Tuesday, March 16, 2010

ANAK - Selamat Datang Wahai anakku..

Assalamualaikum,

Pertama sekali ungkapan wajib, ALHAMDULILLAH.. Syukur pada Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kami kelahiran puteri kedua untuk kami. Semua proses untuk melahirkan anak berjalan dengan mudah dan lancar. Tiada sebarang tekanan seperti sewaktu menanti kelahiran anak sulung. Sebaik2 perancangan, perancangan Allah yang sebaik2nya..

Aku hanya sekadar berkongsi pengalaman saat2 menanti isteri melahirkan anak dengan rasa penuh cemas.
Bayangkan isteri bertarung nyawa untuk melahirkan anak, bayangan2 itu sentiasa bermain difikiran sewaktu menunggu pada setiap detik. Hikmah menanti saat isteri dilahirkan, Allah telah membuka hati secara tidak langsung tentang azab menanggung sakit seorang isteri lebih2 lagi ibu kita sendiri. Aku bergantung sepenuhnya kepada Allah sekiranya terjadi sesuatu yang Allah telah takdirkan, aku redha.. Aku dekatkan lagi diri dengan Allah supaya dipermudahkan dan meringankan rasa sakit yang isteri hadapi. Walaupun aku tidak dapat bersama disisi isteri,tapi kesakitan yang dialami tidak boleh dibayangkan kata2.


Jalan cerita..

Pada petang Selasa, isteri dikhabarkan yang telah menunjukkan tanda2 kecil untuk bersalin. Tanggapan aku kemungkinan esok atau lusa masanya untuk dilahirkan. Pada sebelah malamnya, kekerapan kesakitan pada perut berulang sambil turunnya sedikit lendir dan darah.

11.00mlm - kami merasakan mungkin masanya telah tiba . Memandangkan isteri tidak dapat menahan kesakitan yang semakin kuat.

11.30mlm - tibanya di Hospital Besar Ipoh, kami terus menuju ke bangunan wad bersalin untuk membuat pemeriksaan.

12.30pg - Jurubidan yang merawat memanggil aku untuk membuat pendaftaran. Mengikut dari arahan pertama, pihak hospital mengarahkan isteri ditempatkan di wad terlebih dahulu di atas sebab2 tertentu.
12.45pg - Setelah kembali daripada membuat pendaftaran, pihak hospital telah memaklumkan yang isteri terpaksa dimasukkan terus ke Bilik Bersalin memandangkan tanda2 untuk bersalin telah tiba.

2.06 pg - Hingga ke saat ini, akhirnya aku mengetahui yang isteri aku bersalin melalui Status pesakit pada papan pengumuman digital. Aku terkejut, terus meluru ke kaunter wad bersalin untuk mengesahkan status sebenar. Alhamdulillah... benarlah apa yang dijangka.

3.30 pg - Isteri bersama puteri baru kami sedang diusung keluar untuk di pindahkan ke wad selepas bersalin. Aku tersenyum pada isteri tanda rasa selamat dan gembira. Isteri melahirkan cara normal dan berat bayi 2.4 kg.. sedikit kecil..

3.45 pg - Dalam wad selepas bersalin, aku dakap anak sambil memberi salam pertama buat ayah kepada anak serta melafazkan iqamah sebagai kalimah yang didengarkan. Sedikit kurma aku calitkan pada bibir.. alhamdulillah.semuanya berjalan dengan lancar.

Selasa 9.00 pg - dikhabarkan isteri boleh keluar wad pada jam 1.00 tgh nanti.. Sorfina pasti tidak sabar menunggu adik kesayangannya..

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010