Wednesday, September 16, 2009

RAMADHAN DIPENGHUJUNG



Bismillahhirrahmanirrahim..

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita di mana Syawal pula menjelma. Hati kerdil ini berasa sayu hati dan terasa pemergian bulan Ramadhan yang mana bulannya untuk peluang mengumpul ganjaran yang berlipat ganda yang cuma ada setahun sekali. Alangkah beruntungnya kita dipertemukan lagi Ramadhan yang akan datang bagi merebut 'Reward' yang memang sudah tersedia buat kita. Aku merasakan Ramadhan tahun ini ada sedikit peningkatan pada tahun2 yang lepas. Cuma apa yang dirasakan, diperbanyakkan ibadah dan amalan yang dilakukan kita merasakan diri ini terlampau kerdil dan berasa dekat denganNya.


Itulah kelebihan di mana bila kita melebihkan ibadah kepadaNya, mudah-mudahan ibadah yang dilakukan diterima olehNya. Pada tahun ini juga merupakan pengalaman2 baru yang telah aku lalui sepanjang hidup dan buat julung2 kalinya menjadi Imam Terawih, satu tanggungjawab yang diamanahkan yang merasakan diri ini tidak layak dan juga amanah yang paling berat. Alhamdulillah, semua perkara Allah permudahkan dengan jayanya dan aku mengambil peluang ini dijadikan sebagai pengajaran dan latihan buat masa yang akan datang. Dalam penghujung Ramadhan ini, aku bersedia dan mencari dalam mendapat malam penuh keberkatan iaitu malam Lailatul Qadr, dan sambil berdoa agar Allah memilih aku berada di dalam Lailatul Qadr. Inilah dikatakan ganjaran yang tiada tanding nilainya, aku ingin sangat merasakan berada di dalam Lailatul Qadr. Semua urusanku, ibadahku, amalanku hanyalah kerana Allah dan tidak lain untuk mecari keredhaanNya. Selamat berjumpa lagi pada Ramadhan yang akan datang.

-wan2day-

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010