Tuesday, September 1, 2009

HUKUM SEBAT : ISU KARTIKA


Bismillahirrahman Nirrahim..

Heboh SeMalaya tentang timbulnya isu Kartika yang dijatuhkan hukuman sebatan ke atas beliau. Menarik di sini, isu ini telah disensasikan beberapa pihak yang cuba menakut-nakutkan agama lain tentang perlaksanaan hukum syariah ini. Kesannya...

Pada pagi Khamis, wan2day keluar untuk membasuh kereta di sebuah pusat mencuci kereta milik bangsa cina. Sambil-sambil duduk menunggu kereta selesai dicuci, aku berbual-bual dengan pencuci kereta yang berbangsa cina. Bermacam-macam isu dan cerita diborakkan. Sampai ke satu tahap yang merupakan isu menarik yang sedikit memberi tamparan dan kejutan apabila pencuci bangsa cina itu bertanya, apa pasat minum sikit punya hal pun mau sebat kaa?? Memandangkan si pencuci ini bukanlah seorang Muslim, maka tidak heranlah bila dia mempersoalkan tentang hukum syariah yang dijalankan ini. Tak hairanlah bila si jahil lagi kafir yang mempertikainya bahkan lagi pelik sekiranya seorang diri yang mengaku Islam tapi mempertikaikannya. Dengan rasa rendah diri yang kekurangan ilmu, aku
selamba berkata bahawa minum arak dalam Islam bukan kecil punya hal, tapi merupakan besar punya hal yang Islam sangat2 marah akan perbuatan tersebut. Orang bukan Islam jangan khuatir atau bimbang sekiranya Malaysia menjalankan hukum hudud ini, kerna hukum ini hanya dijatuhkan bagi pesalah orang Islam sahaja jelas aku. Jadi si pencuci bertanyakan lagi, lebih baik oo bikin sebat itu perompak,penyampun,pembunuh pasai mereka manyak jahat.. aku menjawab perkara yang sama cuma aku meyakinkan dia, bila terlaksana hukum syariah ini PASTI sebarang jenayah akan berkurangan dengan mendadak. Si pencuci terdiam dan berkata errmm.. ntah faham ke tidak. Kesimpulannya di sini, kes orang2 Islam yang minum arak terlalu banyak, cuma yang satu kes ini adalah satu cara untuk membuka mata pihak penghakiman syariah, kepimpinan negara dan orang Islam yang masih meminum arak. Namun begitu ada juga pihak 'Islam' yang cuba menangguhkan hukuman itu dilaksanakan. Dari segi pendedahan tentang hukum syariah ini kepada bangsa lain amat membimbangkan, mereka seolah2 tidak tahu langsung tentang hukum ini. Inilah kesannya bila sistem pemerintahan yang ada telah menghadkan dan kurangnya kerja2 dakwah. Yang harus dipersalahkan Kerajaan dulu dan Kerajaan Sedia Ada.. Bila mana mereka takutkan akan hudud..

-wan2day-

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010