Wednesday, February 3, 2010

IKTIBAR : Di landa Ujian Duniawi


Assalamualaikum wrh.

"Kemiskinan akan membawa kekufuran" - Hadis Sahih.
Hadis di atas boleh juga diibaratkan juga sebagai kemewahan juga akan membawa kekufuran. Apa yang aku cuba sampaikan di sini ianya tentang kehendak kita akan sesuatu perkara mahupun yang duniawi atau ukhrawi.

Jadikan cerita ini sebagai iktibar, mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri terutama untuk diri aku sendiri.

Apa yang aku alami adalah asalnya aku berada dalam kesempitan semenjak sebulan yang lalu. Aku sering serba kekurangan dalam menampung perbelanjaan harian dan simpanan aku semakinnya susut. Iktiar aku hanya satu, berdoa terus berdoa mudahan Allah memberi aku jalan dalam menambah rezeki. Beberapa bulan aku langsung tidak mempunyai kerja tambahan. Di samping juga aku berusaha mendapatkan kerja sampingan untuk terus tingkat kewangan aku. Doaku, Allah masih belum makbulkan, kerana aku yakin pertolongan Allah mesti tercapai samaada cepat dan lambat. Mungkin cepat ada hikmahnya dan lambat ada hikmahnya. Aku hanya bergantung pada Allah semata-mata sambil menunggu penuh pengharapan.



Rupa-rupanya... segala doa2ku telah Allah makbulkan, permintaanku yang amat aku harapkan telah dimakbulkan. Berduyun2 kerja tambahan yang aku terima. Kalau diikutkan jumlah semua hasil2 kerja yang aku dapat, cukup2 lumayan. Jadi, tanpa membuang masa disebabkan di atas perjanjian dengan 'client', aku banyak menghabiskan masa dengan membuat kerja bagi mengikut kehendak 'client'. Baik waktu pagi, petang, malam. adakalanya sampai awal pagi, hanya kerana mencari redha dunia.

Di sinilah silapnya, barulah aku perasan.. Rupa2nya..ini adalah salah satu ujian yang Allah telah berikan. Aku kerahkan seluruh masaku hanya untuk mengejar habuan dunia yang tak seberapa. Di mana Allah melihat dengan cara memberikan peluang untuk menambah rezeki disamping agar aku menjaga hubunganku denganNya serta bersama ujianNya. Aku menjadi leka dengan mengejar waktu hanya memenuhi kehendak dunia. Solat berjemaahku di surau agak terbatas. Bacaan Quran selepas solat tidak lagi kedengaran. Kelas tahfizku telah aku berhentikan. Peluang untukku masa berzikir telah disempitkan. Aku menjadi lagha..lagha..lagha...

Sehingga ke hari ini, aku sedari. Allah telah menarik nikmat keupayaanku dengan memberikan aku sakit. Wang yang banyak tidak menjamin apa2. Masa yang banyak, hanya menunggu untuk sihat kembali. Kini aku kembali mengingatkan masa2 ku dengan Allah sepanjang aku sibuk dengan kerja2. Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku sakit dengan menyedarkan aku dari di lamun nikmat2 tak seberapa.

Kesimpulannya, ada baiknya aku sekadar bersyukur dengan apa yang ada sebelum aku menerima peluang2 kerja tambahan ini. Hubunganku dengan Allah lebih terpelihara sepanjang aku tiada membuat kerja tambahan. Usahalah kita dalam mencari kebahagiaan ukhrawi sepertimana kita mencari kebahagiaan duniawi. Bermuhasabah setiap waktu, kerana kita seringkali membuat dosa serta melupakan sururanNya. Alhamdulillah di atas rezeki yang engaku limpahkan. Sesesungguhnya engkaulah yanG Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

*Kerja tambahan yang dimaksudkan ialah kerja2 sambilan membuat pelan ukur tanah.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010