Sunday, January 3, 2010

MAKAN : PUAS HATI BERSAMA RADIX FRIED CHICKEN (RFC)..



Assalamualaikum,
Hari ini aku bersama keluarga bergegas ke Alor Setar bertujuan di atas urusan kerja. Alhamdulillah, Allah memperluaskan jalan rezekinya yang Maha Kaya kepada hambanya. Pemergian kami ini memang telah dirancang untuk ke sana tanpa sebarang apa2 aktiviti atau mana2 kunjungan ke tempat lain adalah dilarang sama sekali.hehe.. Senang cerita, habis urusan terus balik Ipoh. Setibanya kami di Alor Setar, pelan program telah bertukar. Perjanjian telah menjadi 'cakap tak serupa bikin'. Mana taknya, tiba2 orang rumah bagi idea 'bernas'. "Moh le bang kite ke RFC, udah alang2 sampey Kedah ni" Kata aku, "Iye juge ye, ye benor kate kamu ni. Elok le lepaih koje ni moh kite ke sane teruih". Selesai urusan kerja, kami bergegas pula ke rumah sahabat yang baru menyambut puteri barunya, sebagai isyarat 'alang2 dah sampai, jenguk la terus'. Tahniah buat Yusril aka Mak Yuh. Di Kedah, RFC ada banyak cawangan setahu aku di Alor Setar dan Sg Petani. Jadi kami memilih Sg Petani sebagai destinasi 'perasmian' untuk menikmati RFC yang aku teruja selama ini. Ceritanyaa....



Bila aku sampai, aku melihat sambil tersenyum. Bangga dengan keluaran Muslim.

Masa aku sampai, banyak geng2 pak haji dan geng berkopiah ada di sana.

Set hidangan yang kami tempah (tak ingat nama set ni) untuk 2 orang. Jumlah semua lebih kurang RM24.00, kira harga ok la.
1ST sekali, RFC dan KFC sama je. Sedapnya KFC lebih seinci je, lain memang A+. Sebabnya aku berpuas hati makanan di RFC kerana tiada lagi rasa was2, risau tentang ayam sembelih tak ikut syarak, perkara2 syubhat kerana aku yakin 100% halal dan selamat hasil keluaran Muslim. Pekerja2 wanita di RFC, mata tak ingin langsung nak lihat sebab tak seksi dan tak 'maut'. Pakaian yang mengikut syarak, dari segi tudung dan baju. Jangan risau, anda pasti tiada merasai apa2 kesan sampingan.. tentu kita boleh compare di antara RFC dan KFC.

Sambutan memang menggalakkan di Sg Petani, di mana di Sg Petani sahaja terdapat 2 cawangan. Permintaan yang tinggi di serata negeri di Semenanjung Msia.

Siap ada ruang santai kanak2..
*Sokonglah produk Muslim kita, apa la sangat setakat beza rasa kesedapan itu hanya seinci dua..


"AKU DAH ADA CHOICE LAIN SELEPAS KFC DIBOIKOTKAN, ADAKAN DI IPOH PULA "


No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010