Saturday, February 12, 2011

Step 1 - Akhirnya... Suara rakyat suara keramat, era Palestin bermula.

Alhamdulillah...
Akhirnya termakan juga 'hasutan' rakyat di atas desakan demi desakan yang saban hari membawa kemenangan kepada rakyat Mesir. Hasil usaha keras jutaan rakyat Mesir akhirnya membawa hasil yang manis buat mereka. Kini tibalah kerajaan yang suci akan mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir. Tiada lagi 'barua2' dalaman yang masih berada dalam Mesir. 
 Mereka meraikannya..

Rakyat Mesir Merdeka dari tangan Rakyat Mesir sendiri...


Majlis Tentera dengan rasminya telah mengambil pemerintahan sementara sehingga diadakan pilihanraya bagi mengantikan pemerintahan zalim Mesir. Sekarang tibalah masanya, sekutu2nya yang lain seakan cacing kepanasan. Israel telah mengarahkan kedutaannya di Mesir dikosongkan. Tiada apa lagi kekuatan yang ada pada mereka, cuma mengharapkan akan ada Husni yang baru.
 Semuanya gembira..tiada lagi kesedihan..

Inilah titik permulaan untuk kebangkitan buat rakyat Palestin. Sekiranya dengan izin Allah, gerakan Ikhwanul Muslimin memenangi pilihanraya nanti, rakyat Palestin akan terus gagah dan segala bantuan mudah disalurkan. Pintu sempadan dibuka seluas-luasnya. Pemerintahan Hamas menjadi hebat, tatkala Israel berkira-kira untuk mencari talian hayatnya yang baru. Aku mengharapkan kepada rakyat Mesir kali ini, sekiranya anda betul2 mahukan perubahan kepada pemerintahan yang lebih baik, letakkanlah undi anda pada Ikhwanul Muslimin. IM berhak memerintah Mesir dalam menyatu umat Islam di rantau Arab. Mungkin disinilah kekuatan Islam dalam memerangi Israel akan tercetus. Insyaallah, sebaik-baik perancangan, perancangan Allah adalah segalanya.

Fakta yang menarik :
12/2/2011 - Tumbangnya Hosni Mubarak.
12/2/1949 - Syahidnya Imam Hasan Al Banna.

Aku pernah senaraikan dalam posting yang terdahulu seperti berikut :
  1. Aku menyokong di atas kebangkitan rakyat Mesir dalam meluahkan perasaan yang selama ini di pekak tulikan mengenai kesengsaraan mereka.
  2. Penghapusan pemimpin-pemimpin yang bersifat zalim, membelakangkan rakyat demi mementingkan perut dan kroni.
  3. Asas kebangkitan sesebuah Gerakan Islam dalam menyatu padukan umat Islam Arab lantas menegakkan sistem khalifah.
  4. Ruang yang luas dalam membuka terus persempadanan di Rafah, Palestin.
  5. Kekuatan rakyat Palestin untuk terus hidup dan sentiasa berjuang perangi Zionis dalam mempertahankan hak-hak mereka.
  6. Bakal melumpuhkan dan menjatuhkan kuasa-kuasa AS dan Zionis serta sekutu-sekutu di rantau Arab.
  7. Memberi kesedaran pada pemimpin-pemimpin Arab yang lain, yang masih menjadi boneka untuk musuh Islam atau Zionis dan sekutunya. 
 Daripada 7 senarai di atas, 2 daripadanya aku telah berjaya meletakkan sasaran yang aku kenal pastikan. (Dengan izin Allah). Semuanya tidak mustahil. Aku mengharapkan doa2 kita buat kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia untuk membangkitkan kegemilangan Islam. Di sinilah bermulanya.............

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010