sambungan video ke-2 di sini 
   
Monday, November 22, 2010
VIDEO - Bangkitkan zaman kegemilangan Islam...
Labels:
VIDEO
DAKWAH - Penyakit para daie..
Oleh : Almarhum Ustaz Abdullah Akhili
Muqaddimah
Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan lemah.
Futur adalah penyakit yang menimpa sebahagian daripada pekerja islam.  Penyakit ini sering atau kadang-kadang timbul dalam reality kini. Paling  minima futur yang menimpa pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling  parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami.
 Makhluk yang tidak pernah futur adalah Malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan  kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi dan  malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh  untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.
Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.”
(Al-Anbiya’: 19, 20)
Manusia walaupun memiliki pelbagai kelemahan, namun manusia boleh  menjadi lebih tinggi daripada malaikat kerana manusia mempunyai akal dan  boleh melakukan jihad. Sebaliknya manusia juga boleh menjadi lebih  rendah daripada haiwan.
Merawat futur
Futur  memberi kesan yang buruk kepada orang Islam, khususnya kepada  pekerja-pekerja Islam. Antara cara-cara untuk merawatnya adalah:
1.        Menjauhkan diri daripada melakukan dosa dan kejahatan sama ada besar  atau kecil. Dosa yang kecil tidak boleh dipandang ringan kerana dosa  ibarat racun. Dosa meracuni hati. Dosa merosakkan kejernihan hati. Hati  menjadi lemah bila diganggu oleh racun-racun dosa. Titik-titik hitam  dosa menutupi hati hingga lama-kelamaan hati menjadi hitam.
 Keterlibatan seseorang dengan suatu dosa boleh mengakibatkan Allah murka. Seseorang yang dimurkai Allah akan ditimpa kecelakaan.
2.        Terus-menerus melakukan amalan-amalan harian yang soleh. Amalan soleh  bermula dengan yang wajib hinggga yang sunat. Amalan itu terus dilakukan  mengikut jadual (istiqamah).
 Amalan soleh merupakan zat  atau makanan. Rohani memerlukan makanan sepertimana badan memerlukan  makanannya tersendiri. Amalan-amalan harian itu dapat menyegarkan  keimanan kepada Allah SWT.
3.       Sentiasa  merebut masa-masa yang baik. Menghidupkan masa-masa tersebut dengan  menta’ati Allah seperti di waktu malam, hari Jumaat dan seumpamanya.
Selepas menunaikan solah kita perlu berdoa kepada Allah SWT. InsyaAllah dengan cara ini jiwa akan kuat.
4.        Membebaskan diri daripada melampau dalam din. Dalam sirah, ada sahabat  yang ingin berpuasa terus-menerus. Ada yang ingin sembahyang malam  terus-menerus tanpa tidur. Tetapi Rasulullah SAW tidak izinkan dan  amalan-amalan itu dianggap melampau dalam din.
Sebenarnya,  perjalanan kita jauh. Kita perlu bijaksana gunakan tenaga yang terbatas  supaya dapat menempuh jalan itu. Dan supaya dapat istiqamah tanpa letih  di pertengahan jalan.
5.       Memberi perhatian kepada sunnah Allah SWT yang berlaku kepada dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Tiadalah  yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya sunnah Allah yang  telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu  tidak akan menemui perubahan bagi sunnah Allah dan sekali-kali tidak  (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu” (Fathir : 43)
Kita  perlu membaca kisah anbiya’ dan mengetahui faktor-faktor kejatuhan  sesuatu umat. Sebab apa sesuatu ummah seperti generasi para sahabat,  menjadi ummah terbaik. Dan sebab apa sesuatu ummah itu Allah hancurkan.
6.        Sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi halangan-halangan di  jalan da’wah. Berhati-hati dan bersedia sejak di awal-awal lagi.  Janganlah, apabila berjumpa halangan-halangan, barulah terkejut dan  kelam-kabut. Di tahap awal, biasanya ujian Allah SWT kecil. Ujian Allah  SWT sesuai dengan mustawa. Apabila ditanya Rasulullah SAW mengenai orang  yang paling berat menerima, maka baginda menjelaskan bahawa yang paling  berat diuji ialah anbiya’, diikuti orang yang kemudian dan kemudian...”
