Monday, January 31, 2011

TERKINI - Wan2day mencapai 400 pengunjung... Kesan MESIR..


Pertama kalinya dalam sejarah blogging, wan2day hari ini meraih melebihi 400 pengunjung. Isu Mesir yang memberi kesan rata2 pelayar alam maya yang mengikuti perkembangan di Mesir. Pernah sekali blog wan2day menerima pengunjung mencecah 100 sehari, atas isu Palestin di mana perisitiwa serangan ke atas konvoi Mavi Marmara.

Impaknya, kebangkitan rakyat Mesir telah membuka mata dunia, apatah lagi mata Hosni Mubarak yang masih lagi ambil sikap 'rilek'. Tempiasnya juga kepada blog-blog yang mengemaskini tentang isu di Mesir ini. Pelayar-pelayar internet sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia. Alhamdulillah...


Kenapa aku beria-ria dengan isu yang berlaku di Mesir ini..?? Maaf, tidak sesekali aku mempunyai sepupu sepapat yang belajar di sana. Tidak juga menjejak kaki ke sana, cumanya abang aku pernah menuntut di Al Azhar.

Sebab utamanya...
  1. Aku menyokong di atas kebangkitan rakyat Mesir dalam meluahkan perasaan yang selama ini di pekak tulikan mengenai kesengsaraan mereka.
  2. Penghapusan pemimpin-pemimpin yang bersifat zalim, membelakangkan rakyat demi mementingkan perut dan kroni.
  3. Asas kebangkitan sesebuah Gerakan Islam dalam menyatu padukan umat Islam Arab lantas menegakkan sistem khalifah.
  4. Ruang yang luas dalam membuka terus persempadanan di Rafah, Palestin.
  5. Kekuatan rakyat Palestin untuk terus hidup dan sentiasa berjuang perangi Zionis dalam mempertahankan hak-hak mereka.
  6. Bakal melumpuhkan dan menjatuhkan kuasa-kuasa AS dan Zionis serta sekutu-sekutu di rantau Arab.
  7. Memberi kesedaran pada pemimpin-pemimpin Arab yang lain, yang masih menjadi boneka untuk musuh Islam atau Zionis dan sekutunya.
Mungkin tidak semua kejayaan di atas yang aku harapkan. Mungkin 1-2 sahaja yang mampu terlaksana, tapi dengan 1-2 perkara inilah yang akan mampu menggegarkan dunia dan menghantui AS dan Zionis.


Read More...

UPDATE - Info TERKINI pelajar Mesir

Situasi di Mesir terus bergolak. Beberapa pelajar-pelajar Malaysia yang telah selamat tiba ke tanah air. Berikut adalah info-info terkini.

INFO 1.

update 12:05pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8
laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

1. semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan

2. semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan
3. harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda
4. huru hara kat airport, dibanjiri manusia
5. dalam masa 24 jam, sekirang tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri


laporan tambahan:


kwn ana call dr mansurah td..die ckp nk call sesame sendiri pon xleh..td ade perbncngan katenye..hanya separuh je yg dpt blik...katenye budak jpa dan budak mara je yg akan dpt balik..


-Mohd Afiq Al Fateh-

 INFO2.
Assalamualaikum..
kami sebahagian pelajar-pelajar mesir yang telah selamat sampai di Malaysia, dengan ini telah sepakat, seandainya pihak kerajaan, tentera dan NGO memulakan proses evakuasi (evacuation) dan rescue mission untuk pelajar dan rakyat negara kita di Mesir, kami dengan sukarela akan menyertai dan akan membantu dalam memandu proses itu di Mesir.

Kami bersedia untuk pulang semula ke Mesir dan membantu semua rakyat kita di sana, apabila pihak yang berkuasa memulakan proses evacuation !

mari sama2 kita berusaha membantu selagi yang boleh demi keselamatan dan nyawa rakyat kita di sana !

yang ikhlas,
pelajar mesir di malaysia  


INFO 3.
If you know anyone in Egypt, please pass this on to them. To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses: Twitter ”128.242.240.52” Fb ”69.63.189.34” Google ”172.14.204.99”. A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50 Login password: toto. Please pass this on and share.

-Akmal Aziz, Mansoura University, Egypt-



Untuk info-info penuh dan selanjutnya, sila layari Krisis Mesir, Nasi Pelajar Kita.



Read More...

