Monday, January 11, 2010

PALESTIN : “Tiada tentera, penjara atau tembok boleh menghalang kami”.

Dari Abdallah Abu Rahmah dari Ofer Military Detention Camp

Saya menjejakkan kaki ke dalam dekad baru dengan dipenjara di kem tahanan ketenteraan. Walau bagaimana pun, dari dalam sel tahanan penjajah ini, saya menyambut tahun baru dengan keazaman dan harapan.

Saya tahu bahawa kempen tentera Israel untuk memenjarakan pemimpin perjuangan popular Palestin telah membuktikan keberkesanan perjuangan secara aman kami. Penjajah khuatir dengan pegerakan kami yang semakin bercambah lalu membuat cubaan untuk menghentikan kami. Sesuatu yang masih belum difahami oleh pemimpin Israel ialah perjuangan popular tidak boleh dibendung melalui pengurungan kami.

Samada kami dikurung di dalam penjara terbuka yakni Gaza yang dikepung, di dalam penjara tentera di Tebing Barat, atau di dalam perkampungan yang dikelilingi tembok apartheid, penahanan dan penyiksaan tidak akan melemahkan kami. Sebaliknya, Ia menambah komitmen kami untuk menjadikan 2010 tahun pembebasan dari penjajahan melalui tentangan akar-umbi tanpa bersenjata.

sumber : Electronic Intifada

Wan2day - Bacalah sendiri yang aku boldkan tu... TANPA SENJATA BEB !!!!! Berperang pakai iman tu.. Subhanallah.. aku kagum,semangat jihad yang tinggi..pikirlah..

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010