Sunday, August 29, 2010

BERITA - Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat

Dari mStar Online. (Komen di bawah)


AKTRES Indonesia, Marshanda memutuskan untuk mengenakan jilbab setelah mendapat mimpi buruk tentang kiamat selama beberapa hari.

Bintang sinetron Benci Bilang Cinta itu mengaku sedikit kekok saat pertama kali mengenakan jilbab kerana wanita yang mesra disapa Chacha itu tidak pernahberpakaian seperti itu.

"Saya bermimpikan kiamat selama lima hari berturut-turut seperti dalam filem Armageddon dan berasa sangat takut.

"Pada waktu itu saya belum konsisten untuk mengenakan jilbab sehingga pada 12 Jun lalu, saya telah sedar dan bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berjilbab," ujarnya menurut detikhot.com pada Jumaat.

Kini, kekasih Ben Kasyafani itu menolak tawaran untuk berlakon sinetron yang memintanya membuka tudung.

"Insya-Allah saya akan sentiasa memakai jilbab dalam setiap sinetron yang dilakonkan," ujarnya.


Wan2day - Alhamdulillah.. mudah-mudahan ianya berkekalan. Persepsi masyarakat hari ini, sangat teruja apabila ada artis2 yang telah diberi hidayah atau perubahan positif akan memberi kesedaran kepada masyarakat. Bersyukurlah, anda dipilih menerima mimpi suasana hari kiamat, yang memberi kesedaran pada diri agar todak terus leka dan lalai.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010