Tuesday, August 3, 2010

PALESTIN - Lontaran negatif pada Konvoi LL4G Pertama



Assalamualaikum..

Palestin datang lagi... Isu Palestin berterusan, bukanlah isu bermusim.
Berbalik pada tajuk asal posting ini, di mana perkhabaran yang kurang enak kita dengar. Bahkan aku sendiri rasa terkejut di atas beberapa pandangan dan juga kenyataan orang ramai yang bernada negatif terhadap Misi Bantuan LL4G yang pertama lalu.. Cerita yang aku dengar sendiri dari sumber2 kebanyakan, yang memang boleh dipercayai.

Salah satu kenyataannya "Dah tau Israel macam tu, nak cari penyakit kenapa..?" Lagi.. "Pegi sana ibarat jolok sarang tebuan.." dan mungkin ada yang lebih dasyat dari ini.



Agak2 apa yang mereka nampak hasil dari konvoi pertama ini..? Apa yang aku nampak, mereka2 ini hanya seolah2 mengharapkan matlamat utama konvoi ini adalah MESTI KENA SAMPAI GAZA.. Pihak2 konvoi LL4G sendiri pun sudah maklum akan apa yang bakal terjadi dalam misi ini dan kita juga tahu akan kezaliman Zionis ini. Satu kita kena tahu bahawa selain daripada bangsa Yahudi adalah Sub-Normal yang terkandung sendiri dalam Kitab Talmud. Memang mereka tak heran dengan siapa2 sahaja termasuk konvoi LL4G. Jadi sememangnya pihak LL4G amat faham akan situasi dan apa cabaran yang mendatang. Kalau bercakap melalui fikrah orang biasa, inilah jawapan2 bagi mereka. Fikrah yang berlogikkan akal semata2.


Sebenarnya konvoi LL4G ini merupakan barisan hadapan yang mewakili dunia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama sebagai pencetus semangat dunia sebagai pembuka atau pemecah tembok2 kepungan di Gaza termasuk sempadan Rafah sendiri. Alhamdulillah, misi tersebut telah pun berjaya. Berjaya sebab apa..? Sebabnya telah mencelikkan mata2 orang ramai di Malaysia bahkan seluruh dunia. Malah Israel Haram sendiri pun merasai getaran kemarahan rakyat dunia terhadap mereka dengan kehadiran konvoi ini. Itulah kejayaan sebenarnya, dan BONUS sekiranya konvoi ini benar2 sampai ke Gaza kecuali dengan keajaiban. Matlamatnya bukanlah untuk sampai ke Gaza, tapi dengan adanya serangan2 Zionis2 inilah yang memberi kemenangan awal dengan membuka mata seluruh dunia.


Hasilnya, pintu sempadan Rafah kembali dibuka walaupun sementara, sekurang-kurangnya impak dari kesan konvoi ini. Bukan setakat itu sahaja, beribu2 kapal dari pelbagai negara pun cuba menghantar melalui jalan laut dan pelbagai ngo memasuki melalui pintu Rafah. Kesannya kesinambungan penghantaran bantuan ini makin bertambah2 sambil tahap kemarahan dan kebencian pada Zionis terus memuncak.

Barangsiapa yang tidak ambil tahu pada saudaranya yang lain, dia bukanlah dari kalangangku.. - Hadis

Jadi janganlah kita hanya jadi sebagai pengkritik, konon2nya kitalah jagoan dalam hal Palestin. Isu Palestin adalah isu Al Quran, dan sebagai umat Islam amat2lah mengambil berat dalam hal ini. Apakah sumbangan kita dalam hal ini ? Takkan sekadar marah sejenak dan jadi pengkritik ?

Sayyid Hawwa telah menggariskan 5 jenis Jihad :

1. Jihad Tenaga.
2. Jihad Harta.
3. Jihad Penulisan.
4. Jihad Ilmu.
5. Jihad siasi @ politik.

Pilihlah salah satu cabang jihad yang kita termampu, walaupun ianya kecil.

Allah suka pada orang beramal walaupun usahanya kecil tapi secara
berterusan. - Hadis


Kita didalam suasana perang, tapi berperang dengan sistem dan fahaman jahiliyah..



2 comments:

along said...

ada gak manusia yg pikir camni? elok kita serang adik beradik dia biar dia tau sakit ati tak sakit ati. siapa lg nak tolong... mahangang tol. cer kabo ke awok saper yg byk komen dari buat nieh. TAK BOLEH TOLONG SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA

wan2day said...

mentaliti org macam tu la..nak ikut cara mudah dan goyang kaki..ayat trbaik TAK BOLEH TOLONG SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA..memang sesuai..

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010