Thursday, March 4, 2010

PANAS - Ipoh paling panas...

Assalamualaikum,

Aah..panas betul la..ish..panaihh heh...
Itu la rungutan2 yang selalu terkeluar dari bibir kita. Memang benar, semenjak kebelakangan ini cuaca amat panas serta kering atau boleh dikategorikan sebagai kemarau. Di dalam kebanyakan ibunegeri di semenanjung, Ipoh merupakan kawasan yang suhunya berada paling panas iaitu 36 darjah. Baik berada dalam rumah pun pasti akan merungut tentang kepanasan cuaca yang kita alami. Aku mengajak diri ini serta kita semua, bahawa kita selalunya hendaklah rasa rendah diri serta daif dihadapan Allah serta memikirkan kesusahan yang menimpa bagi orang lain.
Ketika hati kecil selalu merungut, terdetik pula aku terfikir akan nasib2 seagama kita yang berada di negara yang suhunya jauh lebih tinggi dari kita. Ada pula kerja hariannya hanya berteduhkan awan besertakan cahaya matahari semata2.
Sedangkan kita ini, jauh lebih 'sejuk' atau selesa dari mereka yang betul2 merasai bahang kepanasan api neraka ini.
Bila difikirkan, kita harus bersyukur di atas kekuasaan Allah yang berhak menciptakan kepanasan ini. Di mana ketentuan Allah dengan kuasaNya yang tidak terperi ini adalah yang terbaik untuk mukabumi ini dengan adanya cuaca panas. Cuba bayangkan kiranya kita ini hanya dilanda musim sejuk sepanjang masa, atau dilanda musim hujan atau dilanda mendung tanpa cahaya matahari, pasti rungutan juga yang sering diucapkan. Bijaksana Allah Maha Pencipta adalah sebaik2 kejadian, yang mampu memberi kebaikan sambil kita memikirkan kejadian Allah.
Ambillah sikap kita ini dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah, bahawa kita ini tidak apa2 kekuatan melainkan kekuatanNya sahaja. Dengan fitrah kejadian Allah ini, kita harus melihat dan berfikir sebagai hamba yang sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010