7.        Berhati-hati dan teliti. Bekerja mengikut manhaj. Bekerja mengikut  prioriti. Bekerja dengan mendahulukan yang utama. Kita tidak boleh  terbawa-bawa dengan kerja-kerja sampingan. Kita tidak boleh hanyut  dengan masalah yang remeh-temeh.
8.       Sentiasa  berkawan dengan orang-orang yang soleh dan mujahid di kalangan  orang-orang mukmin. Hadis Rasulullah SAW yang bermafhum: “Kamu janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang mukmin.” Yakni  orang-orang yang soleh dalam pengertian syumul. Orang-orang yang  berjihad dalam ertikata luas. Orang-orang yang sanggup berkorban apa  saja untuk menegakkan din Allah SWT.
Kata Hassan Al-Basri,
“Apabila  ulama’ mengumpulkan harta yang halal, maka orang awam akan mengumpulkan  harta yang syubhat. Apabila ulama’ mengambil yang syubhat, maka orang  awam akan mengambil yang haram. Apabila ulama’ mengambil yang haram,  maka orang awam akan kufur”
9.        Memberikan hak-hak badan seperti berehat. Bukanlah bererti seperti yang  difahami umum. Rehat di sini ialah rehat dalam rangka membina kekuatan  untuk bekerja seterusnya. Janganlah badan kita langsung tidak diberikan  hak berehat. Tubuh perlukan keadilan.
Begitu juga, kita perlu  memakan makanan yang sesuai, seimbang, berzat dan berkualiti. Namun kita  tidak boleh makan secara melampaui batas. Kita boleh mengambil contoh  seperti seekor kuda perang. Ada masa dia perlu berehat dan makan.
Kita  hendak bekerja dan berjalan terus menerus. Kerja-kerja kita lahir dari  dorongan iman. Kita tidak mahu kerja yang begitu bersungguh-sungguh,  tetapi hanya sekejap sahaja, selepas itu letih dan berhenti.
10.    Memberi peluang kepada diri untuk melakukan perkara-perkara yang harus  seperti meraikan keluarga, berenang dan bersukan. Namun ini semua tetap  dalam rangka tarbiyyah.
11.   Sentiasa melihat, membaca  dan mengkaji buku-buku seperti buku-buku sirah dan sejarah  pejuang-pejuang Islam. Kisah-kisah tokoh penting, mujahid dan ulama’  perlu didalami agar memberikan dorongan kepada ktia.
12.    Mengingati mati  dan peristiwa yang akan berlaku selepas kematian. Di  alam barzakh setiap orang akan didatangi dua malaikat. Malaikat akan  menyoal dan bertindak dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW ada  menjelaskan bahawa di akhirat nanti, manusia akan dibangkitkan dalam  tiga keadaan:
a.       Dalam keadaan menaiki kenderaan
b.       Dalam keadaan berjalan kaki
c.       Dalam keadaan berjalan dengan muka
Mendengar penjelasan itu, ada sahabat bertanyakan baginda: “Bagaimanakah berjalan dengan muka ya Rasulullah”. Jawab baginda, “Allah berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan kaki, maka Allah juga berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan muka”.
Begitu  juga mengingati peristiwa-peristiwa di Padang Mahsyar. Ada manusia yang  berteduh di bawah bayangan ‘arasy, ada manusia yang lemas dalam peluh  dan sebagainya.
13.   Mengingati syurga dan neraka.  Akhirat adalah tempat yang kekal. Syurga adalah tempat tinggal yang  lebih baik. Perlulah kita selalu melihat hadis-hadis yang mengisahkan  tentang nikmat syurga dan azab neraka. Seperti azab yang paling ringan  di neraka ditanggung oleh bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib, di mana  bara api diletakkan di bawah kakinya hingga menyebabkan otaknya  mendidih (na’uzubillah).
Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita beramal kerana inginkan syurga atau kerana takutkan neraka.
14.    Menghadiri majlis ilmu. Ilmu menghidupkan mati. Mendapatkan ilmu adalah  sebahagian daripada tarbiyyah Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Ilah melainkan Allah”
Sesiapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah hidayah Allah terhadapnya, maka dia semakin jauh daripada hakikat kebenaran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’.” (Fathir : 28)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“...dan katakanlah: Ya Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan” (Thooha: 114)
15.   Mengambil dan menghayati Islam secara keseluruhannya. Bukan secara serpihan atau juz’i.
Read More...
Labels:
AGAMA
Friday, November 5, 2010
BERITA - Saman ekor aniaya pengguna
Sumber Kosmo Online. (Komen di bawah) 
Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR –  Pelaksanaan saman ekor dilihat tidak mampu  meningkatkan kesedaran pengguna untuk mematuhi peraturan lalu lintas,  sebaliknya hanya membuatkan pengguna merasakan diri mereka dianiaya.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki  Ismail berpendapat, saman ekor adalah saman yang tidak adil kerana  dikeluarkan tanpa pengetahuan pengguna.
“Saman seharusnya dibuat secara terang-terangan dan dikeluarkan di  tempat kejadian, bukannya mengambil kesalahan orang lain secara  sorok-sorok, kemudian dihantar melalui pos.
“Saman yang diambil dengan cara menyorok ini dilihat seperti hendak  menganiaya, bukannya memberikan kesedaran kepada pengguna dan ini sangat  tidak adil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata,  saman ekor adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada  pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan  ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Wan2day - Kes macam ni, boleh dikategorikan kes pukul curi. Tumbuk-tumbuk pastu lari. Samalah tembak-tembak kereta, surat sampai. Boleh jamin ke alat penempak had laju tu baik?? Ada tak dimaklumkan kemampuan penembak had laju tu pada umum. Apa yang aku risau, sekiranya kawasan had laju 90 km, tapi si penembak laju dapat kesan 100 km. Sedangkan meter kita 90 km. Tak ke naya.. Itu yang aku ragui tentang alat penembak had laju ni. Kami yang bekerja sebagai ukur tanah pun ada tempat dan waktu harus diuji alat2 penembak jarak dan bering. Dan disahkan kepada Jabatan Ukur sendiri. Itu dari segi kemampuan alat. Dan pastikah kita melalui jalan itu. Bayangkan kalau samannya tahun 2002, surat sampai tahun 2010. Amacam..?? Boleh tau ke kita lalu jalan tersbut..Bukan apa, kalau kes2 naya macam ni, kami yang miskin ini lah jadi mangsa. Ibarat macam kena pau ikut belakang...
Read More...
Labels:
BERITA
Wednesday, November 3, 2010
BERITA - Nak kiamat sangat dah..(Enam letusan Gunung Merapi)
Sumber Kosmo Online. (Komen Di Bawah)

GUNUNG Merapi menghamburkan debu semalam. 
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi dijangka meletus selama beberapa bulan, kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Subandrio semalam. 
Amaran itu diberikan semasa 50,000 penduduk masih berlindung di pusat  perlindungan manakala sejumlah penerbangan ke Yogyakarta dibatalkan.Semalam, Gunung Merapi itu meletus lagi sebanyak enam kali selepas subuh termasuk mengeluarkan lahar.
Letusan itu menyebabkan orang ramai panik manakala pemerintah  memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan untuk mengelak melalui kawasan  tengah Pulau Jawa.
Hampir 40 orang terbunuh sejak Gunung Merapi itu meletus pada minggu lalu.
Setakat ini, tiada laporan kematian dalam letusan terbaru yang  berlaku ketika Indonesia masih bergelut untuk menghantar bekalan kepada  mangsa-mangsa tsunami di pedalaman Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.
Kedua-dua bencana itu telah menyebabkan hampir 500 orang terbunuh.
