Monday, August 4, 2014

Kecemasan Untuk Gaza. Memories 5.

Bismillah hirrohmanirrohim.

Sambungan dari Memories 4.

Palestin dan Gaza.


Sambungan semalam, untuk sejarah hari ini. Begitulah kehidupan hari-hari. Beza antara orang mukmin dan orang biasa, apabila rutin kehidupan kita semuanya sama seperti makan, tidur, bekerja, bekeluarga dan tidur semula dan begitulah seterusnya. Tapi bezanya adalah setiap pusingan kehidupan seorang mukmin itu, apabila semua aktivitinya dikaitkan dengan Allah. Semua yang dilakukan, semuanya ada hubungan dengan Allah. Itulah membezakannya. Benda yang sama, tapi mereka berasa tenang dan bahagia. Kebersamaan diri mereka dengan Allah.

Sebenarnya ramai yang berhajat untuk menjadi relawan. Tetapi menjadi relawan yang benar-benar jauh dari matlamat lain, itu yang sukar. Sebab relawan-relawan yang khususnya dari Haluan sendiri, mereka-mereka ini datangnya dengan kekuatan hati dan rohani serta fizikal. Kami di asuh dan di didik untuk di ajar bagaimana untuk menjadi hamba-hamba Allah yang sentiasa memelihara dan mengekalkan hubungan dengan Rabb nya. Di tanamkan dalam diri untuk menjadi pekerja-pekerja yang sentiasa mengharapkan redha Allah. Dan aku, menjaga keikhlasan dalam bekerja, teramatlah sukar namun ia tetap dikira sedang melalui proses tarbiyah diri. Tapi, melalui proses ini, bukanlah suatu proses magic dan ajaib, tetapi ia memerlukan proses keteguhan hati dan jangka masa yang amat panjang. Bak kata lain adalah ISTIQOMAH. Hakikatnya, apabila melakukan kerja-kerja amal ini, niat mesti kena jelas. Jauhi dari niat kerja yang boleh mendapatkan murka Allah. Kerja yang bersungguh-sungguh tapi menjadi sia-sia. Semoga dijauhkan buat kami.

Bazar Ramadhan Angsana Mall (Greentown Mall)
Alhamdulillah. Masuk hari ke-5. Persediaan untuk alatan-alatan misi semua dalam keadaan baik. Berbekalkan pengalaman 4 hari yang lalu, perasaan malu sudah tiada lagi. Terasa sedikit keyakinan. Bantuan Allah agaknya. Dan untuk venue kali ini, agak berlainan sedikit dengan bazar-bazar yang sebelum ini. Bazarnya agak berhampiran dengan Angsana Mall yang dulu merupakan Greentown Mall Ipoh. Angsana Mall ni di katakan tempat tumpuan juga. Tambahan lagi sempena Aidilifitri yang akan tiba. Situlah tumpuan untuk membeli belah baju raya.
Dan kelainannya lagi, bersama-sama kami adalah relawan-relawan dari Indonesia yang turut sama memerah tenaga untuk misi hari ke 5 ini. Semangat dan agresif gerak kerja mereka. Perempuan pula tu. Subhanallah.

 
 

Inilah yang di katakan semangat dan agresif. Sebab mengikut perancangan misi, kami tidak berhajat untuk masuk ke dalam premis Angsana Mall. Tapi semangat gadis-gadis Indonesia ini, diterjah nya juga. Alhamdulillah. Tiada sebarang perkara buruk berlaku. Terima kasih Allah.


Dan juga perasmian poster-poster yang masuk hari ke 5. Maafkan di atas kelewatan penerbitan poster. Poster juga memainkan peranan penting untuk memberi sedikit info dan juga kesedaran pada masyarakat.

 
 
 
 
 
 
 
Kami berteriakan.. Palestin. Palestin. Palestin. Marilah menyumbang untuk rakyat Gaza...
Semoga Allah redho. Jumpa sambungan hari ke 6..

22/07/2014 Selasa
Bazar Ramadhan Angsana Mall




No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010