VIDEO - Keadaan Mesir...

Rentetan peristiwa demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir, sebahagian video untuk tatapan semua. Kebangkitan kuasa rakyat. Hapuslah pemimpin zalim.







Read More...

BERITA - Keadaan pelajar Malaysia di Mesir. (Tak selamat)


>Berikut adalah beberapa mesej yang dapat aku copy berikutan rusuhan besar di Mesir. Amat menakutkan bila di amati balik mesej-mesej tersebut. Di mana melibatkan ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Apa yang aku difahamkan, situasi di sana sudah diluar jangkaan kita. Di mana balai-balai polis telah dimusnahkan, lapangan terbang juga telah terbakar, ribuan banduan telah berjaya meloloskan diri. Dikhabarkan juga, pelajar-pelajar asing menjadi sasaran untuk segelintir-segelintir perusuh jahat untuk sasaran jahat mereka.



Mesej 1.
From my egyptian friend: i was calling my brother in law now, he told me the problem is mostly at the Mohafza Squar, and many police stations were torched.


-Savah, mansoura univbersity-


p/s: balai polis dah kena bakar, senjata semua telah dirampas, saya baru hubungi teman sy di mansurah, just before saya call tu dekat jer degan rumah dia dah ada gunshot, siap berdas das lagi tembakan- Azizi Al Fahri.
 

Mesej 2. 
assalamualaikum..

maklumat dari kenalan di mansurah:

1. sistem mushrif dilaksanakan utk protect mahasiswi, tapi keadaan tetap bahaya
2. 6000 orang banduan di mansurah terlepas, kondisi mansurah sangat tegang
3. bank dan fasiliti di bandar utama mansurah telah dibakar

maklumat dari Al Jazeera:
1. too much casualities in Mansoura, Muslim Brotherhood now mobilising for relief
2. situation is getting hot in Mansoura

dilaporkan oleh: Faidi (Konvensional Tahun 3), Azizi Al Fahri (MMPME Sem 6) 


Mesej 3.
1. ada beberapa org pelajar perubatan dari Iskandariah berjaya sampai dengan selamat ke airport Cairo (kaherah)..

2. keadaan kat airport Cairo terlalu sibuk, penuh dengan penumpang yang ingin meninggalkan mesir dengan segera..

3. pelajar melaporkan bahawa untuk sampai ke Airport Cairo dengan selamat, jangan gunakan jalan utama, gunakan jalan alternatif, jalan dalam (pada hemat dan pengalaman saya, mungkin jalan dari highway suez, jalan tu mmg sunyi dan tak ramai org kita tahu jalan tu boleh hubungkan ke Airport Cairo dari pintu belakang
 (terminal 3)..

sumber: Yaacob Hassan Ghani melalui adik beliau mahasiswi perubatan Iskandariah, Akmal Aziz (Mansurah)


Mesej 4.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita 

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

Mesej 5.
ok.. yg kat comment tu update dri kwn pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. n die yg ckp airport kat alex dh kene bakar...
ni update dri adik sy..
keaddan amkin teruk.. polis kat alex sume dh xde.. n mmg xde rulez...
post balai polis sume dh kene bakar.. n senjata sume org awam dh curi...n banduan sume dh kene lepas... pg td adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency... die ckp internet sume dh down.. msg pn xboleh... n time tu battery die low... suruh die charge.. worse.. die ckp xleh charge sbb power xde... skarg xsure la ade ke xde...tp klu xde.. it's a big problem... sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. klu phone xde battery n xleh charge or no kredit so dh x boleh call.. n gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pki lg.. xtau bile diorg nak cut..
so driorg idup dlm kegelapan...
then ATM sume xleh pki.. kedai sume xleh ttp... n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat alex dh kene bakar.. thne xde duit sbb atm sume down... n brg adik cakap harga sume melambung... of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau... xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle...
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung.. 

n ade call ustaz hakim siang td... die ckp pelajar ikut peraturan jgn kuar umah time darurat.. n difahamkan tikme darurat which is lepas pukul 4.. sume umh kene ttp lampu..

