Saturday, February 5, 2011

MESIR - Cerita Mesir belum berakhir,,,

 Sudah seminggu lebih krisis di Mesir berlarutan.. tanda-tanda untuk tamatnya protes terbesar ini belum lagi nampak ianya reda. Bahkan nampak semakin galak, dengan adanya pula geng Pro Mubarak yang mencetuskan provokasi ataupun 'upahan'. Terkejut juga apabila dikhabarkan puluhan ribu Pro Mubarak yang masih mempertahankan kezaliman tangan-tangan 'bos' mereka. Aku masih tidak faham atas dasar apa yang mereka pertahankan. Sedangkan jutaan rakyat Mesir yang lain menyatakan sebaliknya. Bukan Mesir sahaja, tapi sedunia.SEDUNIA !!


Si 'pemangsa' pendemostrasi masih lagi berkira-kira untuk melepaskan jawatan lubuk hartanya. Kenapa masih menunggu lagi untuk berbulan-bulan lamanya? Adakah masih sempat lagi untuk mengaut apa yang mampu?
Tapi, yang hairannya Amerika pula yang berlebihan gelabahnya. Sempat pula aku terbaca diruang berita ringkas di Tv3, terpampanglah berbagai berita semasa mengenai situasi di Mesir termasuklah kenyataan dari bos Mesir iaitu Amerika.
"Amerika akan adakan perbincangan dengan Mesir untuk membincangkan tentang pentadbiran Mesir".

Provokasi kerajaan Mesir pula, "Sekiranya Mesir bertukar kerajaan, kemungkinan kerajaan bertukar kepada Ikwanul Muslimin".

(Itulah sebahagian berita yang dipetik dari Tv3, mungkin ada sedikit perubahan ayat)

Siapa Amerika ini disebalik pentadbiran Mesir ini.?
Cukup kuat pengaruh Amerika pada Mesir ini. Mereka memang mengharapkan pemimpin-pemimpin  seperti ini untuk terus mentadbir Mesir yang sebagai pusat dalam mempengaruhi semua negara di rantau Arab. Matlamatnya untuk terus mempertahankan negara haram iaitu Israel. Itulah agendanya. Mereka mempergunakan umat Islam sendiri dalam memerangi umat Islam. Licik dan hebat. Perang halus ini terus berjaya hingga ke hari ini. Dan mereka cukup takut dan gentar sekiranya jemaah Islam seperti Ikhwanul Muslimin dapat memegang pemerintahan Mesir. Kesan positifnya amat besar buat umat Islam di rantau Arab. Kemungkinan di sinilah bermulanya era kegemilangan Islam. Tapi aku percaya, tidak semudah itu IM dapat mengambil alih kuasa dari kerajaan sedia ada. Sebabnya, Amerikalah di sebalik tabir dalam tampuk pemerintahan Mesir.

 "Sekiranya Mesir bertukar kerajaan, pasti kerajaan bertukar kepada Ikwanul Muslimin".
Bagaimana pula dengan kenyataan di atas..? Apa yang aku perhatikan, kerajaan Mesir seolah-olah mengugut rakyat Mesir dengan kenyataan yang dikeluarkan. Kenapa?Sebabnya selama beberapa tahun lamanya, rakyat Mesir secara majoritinya tidak memihakkan IM sebagai pemerintah Mesir.Menampakkan juga rakyat Mesir tidak tergerak untuk meletakkan kekuatan jemaah Islam atau hukum2 Islam sebagai sistem pentadbiran di Mesir. Sebab itulah apa yang aku rasakan, kerajaan Mesir bermain dengan provokasi untuk mengugut rakyat Mesir sekiranya pilihanraya di adakan.

Aku mengharapkan kesan yang positif di atas Protes terbesar ini yang menjanjikan kebaikan buat rakyat Mesir yang selama 7 hari lebih mereka menyusahkan diri sendiri dalam mempertahankan hak-hak mutlak mereka. Yang penting, kesan untuk asas kebangkitan umat Islam di Mesir bahkan di seluruh dunia terutama kejayaan buat tanah-tanah Palestin khususnya.

Kalau Amerika dan Zionis meletakkan Mesir sebagai pusat untuk agenda jahat mereka, umat Islam juga meletakkan Mesir sebagai pusat untuk kekuatan rakyat Palestin.

Pesanan - Mohon semua rakyat Malaysia diadakan solat hajat dan mohon bantuan Allah bagi melindungi semua warga2 Malaysia yang masih lagi berada di Mesir. Semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka semua.


No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010