Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah
Perkembangan  terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan  kelantangan  Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam  Sedunia.
Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.
Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!
Beliau  memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar  Gadafi membunuh  rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan  senapang.
Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!
Apa  yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut   Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika   mengganyang Gaza.
Gadafi memang gila!
Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!
Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.
Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.
Al-Jazeera. net melaporkan :
أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم
(Pengerusi  Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi  telah memfatwakan  [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar  Gadafi disebabkan  [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara  membedil mereka dengan  jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang  upahan asing bagi [tujuan]  membunuh mereka)
Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.
Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :
أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي  شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا  الرجل المجنون وظلمه.
(Sekarang,  saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh  Gadafi.Mana-mana pegawai  [keselamatan], tentera atau mana-mana individu  [yang] mampu melepaskan  tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi  membebaskan orang-orang Libya  dan ummah daripada kejahatan dan  kezaliman lelaki gila ini!)
Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!
Anak  diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol  dengan  ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya  sebagai  ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang  Islam!
Dalam  ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat  Libya  agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar  Gadafi,  sambil  menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan  itu sebagai  ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung  di syurga  Firdaus’.
Sesiapa pun boleh bersetuju atau tidak dengan fatwa terbaru Qaradhawi ini.
Namun, mesejnya di sini ialah, Qaradhawi sesungguhnya telah memberi contoh peranan sebenar seorang ulama dalam masyarakat.
Peka. Semasa. Bergerak seiring dengan denyut nadi ummah. Proaktif. Berani. Lantang. Terkehadapan…
Sumber dari Warisansemasa. 
Berita lain. (Kosmo Online)
Gaddafi arah bedil penduduk di Libya

GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen Al-Arabiya semalammenunjukkan Muammar Gaddafi memegang payungdi kediamannya di Libya. 
TRIPOLI - Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi menggunakan kereta kebal,  helikopter dan jet pejuang untuk memerangi tunjuk perasaan rakyat yang  menentang pemerintahannya, kata beberapa saksi semalam.
Tindakan tersebut dilakukan selepas pemimpin berkenaan yang  memerintah Libya selama 40 tahun menafikan beliau meninggalkan negara  itu dengan berlepas ke Venezuela.
Imej beliau muncul di televisyen selepas terdapat spekulasi beliau telah melarikan diri ke Venezuela.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez mempunyai hubungan rapat dengan Gaddafi.
Gaddafi turut berucap di televisyen bahawa beliau akan berjuang sehingga mati menentang para penunjuk perasaan.
Sementara itu, kawasan timur Libya sudah jatuh ditangan para penunjuk  perasaan yang menuntut beliau berundur kerana tidak puas hati dengan  pemerintahannya.
Menurut beberapa askar kepada agensi berita Reuters, bandar Tobruk di timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan.
Para penduduk Tobruk juga menyatakan bandar berkenaan sudah berada dalam tangan para penunjuk perasaan sejak tiga hari lalu.
Menurut beberapa pertubuhan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 233  orang terbunuh sejak penentangan rakyat terhadap Gaddafi tercetus  seminggu lalu. 
Gaddafi sudah memerintah selama hampir 42 tahun dan beliau berkuasa  menerusi rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris  mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. - Agensi
Berita dari Malaysiakini.
Gaddafi perintah hancurkan pemberontak
Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.
Pada  ucapannya di televisyen hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus  kekal sebagai presiden Libya dan bersedia mati syahid bagi  mempertahankan negaranya.
Sambil mendakwa pemerintahnnya juga disokong oleh rakyat, beliau mengarahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang kian ramai berdemonstrasi. Setakat ini, angka korban meningkat kepada ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.
Gaddafi memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut.
Beberapa jam kemudian, kerajaan Libya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh negara iaitu 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.
Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.
Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.
- AFP
Berita dari Malaysiakini.
Gaddafi perintah hancurkan pemberontak
Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.
Pada  ucapannya di televisyen hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus  kekal sebagai presiden Libya dan bersedia mati syahid bagi  mempertahankan negaranya.Sambil mendakwa pemerintahnnya juga disokong oleh rakyat, beliau mengarahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang kian ramai berdemonstrasi. Setakat ini, angka korban meningkat kepada ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.
Gaddafi memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut.
Beberapa jam kemudian, kerajaan Libya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh negara iaitu 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.
Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.
Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.
- AFP







Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.
Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah. 





































