Thursday, January 7, 2010

BERITA : Gambar-gambar kereta DS Haji Nizar yg terlibat dengan accident

21 Muharram 1431H
Email : mohd hafez sabri























Wan2day - Kalau aku yang lalu jalan ni, sure aku kata pemandu ni maut. Alhamdulillah, pemandu tersebut hanya mengalami cedera ringan sebagai pesakit luar. Tapi ye la, simpang depan Hotel Casuarina ni memang bahaya, sebabnya jalan menuju ke pusat bandar merupakan jalan lurus. Bila jalan lurus, apa lagi 90 kmh dah tentu. Jadi bila ada yang kereta melintas mengejut, ini lah kesannya. Tak terelak yob..

Read More...

DAKWAH : Komitmen Dai'e

Salam..

InsyaAllah sedikit lagi perkongsian buat kita bersama, khususnya diri ini..

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاق

“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”

[an Nahl, 16:96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan kebijakan pemimpinnya dan mengakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.

Muhammad Abduh dalam buku Komitmen Dai Sejati

Read More...

PALESTIN : Askar Mesir maut di Gaza

Dari Kosmo Online.


SEJUMLAH penduduk Palestin membaling batu ke arah anggota-anggota keselamatan Mesir di Rafah, Genting Gaza semalam.


GAZA - Seorang askar Mesir terbunuh manakala empat penduduk Palestin cedera dalam satu pertempuran bersenjata semalam semasa satu perhimpunan diadakan bagi membantah pembinaan tembok antipenyeludupan di sempadan Gaza.

Keganasan itu merupakan yang paling serius melibatkan pentadbiran Mesir dan pasukan Hamas sejak Kaherah mula membina tembok besi bawah tanah sebulan lalu bagi mengekang penyeludupan senjata dan barangan melalui terowong-terowong bawah tanah ke Gaza.

Di sempadan Mesir, beberapa pegawai keselamatan berkata, askar berusia 21 tahun itu maut terkena tembakan yang dilepaskan dari bandar Rafah di sebelah Palestin.

Saksi-saksi di Gaza memberitahu, beberapa anggota polis Hamas melepaskan

tembakan ke arah pasukan keselamatan Mesir.

Beratus-ratus penduduk Palestin keluar bagi membantah pembinaan tembok itu yang digelar sebagai 'tembok maut'.

Beberapa saksi menyatakan berpuluh-puluh penunjuk perasaan membaling batu ke arah askar-askar Mesir yang kemudian melepaskan tembakan sehingga mencederakan empat penduduk Palestin. - Reuters


Wan2day - Ya Allah, kau bukakanlah dan lembutkanlah pintu hati pemimpin Mesir serta seluruh pemimpin2 negeri2 Arab. Detikkan dihati mereka di atas kesengsaraan saudara seIslam mereka di Palestin. Hambamu memohon kekuatan ke atas umat Islam di Palestin, berilah kemenangan dalam mereka mempertahankan agamamu juga Masjid Al Aqsa.. Amin

Read More...

Wednesday, January 6, 2010

Read More...

Tuesday, January 5, 2010

MELAYU : Di mana boleh cari ramai Melayu?

Email : yamin saman

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Read More...

Monday, January 4, 2010

FUTSAL : LIGA FUTSAL AHAD

LIGA FUTSAL AHAD

PENGUMUNAN !

Buat semua warga Regu fc, pihak penganjur telah menundakan perlawanan melibatkan Regu fc buat kali ketiga kalau tak silap. Mengikut dari sumber pihak penganjur pada bulan Januari tiada langsung perlawanan Liga Futsal Ahad di atas faktor ketiadaan pengadil perlawanan. Para pengadil telah dipinjamkan untuk lain-lain kejohanan antaranya Ipoh Futsal Challenge 2010, Piala Dato Seri Nizar dan sebagainya. Oleh itu secara automatiknya Regu fc telah dapat rehat yang secukupnya dengan tempoh sebulan lebih, disamping diadakan latihan ringan. (lagi banyak rehat, lagi banyak lemak naik)

Dan perlawanan yang seterusnya :

Regu Fc vs Reggae Fc
14 Febuari 2010
Jam 4.00 ptg

Diharapkan kita dapat kekalkan fokus, keyakinan dan momentum seperti sebelum-sebelum ini. Kerana pasukan Reggae adalah pasukan penentu buat Regu Fc ibarat buku bertemu ruas.

Read More...

MELAKA VER.3 : Sambungan..

MASJID SELAT MELAKA
Masjid ini dibina di atas pulau buatan yang dikenali sebagai Pulau Melaka.

RIVER CRUISE MALACCA

Suasana yang cukup indah dengan belayar di atas sungai buatan menyusuri di tengah Bandar Melaka dengan dihiasi dengan cahaya lampu yang cukup cantik. Mengambil masa selama 45 minit dengan bayaran RM10.00 seorang.


Suasana di luar kawasan River Cruise
Asal pergi mana je ramai orang. Tak boleh duk rumah ke diorang ni..hehe
ye ye..bot dah jalan..
Pancutan air mengikut irama lagu..layan noo..
Kedai makan apa ntah..Gambar rumah-rumah kampung di atas merupakan rumah tradisional orang melayu yang telah didirikan semenjak tahun 1928 lagi. Kerajaan negeri telah memberi 'pampasan' kepada tuan rumah yang berada di dalam perkampungan ini untuk dimajukan sebagai lokasi kunjungan pelancong. Rumah disepanjang sungai ini, adalah hasil projek untuk menaikkan taraf sebagai pusat pelancongan.Beca pancaragam. Beca kat sini gempak2, speaker berdentum2. Hon macam merc, sekali pandang belakang, ada beca daa..
Gambar penutup 2009. Sekian.
Jalan-Jalan Jangan Tak Jalan, Jalan Daa..