Pegawai-pegawai turut meningkatkan tahap amaran melibatkan sejumlah  daripada 129 gunung berapi aktif di Indonesia dengan dua daripadanya  diramal meletus dalam tempoh dua minggu manakala 19 yang lain  menunjukkan peningkatan aktiviti sebanyak dua kali ganda.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk kampung yang berpindah kini  bimbang mengenai keselamatan ternakan mereka selepas mereka terserempak  dengan tapak kaki harimau di sekitar cerun Gunung Merapi semalam.

GAMBAR yang dirakamkan dari Kampung  Cangkringan di Sleman menunjukkan Gunung Merapi di Pulau Jawa  mengeluarkan lahar awal pagi semalam. 
 Penemuan tapak kaki itu mencetuskan desas-desus bahawa seekor harimau  bintang atau harimau belang merayau-rayau di ladang-ladang ternakan  yang ditinggalkan mereka untuk mencari makanan.
Seorang penduduk, Ratmo Supomo berkata, dia dan isterinya melihat  tapak harimau sebesar penumbuk ketika memeriksa ternakan mereka di  Kampung Boyong, kira-kira lima kilometer dari puncak Gunung Merapi.
Sementara itu, di zon tsunami yang terletak lebih 1,300 kilometer ke  barat Gunung Merapi, bantuan kini dihantar ke pulau-pulau terpencil di  Kepulauan Mentawai selepas tsunami yang dicetuskan oleh satu gempa bumi  kuat berhampiran Sumatera Barat pada minggu lalu telah memusnahkan  beratus-ratu rumah, sekolah, gereja dan masjid.
Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia melaporkan, angka kematian bencana tsunami kekal 431 orang.
Sementara itu, Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mengeluarkan gas beracun dan batu semalam.
"Saat ini Gunung Anak Krakatau sudah mengeluarkan muntahan gas  beracun, selain mengeluarkan material batu dari dalam perut gunung,"  kata Ketua Pos Pemantau Gunung Anak Krakatau GAK di Desa Pasauran,  Kecamatan Cinangka, Kabupaten Serang, Provinsi Banten, Anton S Pam budi.  - Agensi
Wan2day - Istighfar lah selalu. Bersedialah sebarang apa kemungkinan.  Sudah uzur sangat hayat dunia ni. Banyak amaran2 yang telah Allah alertkan. Walaupun negara kita masih berada di atas zon 'selamat', janganlah kita berasa sombong diri atau yakin dengan keadaan sekarang. Bala yang menimpa negara jiran adalah merupakan peringatan buat seluruh umat di mukabumi ini. Takkanlah bila bergoncang bumi Malaysia maka bergoncanglah kesedaran kita? 
Apa saja ni`mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana  yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu  menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
An-Nisaa`:079  
Bermuhasabahlah diri seketika. Walaupun bala Allah ini tidak terputus, kita harus ingat atau waspada bahawasanya mati adalah paling hampir dengan kita. Persiapkan diri untuk kematian, bukan siapkan diri untuk nikmat dunia. 
 Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan  kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk  mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah  diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong,  maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
Al-An`aam:044   
Dunia sudah hampir ke tamat tempohnya. Bersiap sedia untuk menghuni akhirat kekal abadi...Kekal abadi....KEKAL ABADI.. KEKAL ABADI..
Read More...
Labels:
BERITA
Tuesday, November 2, 2010
VIDEO - Pemikiran sempit...
Video ini bukanlah untuk mencari publisiti untuk mana2 pihak. Fahamkan apa yang ustaz ni cuba sampaikan. Dan kenapa wujudnya individu2 seperti ini setiap kalinya PRK. Untuk perkongsian bersama...
Labels:
VIDEO
Monday, November 1, 2010
LAGU - Syukur pada ALLAH.. (Lirik Thank You Allah - Maher Zain)
Hayati lirik ini, kita patut mensyukuri nikmat yang dipinjamkn ini. 
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
Read More...