ok skarg nie.. bg sy malsalah utama kat alex ialah communication down... info x sampai dgn cepat.. x mcm mansourah.. where student idup dlm satu komuniti.. but in alex umah sume jauh2.. umah adik sy yg GMN bg tu sngt2 jauh.. n diorg tu je umah melayu.. yg lain arab.. n i bet ade rmi lg student umah jauh2 terpencil mcm tu.. where xde org malayu lain.. 
so td call kwn kat mansoura.. difaham kan.. kat alex.. sume student kene kumpul kat block mara... ade 3 block mara disediakan.. sume kene kumpul sne... ni arahan nie difahamkan dh lame 1 2 hari lps... n mslh skarg.. what the hell adik sy n housemate die ddh kat umh lg.... bkn spatutnyer sume kumpat kat bangunan mara ke.. ni nampak sngt ade student2 lain yg xtau diorg kene kumpul.. so ble kerajaan nak anta student2 nie balik.. tkt pelajar yg xtau nie tertinggal.... sy harap abg azizi dpt bg tau kat blocg.. sesiapa yg boleh contact pelajar alex.. sila bg tau utk kumpul kat bangunan mara secepat mungkin.. call ustaz hakim...

n tindakan kat mansoura.. ni kwn bg tau.. sy tny ape pcm wat..
diorg ckp.. setiap lorong syarik ade dorg laki jage.. klu de pepe bg sila call lelaki yg menjaga lorong terbabit. sume x sure siapa jg lorong siapa n no diorg...

kat alex langah keselamatan ialah bangunan mara.. n mansoura no phone setiap org jg lorong.. n cairo sy xde pepe update..

sekian.. : Akmal Aziz, Semester 4 MMPME Mansoura University

Mesej 6.
assalaamu'alaikum..azizi,
tadi baru dpt call seorang kakak thn 4,
dia kata skg mmg 24 hrs xblh keluar rumah.
kalau nk beli brg2 or mknn kene mintak tlg ikhwah/mushrif yg telah ditetapkan utk setiap rumah belikan.
and mana2 akhawat yg duk sorg2 kene pegi duk rumah org lain.
and pasal banduan and rompakan tu, polis pesan kat diorg supaya xbnyk guna lighting sgt.supaya nmpk mcm rumah tu xde org.sbb polis suspek perompak akan target rumah student malaysia.

reported by: Teem Fauzi, Semester 6 MMPME Mansoura University..
thanks to my dear colleagues for the update, this will help them in Egypt..

p/s: kalau dah pecah rumah, rompak barang, klu rumah tu rumah student perempuan, lagi bahaya.. maruah mahasiswi kita, ya Allah.. sama2 kita usaha, suarakan pada kerajaan kita untuk evacuate pelajar kita dengan segera.. US, UK, Turkey dah complete evacuation.. kita? apa kita nk buat?

Mohon doa dan kekuatan untuk semua pelajar dan warga Malaysia yang berada di Mesir. Mudahan Allah lindungi dan pelihara kalian semua.

Kebangkitan rakyat tiada siapa yang mampu menghalang. Kuasa-kuasa kerajaan yang berapa kerat, tak mampu menangani luahan jutaan rakyat. Tapi si pelahap negara Mesir, masih memekakkan telinga. Aku mengharapkan sangat kejatuhan geng-geng Husni Mubarak dan sekutunya. Diangkatkan pula Ikhwan Muslimun dalam mentadbir Mesir, selari untuk kebangkitan Arab Muslim. Bahkan dalam menjaga hak2 rakyat Palestin yang bersempadanan dengan Mesir. Jatuhnya Husni Mubarak, jahanamlah Israel Zionis Laknatullah.


Sumber2 mesej dari ariffshah.com dan krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.


 



 


Read More...

Friday, January 28, 2011

CERITA - Musim pecah tingkap kereta

 
Gambar hiasan

Posting kali ini agak berlainan seperti sebelumnya. Ingin aku nyatakan sedikit tentang isu-isu semasa yang sedang kami alami di sekitar kediaman aku di Taman Pelangi Ipoh ini. Kalau lihat pada peristiwa-peristiwa yang lalu, bermacam-macam lah peristiwa yang bermusim yang selalunya terpampang di dada akhbar. Contoh, musim kemalangan bas, sejadah berdiri, buang bayi (tak sudah-sudah), merempit (tak sudah-sudah). Tapi kes-kes sebegini tidaklah sehebat seperti kes pecah tingkap kereta di kawasan kediaman aku. Tak pasti pula berita ini masuk ke tidak dalam akhbar.