Read More...

IKTIBAR : Pengajaran Dari Kamal Atartuk

Pengajaran Dari Kamal Atartuk


ANTARA DASAR-DASAR PEMERINTAHAN ATARTUK

1. Membenarkan perempuan memakai tudung dengan memakai skirt.
2. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
3. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengimport para arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung dan tugunya di seluruh bandar Turki.

8. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
9. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.
10. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
11. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada masjid dijadikan gereja.
13. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
14. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
15. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
16.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17. Mengganggap dirinya tuhan seperti firaun. Pernah salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

1. Mendapat penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Ketika mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).




Akhirnya, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Sumber : Maskuleen.blogspot.com & sabah.org

Read More...

Sunday, January 3, 2010

TIPS : Teknik Mudah Penjimatan Minyak Kereta


Teknik Mudah Penjimatan Minyak Kereta

Oleh Info Kereta
(Semoga ada manfaatnya)


Pemanduan Yang Peka (Drive Sensibly)

Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar. Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunaka lebih banyak bahan api
Elakkan mengekori kenderaan lain. Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga. Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.


Awasi Had Laju (Observe the Speed Limit)

Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol. Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.




Hindari Berat Berlebihan (Remove excess weight)

Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda, terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%


Elakkan Hidupkan Enjin Lama (Avoid Prolonged Warm up)

Elakkan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama walaupun ketika waktu pagi yang dingin. 2 hingga 3 minit adalah memadai untuk pemanasan enjin.


Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk (Buy Fuel at Cooler Times)

Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat.
Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".


Gunakan Gear Tinggi (Use Higher Gears)

Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.


Tutup Cermin Tingkap (Keep Windows Closed)

Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%


Secara Umum (General Advice)

Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan gear diletakkan pada posisi "neutral" jika berhenti atau tidak bergerak. Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan
penggunaan minyak.


Periksa Tekanan Tayar (Maintain Tyre Pressure)

Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali

-/info kereta.com

Read More...

MAKAN : PUAS HATI BERSAMA RADIX FRIED CHICKEN (RFC)..



Assalamualaikum,
Hari ini aku bersama keluarga bergegas ke Alor Setar bertujuan di atas urusan kerja. Alhamdulillah, Allah memperluaskan jalan rezekinya yang Maha Kaya kepada hambanya. Pemergian kami ini memang telah dirancang untuk ke sana tanpa sebarang apa2 aktiviti atau mana2 kunjungan ke tempat lain adalah dilarang sama sekali.hehe.. Senang cerita, habis urusan terus balik Ipoh. Setibanya kami di Alor Setar, pelan program telah bertukar. Perjanjian telah menjadi 'cakap tak serupa bikin'. Mana taknya, tiba2 orang rumah bagi idea 'bernas'. "Moh le bang kite ke RFC, udah alang2 sampey Kedah ni" Kata aku, "Iye juge ye, ye benor kate kamu ni. Elok le lepaih koje ni moh kite ke sane teruih". Selesai urusan kerja, kami bergegas pula ke rumah sahabat yang baru menyambut puteri barunya, sebagai isyarat 'alang2 dah sampai, jenguk la terus'. Tahniah buat Yusril aka Mak Yuh. Di Kedah, RFC ada banyak cawangan setahu aku di Alor Setar dan Sg Petani. Jadi kami memilih Sg Petani sebagai destinasi 'perasmian' untuk menikmati RFC yang aku teruja selama ini. Ceritanyaa....



Bila aku sampai, aku melihat sambil tersenyum. Bangga dengan keluaran Muslim.

Masa aku sampai, banyak geng2 pak haji dan geng berkopiah ada di sana.

Set hidangan yang kami tempah (tak ingat nama set ni) untuk 2 orang. Jumlah semua lebih kurang RM24.00, kira harga ok la.
1ST sekali, RFC dan KFC sama je. Sedapnya KFC lebih seinci je, lain memang A+. Sebabnya aku berpuas hati makanan di RFC kerana tiada lagi rasa was2, risau tentang ayam sembelih tak ikut syarak, perkara2 syubhat kerana aku yakin 100% halal dan selamat hasil keluaran Muslim. Pekerja2 wanita di RFC, mata tak ingin langsung nak lihat sebab tak seksi dan tak 'maut'. Pakaian yang mengikut syarak, dari segi tudung dan baju. Jangan risau, anda pasti tiada merasai apa2 kesan sampingan.. tentu kita boleh compare di antara RFC dan KFC.

Sambutan memang menggalakkan di Sg Petani, di mana di Sg Petani sahaja terdapat 2 cawangan. Permintaan yang tinggi di serata negeri di Semenanjung Msia.

Siap ada ruang santai kanak2..
*Sokonglah produk Muslim kita, apa la sangat setakat beza rasa kesedapan itu hanya seinci dua..


"AKU DAH ADA CHOICE LAIN SELEPAS KFC DIBOIKOTKAN, ADAKAN DI IPOH PULA "


Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010