Labels:
VIDEO
BERITA - Tiada lagi Teluk Rubiah..
Teluk Rubiah Beach & Golf Resort ataupun Teluk Rubiah sepertimana  yang dikenali, telahpun menutup pintunya. Teluk ini telahpun dijual  kepada syarikat besi Brazil. Mulai bulan Oktober, teluk ini akan ditutup  kepada orang ramai selama-lamanya dan padang golfnya pula akan bertukar  menjadi kilang besi.

Pantai Teluk Rubiah, mulai Oktober 2010, hanya yang 500 pekerja kilang besi yang bertuah dapat menikmatinya
Pengambil  alihannya mungkin telah dirancang sekian lama kerana melibatkan wang  yang begitu banyak (khabarnya RM20 juta. Jika ianya masih tidak  mencukupi...beberapa kilometer ke tengah laut akan dibina pula platform  yang baru sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal besar.)
Apa  akan jadi dengan Seri Manjung dan juga Pulau Pangkor? Kapal-kapal besar  akan datang untuk membawa besi mentah dan membawa pulang bahan yang  telah diproses? 
Ini  bermakna, pencemaran alam yang teruk akan berlaku disekitar kawasan  tersebut dan akan memberikan kesan kepada pantai-pantai di Teluk Batik  dan seluruh pulau Pangkor.
Walaupun  jika kilang tersebut berusaha sedaya upaya untuk memelihara alam  sekitar (saya difahamkan yang ianya akan dilaksanakan), kapal-kapal itu  sudah pasti akan membuang sampah-sarapnya kedalam laut sepertimana yang  berlaku sekarang.
Cuba  jalan-jalan ke Teluk Batik dan saksikan apakah barangan yang  terapung-apung kepantai. Dan anda akan faham sekarang mengapa industri  pelancongan merosot.
Teluk  Rubiah yang mempunyai pantainya yang tersendiri pasti akan kehilangan  pelancong juga. Anda akan tertanya-tanya, mengapa perlunya sebuah kilang  yang begitu besar ingin didirikan bersebelahan dengan destinasi  pelancongan seperti Pangkor?
 Bermain Golf di Teluk Rubiah... ianya tinggal kenangan....
Kesemua  29 chalet tradisional tidak akan dimusnahkan, sebaliknya akan digunakan  sebagai penempatan untuk pengurusan dan kakitangan kilang. 
Teluk  Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk  Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup. 
Sebenarnya, resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat.
 Dengan  kurangnya promosi yang baik sudah tentu tidak dapat menarik pelaburan  yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya. 
Untuk  setiap chaletnya, hanya SATU set cadar dan tuala sahaja yang disediakan  beberapa tahun kebelakangan ini. Ini amat menyedihkan dan lebih teruk  lagi, tiada siapa pun yang peduli akan keadaan di Seri Manjung dan  Sitiawan.
Keputusan  telah pun dibuat dan kilang tersebut akan tetap didirikan. Teluk Rubiah  akan dibangunkan semula berkeluasan yang kecil berdekatan dengan Teluk  Batik. Untuk penggemar golf pula, sebuah driving range sedang dibina di  Teluk Batik.
Apakah  ini yang dikatakan "pembangunan"? Apalah salahnya jika kawasan ini yang  amat berhampiran dengan Teluk Batik dan Pulau Pangkor diberikan lebih  tumpuan sebagai destinasi pelancongan? 
Kita  hanya boleh berharap agar industri perikanan di Pangkor tidak terjejas  dengan projek ini. Manakala di Teluk batik pula, setiap hari kita dapat  melihat sampah yang dihanyutkan kepantai daripada kapal-kapal dilaut.  Ianya akan bertambah lagi dan kualiti air semakin berkurangan.
Tetapi, seperti biasa, wang lebih berkuasa. Kita hanya boleh tertanya, siapakah yang mengaut keuntungan didalam hal ini.
Sumberi Ajijoi
Labels:
ISU SEMASA
Subscribe to:
Comments (Atom)




 




