Tuesday, May 19, 2009

BERDEPAN ANAK MUDA MASAKINI

Alhamdulillah dengan perubahan diri yang banyak melalukan kemungkaran serta melanggar suruhanNYA, di atas berkat doa ibu tersayang yang sentiasa memohon kebaikan untuk anak-anaknya telah Allah memberi jalan dan ruang untuk memperbaiki diri. Aku terdetik untuk menyentuh karenah anak-anak muda masa kini yang rata-ratanya masih dibangku sekolah. Kenapa terjadinya..? Jawapan ada diri sendiri, di mana aku terlebih dahulu melalui jalan keperitan, jalan sengaja yang dicari, jalan merosakkan jiwa dan hati sendiri. Jawapan yang paling sesuai adalah ENJOY.

Bila hati muda, tidak perlu atau tidak ambil tahu tentang masa depan dan matlamat hidup yang hanya mencari keseronokan diri. Sepatutnya kita harus meletakkan persoalan UTAMA iaitu "Dari mana asalnya kita?", "Apa tujuan kita di dunia ini?" dan "Ke mananya kita selepas ini?" Aku yakin sekiranya kita termasuklah diri ini, pasti akan berjaya di dunia dan akhirat. Dan trend anak muda kini lebih meletakkan diri untuk ber'enjoy' dahulu dan berubah kemudian. Persoalannya adakah kita pasti bila kita akan mati? Alangkah beruntungnya kita masing-masing mengetahui tarikh untuk kita mati. Selagi kita ada ruang, mohonlah pada Allah semoga sentiasa memberi petunjuk dan tidak terpisah di atas jalan yang redhai. Aku berharap Allah kekalkan aku di dalam mencari keredhaan Allah hingga ke akhir hayatku.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010