Pada Ahad lalu, dikhabarkan 7 buah kereta mewah telah menjadi sasaran 'si pemecah' tingkap kereta. Kesemua kereta-kereta ini dipecahkan pada tingkap belakang, serta bersaksikan sebiji batu sungai yang besarnya lebih dari besar penumbuk. Yang anehnya, barangan berharga di dalam kereta, tidak pula yang hilang. Kesemua kereta mewah ini, yang menjadi mangsa disebabkan meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan rumah. Dikhabarkan kerja 'gila' ini dilakukan seorang yang menunggang motosikal. Hasil berita ini, aku dapat dari seorang penghantar surat khabar, jadi sahih lah berita ini.

Kes yang lain pula, berhampiran dengan kawasan kediaman aku juga, kes yang sama berlaku terlebih dahulu. Memandangkan kes ini berlaku betul-betul di depan mata adik aku. Kes berlaku sekitar jam 4 pagi. Yang melakukan kerja ini juga hanyalah seorang sahaja. Bayangkan ketika adik aku menyaksikan aksi pecah tingkap, lebih kurang 4 buah kereta telah dipecahkan. Yang mana bunyi penggera kereta sedang berbunyi, namun si jahat terus memecahkan tingkap tanpa menghiraukan bunyi tersebut. Namun kali ini, barang2 berharga dalam kereta ada juga yang hilang. Ada juga jiran-jiran berbangsa cina yang lain, tidak mampu buat apa-apa. Mereka hanya mampu melihat, termasuk adik aku sendiri. Aku dapat rasakan mentaliti kita masyarakat sekarang, tidak sanggup atau berdepan dengan penjenayah-penjenayah ini. Sebabnya mentaliti penjenayah pun semuanya bersifat nekad. Ada halangan yang menghalang mereka, mautlah jawabnya. Itulah yang aku rasakan. Biarlah rosak, biarlah rugi asal nyawa tiada berganti...

Aku masih tertanya-tanya, apakah motif budak2 nakal ini..? Tak pasal-pasal tuan punya kereta lesap RM1000 lebih untuk menggantikan tingkap kereta yang baru. Jadi, kami disekitar ini berasa khuatir dengan terjadinya kes sebegini. Terus terang cakap lah, jarang sekali aku terserempak dengan anggota polis yang menjalankan rondaan pada jam sekitar 2-5 pagi. Selalu sangat bertembung waktu awal-awal malam. Entah lah, sendiri kena faham. Penyangak sekarang makin bertambah, yang menjadi mangsa tangkapan entah siapa-siapa. Maaflah encik polis, sekali sekala kena 'gulai' juga.

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
 H.R. Thabrani

Hari ini, kita bukan lagi berada dalam zon selamat. Di mana-mana sahaja penjenayah bertapak. Tidak tertampung lagi 'rumah' mereka untuk di huni. Memang benar lah, kiamat semakinnya hampir. Di kala orang-orang soleh yang seorang demi seorang menghadap Illahi, bercanak-canaknya penjenayah tika ini.

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 
(Al-Baqarah 2:46)

Baliklah kepada asal kejadian kita, sebaik-baik Muslim yang mengaku beriman dengan Allah, kembali kepada Allah adalah jalan selamat segala kejahatan.

Berita ini bukanlah bererti kita lebih menjaga akan kenderaan kita, tapi kita kena lebih berusaha menjaga hubungan kita denagan Allah. Bila kita menjaga Allah, maka Allah lebihlah menjaga kita dari semua aspek kehidupan.

Read More...

Wednesday, January 19, 2011

RENUNGKAN - Allah sentiasa menyelamatkanku...

 As-Salam - Maha Penyelamat
Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
( Sifat2 Allah ) 

Bila aku menung-menungkan kembali, memang tak wajar kita ingkar perintah Allah.. Sudah lah kita ini Allah ciptakan pula, udara, nafas, nyawa, duit hatta kesemuanya yang ada pada diri kita adalah kepunyaan mutlak Allah. Patutkah kita derhaka Allah..?? Bahkan di kala kita berada dalam suasana genting, waktu kesusahan pastinya Allah jua lah penyelamat kita.


Aku ingin kongsikan bersama sedikit sebanyak kesusahan dan kesempitan yang aku alami, akhirnya tawakkal pada Allah juga dan Allah juga menyelamatkan aku. Bersangka baiklah dengan Allah.

