Friday, April 9, 2010

BERITA - Ferguson tuduh pemain Bayern paksa pengadil bagi kad merah

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menuduh pemain Bayern Munich sebagai penipu selepas skuad kendaliannya gagal melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin.

Ferguson mengejek kelab itu 'berperangai buruk seperti Jerman' selepas pemain-pemain Bayern mendesak pengadil, Nicola Rizzoli melayangkan kad merah kepada Rafael da Silva kerana mengasari Franck Ribery.

Sebelum itu, The Red Revils mendahului 3-1 menerusi jaringan Darron Gibson dan dua gol daripada Nani untuk selesa dengan agregat 4-3.

Begitupun United terpaksa bermain dengan sepuluh orang sepanjang babak kedua selepas Rafael dibuang padang, sekali gus memberi peluang kepada Arjen Robben untuk meledakkan gol kedua Bayern pada minit ke-74.

Jaringan tersebut sudah cukup untuk mengesahkan Bayern ke separuh akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan selepas United tewas 1-2 pada aksi pertama Stadium Allianz Arena minggu lalu.

Ferguson berkata: "Tidak diragui lagi kad merah tersebut telah mengubah permainan. Rafael masih muda tetapi mereka telah menyebabkan dia dibuang padang.

"Semua pemain meluru ke arah pengadil, itulah sikap buruk pemain Jerman. Mereka paksa pengadil melayangkan kad merah di atas kekasaran biasa terhadap Ribery. Lagipun dia (Ribery) masih jauh dari pintu gol.

"Rafael kurang berpengalaman tetapi dia beraksi dengan baik dan ia adalah satu tragedi baginya.

"Saya rasa Bayern tidak begitu profesional kerana mereka menggunakan peluang tersebut untuk memaksa pengadil.

"Pengadil tidak membuat keputusan apa-apa tetapi mereka yang memaksa dia melayangkan kad merah. Tetapi kita pernah menyaksikan perangai ini daripada pasukan seperti itu di Jerman.

"Beraksi dengan 10 pemain pada pertemuan penting seperti ini bukanlah mudah. Selepas insiden itu, Bayern mudah menguasai permainan," kata Ferguson. - Agensi

Wan2day - Hek eleh...kalau kalah je ada la alasan pengadil tak bagus la, berat sebelah la.. salah satunya yang aku anti MU ni sebab coach sendiri berlagak tak boleh nak terima kekalahan. Ingat MU ni 'suci' sangat ke tak boleh nak kalah... Kalah buat cara kalah,jangan nak salahkan orang lain. Rajin2 la rasa diri kekurangan.. Kalau aku jadi coach Bayern, memang aku psiko balik Fergie ni.. Baghaall..

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010