Wednesday, July 21, 2010

BERITA - Banyak negara sudah tapis Internet

Dari Kosmo Online (Komen dibawah)


BAGI pengguna Internet di sesetengah negara, akses kepada laman web tertentu termasuk lucah sudah disekat.


KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.


Wan2day - Elok sangatlah tindakan kerajaan membendung atau membuat sekatan ketat mengenai penggunaan internet ni. Banyaknya yang tak baik dari internet. Namun banyak juga ilmu2 yang diperolehi dalam internet. Sekatlah yang mana buruk, banyakkan yang mana baik. Salah satu punca keruntuhan akhlak dan moral yang kritikal masa ini. Mencegah itu lebih baik dari merawat...

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010