Ceritanya..
Aku telah ditawarkan voucher percuma penginapan 3H2M di Swiss Garden Damai Laut tanpa sebarang bayaran penginapan. Jadi kami sekeluarga memutuskan pada hari bekerja kami bercuti ke sana. Dengan membawa anak yang umurnya 7 bulan ketika itu, tidak memikirkan apa2 masalah. Setelah kami tiba di Swiss Garden aku ambil keputusan untuk meninjau suasana sekitar kawasan penginapan sambil2 membeli keperluan untuk memasak memandangkan kami menginap di apartment yang ditawarkan. Memikirkan jalan masuk ke apartment yang jauh dari kedai, dengan lampu jalan yang tiada sambil melalui hutan paya bakau, aku rasa khuatir untuk keluar disebelah malamnya. Aku hairan juga dengan suasana apartment kami menginap, kelihatan suram dan di blok kami rasanya kami sahaja yang menginap. Mungkin disebabkan kami bercuti pada hari orang lain bekerja.

Nak dijadikan cerita, disebelah malamnya anak aku tidur awal sekitar jam 9 malam. Dan tepat jam 12 tgh malam anak aku terjaga. Sambil menangis. Dalam fikiran aku, mungkin perutnya kembung. Air gripewater untuk kembung, sudah tentu aku bekalkan bersama. Isteri pula buat cemas, "anak tak kembung ni..." Jam menunjukkan hampir 12.30 mlm. Anak aku semakin galak menangis, pada mulanya menangisnya hanya perlahan2, lama kelamaan nangisnya makin menaik-naik. Aku teringat akan kata Ust Ismail Kamus dalam ceramahnya, apabila anak yang menangis di tengah malam dengan nadanya tinggi terus tinggi, tandanya anak itu mempunyai masalah gangguan makhluk halus.

Lagi mencemaskan dengan kata2 Ust Ismail Kamus itu, tak semena2 aku pula diselubungi rasa takut. Aku dan isteri saling berpandangan. Berulangkali isteri memberitahu anak tak kembung. Celaru..celaru.. Aku benar2 rasa gelisah dan takut. Kekalutan fikiran waktu itu, aku ambil keputusan untuk keluar sahaja dari apartment dan balik terus ke Ipoh. Jam di tangan menunjukkan hampir 1.00 pagi. Tindakan yang bodoh sekiranya kami bergerak pulang pada waktu itu.

Aku rasa gelisah.. akhirnya aku beserah pada Allah, aku kenangkan Allah sentiasa bersama2 kita dikala kita berada dalam kesusahan. Aku tiada sebarang ilmu menjauhkan gangguan makhluk halus atau jin. Sekali lagi aku teringat setiap kata Ust Ismail Kamus dalam ceramahnya, sekiranya anak yang diganggu makhluk halus amalkan azan sebanyak 7 kali, ayat kursi 9 kali dengan 9 kali waqaf. Tiba2 aku diresapi keyakinan tinggi pada Allah, aku yakin dengan pertolongan Allah. Aku dirikan solat sunat hajat terlebih dahulu. Aku rasa solat hajat aku ini betul2 ikhlas dan amat2 mengharapkan pertolongan Allah. Selesai solat hajat, aku laungkan azan sebanyak 7 kali dan disudahi dengan ayat kursi 9 kali dengan 9 kali waqaf. 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Al Faatihah 1:5)

Selesai amalan2 yang aku lakukan tadi, suasana tiba2 menjadi tenang. Aku tidak lagi merasai takut dan gelisah. Jiwa aku menjadi tenteram. Anak aku yang tadi menangisnya tinggi, beransur2 perlahan menangis dan terus tidur. Jam waktu itu menunjukkan 1.30 pagi. Aku dapat bayangkan sekiranya perkara sebegini terjadi di rumah, kita boleh minta bantuan pada mana2 ustaz atau pakar rawatan Islam. Tapi bila suasana ini sebaliknya, aku rasa benar2 Allah telah membantu kami sekeluarga yang aku rasakan bantuan Allah itu dengan kadar segera. Bayangkan... inilah yang dikatakan Allah Maha Penyelamat dan Maha Pelindung.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
(Al-Baqarah 2:120)

Pernahkah anda terfikir bagaimana hendak mengatasi dan berdepan masalah gangguan makhlus halus ini..??  Bagi aku inilah pengalaman yang menakutkan kami sekeluarga untuk kita sama2 ambil iktibar. Posting ini bukanlah nak cerita tentang amalan2 untuk menjauhkan gangguan makhluk halus ini, tapi aku cuba sampaikan tentang pertolongan Allah pada hambaNya yang dalam kesusahan, di mana patut sangalah kita bersyukur tidak terhingga akan apa yang kita nikmati waktu ini. Kita tiada daya kekuatan, dengan Allah kita mampu menyelesaikannya dan keyakinan yang tinggi pada Allah.

