Thursday, February 25, 2010

DAKWAH - Memanfaatkan Dakwah Dalam Medan Penulisan

Membudayakan bidang penulisan kalangan dai'e HALUAN perlu diperluas dan perhebatkan lagi. Medan penulisan memang telah diketahui sebagai medan dakwah yg mampu memberi kesan kepada kesedaran Islam kalangan masyarakat. Bahkan dakwah IM di peringkat awal turut dipelopori oleh penulis2 hebat sehingga mereka berjaya menerbitkan makalah dan akhbar sendiri.


Dalam era teknologi ICT yg berkembang pesat, bidang penulisan mampu menjadi medan dakwah yg perlu dikuasai oleh pencinta dakwah & tarbiah.

Kemahiran menulis boleh dibina. Dengan membina komitmen dan kesungguhan untuk menulis atas dasar desakan Iman, dengan berbekalkan berpuluh bahan tarbiah samada dalam bentuk buku, makalah, silibus dan catatan2 nota lama dalam simpanan kita, dengan kemudahan akses internet untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan tambahan, kita seharusnya mampu bersikap kreatif untuk membumikan bahan2 tarbiah melalui tulisan2 kita kepada masyarakat.

Penulisan tidak perlu terlalu rumit. Tulislah apa sahaja dalam bidang yg anda minati, kemudian kaitkan dengan dakwah, tarbiah, keimanan, Islam dan aqidah.

Jika Anda serius ingin menjadi penulis, pertanyaan paling penting yang harus pertama kali Anda jawab adalah mengapa, baru kemudian apa dan bagaimana. Anda perlu menggali sedalam-dalamnya niat Anda untuk menulis. Kesedaran diri yang tinggi terhadap niat tersebut akan memberikan Anda cukup energi untuk memulai proses menulis, dan mengatasi rintangan-rintangan dalam proses tersebut.

Bentuk tulisan boleh dipelbagaikan. Apabila acapkali kita belajar mencotetkan fikrah dalam medan penulisan, lama kelamaan kita akan menemui momentum untuk menulis. Sebagai contoh, Dr. Arif dari Kelantan, beliau berkongsi pengalaman hidup beliau semasa menerima tarbiah di dalam blog beliau. Akhi Solehudin, beliau menulis dengan merujuk dan memetik tulisan2 ulama muktabar. Akhi Ibrahim mencoretkan situasi2 semasa dan mengaitkan dengan keperluan kita untuk kembali kepada Allah.

Alasan kesibukan adalah petanda kita mengaku kalah dengan kelazatan dunia. Sebenarnya kita masih ada masa. Ya, dengan desakan IMAN, kita mampu memberi masa untuk dakwah. Menulislah, kerana di luar sana ramai yg menanti tulisan2 anda. Uruslah masa anda dgn bijak.

Kita menulis bukan untuk mendapat pujian atau populariti, tetapi kita menulis kerana permasalahan masyarakat yg semakin meruncing. Tulisan2 yg ada hanyalah tulisan "atas angin" yg tidak berisi dan tidak mampu merawat penyakit umat. Kita sudah ada formula merawat umat, ayuh kita sebarkan. Nak berucap dan berceramah mungkin kita tidak mampu, maka wajarlah medan penulisan kita terokai.

Ya! Kita kekurangan bahan2 penulisan tarbawi dari para da'ie kita. Sedangkan kita ada medan kita sendiri, bahan2 kita boleh dimanfaatkan untuk web HALUAN, web HALUANTarbawi, blog2 terpilih hatta untuk majalah HALUAN.

Jika tidak ada ilmu, carilah ilmu. Tahukah anda seorang rakan saya menjadi jurulatih dalam bidang penulisan. Baru2 ini beliau telah mengadakan kursus penulisan selama 3 hari 2 mlm di sebuah hotel di KL, seramai 35 orang hadir. Anda tahu berapa yuran yg dikenakan? RM 1500.00 tunai. Ada orang sanggup membayar RM1500.00 semata2 untuk belajar menulis. Mengapa mereka sanggup buat pelaburan besar tersebut? Bagaimana dgn kita yg memiliki kejelasan fikrah dan tarbiah.

Penulis menyeru kepada generasi muda, kerana anda mampu mencetuskan revolusi pemikiran bari dalam masyarakat melalui penghayatan tarbiah. Penulis yakin, anda semua memiliki potensi yg besar yg belum anda maksimumkan.Kita perlu membina rasa ghirah untuk beramal. Ayuh Sibukan masa kita dengan agenda2 besar!

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010