beliau. Mungkin beliau sering berkunjung di situ. Atas tujuan apa..??

Sebenarnya, dibelakang gerai2 jualan sarapan pagi itu terdapat padang atau tapak pasar malam. Rupa-rupanya, lelaki cina itu bertujuan untuk memberi makan pada burung2 merpati yang agak banyak di situ. Aku hanya memerhatikan saja tingkah laku pemuda cina tersebut. Berpuluh2 ekor burung merpati turun dari pokok, ada juga dari wayar tiang elektrik yang mahu menjamah bijiran yang dijamu.

Sambil aku memerhatikan, terdetik dalam fikiran aku. Alangkah mulianya dan beruntungnya jikalau beliau seorang Muslim. Sudah tentu ganjaran 'tinggi' yang beliau perolehi. Dari permulaan niatnya, duitnya, bijiran tersebut serta kudratnya yang hanya datang untuk memberi burung2 merpati makan. Bayangkan setiap patukan burung merpati itu yang akan membawa ganjaran serta saham di akhirat. Namun, silapnya pemuda cina yang budiman ini, beliau tidak beriman. Alangkah ruginya orang kafir yang baik hati serta yang tidak melakukan sebarang benda mungkar cuma silapnya hanya tidak beriman pada Allah swt.

"Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing)."
(Surah At-Tagabun : 2)

Bila diperhatikan balik dengan diri sendiri, kita sebagai orang Muslim sendiri yang tidak berusaha ke arah mencari redha Allah di mana ruang2 untuk kita mendapatkan ganjaran tersangatlah luas. Sebagai contoh kisah pemuda cina tadi, walaupun usahanya kecil hakikatnya di sisi Allah sangatlah mulia. Dan usaha kecil itu jua yang akan menyelamatkan di akhirat kelak. Sebagai seorang Muslim, kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dikurniakan iman serta ditempatkan dalam agama Allah selagi kita tidak menduakan Allah.

Aku bermuhasabah terhadap diri yang kerdil ini, betapa kita ini seringkali melakukan dosa dan silap. Aku mendoakan agar Allah tetapkan hati dan diri ini di jalan Allah hingga ke akhir hayat. Jangan sesekali Engkau pesongkan hati ini, dan janganlah Engkau beri ujian yang tidak tertanggung oleh hambamu yang lemah ini..

Read More...

Thursday, May 6, 2010

PALESTIN - Perhimpunan LL4G: Pohon solat hajat & kehadiran

Assalaamu `alaikum wm wb shbt/bah dan anak-anak pejuang remaja yang diberkati Allah,
Setelah berusaha sebaik mungkin dengan serba kedhaifan yang ada, Biro HALUAN Palestin dan antum semakin hampir kepada hari pelancaran tabungan LifeLine for Gaza yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 8/5/2010, 5ptg-11.30mlm di Stadium Malawati Shah Alam, insyaAllah
Meminjam kata-kata Cikgu Din dalam SMS beliau, firman Allah SWT, harridhil mu'minina `ala qital (marilah kita kobarkan semangat juang mukmin (shbt/bah), menuju medan perjuangan (yang waqi'i kini Perhimpuan Perdana LL4G). Tidak mungkin matlamat yang dicita-citakan tanpa kombinasi atifi, fikri (iman & hikmah) dan tandzimi!.
Kejayaan kita kali ini, insyaAllah membuka peluang kepada jalan kpd medan dan peluang yang lebih besar dan mencabar yg menuntut istiqamah, tsabat, kesabaran dan kebijaksanaan seterusnya menuju ghayah yg kita impikan `al-jannah'. Ayoh bersegeralah dlm keadaan ringan dan berat. Dan kerahkan ahli antum secara maksima utk capai sasaran 15,000 hadirin. Tidak mudah tapi bukan mustahil!
Sejajar dengan SEMANGAT itu, kami di urusetia Perhimpunan Perdana Palestin LL4G ingin menyeru agar shbt/bah semua agar dapat hadir SABTU INI serta menunaikan solat hajat pada malam ini, Khamis malam Jumaat, seraya memohon kepada Allah SWT agar:
  1. melindungi majlis kita ini bersama NGO-NGO Islam pro-Palestin lain daripada gangguan jahat mana-mana pihak
  2. merahmati majlis ini sebagai suatu majlis yang akan dibanggakan para malaikat
  3. meramaikan majlis dengan kehadiran mencecah sasaran 15,000 hadirin
  4. merahmati bumi Palestin serta melindungi rakyatnya yang masih mempertahankan tanah suci itu, samada yang masih hidup ataupun telah syahid, untuk Kita rakyat Malaysia
  5. agar membanyakkan kutipan derma kepada Tabung Palestin Haluan agar kita dapat mencapai sasaran kutipan RM10 juta bagi menghantar kapal dan bekalan kehidupan ke Gaza
Solat hajat antum amat bermakna kepada usaha dakwah dan tarb iiyah kita ini agar mencapai sasaran yang telah ditentukan oleh qiy ad ah
Semoga Allah SWT meringankan ujianNya ke atas kita & menjauhi kita daripada kegagalan dan mehnah yang tidak terduga. Ameen.
Wslm,
yn
b/p Pengerusi
Biro HALUAN Palestin
ahli Team Urusetia Event Management PPLL4G
--Ustaz Muzakkir - sila perpanjangkan ke loop haluansiswa

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010