Percayalah, setiap apa kesusahan yang kita alami hatta orang lain pun tak mampu untuk membantu, yakinilah bahawa Allah sebaik2 tempat pengharapan.

Bila kita mengharapkan bantuan Allah, maknanya kita semakin dekat dengan Allah. Selangkah kita dekati Allah, 'sepantasnya' Allah dekati kita.

Read More...

Tuesday, January 18, 2011

BERITA - Isu payu dara undang kritikan.


RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.



KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.
Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Wan2day - Dah tiada modal untuk di bincangkan ke..? Isu payu dara ni masalah negara ke..? Kenapa nak publickan isu 'besar' ni..? Atau Penerbit WHI ni  syok habis dengan topik ni..? Gila...mat...

Kalau dah terdesak sangat nak bincangkan isu 'besar' ni, buat la seminar khas untuk kaum wanita sahaja. Aku rasa rancangan ni boleh menyebabkan 80% tergerak nafsu jahat. Yang mana jurukamera nakal sengaja menfokuskan payu dara. Ini semua punca nak meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam. 

Banyak lagi la isu yang sepatutnya dibincangkan untuk umum. Berapa banyak masalah umat Islam di Malaysia dan juga masalah keruntuhan akhlak yang tahap nazak yang sepatutnya di pertengahkan. Rupanya, pihak TV3 lebih peka dengan cerita2 payu dara..  apa da.... tak habis-habis dengan kontroversi TV3 ini...  

Nak besar mana lagi weii... Bak kata Akhil Hayy, "Udah bergantang-gantang datangnye.."

Read More...

Tuesday, January 11, 2011

ISLAM - Al Quran manual manusia

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa
Al Baqarah A:2.

Al Quran adalah petunjuk, atau sebagai manual manusia dalam amalan seharian untuk amal makruf dan panduan untuk menghindari mungkar.


Ayat di atas sangat jelas, di mana tiada keraguan dan syak apa yang Allah sampaikan. Lihatlah di sekeliling kita, bahkan dalam keluarga kita sendiri, sejauh manakah kita membaca, menyelak, menyentuh atau biarkan Al Quran ditebalkan dengan habuk-habuk. Jauh sekali pula menghayati tafsir kalam Allah ini. Fenomena yang biasa kita lihat, Al Quran diimarahkan waktu Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan juga untuk hantaran2 pertunangan dan hantaran perkahwinan.

Memang Al Quran merupakan guide dan manual kita. Melengkapi semua cara hidup kita seharian.

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Waktu kecil aku berguru dengan seorang Ustazah, seringkali beliau mengingatkan kami agar berdamping dengan Al Quran. Sentiasa menghargai Al Quran. Sebabnya bila kita berada di alam kubur, kubur akan bercahaya bahkan melapangkan kita di alam kubur. Termasuk juga sewaktu melintasi titian sirat, Al Quran memelihara kita sepanjang melintasi titian sirat. Bahkan sepantas kilat Al Quran membawa kita ke seberangnya. Hebatnya hikmah Al Quran.

Tapi sayangnya, kita hari ini dahulunya televisyen hanyalah bersaiz 24". Hitam putih pula. Tambah pula dengan Astro untuk mendapat kualiti siaran yang cantik bagi mengelak siaran terganggu dengan bayaran bulanan yang tidak berpatutan. Malah sekarang ini, telah ada pula LCD 42", ditambahkan pula dengan HD, dan Full HD pula. Kita sentiasa mahukan paparan jelas untuk ratapan hawa nafsu kita. Sedangkan paparan jelas lagi lengkap tidak pula kita usahakan, berhabuk terus berhabuk... Beribu tahun lamanya Al Quran telah ada berbanding LCD atau TV ini, yang mana mendapat tempat di hati kita..??


Baca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus.. Lihatlah bala  keruntuhan akhlak yang melanda di Malaysia, semuanya kerana tidak mengikut Al Quran..



Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010